Sekarang ni cuaca memang panas sangat, sesetengah tempat memang tkde hujan langsung.. Macam di Kota Bharu ni, dah dekat sebulan rasanya memang tkde hujan langsung. Tk sanggup rasanya nk keluar waktu tengahari kalau tkde urusan penting...
Bila situasi macam ni, ada je pihak2 yang tk bertangung jawab mula menyebarkan maklumat palsu. Contoh macam gambar kt bawah ni.. Ada pulak yg kata tk boleh minum ais dalam keadaan cuaca panas macam ni. Tapi maklumat ini telah mendapat maklumbalas dari seorang doktor yang ayu follow kt fb...
Jadi boleh baca pencerahan yang telah dibuat oleh doktor ni kt bawah ye.. Membaca kan jambatan ilmu.. Memang tk rugi pun kalau belajar seseuatu yang baru. .
CUACA PANAS JANGAN MINUM AIS?
Malaysia sedang mengalami perubahan musim panas yang melampau sehingga April nanti. Cuaca panas terlampau ini boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke). Langkah-langkah proaktif perlu dilakukan oleh setiap dari kita untuk mengelakkan terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness). Keadaan yang panas keterlaluan sehinggu suhu sekeliling melebihi 37 C boleh menyebabkan suhu badan kita juga meningkat. Peningkatan suhu badan ini boleh berlakunya stress haba (heat stress) dan akhirnya boleh mengakibatkan berlakunya strok haba (heat stroke) jika dibiarkan suhu badan melebihi 41 C.
.
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.
.
Seseorang individu itu dikatakan mengalami penyakit bawaan haba (heat illness) sekiranya memiliki tanda-tanda (signs) dan/gejala-gejala (symptoms) seperti berikut:
.
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
.
Jika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.
Sementara itu, langkah berikut wajar diikuti:
.
(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai.
(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat
(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.
.
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.
.
Perlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau.
.
Saranan kepada masyarakat:
.
Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan dengan mengambil langkah-langkah pencegahan iaitu:
.
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah.
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi - 3 petang.
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas.
(iv) Disarankan untuk meminum:
~ 2 cawan air minuman (500ml) 2 jam sebelum berhimpun.
~ 2-3 cawan air minuman (500-750ml) yang menyejukkan badan atau air minuman sukan (sports drink) setiap jam semasa beraktiviti luar, bagi aktiviti yang berlangsung selama 60 minit atau lebih, dan 2 jam selepas melakukan aktiviti.
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari.
Sumber :
Sekian pesanan dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
20.3.2019
Kuala Berang
Rabu, 20 Mac 2019
Isnin, 18 Februari 2019
Jules Kuchen Hidang Kek Premium dan Cofee
Jules diambil sempena nama salah sorang Pemilik restoran yang bernama Juliana.. Juliana merupakan pakar dalam pembuatan premium kek di kota bharu. Dan nama kuchen pulak diambil dari bahasa Jerman dan di sebut sebagai Koo Hen yang bermaksud kek dihidang bersama kopi...
Unik kan asal usul nama cafe ni, tapi klau owner tk bagitahu ayu pun tak tahu jugak.. Cafe ini dimiliki oleh 2 orang pemilik yang mempunyai kepakaran masing2.
Seorang pakar dlam pembuatan kek, dan seorang lagi mahir menguruskan perniagaan dan mempunyai latar belakang menguruskan perniagaan yang cukup lama.
Pada awal pembukaan cafe ni ayu berpendapat cafe ala hipster ini pasti dimiliki oleh orang bukan islam, jadi agak was2 untuk singgah ke sini... Bukan sebab racist ye, tapi kita sebagai orang islam harus menitikberatkan makanan yang kita makan kerana ianya akan jadi darah daging kita.
Tapi sangkaan ayu rupanya salah dan ayu sangat berbangga bila ada anak melayu yang mampu mengusahakan cafe ala hipster yang mempnyai konsep yang sangat unik.
Cafe ini turut menyajikan pelbagai jenis makanan lain selain kek dan cofee. Terdapat menu masakan panas dan menu western yang unik.
Kek yang disajikan juga sngat istimewa dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Ianya dihasilkan dari bahan premium dan berkualiti dan mempunyai rasa dan rupa yang sangat mengoda tau...
