Isnin, 26 Februari 2018

Dari Dia kita datang, Pada Dia kita kembali kepada

Hari ni isnin, genap 11 hari tok pergi meninggalkan kami semua.
Khamis, 15 febuari, aku dikejutkan dengan berita kematian tok yang tinggal bersama keluargaku di kampung..

Berita yang di sebarkan oleh adik lelaki aku melalui aplikasi whatsapp agak mengejutkan aku dan adik yng kebetulan datang ke kelantan. Aku cuba menghubungi keluarga di kampung untuk mengesahkan berita yang di terima.

Puas mendail, tapi panggilan ku ke no telefon mak tk disambut. Call adik yg lain, tapi tk dapat.. Akhirnya kak long menjawab panggilanku. Suara kak long masih serak dan putus, kerana kak long belum betul2 sihat setelah mengalami demam dan batuk yg berpanjangan..

Kak long mengesahkan kejadian tersebut. Memang benar tok telah pergi menemui penciptanya.. Kak long bagithu, kak long nk percepatkan urusan pengebumian jenazah dan tidak dapat menunggu kepulangan aku dan adik. Aku tk membantah, kerana itu adalah yg terbaik buat tok.

Terkilan...
Tkde rasa terkilan sebab tak dapat tengok wajah tok buat kali terakhir, sebab aku sedar dan faham tak elok kalau kita menyeksa mayat tok kalau menangguhkan waktu pengebumian. Aku sebagai cucu dah laksanakan tanggungjawab sehabis baik setiap kali aku pulang ke kampung.

Aku akan menyediakan makanan nya dan melayani permintaan nya bila balik ke kampung. Biasa nya setiap kali tiba waktu solat, kami adik beradik akan beritahu tok. Tok dah tua, kadang tk dengar bunyi azan. Selagi tk diberitahu, selagi tu lah die tak solat. Kadang2 tok psang radio dalam bilik untuk dengar seruan azan.

Banyak kenangan dengan tok. Walaupun tok dah tkde, kenangan tu akan kekal dalam ingatan sampai bila2.. Alhamdulillah tok dikebumikan pada petang itu juga. Urusan pengebumian berjalan lancar walaupun ada anak dan cucu tok yg tk sempat sampai dan ada juga yg tak datang.

Aku gerak dari kota bharu lebih kurang jam 3.30 petang. Aku dapat berita tok dah selamat di kebumikan pada jam 6 petang. Kebetulan sangat, pada hari kejadian adik aku datang sini untuk teman aku balik kampung.. kebetulan hari tu jugak aku tk berapa sihat.

Semuanya bagai dah di susun dengan baik, aku mintak adik aku tia datang teman aku balik, sebab aku tk berani nk drive sorang2. Itu pun sbab abah yang tak sihat. Tapi orang lain pulak yg pergi dulu..

Pada yang terbaca post ayu ni.. ayu mohon sedekahkan Al fatihah untuk arwah tok ayu. Jaharah bt sat..

Selasa, 6 Februari 2018

Terusan Di Venice Kering Kontang Selepas Fenomena Super Moon



Bandar Venice yang terletak di Itali ini cukup terkenal dan sering dipanggil sebagai sebuah bandar romantik selepas Paris di Perancis dan Armsterdam di Belanda.


Mungkin disebabkan oleh kehadiran gondala-gondola yang bersimpang-siur di dalam terusan yang menghubungkan tempat-tempat lain di dalam bandar ini menjadikan bandar ini sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.


Akan tetapi, pernah tidak anda membayangkan bagaimanakah keadaan bandar Venice tanpa terusan-terusan mereka yang terkenal ini?


Gambar-gambar yang diambil sekitar 31 Januari sehingga 1 Februari ini memaparkan terusan di sekitar Venice yang kering kontang sehingga menyebabkan gondola-gondola itu tidak dapat beroperasi seperti biasa.


Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada penyurutan paras air, antaranya adalah cuaca yang sejuk, kekurangan jumlah hujan dan fenomena Supermoon pada 31 Januari baru-baru ini yang telah memberikan kesan kepada pasang surut air.


Tidak seperti dengan gambar-gambar Venice yang sering kita lihat sebelum ini, keadaan terkini di Venice adalah jauh berbeza sekalli dengan deretan bot dan gondola yang terkandas di dalam lumpur di lantai terusan yang sekaligus menjadikan bandar ini kelihatan begitu tidak romantik sekali.

