Selasa, 23 April 2019

Terengganu Trip 7 - 8 April 2019

Pemandangan Di Tepi Pantai Penarik
Yang sering mengamit perasaan untuk
Terus kembali berulang kali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..  Tq sudi singgah dan baca celoteh ayu untuk kali ni..
Lama sangat dah tk merepek kt blog ni kan..

Kali ni rasa macam nk share ngn korang trip ke Kuala Terengganu pada 7 dan 8 april 2019, 2 hari 1 malam jer. Tak sempat nk pergi banyak tempat sebab kami gerak lambat dari kb,  tapi kena balik awal..  Jadi tk sempat nk penuhi semua target location yg dalam senarai tu. .

Biasanya kalau jenjalan ayu ngn kak z berdua jer,  tapi kali ni ditemani dengan 2  kawan2 kak z sekali, Ika dan zira.. Syok rupanya jenjalan ngn diorang ni, masing2 kepala tintong dan masuk air.. Lagi meriah rasanya bila ramai geng. . Biasa kalau berdua je boring jugak.. Bila ramai2 ni rasa terhibur pulak dengan telatah diorang ni. 


Sepanjang jalan asyik gelak jer dengan diorang ni..  Ade je cerita dan isu yang nk sembang.. selain nk jenjalan dan tukar angin kami pun ambiklab perluang ke Terengganu kali ni untuk tengok wayang sekali. Saja nk hiburkan hati. . Ye lah kt kelantan ni tkde pangung wayang, jadi bila terasa nk tengok wayang tu kenalah keluar dari negeri kelantan ni. . Biasa kalau balik kuantan memang tk miss lah g tengok wayang...


Masa sidang dun baru ni dengar kata ada cadangan nk buka pangung wayang di kelantan  tapi cadangn ditolak oleh kerajaan negeri.  Katanya susah nk kawal rakyat kelantan kalau buka panggung wayang..  Jadi tkdelah pangung wayang dibuka di kelantan. Sebab diorang cakap rakyat kelantan dah cukup terhibur dengan media sosial.. Jadi tiada keperluan untuk hiburan..  Eh rasa macam dah melalut ke lain pulak dah ni..

Disebabkan cerita upin ipin tengah trending masa ni,  so kami decide nk g tengok Filem Animasi anak tempatan iaitu Upin Ipin Keris Siamang Tunggal..  Lawak je kan dah tua bangka cam ni g pawagam tengok cerita kartun. . Ye lah kan,  tk nak tengok cerita yg heavy sangat, malas nk pikir banyak sebab tu lah pilih je cerita ni.. Lagipun banyak baca feedback dan review yg positif pasal cerita ni. 


Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Bukan hanya Untuk Kanak-kanak


Masa memilih nk tengok cerita apa tu mulanya agak berbelah bagi jugak,  ye lah orang tua g tengok kartun,  tk ke pelik tu. . Karang masuk pawagan semua budak2 jer. Beli tiket pun rasa nk berbisik jer 😂😂 Tapi masa dalam panggung tu tkdelah rasa pelik sangat sebab ramai je orang lain yg agak berusia datang tengok cerita ni tanpa bawak budak.. Jadi kes kami berempat ni pun tkde lah pelik kan..


Cerita upin ipin ni seriusly memang best sangat... Filem animasi anak tempatan yang setaraf dengan filem animasi antarabangsa. Diorang punya jalan cerita dah digarap dengan baik dan kesan khas nya pun sangat2 owesome tau.. Memang tk rasa macam tengok cerita animasi Malaysia tau.. Rasa sangat berbaloi bayar harga tiket tu..  Part raja bersiung tu memang digarap dengan baik dan memang seram giler tengok..


Pakai kostum pun ala2 drakula gitu.. Sesuai sangat dengan tabiat bahginda Raja Bersiung yang minum darah. Raja Bersiung dalam cerita ni memang nampak jahat dan penuh muslihat.  Watak yang tk pernah kita sangka kan. .  Pandai sangat team animasi ni buat skrip dan olahkan watak nya.. Dengar kata ada budak2 yang betul2 takut sampai tutup mata.  Yang nangis pun ada rasanya sebb takut dengan Raja Bersiung.

Ada pulak  watak mak Deruma yang merupakan ibu kepada si tanggang,  Selama ni kita tk pernah terpikir pun apa jadi lepas Tanggang kena sumpah jadi batu.  Apa perasaan mak dei lepas tu,  tk rindu ke die pada anaknya... Banyak persoalan yang tk pernah kita persoalkan dan terpikir pun.. Babak Mak Deruma  luahkan kekesalan nya bila dia sumpah anak dia dan bila dia cakap dia dah maafakan anak die tu memang sebak sangat. . Ye lah bila tengok patung batu Tanggang menangis dan terus tergelam lepas mak die maafkan tu sangat menyentuh hati. Mak Deruma rasa menyesal sebab terburu2 sumpah anak dia jadi  Batu.