Nk cerita panjang2 tak reti sangat, tapi ayu nk share gambar juadah makanan yang ayu sempat snap masa berkunjung ke sini baru2 ni2..
Tapi korang yang suka santai2 tu memang wajib singgah ke cafe ni. .. Tempat ni memang best dan akan meninggalkan kenangan...
Kat bawah ni ayu belanja korang gambar yang ayu sempat snap masa singgah ke sini.. Tapi kalau nk pias hati lagi, korang kena datang dan try hidangan kt sini..
Korang juga boleh jamu mata kt ig kedai ni ye. .
Screen shot je lah ye. . So nanti senang korang nk cari. . Ape2 pun terima kasih kerana sudi singgah ye. .
Khamis, 24 Januari 2019
Nekad nk Kurus bila baca kisah Terpaksa Minta Bantuan Bomba Turunkn Jenazah Wanita Obesiti
2019 ni tk berapa aktif menulis kt blog ni... Maklumlah projek tahun baru Ayu Alhamdulillah dapat sambutan dn ayu agak sibuk sikit dengan bisnes kerepek bawang putih chrispy..
Bawang putih chrispy ni salah satu makanan gantian untuk kudapan ibu2 lepas bersalin, tapi ramai jugak customer ayu yang bukan dalam pantang beli dan suka makan kerepek bawang putih ni..
Katanya angin dalam badan pun hilang lepas menjamah kerepe bawang putih ni. Ye lah bawang putih ni memang elok untuk buang angin dalam badan dan kurangkan kolestrol..
Cakap pasal kolestrol, ianya sangat tidak baik untuk kesihatan.. Ianya jugak boleh mengundang penyakit terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah obesiti..
Semalam yu terbaca 1 article dari laman web metro mengenai kesukaran keluarga menguruskan jenazah seorang wanita obesiti hingga terpaksa minta bantuan dari pihak bomba untuk menurunkan jenazah ke liang lahad.
Berita ini agak mengangu emosi sebab ayu pun boleh dikatogerikan sebagai obes jugak.. Walaupun berat tk sampai 100 tapi masih dalam kategori obes.. Bmi pun tk stabil sbb berat dengan tinggi tak sepadan..
Jadi ayu nekad, kali ni ayu akan cuba kawal makan dan buat senaman ringan semampu ayu agar dapat mencapai berat badan ideal.. Klau nk ikutkan berat ayu pun pernah capat 102kg 1 masa dulu..
Tapi bila diet tapi tk cukup istiqomah ayu hanya berjaya turun berat sehingga 85 sahaja.. Kemudian berat asyik statik kt situ. Tapi lepas sekian lama tk diet, baru ni ayu timbang berat dah turun sehingga 80kg. . Tapi kadang tetap naik ke 84kg..
Harap kali ni ayu dapatlah capai berat badan idaman iaitu 60 kg sekurang-kurangya agar dapat berat badan ideal dan tubuh badan yang sihat..
Kita sebagai manusia haruslah ambil iktibar dari apa yg berlaku disekeliling kita dan berusaha menjadi lebih baik dari sebelum nya..
Ini berita yang buat ayu insaf dari terus menjadi perempuan gemuk.. Harap korang yang ada masalah berat badan tu ambil iktibar dari kisah ni..
Gemuk memang ohsem, tapi tubuh badan yang sihat adalah lebih bermakna dan lebih mengembirakan..
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan...
SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad, hari ini.
Jenazah wanita berusia 50 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, pada 11.40 pagi.
Ketua Operasi, Mohd Zainuddin Senawi, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi dan beliau bersama lima lagi anggota bergegas ke tanah perkuburan.
“Ketika kami sampai, jenazah wanita itu sedang dalam perjalanan dan tiba beberapa minit selepas itu.
“Kami menggunakan tali penyelamat diikat di lima penjuru pengusung sebelum meletak jenazah terbabit.
“Selain enam anggota terbabit, kami mendapat bantuan beberapa penduduk kampung yang turut membantu menurunkan jenazah ke liang lahad,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zainuddin berkata, proses menurunkan jenazah itu tidak memakan masa lama dan hanya lima minit sahaja diambil.