Di sesetengah kawasan di Venice, paras air di terusan surut sehingga 2 kaki. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Venice dilanda fenomena kemarau yang luar biasa dan fenomema ini telah mengakibatkan banyak aktiviti pelancongan dan pekerjaan terjejas teruk.

Sumber TaikoTv

Isnin, 5 Februari 2018

Cabaran Tahfiz Cilik

Bukan mudah untuk menjadi seorang hafiz yang perlu menjaga tertib pelbagai perkara termasuk perilaku dan pemakanan.
Namun, disiplin sedemikian bukanlah sesuatu yang mudah diikuti oleh seorang anak yatim Kampung Sungai, Bachok yang sememangnya berminat untuk mendalami ilmu agama sejak di bangku sekolah rendah.

Masuk tahfiz usia 11 tahun.

Ahmad Arif Hanif Juhari,15, anak keempat daripada lima beradik ini tidak kekok untuk meninggalkan segala kelaziman hidup sebelum ini semata- mata untuk mendalami ilmu agama di Maahad Tahfiz Al- Hashimi, Kuala Krai.

Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perupuk ini meninggalkan alam persekolahan aliran biasa untuk mengejar cita- citanya belajar agama ke Timur Tengah.
Walaupun ujian untuk memasuki tahfiz itu agak ketat dengan tiga siri ujian, namun dia dapat melepasinya dan kini sudah hafaz 28 juzuk al- Quran.

“Semua perkara perlu dijaga termasuk pergaulan dan pemakanan. Saya tak boleh makan sesuka hati di luar kerana makanan yang menjadi darah daging akan mempengaruhi hati dan minda kita.
“Kalau balik ke kampung pun tak lama iaitu tiga empat kali sahaja setahun tidak termasuk waktu ‘outing’ dua minggu sekali. ‘outing’ pula hanya sehari.

Saya akan balik ke kampung ketika ‘outing’ kalau rasa rindu sangat dengan mak. Tambahan pula mak tinggal sendirian sekarang selepas adik saya, Ahmad Hakim,13, juga belajar di maahad ini,”katanya.
Sering jadi imam tarawih dan solat berjemaah.
Menjelang Ramadan setiap tahun, Ahmad Arif adalah salah seorang pelajar yang menjadi rebutan untuk dipinjamkan sebagai imam di masjid- masjid seluruh negeri termasuk di Terengganu.

Difahamkan baru- baru ini dia pernah ditawarkan untuk bertugas di salah sebuah masjid di Kuala Besut untuk menjadi imam tarawih namun permintaan itu terpaksa ditolak oleh ustaznya memandangkan dia mempunyai banyak aktiviti di mahad tahfiz berkenaan.

“Saya tak kisah ditawarkan menjadi imam di mana- mana sahaja tetapi perlu melalui ustaz di maahad tahfiz kerana jadual kami agak padat dengan pelbagai aktiviti.
“Saya mula menjadi imam solat berjemaah sejak di sekolah rendah lagi ketika kelas fardhu ain.

Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada masalah untuk kendalikan sebarang solat berjemaah. Kita perlu yakin dan tawakal kepada ALLAH S.W.T ketika menggalas tanggungjawab sebagai imam solat,”katanya yang kehilangan bapa sejak 11 tahun lalu.

Rebut peluang belajar ketika muda.
Berkongsi mengenai aktivitinya sebagai pengajar kelas al- Quran, Ahmad Arif berkata, usia muda sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk belajar al- Quran.
Katanya, apabila usia telah meningkat, keupayaan seseorang untuk mentelaah akan terbatas sama ada dari segi sebutan dan penglihatan.

“Alhamdulillah kini saya dah hafaz 28 juzuk. Di sini kami diajar pelbagai kemahiran berbeza. Jika saya azan, kawan- kawan lain akan iqamat, baca doa dan imamkan solat. Ia untuk membolehkan kami merasai sendiri pengalaman itu sebelum bersedia keluar menjadi imam solat.
“Selain itu, dalam kesibukan kami mentelaah pelajaran namun dalam masa yang sama kami juga terlibat dengan aktiviti lain seperti bersukan yang penting untuk kecergasan fizikal,”katanya.

Ibu sokong minat anak.