Banyak pulak nk ulas pasal cerita ni... Tak best lah kan,  kalau korang berpeluang g lah tengok cerita ni. . Rasanya tk lama lagi adalah tu keluar Cd nya kan. . Yang tk sempat g pawagam boleh tengok kt rumah dengan family. Tapi kalau boleh belilah yang original,  sebagai tanda menghargai usaha team produksi yang dah menjayakan filem animasi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal yang best ni..

Kalau nk ikutkan semua watak dalam cerita ni ni best sangat  walaupun ada diantaranya dah diubah dan ditambah baik.  ada banyak lagi watak dalam cerita rakyat kita ditampilkan dan jalan cerita serta kaitan nya digarap dengan sangat sempurna.  Sampai kita rasa macam cerita tu betul walaupun diubah serba sedikit.. Dalam ni ditampilkan jugak watak Mat Jenin,  Belalang dan Pak Belalang,  Bawang Putih Dan Bawang Merah dan macam2 lagi.

Nak cerita panjang2 pun tk reti sangat. . Tapi apa yg ayu boleh cakap,  cerita ni memang best sangat. . Kalau korang tengok memang akan jadi khusyuk lebih dari budak2. . Kalau boleh tak terlepas mana babak pun.  Lagu pun sedap tau u ollz.. Cerita ni sangat2 sesuai di tonton oleh semua lapisan umur. . Bukan budak2 jer tapi orang dewasa pun ramai yg suka. . Kalau korang ada masa bolehlah bawak anak2 ke pawagam terdekat dan layan cerita kartun ni..


Dapur Pata

Kalau ikut rancangan asal,  lepas tengok wayang kami nk ke Taman Tamadun Islam, nk merasai pengalaman naik cruise menyusuri sungai ke kuala eh... Tapi yg penting naik cruise lah..  Tapi disebabkan dah lewat masa keluar pangung tu terpaksalah batalkan niat. Cruise terakhir jam 5.45 ptg,  tapi kena berada disitu jam 5.30 petang.  Kami keluar panggung  jam 5 petang dari tempat kami nk ke Taman Tamadun Islam makan masa 30 minit.. Belum lagi nk kira tempoh nk ke kereta,  nk g toilet,  solat bagai dulu. . So memang tk sempatlah nk g petang tu. .

So kami ubah haluan ke Pantai Tok Jembal.  Kt situ ada food court yng dikenali sebagai Dapur Pata,  Yang mana di situ terdapat kontena yng telah diubah suai menjadi kedai makan... Agak menarik dan cantik jugaklah pemandangan kt situ.  Unik bila kontena diubah jadi kedai makan dan menyajikan pelbagai menu yang menarik. Kat sini diorang guna konsep layan diri,  lepas order makanan, bayar dan bila dah siap boleh lah pergi ambik sendiri.

Pemandangan tepi pantai
Ada kedai jugak kt sini



Kedai makan 

Deretan kontena 

Kt sini korang boleh pilihlah nk makan ape pun, memang banyam kedai dan pilihan untuk korang.  Kt sini jugak banyak jual baju bundle, ada jugak jual bundle longgok,  kalau rajin menyelam memang boleh dapat baju cantik2. Tapi hari kitorang pergi ni hari ahad,  jadi tkde buat belah bundle. . Mungkin hari jumaat dan sabtu je kowt sebb masa tu orang lagi ramai.  Kt sini pun ada budak2 busking waktu malam,  tapi hari kami pergi tu tkde pun..

Bagi ayu secara peribadi,  tempat ni agak menarik,  Tapi dari segi kebersihan agak kurang memuaskan.  Dikawasan kedai makan kat situ ada bau yg kurang enak dan tk sesuai dengan tempat tu yang rata-ratanya adalah pengusahanya makanan.    Ayu memang suka kucing, dan dah biasa sangat dengan bau najis kucing, tapi untuk tempat makan macam ni agak kurang sesuailah..  Nak makan pun rasa kurang selesa bila bau najis kucing tu menusuk hidung.

Dari segi servis pulak agak boleh diterima sebab kedai kt sini konsep layan diri.. Tapi masa penyedian tu agak lama dan kedai yang kami pilih ni agak cuai dalam penyedian makanan yg ditempah.  Ye lah boleh pulk salah buat makanan. Kalau kami tk tanya diorang pun tk tanya. . Tk peka pada pelangan lah. . Tapi walaupaun agak lambat rasa makanan tu agak boleh tahan lah.

N pasal tempat ni kami sempat jugak berbual dengan beberapa penduduk tempatan..  Diorang sendiri pun kata tempat ni tk recomended,  ye lah dari segi kebersihan memang nampak down.  Cara layanan pun sekadarnya jer. Nk kata bagus tak,  nk kata teruk sangat pun tk jugak, kategori sederhana dan tk rasa nk repeat lagi. Tempat ni memang ada potensi,  tapi perlu ada penambah baikkan .. Terutama dari segi kebersihan,  mungkin ada pihak pengurusan yang boleh pindahkan kucing2 ni ke tempat lain. Atau boleh buat kutipan untuk sediakan tempat yang lebih baik untuk kucing2 ni..

