Sabtu, 14 April 2018

Kanak- kanak sakit paru- paru kronik perlu bantuan kos susu dan lampin

Ahli Kelss mendukung Amni sambil diperhatikan ibunya, Norhayati (kanan)  yang turut menerima sumbangan daripada Kelss.

BACHOK – Sebuah keluarga terhimpit oleh desakan keperluan untuk penjagaan anak sulungnya yang menghidap sakit paru- paru kronik sejak lahir.

Nur Amni Fatini Mohd Saiful,2, hanya mempunyai berat badan 4.5 kilogram apabila dia tidak dapat menikmati makan dan minum seperti kanak- kanak lain berikutan penyakit yang dihidapinya itu.

Ibunya, Norhayati Abdullah,24, berkata, anaknya itu lemas dalam kandungan ketika proses bersalin yang menyebabkan komplikasi kesihatan sehingga kini.

“Setiap bulan kami perlu berulang- alik ke hospital Raja Perempuan Zainab II dan bila balik ke rumah kami perlu kami perlu sediakan sendiri susu khas untuk Amni yang bernilai sekurang- kurangnya RM170 setin. Susu ini diperlukan tiga tin sebulan. Itu belum termasuk beberapa peralatan lain yang diperlukan dan kos kami ulang- alik ke hospital.

“Kalau di hospital tak apalah kerana pihak hospital sediakan. Kerana perlu menjaga anak sejak lahir, saya juga terpaksa berhenti kerja di sebuah pasaraya. Suami saya, Mohd Saiful Asri Azmi,25, pula bekerja buruh dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM300 sebulan kerana perlu menghantar dan menemani kami ke hospital. Jadi dia tak masuk kerja penuh dan dapat gaji pun sikit sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika diziarahi badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) yang turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu di Kampung Merabang, dekat sini.

Norhayati berkata, walaupun dia menerima bantuan bulanan daripada agensi berkaitan namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan anaknya.

Kini sejak pulang ke rumah Februari lalu, Amni perlu bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan alat penyedut kahak yang dipinjamkan oleh pihak hospital untuk memudahkan dia bernafas.

Katanya, akibat masalah kesihatan itu, Amni juga sukar untuk tidur dan mudah terkena jangkitan kuman.

“Pernah suhu badannya mencecah 40 darjah celsius kerana demam dan ada kuman dalam darahnya. “Dahulu mata Amni tak nampak tetapi kini dia boleh melihat sedikit berbanding dahulu,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun bank BSN 03009- 41-00001949- 1 di atas nama Norhayati Abdullah.


Sumber
Sinar Harian

Khamis, 12 April 2018

Food Hunter :Kelantan - Kedai Sup Gear Box Mokdah


Tarikh pilihan raya dah di umumkan.. Maka penuhlah status pasal pilihan raya di media sosial.. Macam2 keluhan dan luahan dari rakyat malaysia di media sosial pasal hari mengundi. Tapi ape pun, bagi yang layak mengundi tu, bolehlah tunaikan kewajipan korang untuk negara ye..

Dan apa pun keputusannya nanti kenalah Redha.. Tapi harap keputusan yg terbaik untuk negara dan rakyat. Tak kisah siapa pun pemimpin yang bakal memimpin Malaysia, kita doakan Negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan selamat..

Eh.. panjang pulak cerita pasal mengundi ni kan.. Entry kali ni khas untuk peminat Sup GearBox pulak.. Kalau korang suka makan sup gearbox, pastu nk pulak yang harga murah, Korang memang patut cuba makan kt kedai ni..

Kedai Sup Gear Box Mokdah
Lokasi : Pasir Pekan, Tumpat..
-Berdekatan dengan Makam Tok Janggut.
- Buka setiap hari
- Harga sangat2 berpatutan



Kali pertama dtg makan kt sini.. 
Harga cuma Rm 22 untuk 2 orang.
Termasuk teh o beng + teh beng.

Dari pandangan sisi

Depan kedai. 

Apa yang istimewa dengan kedai ni?Lokasinya agak tersorok dan berada dalam kawasan kampung. Sekali pandang, kedai ni macam kedai kopi dalam kampung yang biasa jer. Tapi siapa sangka, menu yang dihidangkan disini adalah menu kegemaran kebanyakkan orang Malaysia..

