Rabu, 29 April 2015

Salute This Guy

Jumpa Anak Muda Buat Larian Amal Ke seluruh Semenanjung.
29 April 2015...

Hari ni pagi pagi lagi aku dah keluar ngn kawan aku ni, Dah terlanjur ada kerja pagi ni, kitorang singgah dulu makan roti canai kat gerai roti canai favourite kitorang di area pantai irama bachok..
Rasanya dah lama tak makan roti canai sebab tak kuar pagi, kat sini kalau datang lambat tak merasalah nk makan roti canai die...



Hari ni kitorang makan 1 roti canai sardin, dan lagi 1 roti canai kahwin, (roti kosong + roti telur) banyak tak kitorang makan?? Al maklumlah tangki besar... Dah siap makan terus ke destinasi seterusnya iaitu ke Sekolah Menengah Kandis Sebab kawan aku ada urusan sikit kat situ..

Disebabkan hujung minggu ni nk g KL, jadi kitorang pun teruslah rancang nak g ke pasar Siti Khatijah nak mencari dodol...
Dalam perjalanan nk g kota bharu dari kandis sekitar Kampung Hujung Repek, ternampak sebuah kereta Produa Alza yang bergerak pelahan dan dihadapan kereta tu  pulak ada seorang lelaki tengah berlari.

Disebabkan dah terlepas, jadi kitorang berhenti kat depan sikit dan tunggu diorang sampai. Perasaan ingin tahu ape yang sedang diorang buat. Jadi kitorang pun decide untuk tunggu dan tanya tujuan larian yang dibuat. Macam buzy body je kan, tapi kalau tak tanya, tak tahu...

Sebaik dia sampai, kawan aku ni terus ambik gambar dia, dan dia juga mula memperlahankan langkah, mulanya segan jugak nk tegur dan tanya, takut mengangu perjalanan dia. Tapi cuba juga beranika  diri n dia juga seorang yang ramah dan banyak cakap.

Dari perbualan kami,aku dapat juga maklumat pasal diri dia.  Azlan Ali  merupakan anak kelahiranKuala Lumpur yang berusia 33 tahun bersama sahabatnya Muhammad Ridzuan Rosli yang berusia 22 tahun telah membuat projek larian amal ke seluruh semenanjung bermula 1 January lalu bagi mengutip derma untuk disalurkan kepada 12 Mahad Tahfiz.


Serius memang aku Kagum dengan semangat dan sikapnya yang tabah belari dibawah panas terik matahari demi mencapai matlamatnya yang ingin menjelajah ke seluruh semenanjung dari masjid ke masjid dan ke setiap negeri bagi disalurkan kepada Mahad Tahfiz dan anak yatim disetiap negeri yang dijelajahinya...

Prinsip penjelajahan Azlan adalah mereka wajib singgah ke masjid Negeri di setiap negeri yang dilewati, bermula dari negeri johor,
Sultan Abu Bakar (Johor), Masjid Sultan Ahmad Shah (Pahang) dan Masjid Abidin/ Masjid Putih (Terengganu). Dan hari ini akan tiba ke Masjid Sultan Ismail Petra (kelantan)

Zaman sekarang ni rasanya tak ramai anak muda yang ada semangat macam ni.. Buat sesuatu untuk orang lain dan bukan pentingkan diri sendiri. Semangat macam ni bukan senang kita nk jumpa. 

Berdasarkan ceritanya, Die pernah jual t shirt untuk cari modal bagi memulakan perjalanan jelajah amal bagi kutipan derma ini. Alhamdulillah kawan bnyak menyokongnya dengan membeli t shirt yang dijual dan ketika itu dia dapat mengumpul rm 850. 

Dengan bermodalkan hasil jualan t shirt, Azlan telah memulakan jelajah bagi mengutip derma untuk Mahad Tahfiz. Azlan juga mengalami pelbagai halangan dan  kesukaran untuk dapatkan permit bagi mengutip derma, serta pernah terlibat dengan kemalangan dan memaksanya menanguhkan perjalan lebih kurang sebulan. 

Namun begitu,  semua itu tidak pernah mematahkan semangat Azlan bagi meneruskan misi penjelajahan beliau. Sokongan moral dari penduduk kampung dan imam masjid yang dilewatinya juga menjadi salah satu pendorong untuknya meneruskan misi. 