Boleh jugak rawat kucing ni dan buat cat cafe dekat kawasan ni. . Tapi better cafe yang tertutup lah. . Then mlam boleh simpan dalam sangkar atau sediakan toilet untuk kucing2 ni. Biasanya kucing ni tkde lah susah sangat nk ajar poopoo kt tempat yg kita sediakan... Lagi satu boleh lah ambik tukang cuci untuk bersihkan persekitaran dan buang najis kucing yang dah melepas merata2 tu..  Kalau najis tu dah dibersihkan tkdelah menusuk sangat hidung kalau nk makan kt situ..

Masa ni dah petang,  esok nya kena balik awal,  jadinya masa nk datang kt tempat ni kami nampak banyak chalet tepi pantai dan rasa macam nk tido area sini jer sbb lagi dekat nk balik kb esoknya.. Depan Dapur Pata ni pun ada Chalet dan kami nk cuba usya chalet area sini dulu sebelum balik ke Kuala Terenganu kalau tkde yg berkenan dihati kt sini.

Tkde gambar penuh,  
Gambar dalam kawsan chalet


Pondok Santai @ Cottage The Heaven 

Pondok santai ni lokasinya betul2 berdepan dengan Dapur Pata... Dekat depan tempat parking je,  masa datang tadi memang terpikir nk cuba tanya..  Jadi lepas keluar dari dapur pata ni kami pun cuba jenguk kt depan chalet ni dan ada yg tegur kami..  Harga bilik agak mampu milik dan bilik nya pun luas..

kalau tengok kt papan harga tu bilik untuk 4 orang harga sekitar Rm 170 ringgit,  tapi agaknya dah rezeki kami hari tu,  dapatlah harga Rm 150 untuk bilik 4 orang..  Kira diskaun lah tu.  Asalnya kami cuma nk tengok je dulu bilik kt situ,  tapi dah berkenan pulak..  So kita on je untuk tido kt situ malam tu. Nk balik esoknya pun dah dekat.
Siap peti ais dan sinki dan cerek elektrik

Tv ada channel basic

Katil single.. Sejadah dan telekung
pun ada. 

Katil queen dan single

Meja makan pun ada

Kalau korang ke Pantai tok jembal memang boleh cuba menginap di sini..  Bagi ayu tempat ni cantik dan selesa.  Bilik yg kami dapat ni pun luas, boleh masuk lagi ramai,  tapi kena bawak toto sendiri lah. . Rasanya boleh tmbah lagi 2 ke 3 orang lagi dalam bilik ni, tapi tido atas lantai lah..  Kalau badan kecik2 1 katil queen tu boleh tido dalam 3 orang..

Tapi kalau badan macam ayu ni 1 katil singgle kena tido sorang jer..  Tak boleh nk share dah..  Kalau tak nanti tk boleh bergerak..  😂😂  Kalau korang nk tahu Chalet ni jugak terletak ditepi pantai,  kalau korang rajin bangun awal boleh tengok sunrise. . Kalau malas nk keluar,  boleh request bilik di tingkat atas,  nanti boleh tengok sunset dari balkoni jer..  Masa ni kitorang dpat tingkat bawah, lepas tu malas nk keluar.  Jadi tengok ikut tingkap je lah..  Tapi dapat tengok bila matahari dah mula tinggi lah...
View matahari naik
dari tingkap bilik

View depan bilik


Depan pintu bilik


Depan pintu pagar

Kt belakang tu Dapur Pata

View pantai

Esoknya kitorang check out lebih kurang jam 10 pagi camtu..  Terus g brekfast dekat kedai makan dekat area situ,  tapi sayang tk berapa menepati citarasa. . Ye lah dah kul 10 kowt,  perut pun dah lapar,  main terjah je kedai yang ada depan mata.  Tapi oklah lah buat alas perut sebab lepas ni nk singgah di Pantai Penarik buat sekelian kalinya  lagi. Ye la zira dan ika tk puas lagi makan ikan celup tepung. . So diorang nk makn lagi sekali sebelum balik ke kb..


ICT Pantai Penarik 


Korang suka makan Ikan Celup Tepung tak?  Kalau suka pantai penarik ni pun salah satu tempat wajib singgah kalau ayu ke Kuala Terenganu atau pun masa nk balik Kuantan. Kalau tk singgah rasa macam tk lengkap je perjalanan.. Best nya kt sini harga murah dan makanan laut yang disajikan adalah segar dan sedap.

Selain boleh makan,  korang jugak boleh bergambar di tepi pantai yang indah.  Salah satu tarikkan yang menarik di sini adalah buaian ala lombok dan pelbagai lagi hiasan yng disediakan oleh taukeh kedai bagi menjemput pelanggan singgah di kedai mereka unuk mengambil gambar. Laut yang membiru dan deruan ombak juga turut mengamit rasa untuk bersantai di tepi pantai sambil menimati hidangan yg disediakan.

