Rabu, 17 Disember 2014
Idea Kreatif Dari Tayar Terpakai
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jentera anda yang boleh diibaratkan seperti lampin pakai buang.
Biasanya, setelah haus, tayar akan ditukar dengan yang baru dan tayar lama tidak akan digunakan lagi.
Sekiranya anda jenis yang tidak suka membazir dan suka membuat sesuatu yang kreatif, beberapa idea dibawah ini mungkin boleh membantu anda menggunakan semula tayar-tayar anda yang sudah tidak boleh dipakai. - Siakapkeli.com.my
1 - Alat Mainan Kanak-kanak
2 - Pasu Bunga
3 - Meja Kaca
4 - Sinki Tayar
5 - Buaian
6 - Sofa Angin (Tiub)
7 - Bakul Getah
8 - Pasu Bunga Kreatif
9 - Sofa Getah
Selasa, 16 Disember 2014
MACAM-MACAM HAL - DIKECAM KERANA ISTERI CANTIK
Aisi memuat naik gambar isteri dan anaknya di laman web Weibo.
BEIJING - CHINA. Seorang ahli perniagaan dari wilayah Hebei menjadi mangsa kecaman pengguna Internet gara-gara mempunyai isteri jelita.
Lelaki berkenaan, Mei Aisi kini menetap di Ukraine dan berkahwin dengan seorang gadis cantik dari negara itu.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki lapor media China Daily.
Bagaimanapun, tindakan Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China.
Ada menganggap isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukannya lelaki yang kacak.
Note: macam-macam perangai orang sekarang ada saja yang tak kena. Asyik nak mencari salah dan mencerca orang lain. Isteri cantik, suami tak kacak pun kena kecam. Kalau Suami kacak isteri tak cantik pun kena kecam juga.
Ajaibnya Rumah Sutomo
Banjarnegara
Ketika rumah penduduk lain musnah dirempuh atau ditimbus tanah, sebuah bangunan kediaman di Jemblung kekal utuh.
Malah penghuninya tidak termasuk dalam kalangan mangsa korban atau masih hilang.
Rumah bercat putih milik Sutomo itu tidak mengalami nasib buruk seperti puluhan kediaman lain di petempatan itu.
Abang Sutomi, Hamim berkata, sehari sebelum kemalangan menimpa, Sutomo seolah-olah mendapat petunjuk mengenai bala yang bakal tiba.
“Sutomo meminta saya serta anak-anaknya berpindah ke tempat lain kerana berasa tidak sedap hati,” katanya.
Ternyata tindakan diambil Sutomo, 36, dan Hamim, 36, itu tepat.
Kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu Hamim membawa anak Sutomo ke rumahnya dan kira-kira dua jam kemudian bencana itu pun berlaku.
Tanah dari dua bukit yang mengelilingi petempatan berkenaan runtuh serta melanda apa saja yang ada di laluannya.
Hamim yang tinggal di Karangkobar Purwodadi berkata, sebelum ini pernah ada tanah runtuh melanda kawasan tepi rumah Sutomo, tetapi tiada sebarang kematian atau kecederaan berlaku.
“Sutomo nampak tanah runtuh itu bergerak amat laju menuju ke rumahnya dan dia terpaksa berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Namun Sutomo bernasib baik.
Rumah satu tingkat yang dibina sejak 2010 itu seolah-olah tidak disentuh langsung oleh tanah bukit berkenaan.
PENYELAMAT membawa mayat mangsa ke van jenazah dua hari selepas Jemblung dilanda bencana tanah runtuh.
Isnin, 15 Disember 2014
Subhanallah , Telah Berlaku Satu Kejadian Aneh Pada Jenazah Seorang Remaja Lelaki Ketika Di Mandikan Jasadnya !!!
Cerita ini diceritakan semula oleh seorang insan yang mengenali rapat dengan pemuda ini...
Apa yang berlaku adalah sebagai pengajaran dan pedoman buat kita yang masih bernyawa
Kisah dan kejadian itu sangat menakutkan tetapi apa yang lebih penting bagi saya ialah kita sebagai hamba-Nya hendaklah insaf dan membersihkan diri kita agar kita juga nanti tidak akan diaibkan sedemikian rupa...