Memang teruja sangat dengar cerita Azlan ni tadi, kagum dengan semangat beliau yang tak ada pada semua orang. Bukan mudah nak hidup berkelanan dan berjalan kaki dibawah panas terik camni. Tapi demi matlamat dan niat untuk membantu orang lain, beliau tetap tabah.. 

Aku ni tak berapa pandai sangat nak mengarang cerita ni, tapi kalau korang berminat nak follow perjalanan Azlan ni, boleh follow fb dia. 

Facebook 
Facebook.com/irunmynation 
dan juga boleh like page Azlan:  Irunmynation 
Instagram / Twiter
Irunmynation 

Dia banyak update pasal aktiviti dan lokasi dia kat Ig,  jadi korang boleh like dan follow dia dan kalau ada rezeki lebih mungkin boleh juga beri sumbangan pada Azlan bagi merealisasikan matlamatnya menjelajah Semenanjung Malaysia dan menbantu Mahad Tahfiz yang kurang mendapat perhatian dan Anak yatim.. 

Semoga Azlan terus Istiqomah dalam meneruskan perjalananya bagi meneruskan misi dan matlamatnya.. 


sempat je aku bergambar ngn die



Sabtu, 25 April 2015

HATI-HATI MAKAN SUPLIMENT - OVARI ROSAK KERANA MAKAN PRODUK SUPPLEMENT 'SAMPAH'

Artikel ini saya ambil dari sebuah blog lain...
rasa nk share kat sini supaya korang semua berhati-hati bila makan supliment tambahan, kononnya untuk kesihatan, tetapi sebaliknya pulak yang jadi...
jom baca dan sama2 renungkan...


Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.

SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu.

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk.

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan.

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat.

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain.

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata?

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.

Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.

Kredit - Nur Farina Abdullah
Sumber

Jumaat, 24 April 2015

Exam day...

Selamat pagi....
laju pulak jantung ni berdegup pagi2 gini...
nerves cm tk pernah masuk exam je...
now sedang menunggu detik nak masuk dalam dewan exam...
Alhamdulillah buku dah baca, dah buat rujukan pun tentang subjek ni... harap2 semuanya ok je lah pasni...

Wish me luck...

Khamis, 23 April 2015

Turun Naik bisnes

 Adat dalam setiap pekara yang kita buat pasti ada turun dan naiknya... tak kira sama ada berkerja makan gaji ataupun berniaga sendiri.. Aku dulu kerja makan gaji ngn orang buat sale, ada masanya sale tinggi ada masanya sale jatuh menjunam, time tu tak pikir sngat, sbb cukup bulan akan dapat gaji... klau sale tinggi komisen bnyak, kalau sale kurang komisen sikit... Mestilah seronok kalau sale tinggi, sebb dapat komisen bnyak, gaji pun bnyaklah dapat kan, tapi kalau time sale tak berapa ada, memang rasa down je time nk terima gaji...

Tapi sekrang ni tkde dah nk pikir pasal komisen bagai, sebab sekarang berniaga sendiri... kalau ade sale, adalah income. Kalau tkde sale tak ada income... Ada masa dan ketika sale memang banyak, tapi ada waktu memang tkde sale.. time ni memang stress dibuatnya... tapi rezeki tu Allah dah tetapkan... klau tak ada sale dia akan bagi benda lain, yang kita lebih perlukan... Ape2 pun aku sentiasa bersyukur... Alhamdulillah semuanya masih cukup makan dan pakai aku.

Tapi yang pasti lepas GST dilaksanakan ni sale memang agak drop sebb kebanyakan orang akan lebih berhati-hati kalau nak membeli barang. Mereka perlu mendahulukan barangan yang lebih penting iaitu barangan keperluan keluarga...  apapun yang belaku ianya tak akn buat aku jadi cepat mengalah... Sbab aku percaya rezeki untuk aku memang ada, cuma aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi lepas ni...


Selasa, 21 April 2015

7 Cara Air Kosong Boleh Bantu Anda Kurus


Pertama sekali sebelum anda amalkan perkara yang kami inginkan kongsikan ini, kami berharap anda dapat memahami bahawa kesihatan merupakan perkara pertama untuk buat anda cergas jika sudah berusia nanti.