Sspanjang pentai penarik ni memang banyak sangat kedai celup tepung,  korang cuma tinggal pilih je kedai mana yg korang nk singgah.  Kalau suka selfie boleh singgah kedai yang bwrhias cantik, kalau sekadar nk makan boleh singgah kedai yang biasa2.  Masa ayu pergi ke kuala terenganu baru ni,  masa nk ke ke kuala terengganu kitorang dah singgah kat kedai Ombak pantai.. Cantik tempat tu ada tempat duduk bersila yang jenis macam wakaf tu..  Tapi kena panjat tangga sikit kalau nk duduk kt situ... Then masa nk balik Kota Bharu pulak kitorang singgah di Mr Celup Tepung kt sini tempatnya agak cantik jugak..







Yang antara pic hari pertama ke 
Pantai Penarik Singgah makan di 
Ombak Pantai











Sekitar hari ke 2 singgah di Pantai penarik.  Singgah makan di 
Mr Celup Tepung Station. 


Harap korang yg baca jangan menyampah pulak tengok gambar kami ye..

Jumaat, 29 Mac 2019

Resepi Nasi Ayam Simple Cik Ayu


Nasi ayam merupakan menu sihat yang lengkap dengan pelbagai sumber protein dan vitamin yg diperlukan oleh tubuh kita... Ye lah kan,  ada nasi,  ada lauk untuk bekalkan protin,  dan ulaman seperti salad,  timun dan tomato untuk bekalan vitamin dan serat.

Kiranya kalau hidang nasi ayam untuk anak2, dah tk perlu risau anak tk cukup zat. . Tapi tak kan nk masak nasi ayam hari2 pulak kan..  Nasi ayam ni pulak ada macam2 jenis.  Setiap orang ada cara tersendiri untuk masak nasi ayam... 

Hari ni kebetulan ayu ada masak nasi ayam. . Terasa nk share dengan korang resepi nasi ayam versi ayu pulak. Bagi ayu resepi ni paling senang dan rasa pun  sedap. . Tapi tkde ambik gambar pun masa buat tadi..  Jadi ayu share cara bertulis je lah ye.. Silap2 yang baca posting ni pun memang dah pro buat nasi ayam kan. .

Ok ayu terus kepada resepi je lah ye..

Beras
Bawang besar 2 labu
Bawang putih 10 ulas
Halia  3 inci
Ayam sebelah potong 2 nk potong kecik terus pun boleh
Air untuk rebusan ayam

Salad
Tomato
Timun
Sos tiram
Kicap pekat 
Cili besar
Cuka
Garam 
Gula

Bahan pun yang diperlukan pun tk banyak kan dan mudah untuk didapati..  


 Air Rebusan Ayam

Masukkan air dalam periuk,  masukkan ayam yang dah dibersihkan. 1 biji bawang besar potong kepada 4 bahagian,  5 ulas bawang putih yg di ketuk,  dan halia 1 inci.  Rebus sampai ayam masak.  

Nasi
Bawang besar separuh,  bawang putih 3 ulas dan halia seinci.  Ditumbuk separuh hancur,  tak nak sampai lumat,  lepas tu panaskan periuk nasi,  masukkan minyak atau marjerin,  ayu guna marjerin sbab lagi wangi tau.   Lepas tu boleh tumis sampai naik bau. . Kemudian bila dah naik bau,  boleh masukkan beras pulak ye. . Untuk beras ni pulak terpulang pada korang nk buat bayak mana,  tapi nisbah die beras dengan air sama banyak je tau.   Tapi beras kena rendam sekurang2 setengh jam ye sebelum masak.   Kalau tk rendam pun boleh,  tapi kena letak air lebih sikit.   Ayu tk rendam pun,  jadi ayu buat 3 cawan beras dengan 4.5 cawan air rebusan ayam.  Letak garam sikit, then, tunggu je masak ye. . 

Ayam 

Ayam yg dah direbus tu boleh dikeluarkan toskan air jap ye... 
Untuk bahan perap pun senang jer   3 ulas bawang putih dn 1 inci halia ditumbuk.. Lepas tu gaul pada ayam bersama sos tiram dan kicap pekat.. 
Lepas tu tunggu dalam setengah jam hingga 1 jam baru boleh masak..  Cada masak,  boleh goreng, bakar dalam oven,  dan grill dalam non stick pan.  


Sambal

Tadi  masa rebus ayam ade letak bawang kan. . Ok,  biasanya orang tk makan kn bawang dalam sup tu,  jadi korang tapis je lah bawang besar, bawang putih n halia tu,  tapi halia letak sikit je ye... Masukkan dalam mesin pengisar,  tambah 2 biji cili besar,  kalau nk pedas boleh letak cili api sikit ye. . Tomato separuh,  garam,  gula,  cuka n air sikit. Lepas tu boleh  mesin lah ye sampai lumat. . Dah siap mesin boleh rasa ye,  kalau tk cukup rasa boleh tambah ape yg patut. . 

