Rabu, 23 November 2016

Santai Petang Di Pantai Tok Bali

Lama dah tk jenguk blog ni.. bersawang dah pun ni.. Kadang tu tak thu nk cerita ape kt sini.. tapi malam ni terasa nk menulis pulak..

Ni dah nk masuk musim cuti sekolah dah kan.  Mesti ibu bapa dap planing macam2 untuk bawak anak2 g bercuti atau jalan2 untuk hilangkan bosan..

Kalau kt kelantan ini kebanyakkan orang datang bercuti untuk g shopping jer.. Antara tempat shoping yg terkenal adalah di Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubu, Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh.. Tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat yg best nk shopping..

Untuk entri kali ni tk nak cerita pasal tempat shopping.. tapi Ayu nk cerita pasal pantai.  Kat kelantan ni banyak pantai yang best, Antaranya pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak, dan pantai Tok bali, Pantai bisikan Bayu, Pantai tujuh dan macam2 pantai lagi.. Petang tadi berkesempatan ke Pantai Tok Bali.. Jadi ayu share sikit pasal Pantai Tok Bali untuk Entri kali ni.. Next time ayu Share pasal Pantai lain pulak ok..

Pantai tok bali ni terletak  berdekatan dengan Pasar tok bali, kalau dari arah kota bharu sebelum jambatan tok bali okey.. Kalau datang dari arah pasir putih selepas jambatan.. Kalau korang nk datang sini, bukak je waze.. insyaAllah sampai.. kalau dulu pantai ini tk boleh mandi sebab tkde pantai.. tapi lepas usaha kerajaan bina groind atau benteng batu di persisir pantai.  Alhamdulillah sekarang pantai tok bali dah dapat balik pantai..

Pantai tok balik ni dekat dengan muara. Kalau petang2 syok tengok bot keluar masuk ke muara. Ada yg bawak balik ikan. Ade juga yg baru nk keluar tangkap ikan.. kalau korang nk bawak anak2 datang bersantai tepi pantai pun sesuai sangat.  Boleh juga mandi manda tapi mesti dibawah pengawasan ibu bapa..

Kalau nk bermalam kt sini pun boleh jugak.  Terdapat banyak hotel dan chalet bajet di kawasan sekitar.. kalau untuk chalet yg betul2 dekat pantai, boleh menginap di DMUARA CHALET TOK BALI...  Kalau tk nk bermalam pun ok je..Tapi petang tadi cuma datang jalan sambil santai cuci mata jer..

Ini antara pic yg sempat snap.. tk cadang nk buat entri ni, jadi tk ingat nk snap pic banyak2..




Isnin, 26 September 2016

Maut Ketika Cuba Selamatkan Kucing

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok memeriksa nadi mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

BACHOK – Seorang wanita peniaga kedai makan berdekatan simpang Y Kampung Teluk dekat sini maut selepas dilanggar ketika cuba menyelamatkan anak kucingnya di tengah jalan kira- kira jam 8.50 malam kelmarin.

Menurut saksi yang enggan dikenali, wanita berusia sekitar 50-an itu dikatakan dilanggar sebuah pacuan empat roda berwarna putih yang menggunakan nombor pendaftaran negeri Johor.

Mangsa, Nik Yam Nik Lah,53, beralamat di Kota Bharu adalah seorang peniaga kedai makan di simpang tiga Y di Kampung Teluk sejak dua bulan lalu.

“Masa tu pacuan empat roda itu cuba memotong kereta saya di selekoh simpang Y dan ketika itulah dia melanggar mangsa. Saya berhentikan kereta di tepi dan lihat seorang wanita terbaring di tengah jalan.

“Pacuan empat roda itu terus melarikan di masuk ke arah perumahan kos rendah di lorong berdekatan. Nombor plat yang patah di jumpai di kawasan itu rasanya bukan milik pacuan empat roda itu sebab nombor itu bukan plat Johor,”katanya.