Kita kurus bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi dalam masa yang sama adalah untuk masa depan yang mana kita boleh pergi jalan-jalan tanpa naik kerusi roda.

Apa-apa pun, kami tekankan di sini, anda perlu berdisiplin dan konsisten melakukan perkara yang anda inginkan sangat. Janganlah hanya bermula sekejap sahaja.

1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama

Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis.

2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum

Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Bila sudah lama buat, tidak mustahil anda akan top up semula air sebab cepat sangat habis.

3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong

Ini memang perkara mudah dan kami sendiri pun sudah selalu lakukan. Paling best, bila sudah selalu buat, sudah boleh jangka banyak mana kita akan makan. Sekurang-kurangnya satu gelas sebelum makan.

Kiraannya mudah – bila kita minum air kosong, selera makan sebenarnya akan turut berkurang dan perkara ini akan membantu kita untuk menurunkan berat badan serta mengawal pengambilan makanan yang tidak melampau. Cubalah jika anda tidak percaya.

4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur

Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan. Terlebih sarapan nanti, lentok pula ketika sedang buat kerja.

Mahu senang lagi, sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.


5. Minum LAPAN Gelas Sehari Itu Semua Penipu!

Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Itu semua penipu sebab anda kena minum lebih daripada jumlah tersebut apatah lagi jika berat badan anda sudah terlebih-lebih. Maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.

Tips mahu minum air banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu. Mulakan dengan botol air kecil dahulu. Bila air masak yang anda minum cepat habis, ia akan memotivasi anda untuk minum dengan lebih banyak lagi. Maka lagi bersemangatlah anda untuk kurus

6. Minum Dengan Gunakan Straw

Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.

Malah, Ziana Zain pun amalkan minum air secara seteguk-seteguk sahaja. Jika tidak percaya, jika terjumpa Ziana Zain nanti, boleh minta petua daripada dia.

7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat

Mahu senang lagi, setiap kali selepas solat 5 waktu (bagi yang beragama Islam), sediakan terus air untuk diminum. Jika bab ini pun anda malas untuk lakukan, maka sila padamkan niat anda untuk kurus. Banyak sangat alasan, sila obesiti seorang diri.

Apa-apa pun, semua tips yang kami kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.
jumlah air yang perlu diminum mengikut berat badan untuk sehari... 

BONUS: Letakkan target anda untuk lihat perubahan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu & jangan target melampau, nanti anda hampa, terus berhenti minum

Anda ada 1000 alasan untuk tidak menjaga badan dan terus selesa dengan keadaan sekarang tapi sanggupkah anda menelan 1000 pil di usia tua semata-mata kesilapan anda sendiri yang tidak menjaga kesihatan di usia muda? Sudahlah anda tua dan obesit

Ahad, 12 April 2015

RASA 'AIR PAPER' BAG MAMPU BERTAHAN SEHINGGA 5 JAM

air ‘paper bag
BAGI yang mendambakan kenikmatan pelbagai rasa kopi seperti moka, kapucino dan kafe latte dengan rasa asli dan aromanya kekal selama lima jam bolehlah mencuba air ‘paper bag’.

Minuman berais yang didatangkan dengan ‘paper bag’ ini mula mencetuskan fenomena baharu apabila ia semakin popular dan mendapat tempat di hati pelanggan.

Rohana Yaacob, 36, yang berniaga minuman itu sejak awal tahun lalu, berkata, minuman itu terkenal dengan nama air ‘paper bag’ kerana ia dimasukkan ke dalam plastik dan dibungkus dengan beg kertas di sebelah luarnya.

Menurutnya, minuman itu berasal dari Thailand dan mula diminati oleh masyarakat di sempadan ini.

“Paling istimewa ais dalam air ‘paper bag’ ini tidak cair dan dapat bertahan selama lima jam.

“Malah, rasanya tetap sama kerana ais itu tidak cair,” katanya yang berniaga di pasar malam dan Pasar Tani Wakaf Bharu dan sekitar daerah ini.

Rohana berkata, selain beraneka pilihan kopi, ia juga didatangkan dengan perisa buah-buahan seperti jagung, lobak merah, timun susu dan keladi.