Ok,  nasi dah siap,  ayam dah masak,  sambal pun dah siap. . So lepas tu boleh sediakan ulam ulaman lah pulak ye.. Then boleh hidang untuk keluarga..  Harap korang faham dan boleh follow resepi ni ye... Ayu masak tk pandai sukat sangat,  main ikut2 jer, kalau korang ada nk share resepi yang lagi senang pun dialu alukan ye.. 


Untuk resepi kali ni tkde gambar sebab lupa nk snap...

Rabu, 20 Mac 2019

Hati-hati Dengan Strok Haba

Sekarang ni cuaca memang panas sangat,  sesetengah tempat memang tkde hujan langsung.. Macam di Kota Bharu ni,  dah dekat sebulan rasanya memang tkde hujan langsung. Tk sanggup rasanya nk keluar waktu tengahari kalau tkde urusan penting...

Bila situasi macam ni,  ada je pihak2 yang tk bertangung jawab mula menyebarkan maklumat palsu.  Contoh macam gambar kt bawah ni..  Ada pulak yg kata tk boleh minum ais dalam keadaan cuaca panas macam ni.  Tapi maklumat ini telah mendapat maklumbalas dari seorang doktor yang ayu follow kt fb...

Jadi boleh baca pencerahan yang telah dibuat oleh doktor ni kt bawah ye..  Membaca kan jambatan ilmu.. Memang tk rugi pun kalau belajar seseuatu yang baru. .



CUACA PANAS JANGAN MINUM AIS?

Malaysia sedang mengalami perubahan musim panas yang melampau sehingga April nanti. Cuaca panas terlampau ini boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke). Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh setiap dari kita untuk mengelakkan terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness). Keadaan yang panas keterlaluan sehinggu suhu sekeliling melebihi 37 C boleh menyebabkan suhu badan kita juga meningkat. Peningkatan suhu badan ini boleh berlakunya stress haba (heat stress) dan akhirnya boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan suhu badan melebihi 41 C.
.
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.
.
Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/gejala-gejala (symptoms) seperti berikut:
.
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
.
Jika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.


Sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:
.
(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai.
(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat
(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.
.
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.
.
Perlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau.
.
Saranan kepada masyarakat:
.
Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:
.
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah.
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi - 3 petang.
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas.
(iv) Disarankan untuk meminum:
~ 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum berhimpun.
~ 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa beraktiviti luar, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih, dan 2 jam selepas melakukan aktiviti.
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari.

Sumber :
Sekian pesanan dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
20.3.2019
Kuala Berang

Isnin, 18 Februari 2019

Jules Kuchen Hidang Kek Premium dan Cofee



Kalau kita tengok pada nama die pun kita dah rasa pelik dengan cafe ni kan... Tapi ini bukan kesalahan ejaan ye... Nama die memang Jules Kuchen...

Jules diambil sempena nama salah sorang Pemilik restoran yang bernama Juliana.. Juliana merupakan pakar dalam pembuatan premium kek di kota bharu. Dan nama kuchen pulak diambil dari bahasa Jerman dan di sebut sebagai Koo Hen yang bermaksud kek dihidang bersama kopi...

Unik kan asal usul nama cafe ni,  tapi klau owner tk bagitahu ayu pun tak tahu jugak..  Cafe ini dimiliki oleh 2 orang pemilik yang mempunyai kepakaran masing2.

Seorang pakar dlam pembuatan kek,  dan seorang lagi mahir menguruskan perniagaan dan mempunyai latar belakang menguruskan perniagaan yang cukup lama.

Pada awal pembukaan cafe ni ayu berpendapat cafe ala hipster  ini pasti dimiliki oleh orang bukan islam,  jadi agak was2 untuk singgah ke sini... Bukan sebab racist ye,  tapi kita sebagai orang islam harus menitikberatkan makanan yang kita makan kerana ianya akan jadi darah daging kita.

Tapi sangkaan ayu rupanya salah dan ayu sangat berbangga bila ada anak melayu yang mampu mengusahakan cafe ala hipster yang mempnyai konsep yang sangat unik.

Cafe ini turut menyajikan pelbagai jenis makanan lain selain kek dan cofee.  Terdapat menu masakan panas dan menu western yang unik.

Kek yang disajikan juga sngat istimewa dan mempunyai keunikan yang tersendiri.  Ianya dihasilkan dari bahan premium dan berkualiti dan mempunyai rasa dan rupa yang sangat mengoda tau...

Nk cerita panjang2 tak reti sangat,  tapi ayu nk share gambar juadah makanan yang ayu sempat snap masa berkunjung ke sini baru2 ni2..

Tapi korang yang suka santai2 tu memang wajib singgah ke cafe ni. .. Tempat ni memang best dan akan meninggalkan kenangan...

Kat bawah ni ayu belanja korang gambar yang ayu sempat snap masa singgah ke sini.. Tapi kalau nk pias hati lagi,  korang kena datang dan try hidangan kt sini..























Menarik kan menu yg disajikan kt sini..  So,  ayu harap lepas ni korang bolehlah try menjamu selera kt sini. .