Manakala, ibunya, Aminah Mat,48, berkata, dia tidak pernah menyekat minat dua anaknya untuk mendalami ilmu agama dan meninggalkan sekolah aliran biasa.
Katanya, dia bertuah kerana di maahad tahfiz itu anaknya ditanggung sepenuhnya oleh pihak maahad termasuk pakaian, makanan dan keperluan pembelajaran.

“Adakalanya kalau saya rindukan anak- anak, saya akan naik kereta sewa untuk ke Kuala Krai. Walaupun kami bukan orang senang tetapi saya tak kisah berhabis RM100 untuk bayar tambang ke sana demi melihat anak di depan mata.
“Saya bersyukur kerana mereka meminati ilmu agama dan sentiasa berdoa agar mereka berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air kelak,”katanya.

Untuk rekod, Ahmad Arif adalah rakan dan sekampung dengan pelajar tahfiz, Muhamad Rahman Rozali,17, yang meninggal dunia dalam trageri kemalangan tujuh tahfiz di Kuala Krai baru- baru ini. Beliau turut pulang mengiringi jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan Kampung Sungai.

Ahmad Arif juga pernah dinobatkan sebagai qari terbaik keseluruhan dalam Tilawah al-Quran dan Festival Nasyid peringkat kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia kali ke-41 yang diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak 2015.

Ahmad Arif (kanan) ketika dinobatkan sebagai qari terbaik keseluruhan dalam Tilawah al- Quran dan Festival Nasyid peringkat kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia kali ke-41 yang diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Ahmad Arif (depan) ketika mengimamkan solat hajat sebuah program di Gunung.

Isnin, 22 Januari 2018

Wanita Ditemui Terdampar di Pantai Irama



Pagi ini kita di kejutkan dengan berita penemuan sekujur tubuh wanita berusia 23 tahun yang terdampar di Pantai Irama, Bachok.

Gambar Wanita berkenaan yang masih berpakaian lengkap tular di media sosial bermula pagi tadi dan menimbulkan pelbagai spekulasi di di kalangan penguna media sosial.

Mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarga mangsa dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Bawa Isteri Pindah Untuk Elak Ganguan Penanggal

Kawasan perkampungan ini didakwa
 mempunyai gangguan penanggal 
yang tidak diberi makan oleh tuannya 
sejak akhir- akhir ini.


Cerita mengenai makhluk halus yang berkeliaran dalam dunia maju hari ini sewajarnya sudah tidak wujud sementelah umat Islam kini telah banyak berubah ke arah positif mengamalkan gaya hidup Islamik berbanding sebelum zaman merdeka.

Namun, hal itu seumpama hanya disembunyikan di sebalik pakaian moden sebaliknya masih ramai yang mempercayai dan mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik bersekongkol dengan iblis dan jin. Baru- baru ini cerita mengenai bebola api yang mengganggu penduduk di sebuah perkampungan menuju ke Tok Bali.

Ia cerita kali kedua selepas Sinar Harian mendengar cerita yang sama dimaklumkan seorang pemancing yang melihat bebola api itu di atas kubur Bachok.
Difahamkan, bebola berapi itu lazimnya adalah jelmaan makhluk halus yang digelarkan sebagai penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan- balan di Sabah.

Man (bukan nama sebenar),30, pada mulanya juga enggan mempercayai kewujudan hantu dan jembalang di kampungnya sementelah dia tidak pernah bertembung sebarang gangguan ketika pulang lewat malam ke rumah ibunya.

Tidak bawa isteri hamil ke kampung. 

Man berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membawa pulang isterinya yang  baru beberapa bulan hamil anak sulung pulang ke kampungnya.
Ketika tidur, dia tersedar apabila melihat isterinya mengigau dan meracau.

“Puas saya kejutkan dia tetapi dia tak sedar. Sudahnya saya jirus air pada mukanya barulah dia sedar.
“Dia tak ceritakan apa yang berlaku sebaliknya hanya menceritakan apa yang berlaku selepas kami pulang ke rumah sewa di Kota Bharu.

Isteri kata ketika tidur dia didatangi makhluk penanggal yang mahu mengambil anak dalam kandungan. Memang di depan rumah kami nampak ada titis darah keesokan hari selepas apa yang menimpa isteri,”katanya kepada Sinar Harian.

Tidak diberi ‘makan’.

Man yang gusar mengenai perkara itu kemudian berkongsi apa yang menimpa isterinya dengan ibu saudaranya yang tinggal di kampung yang sama. Hal itu disahkan ibu saudaranya yang menyatakan penanggal itu mempunyai tuan namun tidak diberi ‘jamuan’.

