Isnin, 15 Disember 2014

MISTERI WANGIAN YANG HILANG


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh‘ pasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai. Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.

Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’. Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.


Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

Wallahualam.

Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.

“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248

Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini. Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.

Sumber Denai hati

Ahad, 14 Disember 2014

BUNGKUSAN NAJIS ANJING UNTUK AJAR PENCURI


Washington D.C: Seorang wanita yang bosan selepas bungkusan barangan di depan rumahnya sentiasa hilang. akhirnya berjaya memperdaya pencuri terbabit.

Andrea Hutzler, 33, berkata, dia kerugian lebih AS$800 (RM2,800) selepas bungkusan yang dikirim kepadanya, termasuk hadiah Krismas, pakaian dan juga tiang aluminum yang dipesan untuk satu projek pembinaan dicuri.

Andrea dan teman lelakinya membuat laporan polis dan memasang kamera di luar rumah, tetapi gagal menghalang pencuri berkenaan menghentikan perbuatan itu.

"Saya bekerja keras, berjimat, membeli sesuatu dan akhirnya ia hilang begitu saja," kata Andrea kepada stesen televisyen ABC7.

Menurutnya, dengan Krismas hanya kira-kira dua minggu lagi, dia mengambil keputusan mengajar pencuri berkenaan dengan sesuatu yang busuk dan kotor.

LELAKI yang dirakam mencuri bungkusan berisi najis anjing.

Tidak Tahan Diganggu Kerana Terlalu Cantik,Pekerja Tesco Ini Naik Mahkamah



Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan.

Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan.

BRYCE keluar dari sebuah mahkamah di Gloucester, Britain baru-baru ini selepas memohon perintah agar tidak diganggu seorang lelaki.

Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.

Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam.

“Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney.

“Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki.

“Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu,” katanya kepada mahkamah. – Agensi

Sabtu, 13 Disember 2014

Madu Erma Fatima Timang Cahaya Mata



“Malang bagi seorang perempuan yg tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga,” itu tulisan Erma Fatima di akaun Instagram beliau hari ini sebagai menyambut kelahiran anak kepada madunya, Aida.

BACA: Bade Hj. Azmi Masih Jalankan Tanggungjawab Sebagai Suami

Sedih juga kami baca kenyataan itu & rata rata peminat turut merasa simpati dengan Erma Fatima serta berharap penerbit juga pelakon popular ini lebih tabah dalam kehidupan. Seperti kata mereka, Erma Fatima masih sebaik baik wanita di mata Allah.


Tiada maklumat terperinci tentang kelahiran anak kepada pasangan Aida & Bade Hj Azmi ini tetapi kami pasti keluarga kecil ini pasti gembira dengan kelahirannya.

“Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tambahnya lagi. (rtky/m)

LAWAK!! Apabila Si Penipu Jual Telefon Bimbit Online Pula Ditipu..



Pada masa sekarang ni membeli barangan di internet telah menjadi suatu kelaziman. Ianya memberi kemudahan untuk para penghuna yang sibuk untuk bershopping tanpa perlu pergi ke shopping complex dan mengharungi jalan yang jem..

Namun ada juga orang yang mengambil kesempatan untuk menipu dan mendapat duit melalui jalan yang mudah dengan menipu orang. Jika kita lihat di beberapa laman web jual beli barang ramai penjual yang menjual telefon bimbit dan mereka yang menipu ini akan meletak harga yang sangat murah lagi murah daripada harga kos untuk menarik pembeli.

Selalunya mereka ini tidak akan membenarkan pelanggan mereka membuat bayaran COD kerana apabila pelanggan sudah bank in mereka ini akan lesap dan menukar kepada identiti lain untuk menipu mangsa yang lain. Kisah-kisah penipuan penjual telefon bimbit secara online sudah selalu didemgari di internet dan oleh kerana itu, pelanggan sudah sedar dan lebih berhati-hati untuk membeli telefon bimbit secara online.

Ikuti sesi perbualan SMS di bawah dimana penjual yang ingin menipu pelanggan  berjaya ditipu semula.








H

Lawak!!  Kepada pembeli seharusnya perhatikan harga yang dijual, jika tidak munasabah janglah beli. Serta lihat dahulu komen2 daripada pembeli yang lain..

AWAS!! Korang Wajib Baca Untuk Diri Sendiri Dan Juga Keluarga Tersayang...!!!



Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa,pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda....

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja!

Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi....

Sumber - Kuat Sembang

Jumaat, 12 Disember 2014

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium..



Seorang lelaki yang bernama 'Lye' datang ke stadium untuk menonton permainan American Football, namun dia terheret dalam drama kecurangan dalam percintaan satu pasangan di stadium.

Ianya terjadi apabila Lye bengang melihat tingkahlaku seorang wanita pada satu perlawanan bola sepak Amerika di stadium.

Insiden berpunca apabila Lye terlihat seorang wanita yang sedang sarat mengandung membalas mesej romantis dengan lelaki lain dalam telefon bimbitnya sedangkan teman lelakinya sedang berkepit di sebelah.