Sepanjang lebih 15 tahun menguruskan jenazah, memang banyak pengalaman pelik yang telah saya lalui. Kisah yang ingin saya ceritakan kali ini ialah mengenai jenazah yang mendapat kemuliaan daripada Allah...
Kisah ini berlaku dalam 12 tahun yang lalu ketika saya baru sahaja bekerja selama tiga tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang....
Yang menimbulkan keinsafan ialah apabila Allahyarham itu saya wudukkan saja, kulitnya yang hitam tiba-tiba bertukar menjadi putih kemerah-merahan...
Wajahnya perlahan-lahan bertukar seperti sedang tersenyum. Sangat tampan, berbeza dengan raut wajahnya semasa hidup....
Mayat tanpa waris ini saya uruskan di Hospital Klang dan umurnya dalam lingkungan 60-an.
Tambahan pula Allahyarham ini mualaf, hitam pula kulitnya. Sudahlah begitu, kaki kanannya cacat pula...
Allahyarham ini saya uruskan dengan seorang lagi kawan. Nama gekarannya ANjang Aki. DIa guru saya dan telah meninggal dunia beberapa tahun lain. Semasa memandikannya, tak ternampak perubahan apa-apa...
Tidak ada yang ganjil berlaku. Tapi yang luar biasanya, apabila kena saja wuduk, dengan takdir Allah kulitnya yang hitam dengan tidak semena-mena berubah wama menjadi kemerah-merahan.
Wajahnya yang kita kata tak lawa tiba-tiba pula menjadi tampan dan yang menginsafkan saya, mukanya dalam keadaan tersenyum...
Cukup tampan, manis dan menyejukkan mata. Bukan saya sahaja, malah arwah Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman menguruskan jenazah juga terperanjat dengan kejadian itu...
“Haron! Haron,” tiba tiba Anjang Aki memanggil saya. “Mayat ini cantiklah. Mari. Mari cepat tengok,” katanya lagi sambil menyuruh saya memandang ke arah jenazah yang sedang kami uruskan itu...
Tanpa berlengah saya terus pandang wajah Allahyarham. Allah Maha Besar… betul apa yang dicakapkan oleh Anjang Aki itu. Waktu itu kami menyaksikan kebesaran Allah dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepada hamba-Nya yang soleh...
Mulanya memang kami tak sangka akan berlaku kejadian ini sebab semasa jenazah itu dimandikan tak ada perubahan berlaku...
Tapi apabila saya mula wuduk-kan saja, bermula di bahagian muka, kulitnya yang hitam tiba-tiba beransur-ansur jadi putih...
Lebih menakjubkan, lepas itu kami saksikan macam darah dimasukkan ke dalam badannya. Dimulai dengan bahagian muka. Mula-mula sikit tapi makin lama makin banyak...
Darah itu kemudiannya turun perlahan-lahan sampai ke hujung kaki. Selain keanehan itu, tidak ada keanehan Iain yang berlaku...
Badannya sejuk macam mayat biasa...
Bagi saya, kejadian tersebut menyerlahkan betapa Allah amat menyayangi hamba-Nya yang soleh. Balasan baik itu diberi dan ditunjukkan-Nya di dunia lagi...
Allahyarham ini memang saya kenal. Dia penduduk tetap Klang dan seorang yang sangat baik. Allahyarham selalu berulang-alik ke Masjid Sultan Sulaiman, Klang...
Saya cam Allahyarham sebab sebelum itu saya dapat tahu dia meninggal dunia. Tambahan pula kaki kanannya cacat. Betis dan pahanya seperti melekat...
Apa yang mengagumkan kami ialah Allahyarham ini walaupun miskin, fakir, tapi dia tak pernah meminta-minta...
Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerjanya ialah menjual ubat-ubatan tradisional dari satu tempat ke satu tempat...
Walaupun pendapatannya sedikit, tapi dia cuma terima wang harga ubatnya saja. Kalau orang beri dia iebih, sebagai sedekah, dia tak ambil...
Dia akan pulang-kan balik wang itu kerana prinsip hidupnya ialah dia tidak mahu orang bersimpati dengan dirinya. Dia mahu berdikari walau macam mana sulit sekalipun...
