Rabu, 3 Disember 2014

TUNANG NUR SYAFIQA JANJI TERUS SETIA

KOTA BHARU 2 Dis. – Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.
Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.
‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.
Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.
‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.
‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.
Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.
Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.
‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya. Utusan online

GAMBAR TERBARU NUR SYAFIQA SETELAH KELUAR DARI HOSPITAL



Terbaru, gadis yang telah menjadi mangsa samun dan ditoreh, Nur Syafiqa Lah telah pun dibenarkan pulang dan mendapat lawatan istimewa daripada Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pagi tadi bagi memberikan sokongan moral kepadanya. Puteri UMNO juga  turut menghulurkan sumbangan kepada syafiqah dalam bentuk wang tunai sejumlah RM 5 ribu.

Dengan sumbangan yang diberikan juga Nur Syafiqa diharapkan supaya dapat mengunakannya untuk menampung kos rawatan untuk bagi merawat wajahnya. Berikutan insiden yang berlaku ke atas Syafiqah dan keluarga, ramai netizen berharap pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci bagi menahan kedua-dua penjenayah tersebut....






MAUT KERANA KUCING



Teluk Intan: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dihempap televisyen 29 inci di rumahnya di Kampung Batu 7, Changkat Jong, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian 11.15 malam itu, mangsa, Siti Norain Maisarah Romly mengalami perdarahan di mulut dan hidung selepas dihempap televisyen berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Difahamkan kejadian berpunca daripada dua ekor kucing yang bergaduh hingga menyebabkan televisyen yang terletak diatas rak jatuh menimpa mangsa.

Mayat mangsa dibedah siasat di HTI pada 2 petang ini dan keluarga mangsa masih berada di hospital bagi menuntut jenazah.


BU mangsa tidak dapat menahan kesedihan. 

Selasa, 2 Disember 2014

HARGA RUMAH DI MALAYSIA SEMAKIN MAHAL? JOM BERALIH KE RUMAH KONTENA


Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.

Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat.

Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.


Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama seminggu untuk siap.



Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai 'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.

Baca : 6 Hotel Unik Mampu Milik di Malaysia http://bungatulip2u.blogspot.com/2014/11/6-hotel-paling-unik-di-malaysia.html

Tetapi rumah kontena Mohd Azree yang anda lihat di dalam gambar diatas masih belum siap sepenuhnya. Bagi yang belum tahu, rumah kontena tidak semestinya berbentuk kotak sahaja. Lihat gambar dibawah dan bayangkan apa yang boleh anda cipta dengan rumah kontena.




Mungkin rumah kontena boleh dikomersialkan dan menjadi alternatif yang serius kepada rumah-rumah di Malaysia yang semakin mahal. Di beberapa buah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, rumah kontena sudah pun digunakan secara meluas malah ada yang membina rumah mewah dengan menggunakan kontena sahaja.

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com. - Siakapkeli.com.my

RENTUNG BERSAMA KERETA



Kuala Lumpur: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandunya merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar di Jalan Loke Yew, Cheras di sini, jam 7.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, mangsa yang berusia 30-an maut di tempat kejadian dan kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.46 pagi sebelum tiba tujuh minit kemudian bagi memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di bahagian pemandu.

"Siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios dan mangsa hangus terbakar 100 peratus selepas lelaki itu melanggar pembahagi jalan berhampiran pusat beli belah Viva Mall," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan diserahkan kepada pihak polis untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.


Fakta Yang Membuatkan Anda Menyesal Mengetahuinya


Dalam kehidupan harian kita seharian sebenarnya banyak perkara yang berlaku kepada diri kita dalam alam depan kita yang tidak kita sedari terjadi dan sentiasa berubah

Ada di antara perkara tersebut sebenarnya kita tidak mahu ketahui kerana apa yang berlaku kadang-kadang membuatkan kita terasa jijik mungkin..