Cakap pasal Sup Gearbox mesti ramai yang terliur kan, tapi ramai jugak teragak-agak untuk mencubanya kerana kebiasaanya, bila makan sup gearbox harga nya agak tinggi. Tapi tidak di kedai sup gear box mokdah ni. Harga makanan kt sini memang mampu bayar.

Kalau nk makan hari² pun tkde masalah, Cuma takut cepat masuk hospital jelah kan. Hehehehe... Ye lah, sup gearbox ni kan tinggi kolestrol, kalau makan selalu, faham² je ape jadi nanti..

Bercakap pasal harga, setiap kali ayu datang makan dengan kak zack, harga untuk  Makan 2 orang tk pernah sampai rm 30 tau.. Biasanya harga ayu makan untuk 2 orang kt sini lebih kurang Rm 22 hingga Rm 27 sahaja.

Set yang dihidangkan datang dengan sup gearbox + nasi putih bersama daging goreng. Kalau tak nak gearbox yang seketul ni, boleh jugak minta bahagian isi sahaja. Harga pun lagi murah dan masih sedap dan mengenyangkan..

Jom kita layan gambar sup gearbox perlbagai saiz yg ayu pernah makan kt sini..

Set ni termasuk air teh o beng +
Kopi o beng, Rm 25

Ha.. terliur tak? 

Nasi daging goreng 2 + nasi tambah 1
Teh o ais + air suam = Rm 27 
(tk habis, tapau untuk mkn malam)




                    
Belanja view sup gearbox yang akan buat korang terus rasa lapar. .


Rm 23 utk 2 org

Rm 25

Rm 25

Ni antara gambar yg masih ada dalam simpanan ayu. Tapi banyak jugak yang dah dibuang.. Dan ade jugak datang makan, tk sempat nk ambik gambar terus makan.. Nak pulak time tengah lapar tu, makanan sampai je terus ngap sebab tk tahan aroma sup die yang best giler.. 😂😂

Tapi, defenisi sedap ni adalah berbeza bagi setiap orang.. Ada orang suka makanan yg lebih masin, manis, pedas dan sebagainya..  Tapi bagi ayu, biarlah makanan tu secukup rasa..

Sebab tu ayu kata tekak setiap orang tk sama. Jadi kalau ade yg kata tempat tu sedap, tapi bila ayu try, ayu rasa macam biasa² jer.. Dan ada juga tempat yang tekak ayu rasa sedap, tapi orang lain rasa biasa² jer..

Apa pun, kalau korang ada masa dan berkesempatan, bolehlah try makan kt sini.. Insyallah korang akan berpuashati dengan makanan kt sini..
Macam mana nk cari kedai ni?? Pakai google maps pun boleh tau..

Google je nama kedai n kalau nk tahu sup ade lagi ke tak, call je dulu sebelum datang. Kadang2 sup abis cepat, kesian pulak kalau korang datang, bila sampai sup dah abis.. hehehehe.. fon number semua ada kt gambar tu okey..




Share post ni biar lagi ramai tahu pasal kedai ni.. jadi peminat sup gearbox tk perlu risau lagi tentang harga.. 😊😊


Selasa, 10 April 2018

Rendang Ayam Memang Tk Crispy

Assalamualaikum.. Tq sudi singgah..

Trending betul isu Rendang yang dikritik oleh juri Mastercheff UK tu kan.. Dengar kata video tu pun dah dipadam dari youtube chanell mastercheff UK sebab diserang oleh pakcik n makcik bawang dari seluruh nusantara.

Tapi ade baiknya juga isu rendang ni jadi tular, kerana sejak kes tu, Dari mat salleh tk kenal rendang tu ape, sekarang tahu.. Jadi tk terkejutlah kalau nanti mat salleh pun boleh belajar masak rendang. Mungkin ada yg boleh buat rendang crispy pulak kan, dah diorang nk sangat rendang crispy.. hehehe

Disebabkan isu rendang ni viral dan asyik muncul je dekat News Feed fb, rasa terliur pulak nak mkan rendang.. Nak beli? Tak tahu mana nk cari, jadi  ayu masak je sendiri. Lagipun nk buat rndang bukanlah susah sangat.. Masa penyedian pun tk lama dan semua bahan pun senang nak cari.

Tapi ayu tk masak rendang dengan nasi lemak tau, Makan dengan nasi impit moden jer.. Feeling² macam hari raya gitu. Makan rendang ayam dengan ketupat nasi. Lagipun raya kan dah lama..