Saya juga diberitahu, apabila Allahyarham membeli roti, selalunya dia akan beli dua ketul. Sebagai contoh, kalau roti itu harganya 50 sen seketul, dia akan beli dua ketul. Seketul dia makan dan seketul lagi dia beri pada budak yang tolong membelikan roti itu...
Selain itu, Allahyarham cuma ada sepasang pakaian saja dan sehelai tuala. Apabila dia hendak mandi, pakaian yang kotor itu dia basuh. Selepas mandi pakaian itu dijemur dan dia pakai tuala...
Apabila pakaiannya sudah kering, baru dia pakai semula pakaian tadi. Tuala itu dia jemur semula supaya boleh dipakai balik...
Satu lagi, Allahyarham tidak mempunyai isteri dan anak. Selain itu dia suka berhijrah dari masjid ke masjid kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Kalau Allahyarham hendak beli rumah memang tak mampu sebab dia tak ada wang...
Allahyarham ini bukan orang yang suka meminta-minta. Walaupun dia layak untuk mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor, tapi dia tak mahu memohon...
Begitulah kemuliaan yang Allah berikan kepada orang yang soleh dan zuhud. Bagi saya yang mengenali Allahyarham, memang layaklah dia mendapat kemuliaan sedemikian rupa...
Sumber : http://myinfoterkini.blogspot
Tahukah Anda Bahaya Amalkan Meminum Teh O Ais Yang Pasti Mengejutkan Kaum Adam Khususnya...
Siapa yang tak suka teh ais kang tambah-tambah dalam cuaca kering dan panas nih. Klu perkene teh ais segelas, kompom nyaman jek rasenye..
Tea @ teh sudah dibuktikan baik untuk minuman antioksidan. Namun tidak selamanya pengambilan teh baik untuk kesihatan. Mungkin minuman yang biasa yang anda akan pilih untuk menemani semasa santai atau selepas makan. Segelas teh o ais yang segar atau air putih?
Sebuah kajian terbaru yang disiarkan Health News Daily, menuliskan risiko mengambil teh ais, yang ternyata dapat menyebabkan batu karang. Kajian ini dilakukan oleh Loyola University Medical Center. Mereka menjelaskan jika minuman teh yang disediakan sejuk mengandungi oksalat yang cukup tinggi.
Zat kimia ini menyebabkan pembentukan kristal-kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam. Tidak hanya teh saja yang mengandungi oksalat, jenis makan lain seperti bayam, rhubarb coklat, dan kacang juga masuk dalam senarai makanan tinggi oksalat.
Walaupun kristal ini tidak berbahaya, namun para penyelidik mengatakan jika pegumpulan Kristal mungkin terjadi. Ini akan mengganggu aliran urin dari ginjal ke pundi kencing, dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk.
“Bagi orang yang mempunyai kecenderungan memiliki gangguan fungsi buah pinggang, teh ais adalah minuman yang paling tidak disyorkan,” papar Dr. John Milner, pembantu profesor urologi di Universiti Loyola Chicago Stritch.
“Seperti orang lain, saya juga sangat suka menikmati teh ais semasa cuaca panas, namun jangan berlebihan.”
Seperti dimaklum, kekeringan adalah salah satu penyebab gangguan buah pinggang, dan tea ais mungkin adalah penyebab meningkatkan risiko ini. Untuk mengelakkan penyahhidratan ini, air putih tetap menjadi pilihan terbaik.
Apa pun kalau nak minum tu boleh… cuma jangan berlebihan atau keterlaluan.. Kalau tea o suam atau panas lebih bagus tanpa ais
Wassalam, Wa’allahhualam.
MISTERI WANGIAN YANG HILANG
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh‘ pasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai. Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.
Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’. Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)
Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’
Wallahualam.
Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.
“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248
Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini. Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.
Sumber Denai hati
Ahad, 14 Disember 2014
BUNGKUSAN NAJIS ANJING UNTUK AJAR PENCURI
Washington D.C: Seorang wanita yang bosan selepas bungkusan barangan di depan rumahnya sentiasa hilang. akhirnya berjaya memperdaya pencuri terbabit.