Manakala, seorang penduduk pula berkata, anak mangsa memaklumkan ibunya tergesa- gesa melintas jalan kerana ingin mengambil anak kucing mereka yang berada di tengah jalan.

Mangsa dikatakan ibu tunggal menyewa di situ sejak dua bulan lalu bersama dua anak lelakinya yang berusia sekitar 7 hingga 10 tahun.

“Makcik tak pula tanya nama dia apa tetapi selalu juga singgah beli nasi pagi di situ. Malam tadi lepas turun madrasah depan tu, makcik terdengar bunyi dentuman kuat dan orang menjerit.

“Makcik terus datang sini tengok mangsa dah terbaring tengah jalan. Dia bukan orang sini katanya orang Kandis. Hari ini dia tak berniaga sebab katanya tak sihat. Tak sangka pula jadi macam ni,”katanya.

Manakala Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kes berkenaan.

Beliau berkata, pemandu kenderaan Isuzu D- max itu sudah membuat laporan di balai polis jam 1 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Anak kucing yang dikatakan cuba diselamatkan Nik Yam namun berakhir dengan tragedi maut.

Sumber : Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 

Selasa, 20 September 2016

Dengar Bisikan Halus Sebelum Lemas Di Pantai Irama


BACHOK – Mangsa yang terselamat dalam kejadian lemas petang kelmarin memaklumkan dia terdengar bisikan halus beberapa saat sebelum kejadian itu berlaku.

Mohd Faisal Mohd Noor,38,berkata, dia pada awalnya mandi seperti biasa bersama anak- anak buahnya yang lain sebelum terdengar bisikan tersebut.

Kejadian itu meragut nyawa anak sepupunya, Nik Muhammad Syahriezman Nik Shaharman,16, yang baharu sahaja ditemui jam 5.38 pagi semalam.

“Masa tu kami tengah mandi ramai- ramai dan tiba- tiba kami rasa tertarik. Masa tu jugalah saya jelas dengar bisikan yang cakap ‘aku nok belako puok- puok mu’. Saya terkejut dan cuba jerit kepada anak- anak buah agar naik ke darat.

“Masa tu saya nampak Allahyarham Riz (Nik Muhammad Syahriezman) dah makin ke tengah. Saya cuba jerit minta tolong tetapi gagal. Saya buka baju untuk ringankan badan dan berenang ke arah dia tetapi saya juga makin lemah. Akhirnya saya menyerah dan apungkan diri seketika. Rasanya kalau saya terapung lebih 10 minit lagi mungkin saya pun tenggelam sama,”katanya ketika ditemui wakil Perantau Bachok, Mohd Nazri Ismail malam kelmarin.

Mohd Faisal akhirnya berjaya diselamatkan orang ramai yang menaiki jetski di kawasan tersebut, namun Nik Muhammad Syahriezman gagal diselamatkan.

Mayat Nik Muhammad Syahriezman Nik Shaharman,16,ditemui ahli keluarganya ketika gerakan mencari bersama pasukan menyelamat yang dijalankan sejak malam kelmarin.



Ragut nyawa setiap tahun.

Manakala, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kawasan pantai sedemikian mungkin mempunyai semangatnya tersendiri dan sentiasa meragut nyawa setiap tahun.

“Memang biasa setiap tahun pun ada kes mati lemas di Pantai Irama ini. Biasanya melibatkan pengunjung luar yang tak biasa dengan kawasan ni.

“Tak mustahil kalau ada sesuatu yang mistik di kawasan itu sebab waktu pun dah lewat petang. Kalau nak kata sebab paloh biasanya musim ni dah tak ada paloh. Sebab biasanya paloh ni ada lepas musim tengkujuh sahaja,”katanya kepada Sinar Harian.

Paloh ialah kawasan lohong air yang berpusar menarik sesiapa sahaja ke kawasan itu yang akan menyebabkan mangsa tertarik ke dasar laut.

Paloh lazimnya seakan riak air yang tenang (sedangkan ia dalam dan berpusar) pada pesisir pantai dan keluasannya boleh menghampiri seluas bilik darjah.



Sudah ajalnya tiba.