Kalau untuk ketupat nasi segera ni, ayu suka beli brand adabi. Bau die masa merebus tu memang mengancam giler sebab ada aroma daun pandan tu.. Wangi je tau, makin tk sabar nk makan dibuatnya. Kalau guna yang saiz mini tu lagi cepat masak dan boleh makan.. 😂😂


Gambar tk comey sebab tk sempat nk 
snap beriya, maklumlah tk sabar nk 
Makan... hehehe



Untuk Resepi pulak, Ayu guna resepi ringkas je tau.. Boleh check kt bawah ni kalau nk cuba, tapi tkde gambar step by steplah ye..

Bahan kisar
Cili kering dalam 15 tangkai
Bawang bombay 3 biji saiz sederhana
Bawang holand 3 biji saiz sederhana
Bawang putih 1 labu
Halia 2 inci
Serai 6 batang
Lengkuas 3 inci

Rempah
Bunga lawang 2 kuntum
Bunga cengkih 5 kuntum
Buah pelaga 5 biji
Kayu manis 2 batang

Rempah Rendang Adabi 1 paket
Minyak masak
Asam keping
Garam
Gula
Ayam 1 ekor
Santan 500ml @ secukup rasa
Kerisik 3 sudu
Cara²

- Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan sanpai naik bau.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan rempah rendang
- Masukkan ayam yg telah dibasuh, tunggu sekejap kemudian masukkan asam keping dan separuh dari 500ml santan.
- Masak hingga lebih kurang 15 minit atau hingga ayam masak.
- Kemudian masukkan baki santan dan perasakan dengan garam dan gula. Kalau nk tambah serbuk perasa pun boleh.. ikut suka hati koranglah.. tapi ayu tk guna pun serbuk perasa.
- Tunggu lagi sekejap sampai rendang naik minyak dan dah boleh makan..

Nak makan dengan apa terpulang pada korang.. Kalau rajin boleh masak nasi lemak macam Puan Zaleha buat tu.. hehehe..
Tapi jangan ade yg komplain rendang tk crispy dah lah ye.. 😀

Selamat mencuba.. Resepi rendang super senang.. 😂😂

Rabu, 28 Mac 2018

Service Lipat Pakaian Di Kota Bharu

Assalamualaikum.. tak jawab dosa tau.. hehehehe..

Ayu percaya, ramai di kalangan kita ni tk kisah kalau bab mengemas atau membasuh pakaian.. Tapi bila sampai nk melipat liat bukan main lagi.. Kadang2 sampai berminggu tangguh nk lipat baju, sudahnya dalam sedar tak sedar baju dah jadi macam gunung..

Bila dah jadi macam gunung, confirm jadi makin malas.. tapi tak kan nk biar je baju tu berlonggok kt dalam rumah kan.. buruk beno kalau tiba2 ada tetamu datang mengejut. Nanti orang kata kita ni pemalas pulak kan.. padahal, kita ni sibuk, nk urus anak, suami, rumah tangga lagi.  Kadang diri sendiri pun terabai, betul tak??

Dulu ayu pun macam ni jugak, cukup malas kalau bab nk melipat ni.. tapi sekarang dah jadi macam hobi pulak.. kalau lipat kain jadi ralit pulak.. Tapi ayu memang suka lipat bila kain dah banyak.. senang sikit nk menyimpan.. sekali jalan je angkut susun dalam almari..  Hehehhee..


Disebabkan masalah macam ni. Ayu nk share salah satu perkhidmatan yg ayu sediakan. Khas untuk penduduk sekitar kota bharu.. Ayu bukan cakap korang malas, tapi kekangan masa buat korang jadi tk sempat nk lipat semua pakaian yang dah dibasuh tu.

Jadi untuk kawasan sekitar panji dan pengkalan chepa, ayu alu-alukan korang hantar jer pakaian yg tk berlipat tu ke rumah ayu.. Biar ayu bantu korang untuk lipat.. Nanti bawak balik rumah terus susun jer dalam almari.

Cik abang pun tambah sayang sebab rumah nampak kemas jer dan tkde lagi longgokan pakaian bersih yg tk berlipat.

Haaa... lupe nk bagithu, selain lipat kain, ayu pun ade buat servis gosok baju.. kalau tk sempat nk gosok baju keje ngn uniform anak2 pun ayu boleh tolong gosokkan..

