Jumaat, 26 Oktober 2018

Penemuan Rangka Manusia Di Kuaters Kerajaan Tidak Berpenghuni

Assalamualaikum.. Selamat petang,  tq sudi singgah... Tadi masa scroll facebook ternampak gambar penemuan rangka manusia yng di kongsi oleh salah seorang sahabat ayu..  Jadi ayu pun buka gambar dan baca komen kt situ.  Antara komen yng ada kt situ adalah kenyataan media yg telah dikongsikan di ruangan komen.

Ada banyak lagi komen yang sempat ayu baca dan ada yg ayu screen shot dan copy... Untuk info lanjut yang lebih detail dan sahih. . Bolehlah baca kenyataan media ni dulu..



KENYATAAN MEDIA
Ketua Polis Daerah Muar
Bertarikh: 25 Oktober 2018

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN PENEMUAN RANGKA MANUSIA DI KUATERS KERAJAAN TIDAK BERPENGHUNI, JALAN PESTA, MUAR, JOHOR.

Muar, 25 Okt- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesahkan telah menerima panggilan dari orang awam, telah menjumpai satu rangka manusia di dalam sebuah rumah Kuarters Kerajaan di Jalan Pesta yang sudah lama tidak berpenghuni.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar bersama Pasukan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar telah menjalankan siasatan di tempat kejadian. Tiada sebarang ketinggalan perlakuan berunsur jenayah dijumpai.

Turut dijumpai berdekatan rangka manusia berkenaan, sekeping Kad Pengenalan yang mana, waris kepada individu berkaitan telah tampil mengesahkan Kad Pengenalan adalah milik ahli keluarganya yang telah 2 tahun hilang.

Prosedur bedah siasat akan dibuat dalam menentukan punca kematian dan pengesahan identiti si mati dalam kes ini.

Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan apa jua bentuk maklumat berkaitan penemuan rangka manusia ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi berkaitan kejadian. Tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut hanya boleh membangkitkan keresahan dan salah ertian dikalangan masyarakat.

ACP ZAHARUDIN BIN RASIP
Ketua Polis Daerah Muar







Jumaat, 19 Oktober 2018

Kenyataan Akhbar KPK 17 Oktober 2018 – Kematian Kes Disyaki Jangkitan Difteria Di Daerah Johor Bahru, Johor

Tular di media sosial mengenai kes kematian bayi 14 yang dipercayai terkena jangkitan Difteria.. Pasti banyak persoalan yg timbul ekoran dari kes ini..  Jadi ayu sertakan kenyataan akhbar dari Kementerian Kesihatan untuk tatapan anda yang berminat nk tahu apa sebenarnya difteria ni... Dan apa menyebabkan ianya belaku...



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian satu (1) kes kematian disyaki akibat jangkitan Difteria di daerah Johor Bahru pada 15 Oktober 2018 .

Kes yang dilaporkan merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan. Pesakit tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarga enggan menerima imunisasi. Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Oktober 2018 dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober 2018.

Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober 2018 kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 15 Oktober 2018 akibat Severe Diphtheria with multiorgan failure. Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.

Penyakit difteria merupakan jangkitan kuman bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak (farinks / kerongkong), dengan kemungkinan berlaku komplikasi bakteremia dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga boleh membawa maut.

Tindakan yang telah dijalankan bagi membendung penularan jangkitan ini adalah termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi, dan pendidikan kesihatan. Sehingga hari ini tiada kes baru dilaporkan kepada kementerian ini.

KKM ingin menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.

Dengan itu dinasihatkan ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka tampil untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Bagi kanak – kanak yang telah tercicir suntikan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.



Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Oktober 2018

Jumaat, 12 Oktober 2018

ADAKAH NAJIS ANDA SIHAT..

Lain macam pulak tajuk entry kali ni... Tapi benda ni penting untuk kita tahu.. Tak kan geli kowt, najis sendiri jer bukan suruh tengok najis oranglain. .  Tapi kalau mummy2 tu krna lah pantau najis anak ye. . Baru kita boleh tahu tahap kesihatan anak kita. 