Menurutnya, ia adalah khidmat khas kemanusiaan daripada pasukan bomba terhadap masyarakat dan bersedia membantu bila-bila masa dan apa juga situasi diperlukan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:31 Pm
Sumber

ANGGOTA bomba menjalankan khidmat khas kemanusiaan dengan membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my
SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad, hari ini.
Jenazah wanita berusia 50 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, pada 11.40 pagi.
Ketua Operasi, Mohd Zainuddin Senawi, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi dan beliau bersama lima lagi anggota bergegas ke tanah perkuburan.
“Ketika kami sampai, jenazah wanita itu sedang dalam perjalanan dan tiba beberapa minit selepas itu.
“Kami menggunakan tali penyelamat diikat di lima penjuru pengusung sebelum meletak jenazah terbabit.
“Selain enam anggota terbabit, kami mendapat bantuan beberapa penduduk kampung yang turut membantu menurunkan jenazah ke liang lahad,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zainuddin berkata, proses menurunkan jenazah itu tidak memakan masa lama dan hanya lima minit sahaja diambil.
Menurutnya, ia adalah khidmat khas kemanusiaan daripada pasukan bomba terhadap masyarakat dan bersedia membantu bila-bila masa dan apa juga situasi diperlukan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 7:31 Pm
Sumber
Sabtu, 12 Januari 2019
Harga Minyak 12 Hingga 18 January 2019
Harga petrol turun 1 sen
KUALA LUMPUR: : Harga petrol RON95, RON97 turun 1 sen untuk tempoh 12 hingga 18 Januari 2019 berkuat kuasa Jumaat malam, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
RON95 akan dijual pada RM1.92 seliter manakala RON97 pada RM2.22 seliter manakala diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05 seliter.
“Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi," kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Tambah Guan Eng, penetapan had siling harga minyak itu adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk melindungi golongan B40.
Sumber Astro Awani
MENURUT Lim Guan Eng penetapan had siling harga minyak itu adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk melindungi golongan B40. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: : Harga petrol RON95, RON97 turun 1 sen untuk tempoh 12 hingga 18 Januari 2019 berkuat kuasa Jumaat malam, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
RON95 akan dijual pada RM1.92 seliter manakala RON97 pada RM2.22 seliter manakala diesel pula naik 1 sen kepada RM2.05 seliter.
“Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
“Demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi," kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Tambah Guan Eng, penetapan had siling harga minyak itu adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk melindungi golongan B40.
Sumber Astro Awani
Aksi Budak Lelaki Bersama Kerbau Cuit Hati Nitizen Selepas Tular
Adik Syukor duduk diatas
kerbaunya sambil membaca buku.
Jadi pada yang terlepas pandang kisah adik ni, boleh baca kt bawah ye. . Ayu kongsi kt sini supaya senang ayu nk cari balik. . Kredit buat akak wartawan yang dh tulis cerita ni..
Pelajar SMK Padang Midin gemparkan dunia fotografi, aksi dengan kerbau menang peringkat dunia
SITI HAWA IBRAHIM
KUALA TERENGGANU - Siapa sangka di sebalik sikap pendiam dan memiliki seraut wajah polos, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Syukor Khamis telah menjadi model paling unik dan menarik untuk diabadikan oleh lensa kamera peminat fotografi dari serata negara.
Kebolehannya menjinakkan dan bermain dengan kerbau milik ayahnya yang lebih senang dengan panggilan Pok Khamis, telah memberi inspirasi kepada beberapa juru foto dari dalam dan luar negara untuk merakam beberapa aksi menarik antaranya Syukor Khamis Kampong Boy dan kerbau-kerbaunya.
Apa yang membanggakan rakaman fotonya telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam SENA International Photography Award 2018, juga sebelum ini menghiasi kulit depan Majalah Plush (Times), National Geographic, Nikon Annual Photo Award 2017 Best Photographic For The Year 2017 dan Asian Geographic `Sharing Emotion’.
Sehubungan itu, pada 28 Disember 2018 , Pengetua Cemerlang, Zah Mohamad bersama barisan pengurusan dan beberapa orang guru SMK Padang Midin, telah turun padang menyantuni anak didiknya bersama ratusan ekor kerbau.
Dalam pertemuan penuh bermakna, Zah bukan sahaja melahirkan rasa bangga tetapi turut memberi semangat kepada muridnya untuk terus cemerlang bukan sahaja dilapangan fotografi tetapi juga dalam bidang akademik.