“Ibu saudara saya sebelum ini sudah lima kali keguguran. Ibu saudara ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, namun saya tidak dapat dipastikan apakah ia juga mempunyai kaitan dengan penanggal berkenaan,”katanya. Kini, dia mengetahui penanggal itu mempunyai tuan dan pernah juga mengganggu penduduk kampung yang berbadan lemah dan tidak sihat.

Katanya, seorang warga emas penghidap kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain juga pernah diganggu makhluk itu.
Ia datang pada waktu malam mengetuk dinding dan memanggil nama wanita berkenaan dari luar rumah.

Makhluk halus itu wujud.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan komen daripada Imam Masjid Naim Jelawat, Mohd Kamil Abdul Hamid mengenai kewujudan makhluk ghaib yang dikatakan masih berkait rapat dengan kehidupan masyarakat hari ini.

Beliau berkata, makhluk halus dan sihir itu telah lama wujud sejak zaman nabi dahulu kala dan ada nabi yang pernah disihir oleh kaum musyrikin. Menurutnya, perkara itu terjadi apabila mereka bersahabat dengan iblis dan jin.

“Namun dengan izin ALLAH S.W.T perkara itu terjadi. Kalau ALLAH S.W.T tak izinkan ia tak kan terjadi juga walau apa pun yang dilakukan.
“Di sini pun ada juga benda yang dijumpai ketika orang kampung membersihkan tanah perkuburan berdekatan.
Anak patung ini ditemui penduduk 
kampung di sebuah tanah 
perkuburan ketika bergotong- royong 
membersihkan kubur di sebuah 
kampung di Jelawat baru- baru ini.

Penduduk yang jumpa benda itu bawa tunjuk kepada saya. Ada anak patung yang dibalut kain hitam, dicucuk jarum di dada. Tangan dan kakinya diikat. Ada gambar diikat bersama patung itu tetapi gambar itu sudah tidak jelas,”katanya kepada Sinar Harian.

Beliau percaya, patung itu dibuat menggunakan ilmu hitam untuk santau seseorang dan gambar yang terdapat pada anak patung itu mungkin gambar seseorang yang ingin ditujukan perbuatan sihir itu. Perlu hati- hati dalam kehidupan seharian.

Mohd Kamil berkata, ia membuktikan dalam dunia hari ini masih ada yang menuntut ilmu sihir sedemikian dan bersekongkol dengan iblis.
“Dulu kita dengar santau dibuat menggunakan tanah kubur sekarang mereka buat pakai patung pula. Kita perlu berhati- hati dalam persekitaran hari ini.

Ada orang dengki kerana kerjaya kita, ada orang dengki dengan kedudukan kita, semuanya tak mustahil.
“Namun dalam masa yang sama kita tak boleh leka dan boleh ambil langkah pencegahan melalui bacaan doa harian dan ayat- ayat rukyah.

Contohnya amalan membaca ayat kursi, dua ayat terakhir surah al- Baqarah serta membaca bismillah setiap kali masuk rumah, naik kereta dan sebagainya agar tidak dituruti oleh makhluk halus. Namun, perkara begini lazimnya dipandang remeh oleh ramai orang sebagai pendinding diri,”katanya.

Sabtu, 20 Januari 2018

JIN SURUH AMBIL DADAH


Rupa jin yang sering datang 
dalam fikiran Mat

Orangnya dilihat sederhana, berkopiah putih, memakai seluar jeans dan berjaket. Siapa sangka jejaka yang dilihat normal itu sebenarnya sudah lama bergelut dengan penagihan dadah.
Mat (bukan nama sebenar),berusia 28 tahun berasal dari sebuah kampung berdekatan Jelawat adalah anak keempat daripada lapan beradik.

Mengetahui mengenai susur galur keluarganya, dia bukan orang susah, malah sudah banyak wang dihabiskan ibu bapanya untuk mengubati Mat sejak beberapa tahun lalu, namun lazimnya ia hanya bertahan seketika sahaja sebelum Mat kembali menagih.

Ada jin suruh ambil dadah.

Mat berkata, dia mula terlibat dengan gejala dadah pada usia 14 tahun dan sehingga kini dia masih gagal mengatasi masalah ketagihan itu berikutan dakwaan ada ‘jin’ yang mengarahkannya untuk terus menagih dadah.