Manakala, Imam Tua Masjid Mahmudi Bachok, Baharin Yusoff ketika diminta mengulas mengenai isu bisikan itu pula berkata, bisikan yang didengari mangsa itu hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

“Benda begini kita tak tahu, tak nampak, tambahan pula masa tu dah dekat Maghrib banyak iblis yang berkeliaran. Pantai pula terdedah dengan pelbagai anasir luar yang pelik- pelik.

“Kita cuma boleh katakan sudah sampai ajalnya masa itu. Kalau ikut logik memang tak bolehlah mandi di kawasan itu yang sudah ada papan tanda yang diletakkan di situ. Perkara seperti ini perlu dijadikan teladan untuk semua pengunjung agar lebih berhati- hati, tidak menjadikan kunjungan santai sebagai tragedi,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


Ayam golek dijumpai di pesisir pantai.

Ketika diminta mengulas mengenai beberapa penemuan ayam golek di pesisir Pantai Irama baru- baru ini, Imam Baharin berkata, perkara seperti itu sepatutnya sudah tidak berlaku.

“Inilah yang kita takutkan. Kita bimbang perkara pemujaan dan berkaitan iblis seperti itu mengundang perkara tidak baik. Kalau ia melibatkan orang muslim ia tidak sepatutnya berlaku. Tetapi kita tak nampak siapa yang buat macam tu, jadi kita anggapkan ia bukan dilakukan orang muslim,”katanya.


Pemimpin Bachok ucap takziah.

Sementara itu, beberapa pemimpin Bachok juga sempat singgah ke lokasi berkenaan malam kelmarin. Penyelaras Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Husain dan Adun Perupuk, Mohd Huzaimy Che Husin masing- masing mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.


Ayam golek yang dipercayai untuk pemujaan ditemui di pesisir Pantai Irama, dimuat naik dalam laman sosial oleh pengunjung baru- baru ini.


Sumber dari Akhbar Sinar Harian
19 September 2016

Rabu, 3 Ogos 2016

Hukum Mandulkan Kucing

Soalan : Bolehkan kita memandulkan kucing peliharaan?
Jawapan :
JAKIM memberi fatwa untuk memandulkan kucing adalah harus.
Untuk mengikuti pandangan mazhab :
1-Ulama mazhab al-Hanafi berpendapat tidak mengapa mengkasi haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.
2-Ulama mazhab Malik pula berpendapat Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
3- Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara haiwan yang dimakan dagingnya dan yang tidak dimakan dagingnya. Mereka berpendapat: Harus mengkasi haiwan yang dimakan dagingnya ketika ia kecil, dan diharamkan selain daripada itu (yang tidak dimakan daging). Mereka juga mensyaratkan proses mengkasi itu tidak mendatangkan kecelakaan (kepada (haiwan).
Sumber

Dalam islam hukum mandulkan kucing adalah " Harus" Jadi adalah tidak salah jika kita mengambil keputusan utk memandulkan selagi ianya tidak membahayakan kesihatan dan keselamatan kucing tersebut.

Memelihara kucing bukan sekadar hanya memberi makan semata2. Kita juga perlu menjaga kebajikan kucing dan memastikan kucing mendapat semua keperluan. Dari segi perhatian, kasih sayang dan vitamin tambahan jika mampu. Jika jumlah kucing terlalu banyak, kita mungkin akan mengalami banyak masalah lain.

Hal ini kerana bukan saja kos makanan akan bertambah, kos utk menyelengara bahan buangan juga akan bertambah. Oleh itu pemandulan kucing antara langkah terbaik untuk mengawal populasi kucing dan akan mengurangkan risiko kucing jalanan bertambah.

Khamis, 28 Julai 2016

Tips Untuk Isi Minyak Kenderaan



1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Isi minyak petrol ikut liter
Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM36. ini lebih baik daripada isi RM30, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 16.6666666667 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

 p/s : Jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak

#RadioSinar
#yuyubeautysoap

Ahad, 24 Julai 2016

Kuzi ayam ekspres

Bila tekak tiba2 buat hal, nak beli tak tahu nk cari kat mana, jadi pilihan yang ada ialah kena buat sendiri..