Harga servis yg ayu buat ni sangat berbaloi dan berpatutan..
Senarai harga macam dalam gambar ni.. No fon pun ade kt situ.. kalau nk lebih detail, jangan malu, jangan segan.. chat je ayu by wasap.. nanti boleh sembang panjang.. kalau hantar banyak, ayu bagi diskaun lagi tau..


Promosi 
Setiap kali guna servis kami anda akan dapat 1 resit...
Kumpul 5 resit dan anda layak dapat diskaun Rm 5 untuk prnghantaran kali ke 6.. 

Tambah pendapatan dengan airbnb

Assalamualaikum.. Bertemu kembali kita di blog ayu yg tk seberapa ni.. Terima kasih pada yg sudi singgah dan luangkan masa untuk baca. Zaman sekarang ni semuanya perlukan duit.

Tapi dalam kita mencari rezeki ni, kita kena juga sentiasa berdoa kepada Allah agar rezeki yg kita dapat tu halal dan berkat. Selain tu kita juga kena kreatif dalam berfikir dan menggunakan peluang dan ruang..


Kat sini ayu nk share lagi Salah 1 platform yg membolehkan kita untuk menyewa bilik dengan harga yang lebih murah. Selain dari web terkenal yang lain seperti trivago dan agoda, aibnb juga menyediakan tawaran yang menarik dengan pelbagai jenis bilik dan harga.

Di sini kebanyakkan host menyediakan bilik di kediaman mereka dan kita boleh tinggal bersama tuan rumah.. Terdapat banyak pilihan dari yang biasa hingga kediaman exclusive.. ianya juga tidak terhad kepada bilik peribadi, terdapat juga ruangan seperti homestay dan studio room. Bergantung kepada kehendak pelanggan.

Menariknya dengan airbnb ni adalah harga nya adalah lebih murah dari hotel dan juga banyak pilihan.. Jadi disebabkan kt rumah ni ada 1 bilik kosong yang jarang digunakan, why not kalau kita gunakan peluang ni untuk tambah pendapatan.

Lagipun zaman sekarang ni zaman duit.. so apa saja cara yg boleh bantu kita tambah pendapatan kita boleh buat. Asalkan ianya tidak melanggar hukum agama kita..

Untuk  korang yang ada blik kosong atau rumah yang dijadikan homestay, boleh cuba daftar dengan airbnb.. daftar percuma je u ollz..
Korang boleh klick kt link ni..

www.airbnb.com/c/cika116

Lepas klick korang sign up je jadi ahli, bukan hanya untuk sediakan bilik sewa, nk sewa bilik pun boleh.. n paling best akan dapat voucher kredit lepas daftar. Jadi kalau korang ade kesempatan nk g bercuti, boleh booking bilik melalui airbnb ni dan boleh jimat..


Next entry ayu akan share pasal bilik yang ayu daftarkan untuk airbnb..





Food Hunter - Kelantan : Cafe Hostel Pantai

Assalamualaikum.. rasa macam dah lama tk share tempat makan best kt blog ni.. Disebabkan hari ni ade mood nk menulis, ayu nk share lagi 1 tempat makan yang ayu rasa korang wajib singgah kalau datang kelantan..


Entry kali ni khas untuk penggemar makanan thailand original.. Sekarang ni dah tk perlu ke thailand pun kalau nk makan masakan thailand yang super dupper sedap..

Dan yg paling best harga berpatutan, makanan sedap, dan memang berbaloi sangat.

Kedai ni dah beroperasi lebih kurang 6 bulan macam tu kalau ayu tk silap. Bermula dari kedai kecil, sekarang dah makin maju dan makin besar. Biasanya, setiap kali datang kedai ni sentiasa penuh.

Pelanggan yg datang adalah dari pelbagai latarbelakang, Dan kesemuanya berpuas hati dengan makan kt sini. Jadi peminat makanan Thai, kalau korang duduk kelantan atau datang jalan kt kelantan ni. Tempat ni korang wajib singgah..

Lagipun lokasinya dekat je dengan Pantai Cahaya Bulan, dan berdekatan dengan Kem Kijang. Lepas makan bolehla pergi melengang perut yang dah penuh tu kt tepi pantai..

Cafe Hostel Pantai..
Kedai Pilihan untuk menikmati Masakan Ala Thai yang terbaik..

Kalau tak jumpa kedai, boleh contact no pada banner tu.. 

Cuti setiap hari selasa..