Mari kita lihat apakah perkara-perkara tersebut. ─ Siakapkeli.com.my

1. Terdapat hama kecil akan keluar di waktu malam dan akan mengawan diatas muka kita.
Setiap malam semasa kita sedang tidur, berjuta-juta hama Demodex akan datang ke tubuh kita untuk memakan kulit mati, mengawan dan bertelur dalam folikel rambut atau bulu badan. Selepas mereka melakukan perkara tersebut semua hama itu akan mati secara meletup kerana mereka tidak ada lubang untuk membuang najis selepas memakan kulit mati anda sebanyak mungkin.

2. Satu ciuman mulut selama sepuluh saat boleh memindahkan 80 juta bakteria.
Ramai sebenar tidak tahu dan mungkin ada yang tahu tapi sengaja abaikan kerana? anda jawab sendiri.

3. Bahang matahari semakin hari semakin membesar dan panas menyebabkan iklim berubah. Tapi percayakah anda kajian yang dilakukan menunjukan daam amsa satu bilion tahun lagi matahari akan menyebabkan bumi kering kontang dan membuatkan ada seperti berasa dalam oven yang panas. Dalam masa 7.5 bilion tahun akan datang mata hari akan membesar sehingga menghimpit bumi.
(Semua kuasa Tuhan, Kita tidak tahu kerana perlu tahu akan kedatangan hari kiamat.)

4. Jika sebiji asteroid bersaiz 10 kilometer melanda bumi ia akan menyebabkan kepupusan yang besar.
Sebelum ini ada sebanyak 15 komet yang bersaiz lebih dari 10 kilometer merentasi orbit bumi.

5. Setiap badan manusia mempunyai purata 10 kali ganda jumlah bakteria berbanding sel-sel di dalam badan kita.
Jangan bimbang kerana kebanyakkan bakteria tersebut adaah bakteria baik yang membantu sistem badan kita

6. Kajian menunjukkan dalam makanan kita makan sebenarnya kita tidak sedar terdapat najis serangga di dalam makanan tersebut mungkin semasa makanan disimpan lipas lalu atas makanan itu dan mungkin semut.
Menurut kenyataan FDA kebanyakkan perkara ini tidak memberi impak kepada tubuh badan kita.

7. Telur katak surinam akan disenyawakan di atas belakang badannya. Apabila telur sudah menetas dan bersedia untuk dilahirkan ia akan pecah dari belakang kulit katak tersebut.
Anda mungkin mengalami trypophobia ketika melihat gambar di atas.

8. Seekor lintah bulan secara teorinya mempunyai 90,000 ekor cucu dan 27 juta ekor cicit jika semua telurnya berjaya menetas dan hidup
Banyangkan kalau semua cucu cicit lintah bulan hidup? Habislah keseimbangan alam.

9. Jika panda melahirkan anak kembar ibunya akan membiarkan salah seekor dari anaknya mati.
Satu lumrah alam yang tidak dapat kita ubah

10. Manusia akan kehilangan 30,000 hingga 40,000 sel-sel  kulit mati setiap minit atau 50 juta sel-sel sehari.
11. Kita mungkin akan dijangkiti cacing pita daripada haiwan peliharaan yang paling kita sayang
Mungkin untuk terjadi perkara ini adaah kecil tertapi sudah banyak kes ini dilaporkan.

12.. Secara purata papan kekunci komputer anda mempunyai lebih 400 kali ganda bakteria berbanding jumlah bakteria di dalam tandas.

Honey Bee Kucing Buta yang Suka Mengembara


Jika sebelum ini, kami pernah menyiarkan seekor kucing yang membantu seorang kanak-kanak autisme, kali  ini kami akan memaparkan pula sebuah kisah berserta gambar seekor kucing yang buta tetapi suka menggembara.

Honey Bee merupakan seekor kucing yang diselamatkan di Fiji oleh pusat jagaan haiwan animalsfiji.org. Setelah diselamatkan oleh pusat jagaan tersebut, Honey Bee telah dibawa ke Seattle oleh tuan barunya untuk tinggal bersama.