Mat berkata, dia pernah merantau sehingga ke Kuantan, Pahang untuk bekerja namun kerja yang dilakukannya itu hanya separuh jalan apabila dia gagal mengawal kemahuan terhadap dadah.

“Dulu saya pernah kerja bahagian baiki barangan elektrik di Kuantan namun satu ketika kepala saya ‘jammed’, saya jadi ‘blank’ tak boleh kerja dan ambil dadah semula.
“Lepas tu saya balik rumah dan keluarga bawa saya berubat. Saya tak boleh kawal kemahuan terhadap dadah.

Saya nampak ada jin yang suruh saya ambil dadah. Kalau saya tak ambil dadah, kepala saya jadi tak betul. Lepas berubat saya pulih seketika namun bisikan jin itu datang lagi. Dia kata kalau saya ambil dadah saya akan kembali sihat,”katanya ketika ditemui di Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok.

Nampak jin dalam fikiran.

Mat berkata, dia hanya mendapat pendidikan setakat tingkatan dua di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa dan di situlah dia mula ponteng kelas dan masuk hutan untuk menghisap rokok.

Dia juga pernah dihantar ke sebuah pondok di Tunjung seketika sebelum keluar dan ketagih dadah semula.
“Mak ada beri minum air bacaan yasin dan ayat suci al- Quran dan ia mengurang sedikit ketagihan saya. Namun, bisikan seperti itu juga akan muncul ketika saya sedang bertasbih, sedang solat dan ketika berbual- bual.

“Ada ketikanya ia munculkan makhluk besar dengan wajah berbulu hitam seperti beruk besar tetapi saya tak takut. Kalau saya hisap dadah dia tak ganggu, tetapi kalau saya solat dan berzikir ia akan ganggu, dalam mimpi pun ada sehingga saya sering terkejut dalam tidur,”katanya yang telah mengambil pelbagai jenis dadah termasuk syabu dan pil kuda.

Mat mendakwa, hasil pertemuan dengan bomoh mengatakan syaitan dan dalam hatinya sudah tiada tetapi masih ada di dalam fikirannya.
Dia mendakwa, bomoh mengatakan jin itu terlalu ramai dan hanya sebahagian sahaja yang dapat dikawalnya.

“Saya solat lima waktu tetapi ada kalanya kalau saya tak dapat kawal diri, jin akan paksa saya mengamuk tendang pintu, tumbuk mesin basuh dan bila dengar orang bercakap pun saya rasa nak marah.
“Saya tak boleh bunyi bising atau pelik- pelik nanti saya terkejut dan ia membuatkan jin itu mengamuk,” katanya.

Rujuk pakar psikiatri.

Mat berkata, kini dia juga lebih sudah setahun dirujuk ke pakar psikiatri di hospital Kota Bharu.
“Orang kata ‘benda’ tu tak boleh dihambat tetapi kena selalu baca ayat suci al -Quran. Malangnya saya hanya tahu baca sampai ‘kulya’ (surah al- kafirun) sahaja. Nak menghafal al- Quran pun susah bila macam ni.

“Saya pun kena ambil ubat setiap hari dan saya ingat dah tak mahu lagi terlibat dengan dadah ni. Saya jarang ke masjid sebab takut ganggu orang dan tak sihat sangat. Muka saya rasa sakit macam ditarik, kadang- kadang sakit usus, sering sawan dan lenguh badan.

Saya cuba cari kudrat macam dulu untuk pulih,”katanya yang pernah ditangkap polis pada 2015 dan kes mencuri di sebuah restoran di Pasir Mas.Hajat mahu bekerja, beli kereta dan kahwin.

Bercakap mengenai matlamat masa depannya Mat berharap dia akan pulih sepenuhnya dan ingin bekerja untuk mencari pendapatan sendiri sebelum membeli kereta dan mendirikan rumahtangga.
“Banyak benda yang saya dah tertinggal, dah lama saya tak puasa sebab tak boleh tinggal rokok dan dadah.

Saya harap sangat dapat hafal al- Quran dan bantu ibu bapa.
“Jadi saya juga harap remaja di luar sana tak cuba dadah apa lagi merokok. Semua itu tak bermanfaat dan merosakkan masa depan,”ujarnya.

Dadah jadikan halusinasi.