Andrea Hutzler, 33, berkata, dia kerugian lebih AS$800 (RM2,800) selepas bungkusan yang dikirim kepadanya, termasuk hadiah Krismas, pakaian dan juga tiang aluminum yang dipesan untuk satu projek pembinaan dicuri.
Andrea dan teman lelakinya membuat laporan polis dan memasang kamera di luar rumah, tetapi gagal menghalang pencuri berkenaan menghentikan perbuatan itu.
"Saya bekerja keras, berjimat, membeli sesuatu dan akhirnya ia hilang begitu saja," kata Andrea kepada stesen televisyen ABC7.
Menurutnya, dengan Krismas hanya kira-kira dua minggu lagi, dia mengambil keputusan mengajar pencuri berkenaan dengan sesuatu yang busuk dan kotor.
LELAKI yang dirakam mencuri bungkusan berisi najis anjing.
Tidak Tahan Diganggu Kerana Terlalu Cantik,Pekerja Tesco Ini Naik Mahkamah
Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan.
Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan.
BRYCE keluar dari sebuah mahkamah di Gloucester, Britain baru-baru ini selepas memohon perintah agar tidak diganggu seorang lelaki.
Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.
Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam.
“Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney.
“Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki.
“Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu,” katanya kepada mahkamah. – Agensi
Sabtu, 13 Disember 2014
Madu Erma Fatima Timang Cahaya Mata
“Malang bagi seorang perempuan yg tidak mampu memberikan zuriat buat suaminya kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga,” itu tulisan Erma Fatima di akaun Instagram beliau hari ini sebagai menyambut kelahiran anak kepada madunya, Aida.
BACA: Bade Hj. Azmi Masih Jalankan Tanggungjawab Sebagai Suami
Sedih juga kami baca kenyataan itu & rata rata peminat turut merasa simpati dengan Erma Fatima serta berharap penerbit juga pelakon popular ini lebih tabah dalam kehidupan. Seperti kata mereka, Erma Fatima masih sebaik baik wanita di mata Allah.
Tiada maklumat terperinci tentang kelahiran anak kepada pasangan Aida & Bade Hj Azmi ini tetapi kami pasti keluarga kecil ini pasti gembira dengan kelahirannya.
“Welcome to the family baby Jihad. Congratulation Bade and Aida,” tambahnya lagi. (rtky/m)
LAWAK!! Apabila Si Penipu Jual Telefon Bimbit Online Pula Ditipu..
Pada masa sekarang ni membeli barangan di internet telah menjadi suatu kelaziman. Ianya memberi kemudahan untuk para penghuna yang sibuk untuk bershopping tanpa perlu pergi ke shopping complex dan mengharungi jalan yang jem..
Namun ada juga orang yang mengambil kesempatan untuk menipu dan mendapat duit melalui jalan yang mudah dengan menipu orang. Jika kita lihat di beberapa laman web jual beli barang ramai penjual yang menjual telefon bimbit dan mereka yang menipu ini akan meletak harga yang sangat murah lagi murah daripada harga kos untuk menarik pembeli.
Selalunya mereka ini tidak akan membenarkan pelanggan mereka membuat bayaran COD kerana apabila pelanggan sudah bank in mereka ini akan lesap dan menukar kepada identiti lain untuk menipu mangsa yang lain. Kisah-kisah penipuan penjual telefon bimbit secara online sudah selalu didemgari di internet dan oleh kerana itu, pelanggan sudah sedar dan lebih berhati-hati untuk membeli telefon bimbit secara online.
Ikuti sesi perbualan SMS di bawah dimana penjual yang ingin menipu pelanggan berjaya ditipu semula.
H
Lawak!! Kepada pembeli seharusnya perhatikan harga yang dijual, jika tidak munasabah janglah beli. Serta lihat dahulu komen2 daripada pembeli yang lain..
Langgan:
Catatan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Entry kali ni nak cite pengalaman pertama aku ke Pulau Perhentian ahad lepas... Percutian ni merupakan percutian yang taj dirancang. Aku ng...
-
Keadaan pesakit yg terlantar dirumah Sebelum dibawa ke hospital dengan Bantuan bomba.. Obesiti dalam Malaysia merupakan salah 1 ...











.jpeg)


.jpg)







.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)