Barisan pengurusan dan guru SMK Padang Midin ketika turun padang menyantuni pelajarnya.
Guru turut bergambar kenangan bersama ratusan ekor kerbau.
Ruangan komen turut dihujani dengan ribuan komen pujian terhadap adik syukor dan dalam banyak2 komen, ayu tertarik dengan komen yang telah di salin semula ni..
Syukor ni, kawan dia bukan hanya kerbau saja. Kambing, lembu, angsa, burung semua kawan-kawan dia...Dia orang bergurau macam kawan sekolah... Saya pernah tulis dahulu yg berbunyi ' Syukor ni anugerah Allah pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia....
Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya...Itu biasa...Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni... Sesetengah Kerbau ada namanya seperti Awang(dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo....
Tengoklah gbr ni , kambing pun dia boleh ajak main gusti.
Bagi sesiapa yang nak datang melawat Syukor di Terengganu, boleh contact abangnya di page 'Syukor khamis Kampung Boy' di FB ini.
Secara sopan dan sebaiknya jumpalah keluarga Syukor dahulu terutama ayahnya Pak Khamis. Sebab biasanya Pak Khamis akan bawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.. Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.
Bagi orang dari luar Terengganu yg nak datang samada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik (kira macam bilik sewa alh) di kawasan halaman rumahnya. So tak perlu lah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu. Tapi bilik bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja...Baru siap tu.. bilik semua siap dah..Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu 'Anak Gembala'..
Cuma yg istimewanya ialah pagi-pagi bukan hanya dengar bunyi ayam kokok, bunyi kambing, bunyi angsa, bunyi lembu, kuba semua ada. Memang rasa suasana kampung betul....Sarapan pun makanan kampung orang terengganu boh...boleh beli atau makan di kedai hok dekat situ jer.... Nasi dagang, nasi kunyik,nasi minyak ada belaka boh..
Keluarga syukor ni pun baik sangat ..saya pun setiap kali balik Terengganu (wife org trg) mesti datang rumah dia..Dah macm keluarga sendiri
Itulah saja bingkisan ambe...
Moga coretan ini ada manfaat bersama In Sya Allah
Facebook : Syukor Khamis
Dekat page die ada banyak lagi gambar yg cantik2.
kredit utk nazri sulaiman
Sumber : Sinar Harian
Jumaat, 4 Januari 2019
Harga RON95, RON97 turun 27 sen mulai esok
Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95
Harga minyak di pam ditetapkan pada RM1.93 seliter bagi RON95 berbanding RM2.20 kini, manakala RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter berbanding RM2.50 kini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.
Diesel pula ditetapkan pada RM2.04 seliter berbanding RM2.18 sebelum ini.
“Harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.
“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu hingga Jumaat.
“Perlu ditegaskan bahawa harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari 2019,” tegas Guan Eng.
Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk petrol RON95 dan tambahan 3 sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel.
Ini merupakan kenaikan sebanyak 2.81 sen seliter bagi petrol dan 3 sen seliter bagi diesel, berbanding kadar semasa.
Kali terakhir kadar margin ini disemak semula adalah pada tahun 2008.
Sumber
Astro Awani
Berita ini pasti akan membuatkan rakyat malaysia teruja dan gembira dengan penurunan harga petrol. . Namun harus diingat bahawa harga petrol akan berubah setiap minggu.
Sama2 lah kita menanti dan menerima dengan hati terbuka akan kadar harga petrol yang bertukar setiap minggu. .
Khamis, 20 Disember 2018
Putu Piring
Putu piring
Rasanya lama sangat dah tk makan putu piring ni.. 5 tahun kt kelantan selalu jumpe putu halba jer.. Tu pun bila dah nk masuk musim hujanbaru mula dijual.. Kalau musim kemarau tkde yang jual putu halba ni.
Kalau putu bamboo pulak, dekat pasar malam pun ada, tapi tak kena dengan selera. Kadang2 beli tak masak kat bahagian dalam..
Petang tadi masa balik dari pejabat pos nampak banner jual putu piring.. Dah terlepas pun sanggup patah balik.. Risau jugak takut tk sedap, Jadinya beli sikit je lah nk buat rasa..