Menurut tuannya, walaupun Honey Bee tidak sempurna, dia lebih menggemari atmosfera di luar rumah. Honey Bee dikatakan suka menghabiskan masa menggembara di sekitar gunung mengelilingi kota.


Walaupun Honey Bee tidak sempurna, dia suka mendaki bukit bersama tuannya.

Honey Bee gemar berdukung apabila melalui perjalanan yang jauh.

Honey Bee suka meneliti bunyi air apabila keluar menggembara ke luar.


                      
Apabila menggembara keluar bersama Honey Bee, ia akan mengambil masa untuk mengamati bau dan bunyi.

Honey Bee mencuba air di sebuah tebing yang ditemuinya.

MAUT TERCAMPAK DARI KERETA


Petaling Jaya: Seorang pemandu kereta mewah Aston Martin DB9 maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 18 Lebuhraya Pantai Baru (NPE), awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta dipandunya terputus dua.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta mewah berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang menentang arus di laluan itu.

"Pemandu dipercayai cuba mengelak lalu terbabas dan merempuh tiang jejambat menyebabkan bahagian depan kereta itu hancur berkecai manakala pemandu tercampak di atas jalan raya.

"Serpihan kereta itu kemudiannya terpelanting ke arah sebuah kereta lain jenis Proton Pesona yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, wanita itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa culik ditemui mati



Kuala Lumpur: Mayat seorang peniaga kecil berusia 30 tahun ditemui berhampiran sebuah kilang pasir di Bidor, Perak selepas mangsa dikatakan diculik oleh sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang pada 12 November lalu.



Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mayat lelaki berketurunan campuran India dan Myanmar ditemui selepas polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di Hospital Banting, Selangor pada 20 November lalu.


"Mangsa diculik dihadapan isteri dan anaknya pada jam 6.10 petang di Pusat Bandar Utara, Sentul oleh empat suspek ketika mangsa berada di dalam warung kopi yang juga dijadikan tempat kediamannya.


"Siasatan awal mendapati isteri mangsa ada menerima panggilan telefon yang meminta bayaran wang tunai berjumlah RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun bank sebelum mayat mangsa ditemui hari ini," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.



Beliau berkata, kerja mengeluarkan mayat kini sedang dijalankan pegawai dan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan pasukan patologis Hospital Ipoh, Perak.

GAMBAR Nabila Huda Jual Hotdog Jadi Mangsa Ejekan Lucah


Ramai yang menyangka menjadi insan bergelar artis adalah paling seronok dan menguntungkan.
Tiada siapa yang mengetahui sebenarnya pelbagai pengorbanan terpaksa dilalui lebih-lebih lagi apabila segala tindakan, gerak-geri dan percakapan sentiasa menjadi perhatian.
Sayangnya, perhatian yang diberikan oleh segelintir masyarakat kadangg-kala terlalu melampau hingga boleh menjatuhkan aib seseorang lebih-lebih lagi kepada artis.
Terbaru, perihal foto anak rockers terkenal, Nabila Huda menjual sosej menjadi perbualan hingga disalah erti oleh peminatnya yang berfikiran ‘kuning’.

Pelbagai komen lucah diterima hingga kita yang membacanya rasa bengang pula.
Mana tidaknya, sampai ada yang menulis kononnya Nabila sudah biasa memegang ‘hotdog’ Pak Hitam.

Aik…ini dah jatuh kategori fitnah yang melampau-lampau nih!
Ada pulak sampai dengan berani buat-buat bunyi dan mendakwa kononnya Nabila Huda tengah syok pegang ‘hotdog’.
Agak-agak la weh..sudahlah buat dosa mengata orang, ditambah pula dengan kata-kata yang mengaitkan makanan dengan dengan lucah.
Memang tak boleh terimalah!

Sepatutnya sokongla artis-artis tempatan kita yang rajin mencari wang lebih untuk hidup, bukannya mengcondemn tak habis-habis.
Kesian, Nabila Huda yang terpaksa mendengar benda-benda yang tidak elok dan dikaitkan dengannya.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...