Korang juga boleh jamu mata kt ig kedai ni ye. .

Screen shot je lah ye. . So nanti senang korang nk cari. . Ape2 pun terima kasih kerana sudi singgah ye. .







Khamis, 24 Januari 2019

Nekad nk Kurus bila baca kisah Terpaksa Minta Bantuan Bomba Turunkn Jenazah Wanita Obesiti

2019 ni tk berapa aktif menulis kt blog ni... Maklumlah projek tahun baru Ayu Alhamdulillah dapat sambutan dn ayu agak sibuk sikit dengan bisnes kerepek bawang putih chrispy.. 

Bawang putih chrispy ni salah satu makanan gantian untuk kudapan ibu2 lepas bersalin,  tapi ramai jugak customer ayu yang bukan dalam pantang beli dan suka makan kerepek bawang putih ni.. 

Katanya angin dalam badan pun hilang lepas menjamah kerepe bawang putih ni.  Ye lah bawang putih ni memang elok untuk buang angin dalam badan dan kurangkan kolestrol..

Cakap pasal kolestrol,  ianya sangat tidak baik untuk kesihatan..  Ianya jugak boleh mengundang penyakit terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah obesiti..

Semalam yu terbaca 1 article dari laman web metro mengenai kesukaran keluarga menguruskan jenazah seorang wanita obesiti hingga terpaksa minta bantuan dari pihak bomba untuk menurunkan jenazah ke liang lahad. 

Berita ini agak mengangu emosi sebab ayu pun boleh dikatogerikan sebagai obes jugak..  Walaupun berat tk sampai 100 tapi masih dalam kategori obes.. Bmi pun tk stabil sbb berat dengan tinggi tak sepadan.. 

Jadi ayu nekad,  kali ni ayu akan cuba kawal makan dan buat senaman ringan semampu ayu agar dapat mencapai berat badan ideal..  Klau nk ikutkan berat ayu pun pernah capat 102kg 1 masa dulu..

Tapi bila diet tapi tk cukup istiqomah ayu hanya berjaya turun berat sehingga 85 sahaja..  Kemudian berat asyik statik kt situ.   Tapi lepas sekian lama tk diet,  baru ni ayu timbang berat dah turun sehingga 80kg. . Tapi kadang tetap naik ke 84kg.. 

Harap kali ni ayu dapatlah capai berat badan idaman iaitu 60 kg sekurang-kurangya agar dapat berat badan ideal dan tubuh badan yang sihat.. 

Kita sebagai manusia haruslah ambil iktibar dari apa yg berlaku disekeliling kita dan berusaha menjadi lebih baik dari sebelum nya.. 

Ini berita yang buat ayu insaf dari terus menjadi perempuan gemuk..  Harap korang yang ada masalah berat badan tu ambil iktibar dari kisah ni.. 

Gemuk memang ohsem, tapi tubuh badan yang sihat adalah lebih bermakna dan lebih mengembirakan.. 


Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan...
ANGGOTA bomba menjalankan khidmat khas kemanusiaan dengan membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Siti Rohana Idris 
cnews@nstp.com.my


SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad, hari ini.

Jenazah wanita berusia 50 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, pada 11.40 pagi.

Ketua Operasi, Mohd Zainuddin Senawi, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi dan beliau bersama lima lagi anggota bergegas ke tanah perkuburan.

“Ketika kami sampai, jenazah wanita itu sedang dalam perjalanan dan tiba beberapa minit selepas itu.

“Kami menggunakan tali penyelamat diikat di lima penjuru pengusung sebelum meletak jenazah terbabit.

“Selain enam anggota terbabit, kami mendapat bantuan beberapa penduduk kampung yang turut membantu menurunkan jenazah ke liang lahad,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zainuddin berkata, proses menurunkan jenazah itu tidak memakan masa lama dan hanya lima minit sahaja diambil.

Menurutnya, ia adalah khidmat khas kemanusiaan daripada pasukan bomba terhadap masyarakat dan bersedia membantu bila-bila masa dan apa juga situasi diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:31 Pm

Sumber 

Sabtu, 12 Januari 2019

Harga Minyak 12 Hingga 18 January 2019

Harga petrol turun 1 sen

MENURUT Lim Guan Eng penetapan had siling harga minyak itu adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk melindungi golongan B40. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: : Harga petrol RON95, RON97 turun 1 sen untuk tempoh 12 hingga 18 Januari  2019 berkuat kuasa Jumaat malam, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

RON95 akan dijual pada RM1.92 seliter manakala RON97 pada RM2.22 seliter manakala diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05 seliter.


“Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi," kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Tambah Guan Eng, penetapan had siling harga minyak itu adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk melindungi golongan B40.

Sumber Astro Awani

Aksi Budak Lelaki Bersama Kerbau Cuit Hati Nitizen Selepas Tular

Adik Syukor duduk diatas 
kerbaunya sambil membaca buku. 