Nk buat kuzi ni bagi ayu tkde lah susah sangat, tapi nk buat tu ambik masa dan agak remeh.
Kaedah yang ayu buat ni bagi ayu yag paling senang dan cepat..

Ayu bukan pakar, tapi bolehlah setakat nk makan tekak sendiri...
Resepi pun ehsan encik google jugak tapi dah olah sikit ikut tekak dan bahan yang ade kt dapur...
Setiap orang ade cara masak yang tersendiri, tapi ini cara saya...

Bahan bahan
Ayam sekor boleh potong ikut suka

Bahan perap ayam:
Halia
Bawang putih
Garam

Bahan goreng:
2 biji Bawang bombay dan 2 biji bawang holand saiz sederhana. Kalau besar 1 biji pun dah ok. (setelah goreng,  bahagikan kepada 2 bahagian. Sebahagian ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong ikut suka, saya belah 2 jer

Bahan tumis:
1 biji bawang holand
4 ulas bawang putih
1 inci halia

4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak
1 tin susu cair
1 botol sos tomato

Cara cara:
1. Panaskan minyak.  goreng bawang besar yang telah dihiris  hingga kuning, kemudian toskan. (Goreng dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan)
2. Goreng badam hingga kuning, toskan.
3. Goreng kismis sekejap dalam 1 minit je dah cukup, atau tengok bila semua kismis dah kembung terus angkat, kemudian toskan.
4.Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

Untuk Tumisan

1. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk  hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air.  Tumis hingga wangi.
3. Tambahkan air, susu cair, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan bahan2 yang telah digoreng. Seperti ayam, bawang goreng yang telah ditumbuk, badam, kismis, bawang besar goreng.
5. Tambahkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat. Kemudian dah boleh dimakan

Kat bawah ni ade sebahagian gambar yg ayu sempat snap...

Ayu suka makan kuzi ni dengan roti jala


Bawang besar yang telah di mayang, kemudian goreng dan bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian perlu ditumbuk halus, dan sebagian lagi dimasukkan ke dalam masakan ketika masakan hampir siap

Halia dan bawang putih ditumbuk halus dan digaul dengan ayam yang telah dibersihkan. Perapkan sekejap sebelum digoreng separuh masak

Badam dan kismis perlu digoreng dan ditoskan. Kismis hanya goreng sebentar sahaja ye. Lama2 nanti hangus pulak

Tumis bawang, halia dan bawang putih yg ditumbuk hingga naik bau. Kemudian tambah rempah dalam tumisan bawang. Seterusnya bolehlah letak susu cair secukup rasa. Kalau nk guna 1 tin pun boleh. Tapi ayu guna 3/4 je

Lepastu tambah sos tomato, ayu pun guna 3/4 juga utk sos ni. Nak habiskan sebotol pun boleh, korang kena agak jugalah. Lepastu boleh masukkan kismis dan badam yang digoreng tadi. Masukkan jugak bawang goreng yang baki tu tadi. Lepas tu kacau rata dan masak sampai pekat. 
Tambah gula garam secukup rasa. Kalau nak kuah lebih tambah air sikit. 

Dah siap bolehlah makan dengan roti jala.. 
Roti jala ni pun nk buat senang je. 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 biji telur ayam
2 sudu minyak masak.
Garam gula secukup rasa. 
Masukkan semua bahan2 ni dalam blender kemudian blender sampai sebati. Lepas tapiskan tepungndan dah boleh mula menjala.. 

Selamat menjamu selera... 
Kalau korang dah cuba nanti sharelah gambar kt komen ye.. 

Kalau ada silap dan salah, ajarlah ye.. 



Khamis, 23 Jun 2016

Ikan Dori Sweet Sour Versi Cik Ayu 😉

Dah nk masuk hari ke 18 kita di bulan Ramadhan pada tahun ni...

