Sabtu, 24 November 2018

Jom To School with BSN..

Alhamdulillah semalam, Khamis 22 November. Ayu berkesempatan ikut kak Z ke program jom to school anjuran BSN yang diadakan di Mydin Kubang Kerian. .

Pagi tu sebelum pergi Mydin teringin nk mkan roti canai. . Tapi masa keluar tu dah agak lewat,  so decide pergi event dulu pastu baru cari makan. .


Sampai kat Mydin tengok ramai dah budak2 kt pintu depan, sebahagian daripadanya dah siap shopping dan masing2 dah pegang beg mydin yang berisi kelengkapan sekolah masing2.

Terukir kegembiraan di wajah kanak2 ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan, kanak2 yang terpilih adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan dan ada juga dikalangan Mereka merupakan anak yatim...

Bila dapat baju sekolah percuma mestilah mereka semua merasa gembira dan teruja kan..   Kalau ayu dapat baju free pun akan rasa happy yang teramat sangat. 

80 orang kanak2 dari beberapa buah sekolah di sekitar daerah kota bharu dan beberapa daerah lain telah terpilih untuk menyertai program ini.

Setelah selesai sesi memilih pakaian dan kelengkapan sekolah yang lain,  kanak-kanak ini turut diraikan di salah sebuah restoran nasi arab yang menjalankan perniagaan berhampiran pasaraya Mydin Kubang Kerian

Restoran Nasi Arab Al Khatiri telah menjadi pilhan dan di sini kanak2 diberikan beg sekolah percuma dari BSN dan Wang saku sebanyak Rm 50 Telah di debitkan ke dalam akaun simpanan mereka.

Wajah riang kanak-kanak 
Sebelum menjamu selera. 

Jadi ayu pun berpeluang menjamu selera di sana dan dapat melihat wajah gembira kanak2 yang seronok atas layanan dari pihak BSN. .

Baru perasan,  tersnap juga pic sis 
Bloger yg ayu selalu follow tu. . 

Masa makan semalam juga,  ayu berkesempatan bersua muka dengan salah seorang bloger yang ayu selalu Follow..  Tak sangka kan kecik je dunia ni. .

Masa sebelum makan tu dah perasan dah sis ni. . Tapi tk yakin nk tegur. . Maklum sajalah ayu ni pemalu orangnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...