Kalau nk pergi boleh terus google location untuk Hostel Pantai. Kedai die agak ke dalam sikit, tapi tk susah nk cari. Sekarang kan zaman google.. semuanyan hanya dihujung jari..

Yang penting kena rajin n kreatif sikit.. Sebab kalau nk tanya orang takut tertanya orang yg tak tahu pulak nanti. Jadi jalan terbaik, guna je kemudahan yang ada.. Zaman sekarang semua pun pakai smart phone kan??

Yang paling penting, Makanan kt sini semuanya marveles.. Sekali cuba confirm jatuh cinta tau u ollz.. Ayu n kak z pun kadang seminggu 2 ke 3 kali datang jamu selera kt sini..

Tulis banyak2 pun bukan korang nk baca sangat kan.. jadi ayu bagi korang layan gambar menu dan hidangan yang ayu dah pernah try kt sini..

Sotong bakar

Daging bakar harimau 
Menangis


Sotong sumbat

Somtam buah

Somtam betik

Tom yam campur


Ni sebahagian dari menu yang ayu selalu order.. kalau nk jamu mata.. boleh check fb owner die..
Suwarin Jinda



Kalau tengok fb owner kedai mesti rasa tak sabar nk g makan.. n paling best owner kedai ni akan selalu update menu baru kt fb die.. jadi korang jangan lupa follow sis ni ok..









Pakai perfume brand ape? Wanginye..



Baunya lembut dan manis gitu.. tak
puas cium, rasa macam nk letak kt hidung je baju ni.. Apesal lah wangi sangat ni ye.. Kawan sibuk duk tanya brand perfume baru.. hehehe..

Sekali jalan semua memandang... bukan sebab pakai baju seksi tau, tapi sebab haruman yang terbit dikala angin yang membawa haruman baju bersamanya yg menerpa ke dalam hidung..

Wangi sangat, tapi tak terlalu menyegat, cukup sekadar memberi keselesaan kepada orang sekeliling..
Perfume dah abis, tk sempat nk beli lagi, nasib baik ada Yuyu Fabrik Perfume ni.. Abis hilang bau hapak, baju pun kekal wangi sampai ke petang..

Pakej gitu, baju wangi bau hapak tiada.. 😍😍

Alamak, car perfume dah abis ni, jap lagi ade kawan nk tumpang kereta nk g lunch sama. Haa.. nasib ada Yuyu Fabric Perfume ni.. Zaaass je 2 ke 3 kali kat dalam kereta terus wangi.. Perghh... ilang terus bau hapak tau u ollz..

Lagi satu, Yuyu Fabric perfume ni bukan untuk sembur kt bju jer, kalau nk sembur pada langsir, sofa, tilam, dan seat kereta pun sesuai sangat tau.. wangi sepanjang hari..

Harga mampu milik dan tahan lama..

Hanya Rm 12. 90 sahaja untuk 250 ml.. tahan hingga 2 bulan tau untuk 1 botol ni..

Whatsapp 0169442459

Isnin, 26 Februari 2018

Dari Dia kita datang, Pada Dia kita kembali kepada

Hari ni isnin, genap 11 hari tok pergi meninggalkan kami semua.
Khamis, 15 febuari, aku dikejutkan dengan berita kematian tok yang tinggal bersama keluargaku di kampung..

Berita yang di sebarkan oleh adik lelaki aku melalui aplikasi whatsapp agak mengejutkan aku dan adik yng kebetulan datang ke kelantan. Aku cuba menghubungi keluarga di kampung untuk mengesahkan berita yang di terima.

Puas mendail, tapi panggilan ku ke no telefon mak tk disambut. Call adik yg lain, tapi tk dapat.. Akhirnya kak long menjawab panggilanku. Suara kak long masih serak dan putus, kerana kak long belum betul2 sihat setelah mengalami demam dan batuk yg berpanjangan..

Kak long mengesahkan kejadian tersebut. Memang benar tok telah pergi menemui penciptanya.. Kak long bagithu, kak long nk percepatkan urusan pengebumian jenazah dan tidak dapat menunggu kepulangan aku dan adik. Aku tk membantah, kerana itu adalah yg terbaik buat tok.

Terkilan...
Tkde rasa terkilan sebab tak dapat tengok wajah tok buat kali terakhir, sebab aku sedar dan faham tak elok kalau kita menyeksa mayat tok kalau menangguhkan waktu pengebumian. Aku sebagai cucu dah laksanakan tanggungjawab sehabis baik setiap kali aku pulang ke kampung.