Mesti pening je nk pikir menu utk berbuka kan?? Saya pun selalu macam tu, bila sampai je waktu nk berbuka mesti jenuh duk memikir pasal menu...

Baru2 ni kebetulan pergi tesco tengok ada offer ikan Dori... Sebenarnya saya sendiri pun belum pernah pernah masak ikan ni...
Tapi teringin nk makan dan nk cuba masak sendiri... Jadi kita pun tanya lah encik google... Tk ingat blog mana hari itu sebab tengok sepintas lalu jer, lepas tu saya buat ikut olahan saya sendiri...

Saya kongsikan di sinj utk sahabat yg teringin nk mencuba okey...

Bahan-bahan utk ikan celup tepung
Potongan ikan Dori
Tepung gandum           2 sudu besar
Tepung jagung              2 sudu besar
Tepung serbaguna        1 sudu besar
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk  secukup rasa


Sos sweet sour

Bawang holand  1 biji
Bawang putih     3 ulas
Sos tomato           3 sudu
Sos cili                   3 sudu
Sayur campur secukup rasa
Cili hijau dan cili besar jika nk pedas
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dori yg telah di nyahbeku. Dipotong mengikut citarasa, saya potong kecil

Tepung yang disatukan dan digaul hingga sebati

Salutkan kepingan ikan dori dalam tepung yang telah digaul tadi.

Goreng dengan minyak yg banyak hingga berwarna keemasan kemudian ketepikan.

Bahan2 ini perlu dimayang halus, pic lepas potong terlupa nk ambik

Sayur campur yg dinyahbeku

Tumiskan bahan2 yg telah dimayang hingga layu dan masukkan sos cili dan sos tomato, kemudian gaulkan..

Masukkan sayur campur dan biar sayur campur masak.

Masukka  cili hijau dan cili besar utk tambahkan rasa pedas

Sediakan kepingan ikan yg sudah digoreng didalam pinggan

Tuang sos yg telah siap di perasakan degan gula dan garam ke atas kepingan ikan yg telah digoreng
Sedia dihidang bersama lauk pauk yg lain... 


Selamat mencuba ☺😊



Selasa, 7 Jun 2016

Manfaat Chia Seeds utk bulan puasa

Semalam ade terbaca info pasal chia seeds ni...
Jadi hari ni kita g tesco cari chia seeds untuk bekalan bersahur...


Ini serba sedikit info tentang Chia Seeds
#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-#-

Timbul banyak persoalan. Nak sahur macam mana?
.
Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air.
.
Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.
.
Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud "kekuatan".
.
Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds memgandungi:

Fiber: 11 gram
Protein: 4 gram
Omega 3: 9 gram
Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusiadari keperluan harian tubuh manusia
Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2.
.
Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.
.
Caranya:
1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4. Minum.
.
Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa.
.
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil.
.
Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.

Kredit DrRizal

#copypaste
#bebasjerawatdgnyuyubeautysoap
#yuyubeautysoapdihati

Ramadhan 2016

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan...
Hampir setengah tahun blog ni tak berusik...
Nk kata buzy sangat tu biasa2 jer... tapi setiap kali nk menulis ade je ganguan... Sudahnya terlupa pasal blog ni...

Sempena Ramadhan 2016 ni, saya rasa nk mula menulis kembali... harap tkde yg bosan baca celoteh saya...
Alang dah bulan puasa ni, kalau sempat saya akan kongsikan resepi menarik yg boleh jadi juadah berbuka utk anda...

Apa2 pun sebelum saya melalut lebih panjang, saya nk ucapkan selamat berpuasa kepada anda yg sudi singgah di blog saya yang kerdil ini..
Semoga ibadah kita di bulan ramadhan yang mulia ini di terima Allah...

Jangan persiakan bulan yang penuh rahmat ini... setahun hanya sekali je tau...
Selamat berpuasa
Selamat berterawih...

Ikhlas dari saya...
Cik Ayu...
#yuyubeautysoapsentiasadihati
#nkcantikdngojesgunasabunyuyujer

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...