Sehari dua ni tular gambar adik syukor bersama kerbaunya... Banyak perkongsian dari jurugambar dan nitizen lalu lalang di dinding muka buku... Teruja jugak nk thu kisah adik ni.   Then hari ni nampak pulak suapan berita dari page Sinar Harian mengenai adik ni..

Jadi pada yang terlepas pandang kisah adik ni,  boleh baca kt bawah ye. . Ayu kongsi kt sini supaya senang ayu nk cari balik. .  Kredit buat akak wartawan  yang dh tulis cerita ni..


Pelajar SMK Padang Midin gemparkan dunia fotografi, aksi dengan kerbau menang peringkat dunia

SITI HAWA IBRAHIM

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka di sebalik sikap pendiam dan memiliki seraut wajah polos, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Syukor Khamis telah menjadi model paling unik dan menarik untuk diabadikan oleh lensa kamera peminat fotografi dari serata negara.

Kebolehannya menjinakkan dan bermain dengan kerbau milik ayahnya yang lebih senang dengan panggilan Pok Khamis, telah memberi inspirasi kepada beberapa juru foto dari dalam dan luar negara untuk merakam beberapa aksi menarik antaranya Syukor Khamis Kampong Boy dan kerbau-kerbaunya.

Apa yang membanggakan rakaman fotonya telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam SENA International Photography Award 2018, juga sebelum ini menghiasi kulit depan Majalah Plush (Times), National Geographic, Nikon Annual Photo Award 2017 Best Photographic For The Year 2017  dan Asian Geographic `Sharing Emotion’.

Sehubungan itu, pada 28 Disember 2018 , Pengetua Cemerlang, Zah Mohamad bersama barisan pengurusan dan beberapa orang guru SMK Padang Midin,  telah turun padang menyantuni anak didiknya bersama ratusan ekor kerbau.

Dalam pertemuan penuh bermakna, Zah bukan sahaja melahirkan rasa bangga tetapi turut memberi semangat kepada muridnya untuk terus cemerlang bukan sahaja dilapangan fotografi tetapi juga dalam bidang akademik.

Barisan pengurusan dan guru SMK Padang Midin ketika turun padang menyantuni pelajarnya.


Guru turut bergambar kenangan bersama ratusan ekor kerbau.


Ruangan komen turut dihujani dengan ribuan komen pujian terhadap adik syukor dan dalam banyak2 komen,  ayu tertarik dengan komen yang telah di salin semula ni..



Syukor ni, kawan dia bukan hanya kerbau saja. Kambing, lembu, angsa, burung semua kawan-kawan dia...Dia orang bergurau macam kawan sekolah... Saya pernah tulis dahulu yg berbunyi ' Syukor ni anugerah Allah pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia....

Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya...Itu biasa...Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni... Sesetengah Kerbau ada namanya seperti Awang(dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo....
Tengoklah gbr ni , kambing pun dia boleh ajak main gusti.

Bagi sesiapa yang nak datang melawat Syukor di Terengganu, boleh contact abangnya di page 'Syukor khamis Kampung Boy' di FB ini.

Secara sopan dan sebaiknya jumpalah keluarga Syukor dahulu terutama ayahnya Pak Khamis. Sebab biasanya Pak Khamis akan bawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.. Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

Bagi orang dari luar Terengganu yg nak datang samada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik (kira macam bilik sewa alh) di kawasan halaman rumahnya. So tak perlu lah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu. Tapi bilik bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja...Baru siap tu..  bilik semua siap dah..Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu 'Anak Gembala'..

Cuma yg istimewanya ialah pagi-pagi bukan hanya dengar bunyi ayam kokok, bunyi kambing, bunyi angsa, bunyi lembu, kuba semua ada. Memang rasa suasana kampung  betul....Sarapan pun makanan kampung orang terengganu boh...boleh beli atau makan di kedai hok dekat situ jer.... Nasi dagang, nasi kunyik,nasi minyak ada belaka boh..

Keluarga syukor ni pun baik sangat ..saya pun setiap kali balik Terengganu (wife org trg) mesti datang rumah dia..Dah macm keluarga sendiri

Itulah saja bingkisan ambe...
Moga coretan ini ada manfaat bersama In Sya Allah

Facebook : Syukor Khamis 
Dekat page die ada banyak lagi gambar yg cantik2. 

kredit utk nazri sulaiman

Sumber : Sinar Harian


Jumaat, 4 Januari 2019

Harga RON95, RON97 turun 27 sen mulai esok

  •                

Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95

Harga minyak di pam ditetapkan pada RM1.93 seliter bagi RON95 berbanding RM2.20 kini, manakala RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter berbanding RM2.50 kini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Diesel pula ditetapkan pada RM2.04 seliter berbanding RM2.18 sebelum ini.

“Harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.

“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu hingga Jumaat.

“Perlu ditegaskan bahawa harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari 2019,” tegas Guan Eng.

Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95 dan tambahan 3 sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 2.81 sen seliter bagi petrol dan 3 sen seliter bagi diesel, berbanding kadar semasa.

Kali terakhir kadar margin ini disemak semula adalah pada tahun 2008.