Sementara itu, Pegawai Pemulihan AADK Bachok, Hazyatulnur Mohd Razali berkata, dadah menjadikan seseorang penagih berhalusinasi akibat kerosakan saraf otak.
“Ramai yang jadi begini tetapi dia (Mat) mudah beri kerjasama. Dia pernah ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983.

“Dia tak pernah marah atau mengamuk ketika ditangkap. Ini adalah salah satu kes yang kami selia. Ada kes yang lebih teruk sampai nak bakar rumah di Kampung Merabang. Ada pula yang perempuan sampai kena Aids, ini semua kerana dadah,”katanya.

Justeru, Hazyatulnur berkata, ibu bapa dan masyarakat perlu memberi kerjasama penuh kepada AADK untuk menahan penagih dadah bagi dihantar untuk rawatan dan pemulihan dalam usaha menghapuskan dadah di daerah ini.

Mat tidak kekok memberikan kerjasama kepada Hazyatulnur dan kakitangan AADK Bachok yang lain.

Jumaat, 19 Januari 2018

Simcard Buat Duit


Dalam kegawatan ekonomi negara kita sekarang ni, Pendapatan dari 1 pekerjaan memang tidak mencukupi. Nak pulak pada golongan yg dah berkeluarga tu, Perbelanjaan isi rumah adalah sangat tinggi. Kadang tu, belum sampai tengah bulan poket dah kering.

Bila dah takde duit, terpaksa menebalkan muka meminjam duit dari kawan² untuk tampung perbelanjaan. Sampai waktu dapat gaji, komitmen dah makin banyak, nk bayar segala bil, tambah pulak dengan komitmen hutang. Bila tak cukup duit, terpaksalah meminjam lagi. Sudahnya hidup jadi makin sesak dan sempit.

Tapi, walau sesak macam mana sekalipun, Kebanyakan dari kita adalah pengguna smartphone dan juga topup.. Bezanya hanyalah pada model dan jumlah topup setiap bulan. Sikit atau banyak, ianya tetap diperlukan kerana pada masa kini, ianya adalah 1 keperluan bagi semua orang bagi memudahkan kerja seharian.

Jadi pada zaman sekarang ni kita perlu kreatif untuk menambah pendapatan. Oleh kerana smartphone dan topup adalah 1 keperluan yang tak dapat dinafikan, kita boleh mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan melalui "Simcard Buat Duit" Macam mana simcard ni boleh bantu anda?
Jom download ebook percuma ni..

Simcardbuatduit

Dalam ebook ni dah ada semua detail lengkap untuk bantu kita jana pendapatan sampingan hanya dari simcard.

Ini adalah satu satunya simcard yang bayar balik kepada anda setiap kali anda topup dan bila kawan yang anda perkenalkan topup. Anda bukan jual topup, tapi anda layak dapat komisen bila kawan anda topup. Bukan itu saja, banyak lagi kelebihan simcard ni yang ada perlu tahu.

Hanya download je ebook ni, semua persoalan anda akan terjawab dan anda akan bebas dari belenggu hutang jika anda ikut semua langkah yang diberikan dalam ebook..


Simcardbuatduit



Ahad, 14 Januari 2018

Kuantan Sejuk, Kota Bharu pun Sejuk

Sekali lagi Negara kita dilanda cuaca sejuk. Sudah menjadi kebiasaan bermula 2014 Malaysia mengalami cuaca sejuk yg luar biasa. Suhu semasa menurun dan ramai yg merasainya dan mula memuat naik status di laman sosial mengenai perubahan suhu yg dialami.

Tapi kalau tahun sebelum ni hanya beberapa tempat je yangn

Dari tk perasan, ayu pun makin alert tentang perubahan suhu ni. Baru2 ni sempat balik ke kampung untuk ziarah abah yang kurang sihat dan telah dimasukkan ke hospital dan menyebabkan ibu jarinya di potong kerana sakit kencing manis yg dihidapi nya..

Alhamdulillah abah dah beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital setelah beberapa hari berehat di HTAA ( Hospital Tengku Ampuan Afzan..  Tapi sepanjang berada di kuantan ayu memang perasan sangat, cuaca kali ni sangat berbeza, sejuk dan lembab je sepanjang hari. Tido malam pun berselimut litup, walhal ayu bukan jenis yng suke tido berselimut..

Disebabkan sekarang zaman dah makin canggih, kita boleh semak suhu semasa melalui smart phone je kan. Memang terasa sangat suhu sejuk masa tu. Bila check kat apps cuaca memang suhu agak rendah masa tu. Mencecah ke 23°c pada waktu malam.