Katanya, ada 30 perisa untuk pilihan pelanggannya dan perisa terbaharu yang mula diminati orang ramai ialah teh hijau.

“Rasanya lebih enak kalau dicampurkan dengan susu cair, ia memberikan rasa lemak manis pada minuman itu.

“Saya menjual minuman ini dengan harga RM3 bagi sebekas plastik, manakala RM2.50 dijual di dalam plastik,” katanya yang dibantu anaknya, Nurul Damisa Mohd Rosli, 16, dan adiknya, Noraini Ismail, 22.

Sumber

Jumaat, 10 April 2015

BAYI DALAM BEG KERTAS DALAM KEADAAN SENYUM DAN TIDAK MENANGIS


Rawang: “Dia (bayi) dijumpai dalam keadaan tersenyum dan tidak menangis di dalam beg kertas,” kata Fakhrudin Abdul Karim, 46, sebaik menemui bayi lelaki yang dibuang di atas bonet sebuah kereta di kawasan meletak kenderaan Masjid An Nur Bandar Country Homes di sini, kelmarin.

Fakhrudin yang juga nazir masjid itu berkata, bayi malang terbabit ditemui selamat oleh seorang jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat Isyak pada jam 9.15 malam.

Menurutnya, jemaah masjid kemudian segera memaklumkan perkara itu kepadanya.

“Saya amat terkejut kerana kejadian itu pertama kali berlaku di kawasan ini. Bayi itu masih bertali pusat dan dibungkus bersama kain di dalam beg kertas.

“Peliknya bayi itu berada dalam keadaan tersenyum dan tidak menangis. Saya percaya bayi itu sudah dilahirkan beberapa hari lalu,” katanya.

Menurutnya, terharu dengan penemuan bayi itu seorang jemaah masjid melaungkan azan ke telinga bayi itu.

“Bayi itu baru dilahirkan, maka wajarkan bayi itu diazankan.

“Kami dapati beg kertas berisi bayi itu ditinggalkan di atas kereta milik seorang pesara polis berusia 64 tahun yang menemuinya,” katanya.

Fakhrudin berkata, dia kemudian mengarahkan jemaah masjid itu membuat laporan polis sebelum membawa bayi malang berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, bayi itu kini diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dijaga dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata bayi lelaki itu kini menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang.

Ali berkata, siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui saksi yang melihat individu meninggalkan bayi terbabit di atas bonet kereta.

“Kami (polis) minta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui individu yang baru sahaja melahirkan bayi supaya menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


Sumber

Khamis, 9 April 2015

GENG CUCI MASJID DAPAT PERHATIAN CINA DAN INDIA


SHAH ALAM - "Kami pernah menerima sumbangan dari bangsa India yang kagum dengan semangat kami, dan ada bangsa Cina yang melaungkan kata-kata ‘Malaysia Boleh’, sambutan semua bangsa membuktikan mereka berbangga dengan perjalanan kami."

Demikian respon jurucakap ‘geng cuci masjid’ Annas Aiman Jaffry, 27, yang menceritakan mengenai warna-warna perjalanan mereka serta perhatian masyarakat  sepanjang kembara mereka untuk mencuci masjid.

Jelasnya lagi, sejak kembara mereka bermula, mereka telah berjalan sejauh 764 kilimoter  setakat semalam.

"Kami sekarang berada di Masjid Kampung Beris, Kemaman, masjid yang ke-41, semalam dan adalah hari yang ke-75. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya adakah kembara mereka akan mencapai sasaran, Anas berkata Insya-ALLAH 'target' itu akan tercapai.
"InsyaALLAH akan tercapai," katanya.

Anas dan gengnya iaitu adiknya, Muhammad Aidil, 24, dan rakan mereka Hizamuddin Aliddin, 25, telah bertekad untuk berjalan kaki ke seluruh negara dengan niat untuk membersih masjid-masjid terpilih sepanjang perjalanan mereka itu.

Mengikut perancangan, dalam tempoh enam bulan pengembaraan, sebanyak 132 masjid di seluruh negara akan mereka kunjungi bagi tujuan itu.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mereka yang sebelum ini bekerja masing-masing sebagai penyelia stor dan pengawal keselamatan, sanggup meletak jawatan demi untuk merealisasikan hasrat itu.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...