Aku akan menyediakan makanan nya dan melayani permintaan nya bila balik ke kampung. Biasa nya setiap kali tiba waktu solat, kami adik beradik akan beritahu tok. Tok dah tua, kadang tk dengar bunyi azan. Selagi tk diberitahu, selagi tu lah die tak solat. Kadang2 tok psang radio dalam bilik untuk dengar seruan azan.

Banyak kenangan dengan tok. Walaupun tok dah tkde, kenangan tu akan kekal dalam ingatan sampai bila2.. Alhamdulillah tok dikebumikan pada petang itu juga. Urusan pengebumian berjalan lancar walaupun ada anak dan cucu tok yg tk sempat sampai dan ada juga yg tak datang.

Aku gerak dari kota bharu lebih kurang jam 3.30 petang. Aku dapat berita tok dah selamat di kebumikan pada jam 6 petang. Kebetulan sangat, pada hari kejadian adik aku datang sini untuk teman aku balik kampung.. kebetulan hari tu jugak aku tk berapa sihat.

Semuanya bagai dah di susun dengan baik, aku mintak adik aku tia datang teman aku balik, sebab aku tk berani nk drive sorang2. Itu pun sbab abah yang tak sihat. Tapi orang lain pulak yg pergi dulu..

Pada yang terbaca post ayu ni.. ayu mohon sedekahkan Al fatihah untuk arwah tok ayu. Jaharah bt sat..

Selasa, 6 Februari 2018

Terusan Di Venice Kering Kontang Selepas Fenomena Super Moon



Bandar Venice yang terletak di Itali ini cukup terkenal dan sering dipanggil sebagai sebuah bandar romantik selepas Paris di Perancis dan Armsterdam di Belanda.


Mungkin disebabkan oleh kehadiran gondala-gondola yang bersimpang-siur di dalam terusan yang menghubungkan tempat-tempat lain di dalam bandar ini menjadikan bandar ini sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.


Akan tetapi, pernah tidak anda membayangkan bagaimanakah keadaan bandar Venice tanpa terusan-terusan mereka yang terkenal ini?


Gambar-gambar yang diambil sekitar 31 Januari sehingga 1 Februari ini memaparkan terusan di sekitar Venice yang kering kontang sehingga menyebabkan gondola-gondola itu tidak dapat beroperasi seperti biasa.


Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada penyurutan paras air, antaranya adalah cuaca yang sejuk, kekurangan jumlah hujan dan fenomena Supermoon pada 31 Januari baru-baru ini yang telah memberikan kesan kepada pasang surut air.


Tidak seperti dengan gambar-gambar Venice yang sering kita lihat sebelum ini, keadaan terkini di Venice adalah jauh berbeza sekalli dengan deretan bot dan gondola yang terkandas di dalam lumpur di lantai terusan yang sekaligus menjadikan bandar ini kelihatan begitu tidak romantik sekali.

Di sesetengah kawasan di Venice, paras air di terusan surut sehingga 2 kaki. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Venice dilanda fenomena kemarau yang luar biasa dan fenomema ini telah mengakibatkan banyak aktiviti pelancongan dan pekerjaan terjejas teruk.

Sumber TaikoTv

Isnin, 5 Februari 2018

Cabaran Tahfiz Cilik

Bukan mudah untuk menjadi seorang hafiz yang perlu menjaga tertib pelbagai perkara termasuk perilaku dan pemakanan.
Namun, disiplin sedemikian bukanlah sesuatu yang mudah diikuti oleh seorang anak yatim Kampung Sungai, Bachok yang sememangnya berminat untuk mendalami ilmu agama sejak di bangku sekolah rendah.

Masuk tahfiz usia 11 tahun.

Ahmad Arif Hanif Juhari,15, anak keempat daripada lima beradik ini tidak kekok untuk meninggalkan segala kelaziman hidup sebelum ini semata- mata untuk mendalami ilmu agama di Maahad Tahfiz Al- Hashimi, Kuala Krai.

Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perupuk ini meninggalkan alam persekolahan aliran biasa untuk mengejar cita- citanya belajar agama ke Timur Tengah.
Walaupun ujian untuk memasuki tahfiz itu agak ketat dengan tiga siri ujian, namun dia dapat melepasinya dan kini sudah hafaz 28 juzuk al- Quran.