Suhu khamis malam jumaat

Agak rendah kan.. kalau hari biasa suhu malam paling rendah pun sekitar 27 ke 28 °c jer. Tapi malam tu memang sejuk sampai tido pun tutup terus kipas waktu awal pagi sebab sejuk sangat. Mengigil rasanya walaupun dah berselimut.

Esok nya pun suhu masih rendah, kebetulan jumaat pagi tu ayu dah nk balik kelantan sbab dah lama duduk kt kuantan. Lagipun abah pun dah semakin sihat jadi hati pun makin senang nk balik tinggalkan abah.. Tapi sepanjang perjalanan pun hujan je dari kuantan sampai kelantan. Kejap² je hujan berhenti.

Naik bas pulak lupe nak bawak sweater, maka memang kesejukanlah sepanjang jalan. Harapkan tutup sembunyi tangan bawah tudung jer, nasib baik jugaklah tudung tu agak labuh, kira bonus lah tu kan.. tudung labuh, dapat tutup aurat dan kurangkan sejuk.

Alhamdulillah kali ni naik bas tkdelah lama sangat. Dalam 8 jam lebih je dah selamat sampai ke kota bharu dari kuantan. Kalau masa ayu balik kuantan hari tu, dekat 10 jam lebih, stress duduk dalam bas. Dengan sakit pinggangnya sebab lama sangat atas bas. Tak kira lagi sengsara menahan kencing.. kalau kerap naik bas, silap2 boleh dapat penyakit batu karang.. Harap² tkdelah kena penyakit kronik macam tu..

Hari sabtu, suhu masih lagi sejuk. Tapi pagi tadi tkdelah terasa sangat. Nak ke petang baru terasa sejuk sangat, tambah pulak dengan hujan. Jadi makin sejuklah jadinya.


Suhu petang sabtu

Suhu malam ni... 


Disebabkan suhu sejuk, malam ni memang confirm tak payah pakai air cond.. kipas pun tk on malam ni sebab cuaca memang sejuk. Kalau sepanjang tahun macam ni, memang jimatlah elektrik kt umah ni kan.
Tapi kalau lembab sepanjang tahun, nk keringkan baju pun susah nanti kan.

Ape yg penting Allah dah aturkan yg terbaik untuk kita semua. Sekarang die bagi kita sejuk, nanti lagi 2 ke 3 bulan hadir pulak cuaca panas.. bertuahnya kita kerana berpeluang tunggal di Malaysia dengan iklim yamg owesome ni. Ada masa hujan, ada masanya panas.






Sabtu, 13 Januari 2018

Malaysia Alami cuaca sejuk

Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia

Malaysia 🇲🇾 mengalami turunan suhu cuaca berikutan hujan tanpa henti dibeberapa kawasan barat Malaysia. Diantara 18c ke 24c . Kebiasaanya cuaca di Malaysia adalah 28c ke 34c . Menurunan suhu berlaku kerana berlakunya perubahan tolakan angin monsun dari Filipina.

Anda dinasihatkan untuk memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak seterusnya membawa demam panas.

Berikut adalah bacaan suhu terkini yang diramal melanda seluruh Malaysia sehingga lewat pagi esok;

ARAU - 19.7°C
ALOR STAR - 18.3°C
KUALA TERENGGANU - 19.1°C
KUALA KRAI - 17.3°C
BUTTERWORTH - 22.3°C
KUANTAN - 21.9°C
TAIPING - 21.9°C
IPOH - 22.8°C
KUALA LUMPUR - 25.5°C
SEREMBAN - 24.6°C
MELAKA - 23.1°C
JOHOR BHARU - 23.7°C
KUCHING - 20.4°C
BINTULU - 19.6°C
KUNDASANG - 14.2°C
TAWAU - 17.6°C

Rabu, 3 Januari 2018

KELUARGA MALU GAMBAR ANAK TULAR


Setelah isu kanak-kanak perempuan yang berpakaian lusuh pada hari pertama persekolahan tular, banyak pihak telah memandang serius isu ini dan cuba untuk membantu. Tak kurang juga dengan ramai pihak yang mengecam dan menyalahkan banyak pihak dalam isu ini.

Hari ini keluarga ini telah dikunjungi oleh pelbagai agensi atas rasa tangungjawab untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah sebenar yang dihadapi oleh keluarga adik Natasya.. 

