Jumaat, 12 Oktober 2018

Pertandingan Kacau Bubur Asyura Sempena Hari Terbuka IADA Kemasin Semerak Bersama KPA



Alhamdulillah..
Hari ini (9.10.18) ayu berpeluang menghadiri program Hari Terbuka Kumpulan Pengguna Air (KPA) Bersama IADA Kemasin Semerak.  Program ini berlansung selama 2 hari,  program ini melibatkan KPA sekitar Pasir Putih dan Bachok.  Pengisian selama 2 hari ini bertujuan untuk memupuk semangat silarturahim di kalangan peserta dan seterusnya dapat berinteraksi dengan pelbagai agensi terlibat dalam program ini.

Antara pengisian dalam program ini adalah melibatkan program seminar untuk ahli KPA yang dianjur bersama syarikat pengeluar produk pertanian dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang hala tuju agensi serta maklumat terkini yang dikehendaki di peringkat kementerian.

Selain itu,   Program Kaunter Informasi Input Pertanian dan Kepelbagaian Produk turut diadakan.  Ianya melibatkan syarikat pembekal produk pertanian dan bukan pertanian. Terdapat lebih kurang 9 syarikat yang mengambil bahagian dalam acara ini... Pelbagai Kuanter terbuka dari agensi kerajaan dan badan berkanun turut disediakan.


Dan acara terakhir dan yang paling menarik untuk hari ke 2 pula adalah kacau bubur asyura.. Acara yang selalu dinantikan setiap tahun.  Hari asyura biasanya hanya disambut pada 10 muharam setiap tahun. Tapi sekarang ni hari asyura disambut selama sebulan.

Bulan Muharam juga lebih dikenali dengan nama bulan asyura. Biasanya Dalam bulan muharam ni ramailah yang akan ambil kesempatan masak bubur asyura secara bergotong royong. Selain dapat makan bubur asyura,  dapat juga mengeratkan silarturahim.. Tapi ape pulak hari Asyura ni kan??

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad  s.a.w

Tapi zaman sekarang ni, hari Asyura di sambut hampir setiap hari di sepanjang bulan Muharam.. Pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan turut manganjurkan program kacau bubur asyura dan biasanya akan melibatkan penduduk kampung dan ahli dalam jabatan itu sendiri.

Untuk acara kacau bubur asyura anjuran IADA Kemasin Semerak yang  Melibat KPA dan KESADA ini pulak,  terdapat 26 buah kawah disediakan.  1 kawah melibatkan 15 orang peserta KPA. Ianya juga dimasak secara bergotong royong. Setelah dimasak bubur asyura dibahagikan kepada ahli kpa yang lain setelah dimasak.

Setiap kawah diminta menyediakan 1 bekas bubur asyura untuk dipertandingkan.  Ada juri yang mengadili dari segi rasa dan persembahan... 25 kawah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini...


Alhamdulillah rezeki dapat bubur asyura yng sedap pada hari tersebut.  Setelah selesai acara kacau bubur asyura,  kami dibekalkan 2 bekas bubur sebagai buah tangan dari Iada dan 1 bekas lagi dari ahli KPA yg baik hati bagi bubur asyura pada kak z. Kebetulan masa sampai kt rumah,  ada jiran sebelah rumah jemur pakaian didepan rumah.  Jadi kami pun bagi sebekas kepadanya..  Rezeki kan perlu dikongsi..

Jadi masih ada baki 2 bekas untuk kami.  Bubur asyura ni lebih sedap dimakan bersama beras yang telah dikisar halus atau bersama telur dadar yg digoreng nipis.  Ada yg makan dengan telur burung puyuh rebus dan pelbagai lagi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...