Selasa, 2 Januari 2018

MAHKOTA WANITA DAN KEPUTIHAN

1 lagi tajuk yang menarik dan sering menjadi tumpuan untuk wanita.
Antara pekara yang perlu diajaga dengan rapi dan selalu dititikberatkan oleh wanita. Jadi jom kita baca penerangan dari doktor erna berkaitan dengan masalah keputihan ni. Harap lepas ni korang jangan mudah keliru dengan iklan yang melampau dari penjual jamu.


Ramai juga yang bertanya tentang keputihan.

' Erna, bawah tu ada banyak putih la. Gatal sangat sangat.'

' Doktor, saya punya tu kan ada putih putih, macam cair cair sikit. Bau takdak la sangat tapi gatal la.'

' Babeee, aku punya tu kan putih dia macam tebal sangat, gatal jangan cakap la pstu bau dia macam ikan hanyiaq ( hanyir). Nasib aku belum kahwin lagi, kalau tak konfem laki aku ceraikan aku sebab bawah tu hanyiaqq gilaaa.'

Tudiaa aih.

Ramai je kan perempuan/ wanita/ gadis yang ada masalah keputihan ni.

Normal ke eh?

Semua wanita pernah mengalami masalah keputihan ini. Cumanya banyak atau sikit, busuk atau tiada bau, putih kuning atau kehijauan. Lama atau sekejap. Selalu atau sekali dua.

Keputihan ini adalah berfungsi untuk membersihkan dan melindungi miss v dari jangkitan kuman atau iritasi( luka dan sebagainya).

Keputihan ini akan membawa keluar sekali sel sel mati bersama bakteria atau virus atau fungus sehingga miss v kita kekal bersih.

Yang membezakan setiap keputihan adalah dari segi
-jumlah
-warna
-kelikatan
-bau
-jangka masa keputihan tu.

Penyebab kepada keputihan adalah :
- Mengandung
- Penggunaan antibiotik atau steroids atau jamu
- Penggunaan ubat perancang
- Datang bulan
- Jangkitan kuman
- Kurang penjagaan kebersihan miss v
- Kencing manis yang tidak terkawal
- Kanser rahim/vagina
- Sexually transmitted diseases (penyakit kelamin)
- Penggunaan vaginal wash/perfume
- Masalah dalam rahim

Keputihan yang normal adalah
-bewarna kuning muda atau seakan putih
-tidak berbau
-tidak likat/pekat
-tidak gatal
-tidak melebihi tiga hari.

Jadi, jika anda mengalami keputihan yang berlainan dari yang normal, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Saya dah rumuskan jenis jenis keputihan di dalam gambar di bawah. Harap ianya membantu dan boleh difahami😊
( maaf tulisan tak comel sangat)

Berhati hati jika keputihan itu disertai dengan luka atau ruam ruam dia kawasan genital kerana takut ianya adalah herpes(penyakit kelamin).

Proses diagnosis adalah biasanya dengan sejarah/cerita yang disampaikan ( berdasarkan jenis keputihan dan risiko risiko), pemerhatian, pengambilan sampel keputihan, sampel air kencing.

Adalah dicadangkan anda melakukan ujian PAP SMEAR bagi yang telah berkahwin atau bagi yang sudah melakukan hubungan intim walaupun belum berkahwin.

Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang dah dilakukan. Jika ianya disebabkan bakteria, antibiotik akan diberikan. Jika virus maka antivirus akan diberikan dan sebagainya.

Jangan memandai mandai beli sendiri ubat keputihan di farmasi. Berjumpa dengan doktor dahulu untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Anda sendiri juga perlu menjaga miss v anda agar kekal bersih.

1. Bersihkan miss v setiap kali selepas buang air kecil atau besar.
2. Mengelakkan memakai seluar dalam yang ketat.
4. Mengelakkan memakai seluar yang ketat dalam jangka masa yang lama.
5. Tidak perlu menggunakan feminine wash kerana pH akan berubah.
6. Seeloknya basuh dengan air suam.
7. Menggunakan pakaian dalam dari jenis cotton dan lembut.
8. Jika anda pesakit kencing manis, kawal gula anda. Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keputihan.
9. Bersihkan miss v setiap kali selepas bersama dengan suami.
10. Janganlah bertukar tukar pasangan.
11. Rajin rajinkan lah menukar tuala wanita atau panty liners anda. Janganlah pakai yang sama dari pagi sampai tengah malam.
12. Jangan menggaru garu miss v anda
13. Jangan menyembur apa apa pewangi ke miss v anda.
14. Jangan ambil steroids atau ubat berasaskan steroids melainkan jika perlu ( atas arahan doktor)
15. Jangan memasukkan apa apa selain alat sulit suami ke dalam miss v. Tak kisahlah jari atau douche atau apa sahaja.

Ingat, kebersihan itu penting.
Jika anda malas, penyakit akan rajin datang kepada anda.

Tak perlu membazir membeli feminine wash atau perfume atau perapat atau masker atau
apa sahaja ubat online yang karut marut tu.

Miss v tak akan bertukar menjadi miss w ( world) pun walaupun dia tiada keputihan. Jaga dan pelihara elok elok. Mahkota kita tu👑

Ada sebabnya kenapa islam menggalakkan kita pakai yang longgar longgar dan pentingkan kebersihan✌🏻

Bila kita masukkan sesuatu ke dalam miss v kita, memang akan ada sesuatu yang keluar. Miss v kita adalah self-cleansing maksudnya dia akan keluarkan segala benda yang ada. Bila kita korek, miss v kita akan ada ransangan menyebabkan cecair keluar.

Dalam Islam, tiada istilah korek selepas haid. Cuma perlu calit untuk lihat samada haid kita sudah benar benar bersih atau tidak.

Orang zaman dahulu tidak ada tuala wanita macam kita, jadi mereka kena calit untuk pastikan keputihan atau haid sudah hilang atau tidak.

Yang mengajar korek ini bukan ajaran islam mahupun perubatan.

Insha Allah suami kita akan sayang kita bukan hanya sebab sex semata mata. Jika kita isteri yang baik dan taat, suami dan Allah sayang. Kita dirikan masjid untuk kejar syurga bersama.

Jika jodoh kita panjang, insha Allah kita dan suami kekal hingga ke syurga.

Untuk anak muda yang masih keliru, tanya pendapat dari yang arif dalam hal ini. Jangan ikut darah muda yang menggelegak memberontak.

Ingat, nanti kita sendiri segan dengan apa yang kita tulis dan kata di media sosial. Mana tahu nanti anak anak atau cucu cicit kita terbaca suatu hari nanti.

 “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim)

Nota kaki : miss v kita adalah mahkota kita sebagai wanita. Jangan biarkan mahkota kita dirampas kuman!💪🏻

Dr. Erna Nadia
Ilmu harus dibahas dengan ilmu, bukan nafsu atau caci maki melulu😊

Korang kalau nk lagi banyak info, boleh g follow fb dr Erna nadia ni tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...