Teringat masa ayu warded baru2 ni,  doktor pun ada tanya keadaan najis macam mana. Maknanya benda ni adalh penting untuk kita tahu.  Supaya kita thu tahap kesihatan macam mana. Info  ni ayu dapat dari fb doctor erna.  Bila follow doktor ni rasa seronok pulak.  Ye lah banyak ilmu yg bermanfaat kita boleh dapat.  Bukan asyik nk membawang jer. .


ADAKAH NAJIS ANDA SIHAT?

Ramai yang ambil enteng tentang najis sendiri apatah lagi najis orang lain atau spesis lain.

Ok, saya rumuskan jenis najis manusia di dalam gambar di bawah ya.
Haritu dah buat jenis jenis najis bayi kan.

Jenis 1
- tidak normal
- berketul ketul keras seperti kekacang
- diameter dalam 1-2cm
- sedikit sakit sewaktu melepaskan
- biasanya akibat kurang air atau serat , selepas pengambilan antibiotik
- kentut masih mudah dilepaskan

Jenis 2
- tidak sihat
- sembelit
- diameter najis 3-4 cm
- sukar dan biasanya diiringi dengan rasa sakit sewaktu dilepaskan
- biasanya najis terkumpul di dalam usus 2-4 hari
- boleh menyebabkan luka pada saluran najis atau anus, buasir, masalah usus, angin pasang, usus pecah
- kentut biasanya sukar dilepas dan berbau busuk lain macam
- biasanya disebabkan oleh kurang air, kurang serat, kurang bergerak, pengambilan vitamin tambah darah, masalah usus.

Jenis 3
- tidak normal dan tidak begitu sihat
- sembelit yang tidak begitu teruk
- najis terkumpul di dalam usus 1-2 hari
- masih memerlukan peneranan tetapi tidak begitu kuat dan sedikit sakit
- masih ada kentut seperti biasa

Jenis 4
- normal dan sihat!
- inilah najis yang ideal
- lembut
- panjang dan tidak terputus
- sekali sehari
- kentut tidak berbau busuk pelik
- mudah dilepaskan

Jenis 5
- normal dan sihat
- najis yang terpaling ideal!๐Ÿ’ฉ
- lembut dan mudah dilepaskan
- 2-3 kali selepas heavy meal ( makanan berat)
- diameter 1-1.5cm

Jenis 6
- tidak normal
- sukar dikawal
- borderline antara normal dan cirit
- disebabkan oleh pergerakan usus yang sedikit terlebih aktif
- faktor penyebab biasanya akibat terlebih pengambilan garam kalium, dehidrasi secara tiba tiba, tekanan darah naik mendadak akibat stress( tekanan), makan makanan pedas dengan banyak, penggunaan ubat pelawas ( laxative)

Jenis 7
- inilah yang dinamakan cirit
- cirit birit adalah apabila najis sebegini terjadi lebih dari lima kali sehari
- boleh dikatakan air tanpa pepejal
- berbau busuk

Ok, dah faham kan?
Yang normal adalah jenis/bristol 4&5
Yang lain adalah dikira tidak normal dan tidak sihat

Namun, jika najis diiringi dengan darah atau lendir, ianya adalah tidak sihat.

Najis berwarna cerah atau putih(krim) juga adalah tidak sihat.

Jika najis yang sekejap cirit, sekejap sembelit juga adalah tidak sihat.

Jadi, jika najis anda ada ciri ciri seperti yang disebutkan, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul di klinik atau hospital berhampiran anda segera.

Jangan pandang mudah ok.

Banyak penyakit usus yang kadangkala kita terlepas pandang dan akibatnya penyakit semakin melarat.

Insha Allah esok saya kongsikan tentang sembelit dan kanser usus.

Jaga diri
Jaga pemakanan
Minum air masak secukupnya
Bersenam

Nota kaki : Najis yang sihat bermula dari gaya hidup yang sihat๐Ÿ˜Š

Dr. Erna Nadia
Sesungguhkan setiap sesuatu proses yang berlaku di dalam tubuh badan adalah unik dan Allah kurniakan kita akal untuk belajar dan mengkaji, jadi jangan pernah berhenti menggali ilmu yang ada✌️

Sumber : Facebook Dr Erna Nadia 

Pertandingan Kacau Bubur Asyura Sempena Hari Terbuka IADA Kemasin Semerak Bersama KPA



Alhamdulillah..
Hari ini (9.10.18) ayu berpeluang menghadiri program Hari Terbuka Kumpulan Pengguna Air (KPA) Bersama IADA Kemasin Semerak.  Program ini berlansung selama 2 hari,  program ini melibatkan KPA sekitar Pasir Putih dan Bachok.  Pengisian selama 2 hari ini bertujuan untuk memupuk semangat silarturahim di kalangan peserta dan seterusnya dapat berinteraksi dengan pelbagai agensi terlibat dalam program ini.