Sempat jugak sembang dengan owner die tadi. Katanya tepung putu piring ni dia ambik dari Kuala Lumpur, sebab kt kelantan tkde..
Kelengkapan memasak putu piring ni tak sama dengan periuk putu halba. Walaupun konsep nampak macam sama, tapi putu piring ni ada periuk khas..
Harga kelengkapan juga boleh tahan mahal juga, Tapi sebab nekad nk berniaga beli juga walaupun mahal.
Dah balik rumah rasa tak cukup pulak. Sedap putu piring die, tadi beli perasa gula melaka dengan coklat.. InsyaAllah nanti nk cuba perisa lain pulak..
Semenjak duduk kelantan ni, baru pertama kali makan putu piring kt sini. Esok kalau ade nk beli lagi.. Rasa macam tk puas je makan tadi.
Harga
Gula Melaka - 5 biji Rm 2.50
Coklat - 5 biji Rm 3.00
Lokasi
Kg Tapang, Tepi jalan sebelum Trafic Light.

Sabtu, 15 Disember 2018
Hujan dan Exam
Hari ni kita dah pun berada di pertengahan bulan Disember.. Rasa macam cepat sangat masa berlalu... Takde yg menarik sangat pun belaku hari ni. . Tapi hari ni adalah hari peperiksaan ayu untuk sem ni. Ayu cuma student Part time jer, kelas pun secara online jer.. Cukup masa hantat asigment n g exam.
Bulan disember ni kan memang sinonim dengan musim hujan, tapi alhamdulillah sehari 2 ni cuaca macam ok sikit. Tapi malam tadi dah start hujan, risau jugak kalau pagi esok hujan, jadi cepat doa supaya pagi ni tk hujan, kalau nk hujan pun biar lepas ayu ambik exam dulu. Bukan ape, supaya ayu senang nk g exam.
Alhamdulillah pagi tadi cuaca agak baik, cuma redup je lah. . Tepat jam 7.55pagi ayu gerak dari rumah terus menuju ke oum. . Lebih kurang 8.15 sampai dan terus naik ke dewan peperiksaan.. Alhamdulillah masa tu cuaca masih baik dan tkde tanda2 hujan. Matahari pun mula muncul walupun malu2
Peperiksaan bermula jam 8.30 dan ayu selesai menjawab lebih kurang 9.10 minit, dah siap jawab semua soalan, baca sepintas lalu, then bila dah puas hati angkat tangan dan keluar dari dewan. Selepas keluar dewan sempat juga ke meja admin untuk proses pendaftaran bagi sem depan.
Selesai semua urusan ayu terus gerak keluar dari bangunan, masa keluar tu nampak cuaca dah mula mendung dan agak berangin, rasanya baru berjalan lebih kurang 10 langkah terus hujan lebat, mula terpikir nk patah balik or redah terus. Jadinya berlari2 terus ke kereta.. Tapi tetap basah walaupun sikit.
Tapi oklah terus masuk kereta, kalau patah balik dlm bangunan mesti lama nk kena tunggu. Payung memang ada dalam beg, tapi rasa macam leceh pulak nk bukak payung dalam hujan. Sampai dalam kereta hujan makin lebat, jadi decide untuk tunggu sekejap dan selfie dulu sekeping dua...
Basah2 pun gigih selfie
Lepas hujan agak redha baru ayu mula gerak balik. Tapi masa tengah jalan nk gerak balik tu hujan tiba2 lebat dan renyai. Tapi Alhamdulillah selamat sampai dengan jaya nya. . Tapi sepanjang jalan lidah memang tak berhenti berzikir dan selawat sambil mohon perlindungan agar selamat semuanya.
Disember dan hujan bagai aur dengan tebing. Buat maxam mana sekalipun kita memang tk boleh nk elakkan. Cuma berdoa moga tiada bencana banjir besar seperti 2014 tahun ni.
Rabu, 5 Disember 2018
Spageti Sardin Sedap dan Mudah
Bulan 12 memang dikaitkan dengan musim tengkujuh or musim banjir di oantai timur.. Tapi harap2 tahun ni tkdelah banjir besar. .
Hari ni hujan dari pagi sampai tengahari... Sejuk dan nyaman jer rasa hari ni.. Tiba2 kak z teringat menu yang office mate die bawak ke office minggu lepas... Katanya sedap dan unik. Kena dengan selera dia lah tu, sbb tu die suruh cuba buat sendiri pulak..
