Sabtu, 12 Januari 2019

Aksi Budak Lelaki Bersama Kerbau Cuit Hati Nitizen Selepas Tular

Adik Syukor duduk diatas 
kerbaunya sambil membaca buku. 

Sehari dua ni tular gambar adik syukor bersama kerbaunya... Banyak perkongsian dari jurugambar dan nitizen lalu lalang di dinding muka buku... Teruja jugak nk thu kisah adik ni.   Then hari ni nampak pulak suapan berita dari page Sinar Harian mengenai adik ni..

Jadi pada yang terlepas pandang kisah adik ni,  boleh baca kt bawah ye. . Ayu kongsi kt sini supaya senang ayu nk cari balik. .  Kredit buat akak wartawan  yang dh tulis cerita ni..


Pelajar SMK Padang Midin gemparkan dunia fotografi, aksi dengan kerbau menang peringkat dunia

SITI HAWA IBRAHIM

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka di sebalik sikap pendiam dan memiliki seraut wajah polos, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Syukor Khamis telah menjadi model paling unik dan menarik untuk diabadikan oleh lensa kamera peminat fotografi dari serata negara.

Kebolehannya menjinakkan dan bermain dengan kerbau milik ayahnya yang lebih senang dengan panggilan Pok Khamis, telah memberi inspirasi kepada beberapa juru foto dari dalam dan luar negara untuk merakam beberapa aksi menarik antaranya Syukor Khamis Kampong Boy dan kerbau-kerbaunya.

Apa yang membanggakan rakaman fotonya telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam SENA International Photography Award 2018, juga sebelum ini menghiasi kulit depan Majalah Plush (Times), National Geographic, Nikon Annual Photo Award 2017 Best Photographic For The Year 2017  dan Asian Geographic `Sharing Emotion’.

Sehubungan itu, pada 28 Disember 2018 , Pengetua Cemerlang, Zah Mohamad bersama barisan pengurusan dan beberapa orang guru SMK Padang Midin,  telah turun padang menyantuni anak didiknya bersama ratusan ekor kerbau.

Dalam pertemuan penuh bermakna, Zah bukan sahaja melahirkan rasa bangga tetapi turut memberi semangat kepada muridnya untuk terus cemerlang bukan sahaja dilapangan fotografi tetapi juga dalam bidang akademik.

Barisan pengurusan dan guru SMK Padang Midin ketika turun padang menyantuni pelajarnya.


Guru turut bergambar kenangan bersama ratusan ekor kerbau.


Ruangan komen turut dihujani dengan ribuan komen pujian terhadap adik syukor dan dalam banyak2 komen,  ayu tertarik dengan komen yang telah di salin semula ni..



Syukor ni, kawan dia bukan hanya kerbau saja. Kambing, lembu, angsa, burung semua kawan-kawan dia...Dia orang bergurau macam kawan sekolah... Saya pernah tulis dahulu yg berbunyi ' Syukor ni anugerah Allah pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia....

Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya...Itu biasa...Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni... Sesetengah Kerbau ada namanya seperti Awang(dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo....
Tengoklah gbr ni , kambing pun dia boleh ajak main gusti.

Bagi sesiapa yang nak datang melawat Syukor di Terengganu, boleh contact abangnya di page 'Syukor khamis Kampung Boy' di FB ini.

Secara sopan dan sebaiknya jumpalah keluarga Syukor dahulu terutama ayahnya Pak Khamis. Sebab biasanya Pak Khamis akan bawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.. Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

Bagi orang dari luar Terengganu yg nak datang samada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik (kira macam bilik sewa alh) di kawasan halaman rumahnya. So tak perlu lah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu. Tapi bilik bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja...Baru siap tu..  bilik semua siap dah..Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu 'Anak Gembala'..

Cuma yg istimewanya ialah pagi-pagi bukan hanya dengar bunyi ayam kokok, bunyi kambing, bunyi angsa, bunyi lembu, kuba semua ada. Memang rasa suasana kampung  betul....Sarapan pun makanan kampung orang terengganu boh...boleh beli atau makan di kedai hok dekat situ jer.... Nasi dagang, nasi kunyik,nasi minyak ada belaka boh..

Keluarga syukor ni pun baik sangat ..saya pun setiap kali balik Terengganu (wife org trg) mesti datang rumah dia..Dah macm keluarga sendiri

Itulah saja bingkisan ambe...
Moga coretan ini ada manfaat bersama In Sya Allah

Facebook : Syukor Khamis 
Dekat page die ada banyak lagi gambar yg cantik2. 

kredit utk nazri sulaiman

Sumber : Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...