Lye

Lye kemudiannya dengan selamba membongkarkan kecurangan wanita tersebut apabila selepas perlawanan berakhir Lye menyerahkan suatu nota kepada teman lelaki wanita tersebut yang menyatakan teman wanitanya sedang berlaku curang dengannya dengan tergamak bermain ayat cinta dengan lelaki lain bernama Jason serta menyuruh lelaki tersebut memeriksa telefon bimbit wanita itu.


Lye menyatakan dia mengambil tindakan itu kerana berasa bengang dengan manusia yang suka menipu dan memperkotak-katikan perasaan insan lain.

Kisah nota Lye kepada lelaki tersebut terus menjadi viral di media sosial.

KENAPA REZEKI DITOLAK??



Saya nak minta pendapat dan nasihat Dr. Saya sering perasan ada rezeki hendak masuk, tetapi saat-saat akhir tak menjadi.

Sebagai contoh, saya menjual barang dan ada yang berminat untuk membeli barang berkenaan. Namun, pada saat akhir pelanggan berubah fikiran. Contoh lain, saya ada terima panggilan untuk temu duga kerja, tapi kemudian ia dibatalkan.

Perkara ini kerap juga berlaku seperti ada yang menghalang rezeki masuk. Jadi, saya hendak minta nasihat daripada Dr dan panduan yang boleh saya amalkan untuk buka pintu dan dimurahkan rezeki.

Izara
Batu Pahat

Antara perkara yang menyebabkan rezeki ditolak atau rezeki yang sempit ialah akibat melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil. Perkara ini boleh menyebabkan rezeki seseorang sempit atau disusahkan.

Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah pasti akan melimpahkan barakah dari langit dan bumi kepada orang yang beiman dan bertakwa. Ini termasuk rezeki yang melimpah ruah dan kehidupan yang baik.

Antara perkara-perkara yang termasuk dosa besar ialah meninggalkan solat. Solat adalah tiang agama, maka sekiranya solat tidak dilakukan bermakna runtuhlah tiang agama tersebut. Jadi, orang yang meninggalkan solat tidak akan dikira amalan kebaikannya kerana perkara utama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah adakah sempurna solat seseorang. Jika sekiranya solat tidak didirikan atau tidak dilaksanakan dengan sempurna maka amalan seseorang akan tergantung dan beliau akan ditimpa kesusahan sama ada secara lahiriah atau batiniah yang tidak dapat kita lihat.

Walaupun begitu kita juga dituntut untuk terus berusaha menambah ibadat sunat seperti melaksanakan solat Duha, memperbanyakkan membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah dan ayat tertentu seperti ayat 'seribu dinar' (ayat 2 dan 3 daripada surah at-Talaq) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengimbangi kekurangan yang ada.

Khamis, 11 Disember 2014

Jangan makan dua produk turun berat badan



SINGAPURA - Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memakan dua produk menurunkan berat badan haram yang diperoleh secara dalam talian, sehingga menyebabkan dua remaja dimasukkan ke hospital kerana mengalami halusinasi dan kegagalan buah pinggang yang teruk selepas menggunakannya.


Salah satu produk, 'Nutri Drops Grapefruit Diet' diuji oleh HSA mengandungi bahan kimia yang tidak diisytiharkan seperti sibutramine, benzyl sibutramine (sejenis sebatian berkaitan kimia daripada sibutramine) dan phenolphthalein, kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.

Sibutramine, sejenis ubat menurunkan berat badan diharamkan di Singapura sejak 2010 berikutan kebimbangan keselamatan yang serius terhadap pengguna.

Paras sibutramine yang dikesan dan ditemui adalah pada kuantiti yang tinggi dan boleh meningkatkan toksik dalam produk tersebut.


Produk kedua adalah 'Nutrex Research Adipodex' yang dipasarkan secara dalam talian sebagai makanan diet tambahan dan dilabel mengandungi yohimbine iaitu mengandungi ramuan perubatan barat yang tidak dibenarkan dijual dalam makanan tambahan yang dijual di negara ini.

Kedua-dua kes penyakit serius berkaitan dengan produk menurunkan berat badan yang menyalahi undang-undang itu, dilaporkan kepada HSA oleh mereka yang profesional dalam penjagaan kesihatan, baru-baru ini.

Seorang remaja mengalami halusinasi selepas memakan 'Nutri Drops Grapefruit Diet' lebih daripada sebulan untuk mengurangkan berat badan dan beliau telah dimasukkan ke hospital.

Seorang lagi individu berusia 20-an menggunakan 'Nutrex Research Adipodex' yang diiklankan untuk menurunkan berat badan dan mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital.

Kedua-dua produk berkenaan dibeli secara dalam talian dan dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan.

'Nutri Drops Grapefruit Diet' dilabel mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti anggur, 'raspberry ketone', 'hawthorn berry', teh hijau dan delima tetapi dikesan mengandungi bahan-bahan yang diharamkan.- Bernama

POTONG TANGAN, KAKI KERANA CEMBURU

MANGSA yang parah akibat kehilangan banyak darah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk rawatan.

Kluang : Seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan cemburu.

Menurutnya, selepas memotong kaki dan tangan isterinya, suspek berusia 47 tahun dipercayai meminum racun dan menggantung diri di balkoni.

"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk rawatan kecemasan sementara mayat suaminya dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat," katanya.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...