“Semua perkara perlu dijaga termasuk pergaulan dan pemakanan. Saya tak boleh makan sesuka hati di luar kerana makanan yang menjadi darah daging akan mempengaruhi hati dan minda kita.
“Kalau balik ke kampung pun tak lama iaitu tiga empat kali sahaja setahun tidak termasuk waktu ‘outing’ dua minggu sekali. ‘outing’ pula hanya sehari.

Saya akan balik ke kampung ketika ‘outing’ kalau rasa rindu sangat dengan mak. Tambahan pula mak tinggal sendirian sekarang selepas adik saya, Ahmad Hakim,13, juga belajar di maahad ini,”katanya.
Sering jadi imam tarawih dan solat berjemaah.
Menjelang Ramadan setiap tahun, Ahmad Arif adalah salah seorang pelajar yang menjadi rebutan untuk dipinjamkan sebagai imam di masjid- masjid seluruh negeri termasuk di Terengganu.

Difahamkan baru- baru ini dia pernah ditawarkan untuk bertugas di salah sebuah masjid di Kuala Besut untuk menjadi imam tarawih namun permintaan itu terpaksa ditolak oleh ustaznya memandangkan dia mempunyai banyak aktiviti di mahad tahfiz berkenaan.

“Saya tak kisah ditawarkan menjadi imam di mana- mana sahaja tetapi perlu melalui ustaz di maahad tahfiz kerana jadual kami agak padat dengan pelbagai aktiviti.
“Saya mula menjadi imam solat berjemaah sejak di sekolah rendah lagi ketika kelas fardhu ain.

Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada masalah untuk kendalikan sebarang solat berjemaah. Kita perlu yakin dan tawakal kepada ALLAH S.W.T ketika menggalas tanggungjawab sebagai imam solat,”katanya yang kehilangan bapa sejak 11 tahun lalu.

Rebut peluang belajar ketika muda.
Berkongsi mengenai aktivitinya sebagai pengajar kelas al- Quran, Ahmad Arif berkata, usia muda sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk belajar al- Quran.
Katanya, apabila usia telah meningkat, keupayaan seseorang untuk mentelaah akan terbatas sama ada dari segi sebutan dan penglihatan.

“Alhamdulillah kini saya dah hafaz 28 juzuk. Di sini kami diajar pelbagai kemahiran berbeza. Jika saya azan, kawan- kawan lain akan iqamat, baca doa dan imamkan solat. Ia untuk membolehkan kami merasai sendiri pengalaman itu sebelum bersedia keluar menjadi imam solat.
“Selain itu, dalam kesibukan kami mentelaah pelajaran namun dalam masa yang sama kami juga terlibat dengan aktiviti lain seperti bersukan yang penting untuk kecergasan fizikal,”katanya.

Ibu sokong minat anak.

Manakala, ibunya, Aminah Mat,48, berkata, dia tidak pernah menyekat minat dua anaknya untuk mendalami ilmu agama dan meninggalkan sekolah aliran biasa.
Katanya, dia bertuah kerana di maahad tahfiz itu anaknya ditanggung sepenuhnya oleh pihak maahad termasuk pakaian, makanan dan keperluan pembelajaran.

“Adakalanya kalau saya rindukan anak- anak, saya akan naik kereta sewa untuk ke Kuala Krai. Walaupun kami bukan orang senang tetapi saya tak kisah berhabis RM100 untuk bayar tambang ke sana demi melihat anak di depan mata.
“Saya bersyukur kerana mereka meminati ilmu agama dan sentiasa berdoa agar mereka berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air kelak,”katanya.

Untuk rekod, Ahmad Arif adalah rakan dan sekampung dengan pelajar tahfiz, Muhamad Rahman Rozali,17, yang meninggal dunia dalam trageri kemalangan tujuh tahfiz di Kuala Krai baru- baru ini. Beliau turut pulang mengiringi jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan Kampung Sungai.

Ahmad Arif juga pernah dinobatkan sebagai qari terbaik keseluruhan dalam Tilawah al-Quran dan Festival Nasyid peringkat kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia kali ke-41 yang diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak 2015.

Ahmad Arif (kanan) ketika dinobatkan sebagai qari terbaik keseluruhan dalam Tilawah al- Quran dan Festival Nasyid peringkat kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia kali ke-41 yang diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Ahmad Arif (depan) ketika mengimamkan solat hajat sebuah program di Gunung.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...