Selasa, 27 November 2018

Ocean Playground D G Orange

Jumaat,  23 November..


Hari ni ayu berkesempatan hadir ke Pelancaran Ocean Playground di Pasaraya G Orange yang terletak di Bandar Baru Tunjung.

Menariknya Ocean Playground ni ialah ia diterajui oleh anak melayu kita yang masing2 merupakan doktor perubatan.

Jadi hari ni adalah hari pelancaran untuk Playground ni.. Kanak-kanak yang hadir hari ni dapat bermain secara percuma sehingga jam 2 petang.

Bayaran yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan,

1/2 jam Rm 7.00
1 jam    Rm 12.00
Tanpa had Rm 15.00

Agak berbaloi kan..  Ibu2 boleh membeli belah dengan bahagia tanpa ganguan,  dan para bapa pula boleh berehat sambil memerhatikan anak2 anak bermain. 

Kalau dah tinggal anak dekat playground tu,  nanti lepas shopping jangan pulak ada yang terlupa nk bawa baliik anak dari playgrond tu ye. .








Sabtu, 24 November 2018

Jom To School with BSN..

Alhamdulillah semalam, Khamis 22 November. Ayu berkesempatan ikut kak Z ke program jom to school anjuran BSN yang diadakan di Mydin Kubang Kerian. .

Pagi tu sebelum pergi Mydin teringin nk mkan roti canai. . Tapi masa keluar tu dah agak lewat,  so decide pergi event dulu pastu baru cari makan. .


Sampai kat Mydin tengok ramai dah budak2 kt pintu depan, sebahagian daripadanya dah siap shopping dan masing2 dah pegang beg mydin yang berisi kelengkapan sekolah masing2.

Terukir kegembiraan di wajah kanak2 ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan, kanak2 yang terpilih adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan dan ada juga dikalangan Mereka merupakan anak yatim...

Bila dapat baju sekolah percuma mestilah mereka semua merasa gembira dan teruja kan..   Kalau ayu dapat baju free pun akan rasa happy yang teramat sangat. 

80 orang kanak2 dari beberapa buah sekolah di sekitar daerah kota bharu dan beberapa daerah lain telah terpilih untuk menyertai program ini.

Setelah selesai sesi memilih pakaian dan kelengkapan sekolah yang lain,  kanak-kanak ini turut diraikan di salah sebuah restoran nasi arab yang menjalankan perniagaan berhampiran pasaraya Mydin Kubang Kerian

Restoran Nasi Arab Al Khatiri telah menjadi pilhan dan di sini kanak2 diberikan beg sekolah percuma dari BSN dan Wang saku sebanyak Rm 50 Telah di debitkan ke dalam akaun simpanan mereka.

Wajah riang kanak-kanak 
Sebelum menjamu selera. 

Jadi ayu pun berpeluang menjamu selera di sana dan dapat melihat wajah gembira kanak2 yang seronok atas layanan dari pihak BSN. .

Baru perasan,  tersnap juga pic sis 
Bloger yg ayu selalu follow tu. . 

Masa makan semalam juga,  ayu berkesempatan bersua muka dengan salah seorang bloger yang ayu selalu Follow..  Tak sangka kan kecik je dunia ni. .

Masa sebelum makan tu dah perasan dah sis ni. . Tapi tk yakin nk tegur. . Maklum sajalah ayu ni pemalu orangnya..

Jumaat, 23 November 2018

Garlic Chips Chruncy by Cik Ayu


Chruncy Garlic Chips by Cik Ayu 
😊😋😋

Assalamualaikum..
Rasa macam lama sangat tak kongsi cerita kt sini... Sejak kebelakangan ni agak sibuk sikit dengan macam2 hal...

Baru saja selesai menyiapkan dan menghantar tugasan untuk semester mei. . Lepas ni nk study untuk final exam pulak..

Dalam entry kali ni ayu nk share pasal garlic chips yg ayu jual... Sambil2 tu boleh lah konsi beberapa tips dgn korang yg nk cuba buat sendiri.

Garlic Chips ni merupakan salah satu snack sihat yang agak viral baru2 ni... Jadi ayu pun teringin jugak lah nk cuba. .

Garlic Chips ni sangat sesuai dimakan oleh ibu2 yang masih dalam pantang.  Berfungsi untuk membuang angin dalam badan dan juga menambah penghasilan susu ibu.

Kalau ikutkan banyak lagi khasiatnya, tapi yang tu ayu kongsikan pada entry yg akan datang okey...

Lagipun caranya tkdelah susah sangat pun,  cuma pembuatannya je lah yg agak renyah. .

Cara Penyediaan Kerepek Bawang Putih

Bahan
Bawang putih,  kupas kulit
Minyak masak
Sedikit garam.

Cara nya

Bawang putih yang dikupas dihiris nipis.. Mesti betul2 nipis tau, kalau boleh senipis kertas gitu.. Tebal sikit pun boleh,  tapi takut tak cukup masak atau terlebih masak pulak nanti.



Kemudian boleh gaul sikit dengan garam..  Bubuh sikit je garam tu,  jangan banyak sangat tau.  Tapi garlic chips ni kalau tk letak garam pun dah sedap tau.

Masa nk goreng pun penting jugak tau..  Minyak mesti betul2 panas,  make sure bila letak dalam kuali,  chips terua timbul. . Kalau tengelam tu minyak tk cukup panas.



Goreng pulak kena sentiasa kacau supaya masak sekata dan bila dah nampak warna bertukar kuning keemasan terus angkat dan toskan minyak tu.

Bila dah angkat jangan lupa lapik dengan tisu supaya dapat serap minyak pada chips tu. .

Tunggu sejuk dan dah boleh simpan dalam balang okey. .


Cara nk buat ni tkdelah susah sangat kan..  Tapi agak renyah dan makan masa jugaklah...

Pada korang yang nk cuba garlic chips ni,  tapi tkde masa nk buat sendiri, boleh lah order dengan ayu..  Harga InsyaAllah bepatutan. Yang paling penting kebersihan  terjamin..

Harga sebalang Rm 15.00 sahaja..
Berat 1 balang lebih kurang 150 - 180gm

Kalau nk order boleh whatsapp
0169442459 @ 0172728969





Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...