Sumber
Astro Awani

Berita ini pasti akan membuatkan rakyat malaysia teruja dan gembira dengan penurunan harga petrol. . Namun harus diingat bahawa harga petrol akan berubah setiap minggu.

Sama2 lah kita menanti dan menerima dengan hati terbuka akan kadar harga petrol yang bertukar setiap minggu. .

Khamis, 20 Disember 2018

Putu Piring

Putu piring


Rasanya lama sangat dah tk makan putu piring ni.. 5 tahun kt kelantan selalu jumpe putu halba jer.. Tu pun bila dah nk masuk musim hujanbaru mula dijual..  Kalau musim kemarau tkde yang jual putu  halba ni. 

Kalau putu bamboo pulak,  dekat pasar malam pun ada,  tapi tak kena dengan selera.  Kadang2 beli tak masak kat bahagian dalam.. 

Petang tadi masa balik dari pejabat pos nampak banner jual putu piring..  Dah terlepas pun sanggup patah balik..  Risau jugak takut tk sedap,  Jadinya beli sikit je lah nk buat rasa..

Sempat jugak sembang dengan owner die tadi. Katanya tepung putu piring ni dia ambik dari Kuala Lumpur,  sebab kt kelantan tkde.. 

Kelengkapan memasak putu piring ni tak sama dengan periuk putu halba.  Walaupun konsep nampak macam sama,  tapi putu piring ni ada periuk khas..

Harga kelengkapan juga boleh tahan mahal juga,  Tapi sebab nekad nk berniaga beli juga walaupun mahal.

Dah balik rumah rasa tak cukup pulak.  Sedap putu piring die,  tadi beli perasa gula melaka dengan coklat.. InsyaAllah nanti nk cuba perisa lain pulak.. 

Semenjak duduk kelantan ni, baru pertama kali makan putu piring kt sini.  Esok kalau ade nk beli lagi.. Rasa macam tk puas je makan tadi.

Harga 

Gula Melaka - 5 biji  Rm 2.50
Coklat            - 5 biji Rm 3.00

Lokasi

Kg Tapang, Tepi jalan sebelum Trafic Light.

Sabtu, 15 Disember 2018

Hujan dan Exam



Hari ni kita dah pun berada di pertengahan bulan Disember.. Rasa macam cepat sangat masa berlalu... Takde yg menarik sangat pun belaku hari ni. . Tapi hari ni adalah hari peperiksaan ayu untuk sem ni. Ayu cuma student Part time jer,  kelas pun secara online jer.. Cukup masa hantat asigment n g exam.

Bulan disember ni kan memang sinonim dengan musim hujan,  tapi alhamdulillah sehari 2 ni cuaca macam ok sikit.  Tapi malam tadi dah start hujan, risau jugak kalau pagi esok hujan,  jadi cepat doa supaya pagi ni tk hujan, kalau nk hujan pun biar lepas ayu ambik exam dulu.  Bukan ape, supaya ayu senang nk g exam.

Alhamdulillah pagi tadi cuaca agak baik,  cuma redup je lah. . Tepat jam 7.55pagi ayu gerak dari rumah terus menuju ke oum. . Lebih kurang 8.15 sampai dan terus naik ke dewan peperiksaan.. Alhamdulillah masa tu cuaca masih baik dan tkde tanda2 hujan. Matahari pun mula muncul walupun malu2

Peperiksaan bermula jam 8.30 dan ayu selesai menjawab lebih kurang 9.10 minit,  dah siap jawab semua soalan,  baca sepintas lalu,  then bila dah puas hati angkat tangan dan keluar dari dewan.  Selepas keluar dewan sempat juga ke meja admin untuk proses pendaftaran bagi sem depan.

Selesai semua urusan ayu terus gerak keluar dari bangunan,  masa keluar tu nampak cuaca dah mula mendung dan agak berangin,  rasanya baru berjalan lebih kurang 10 langkah terus hujan lebat,  mula terpikir nk patah balik or redah terus.  Jadinya berlari2 terus ke kereta.. Tapi tetap basah walaupun sikit.

Tapi oklah terus masuk kereta,  kalau patah balik dlm bangunan mesti lama nk kena tunggu. Payung memang ada dalam beg,  tapi rasa macam leceh pulak nk bukak payung dalam hujan.  Sampai dalam kereta hujan makin lebat,  jadi decide untuk tunggu sekejap dan selfie dulu sekeping dua...

Basah2 pun gigih selfie


Lepas hujan agak redha baru ayu mula gerak balik.   Tapi masa tengah jalan nk gerak balik tu hujan tiba2 lebat dan renyai.  Tapi Alhamdulillah selamat sampai dengan jaya nya. . Tapi sepanjang jalan lidah memang tak berhenti berzikir dan selawat sambil mohon perlindungan agar selamat semuanya.


Disember dan hujan bagai aur dengan tebing.  Buat maxam mana sekalipun kita memang tk boleh nk elakkan.  Cuma berdoa moga tiada bencana banjir besar seperti 2014 tahun ni.



Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...