Oleh kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan gambar adik Natasya, keluarga mengakui malu berdepan dengan masyarakat. Kerana gambar anaknya telah tersebar ke seluruh negara.  

Bachok - Keluarga murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Senak yang menjadi mangsa tular kononnya memakai pakaian dan kasut buruk pada hari pertama persekolahan, malu dengan penularan berita berkenan.

Mazawati Ismail,42, berkata, dia hanya mengetahui mengenai gambar anaknya, Nadia Natasha Ibrahim,12, ditularkan selepas didatangi seorang guru sekolah anaknya petang kelmarin.

Menurutnya, sebelum ini seorang lelaki menghubunginya dan memaklumkan ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga mereka.
“Ada seorang lelaki datang beberapa hari lalu cakap nak beri bantuan, saya tak tahu dia akan sebarkan cerita mengenai keluarga kami begini. 

Memang kami agak susah, saya kerja mencari daun nipah untuk dibuat daun rokok dan adakalanya mencari tiram jika tak hujan. Namun kami tak pernah minta kisah keluarga disebar begini, kami malu.

“Akibatnya anak saya pun malu untuk ke sekolah hari ini. Kami bukan tak ada duit cuma belum berkesempatan untuk ke kedai beli kasut. Saya dah ajak dia ke kedai tetapi dia tak mahu. 

Jadi hari tu saya hanya beli untuk yang adiknya Che Akma Arini,8, sahaja. Untuk dia kena tunggu kakak dia bawa ke kedai dalam masa terdekat ini,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sador.

Kisah daif Nadia Natasha ini ditularkan seorang lelaki dalam laman sosial ‘facebook’ kelmarin termasuk dalam kumpulan ‘whats app’ dan menjadi bualan hangat netizen.

Ia membuatkan pelbagai agensi hadir untuk melihat sendiri keadaan keluarga ini yang dikatakan amat daif dan tinggal di rumah yang dibina di atas rizab tanah perkuburan.
Nadia adalah anak keenam daripada lapan beradik. 

Bapanya, Ibrahim Donik,64, bekerja mengambil upah menjaga ternakan biri- biri dengan pendapatan kira- kira RM500 sebulan.
Nadia turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan dan bapanya turut menerima bantuan RM300 sebulan.

Selain dua anaknya yang bersekolah, anak bongsu pasangan ini, Aiman Zakwan,5, menghidap penyakit asma sejak berusia tiga bulan dan perlu bergantung dengan ubat.

 Manakala, Guru Besar SK Pantai Senak, Mohd Daud Salleh berkata, tiada isu mengenai murid berkenaan diabaikan kerana dia adalah penerima tetap pelbagai bantuan sama ada dari pihak sekolah dan JKM.

“Murid ini adalah tersenarai dalam penerima pelbagai bantuan termasuk Bantuan Awal Persekolahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Rangkaian Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) dan zakat setiap kali musim perayaan,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Dun Tawang, Mohd Azman Mohd Noor berkata, pihaknya terkejut dengan kisah yang ditularkan itu dan hadir ke kediaman keluarga itu untuk lihat sendiri keadaan mereka.

“Hari ini kita lihat ramai yang datang ziarah keluarga adik Nadia Nastasya termasuk agensi kerajaan pun datang seperti Pejabat Pendidikan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), NGO, dan saya mewakili Amanah Kelantan dapat lihat kehidupan mereka ini amat daif.
“Dengan tersebarnya berita ini kita harapkan sesiapa yang ingin bantu boleh sama- sama berganding bahu hulurkan bantuan. 

Kerajaan perlu ambil perhatian mengenai keluarga ini agar dapat kehidupan lebih baik. Mungkin MAIK boleh iktiar tanah rizab kubur ini untuk kediaman tetap mereka,”katanya ketika menziarahi keluarga berkenaan semalam.

Ibrahim (kanan), Mazawati (tengah) dan anaknya, Nadia Natasha (kiri) malu dan sedih apabila kisah keluarganya ditularkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial sejak kelmarin.

Mazawati membuat daun rokok untuk menyara keluarganya apabila tidak dapat turun ke sungai mencari tiram ketika musim hujan.

Keadaan rumah keluarga Nadia Natasha yang dibina di atas rizab tanah perkuburan Kampung Sador.
Nadia menunjukkan kasut buruknya yang ditularkan dalam laman sosial kelmarin.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...