Tapi yang ni versi ayu sendiri lah... Main hentam je ni, tapi rasa oklah sedap juga, Siap tambah sepinggan lagi tadi... So pada korang nk cuba menu yang unik ni boleh check resepi kt bawah ye.. Ayu tkde gambar step by step sbb nk cepat tadi. So korang pandai2lah ye. .
Spageti Sardin
Untuk 3 org makan
Spageti setengah paket brand tesco
Sos Spageti tradisonal (ayu guna kimball) 4 sudu besar
Sardin 1 tin kecil
Cendawan dalam tin, guna separuh jer
Bawang putih 3 ulas
Bawang Holand suku jer
Mix herb 1 sudu teh
Origano 1/2 sudu teh
Minyak masak @ minyak zaitun 2 sudu besar
Air secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Cili padi kalau nk pedas.
Cara masak
Rebus spageti sampai lembut.
Sos
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang holand hingga layu, jangan lama sangat ye,
- Kemudian masukkan sos spageti dan isi ikan sardin bersama sedikit sos sardin.
-Kemudian masukkan cendawan yang telah dipotong nipis. Kacau sekejap sampai isi ikan hancur,
- Tambah sedikit air, perasakan dengan gula dan garam serta sedikit mix herb dan origano dan cili padi, kalau korang suka pedas boleh letak lebih.
Siap dan sedia untuk dimakan.. 😂😂
Tips :
- Masa rebus spageti boleh campurkan sedikit minyak supaya spageti tk melekat.
- Pastikan air mendidih sebelum masukkan spageti.
- Tabur sedikit garam setelah spageti lembut dan toskan airnya.
- Masaklah dengan hati yang ikhlas dan gembira. .
Maaflah kalau penulisan agak carca marba ye...
Kalau tk faham boleh tanya. .b
Sukan Memanah, Macam Best jer
Tengok balik gallery baru perasan, banyak lagi entry yg tk ssmpat post..
Kali ni nk cite pasal sukan memanah pulak. . Ayu bukan arif sangat tapi ni sekadar pengetahuan yang ayu dapat masa join live bersama sinar harian last week...
Tetamu jemputan ni merupakan presiden kelab memanah kelantan dan baru balik dari salah satu pertandingan sukan memanah berkuda di indonesia. Walaupun tk menang, tapi pengalaman yang dia dapat kat sana adalah sangat berharga dari sebuah kemenangan.
Lupe pulak nk bagithu nama presiden ni.. Okey, nama dia azizi che hamid dan merupakan seorang peguam.. Die juga ada kongsikan bahawa sukan memanah ni antara sukan yang agak mudah dipelajari dan memerlukan kos yang agak sederhana.
Isterinya juga merupakan seorang guru dan turut belajar memanah dan juga pernah memenangi salah satu pertandingan memanah di Terenganu selepas belajar memanah dalam masa lebih kurang 1 bulan.. Tapi rasanya bakat pun perlu jugak kan...
Tapi yang seronokya diorang ni 1 family pandai memanah. . Lagi 1 belajar memanah ni pun salah satu dari sunnah rasulAllah... Jadi tetiba rasa tertarik pulak dengan sukan memanah. . Kalau ikutkan banyak lagi benda yg diorang cerita.
Tapi ayu yang dah lupa, lama sangat peram dalam otak. . Banyak yg dah hilang dah 😂😂.. Maklumlah umur pun dah banyak kan.. Dan yg paling seronok, masa nk balik diorang ni sempat hadiahkan anak panah sebatang sorang pada ayu n kak z..
Ada anak panah je, tapi busur tkde.. Jadinya kita gantung kt dinding je lah nanti...
Setakat ni je lah dulu, nanti ayu akan kongsi lagi lebih detail pasal sukan ni..
Langgan:
Catatan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Entry kali ni nak cite pengalaman pertama aku ke Pulau Perhentian ahad lepas... Percutian ni merupakan percutian yang taj dirancang. Aku ng...
-
Keadaan pesakit yg terlantar dirumah Sebelum dibawa ke hospital dengan Bantuan bomba.. Obesiti dalam Malaysia merupakan salah 1 ...