Antara pengisian dalam program ini adalah melibatkan program seminar untuk ahli KPA yang dianjur bersama syarikat pengeluar produk pertanian dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang hala tuju agensi serta maklumat terkini yang dikehendaki di peringkat kementerian.

Selain itu,   Program Kaunter Informasi Input Pertanian dan Kepelbagaian Produk turut diadakan.  Ianya melibatkan syarikat pembekal produk pertanian dan bukan pertanian. Terdapat lebih kurang 9 syarikat yang mengambil bahagian dalam acara ini... Pelbagai Kuanter terbuka dari agensi kerajaan dan badan berkanun turut disediakan.


Dan acara terakhir dan yang paling menarik untuk hari ke 2 pula adalah kacau bubur asyura.. Acara yang selalu dinantikan setiap tahun.  Hari asyura biasanya hanya disambut pada 10 muharam setiap tahun. Tapi sekarang ni hari asyura disambut selama sebulan.

Bulan Muharam juga lebih dikenali dengan nama bulan asyura. Biasanya Dalam bulan muharam ni ramailah yang akan ambil kesempatan masak bubur asyura secara bergotong royong. Selain dapat makan bubur asyura,  dapat juga mengeratkan silarturahim.. Tapi ape pulak hari Asyura ni kan??

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad  s.a.w

Tapi zaman sekarang ni, hari Asyura di sambut hampir setiap hari di sepanjang bulan Muharam.. Pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan turut manganjurkan program kacau bubur asyura dan biasanya akan melibatkan penduduk kampung dan ahli dalam jabatan itu sendiri.

Untuk acara kacau bubur asyura anjuran IADA Kemasin Semerak yang  Melibat KPA dan KESADA ini pulak,  terdapat 26 buah kawah disediakan.  1 kawah melibatkan 15 orang peserta KPA. Ianya juga dimasak secara bergotong royong. Setelah dimasak bubur asyura dibahagikan kepada ahli kpa yang lain setelah dimasak.

Setiap kawah diminta menyediakan 1 bekas bubur asyura untuk dipertandingkan.  Ada juri yang mengadili dari segi rasa dan persembahan... 25 kawah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini...


Alhamdulillah rezeki dapat bubur asyura yng sedap pada hari tersebut.  Setelah selesai acara kacau bubur asyura,  kami dibekalkan 2 bekas bubur sebagai buah tangan dari Iada dan 1 bekas lagi dari ahli KPA yg baik hati bagi bubur asyura pada kak z. Kebetulan masa sampai kt rumah,  ada jiran sebelah rumah jemur pakaian didepan rumah.  Jadi kami pun bagi sebekas kepadanya..  Rezeki kan perlu dikongsi..

Jadi masih ada baki 2 bekas untuk kami.  Bubur asyura ni lebih sedap dimakan bersama beras yang telah dikisar halus atau bersama telur dadar yg digoreng nipis.  Ada yg makan dengan telur burung puyuh rebus dan pelbagai lagi...


Khamis, 4 Oktober 2018

Siasat Tragedi Meragut Nyawa 6 Angota Bomba


Tragedi yang meragut nyawa 6 angota bomba dalam misi menyelamat masih lagi menjadi bualan hangat dikalangan nitizen. Terbaru,  Dr Maza turut memuat naik status berkenaan tragedi ini dan menuntut pihak bertangung jawab untuk memberi penjelasan berhubung kejadian ini...

Siasatan menyeluruh kematian 6 anggota bomba


KERAJAAN perlu menjelaskan dan bertanggungjawab terhadap insiden yang meragut nyawa enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akibat lemas, semalam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, satu siasatan lengkap perlu dilakukan segera dan kerajaan perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apakah yang sebenarnya terjadi supaya tidak diulangi kelemahan yang lepas.

“Kes ini tidak boleh dianggap remeh. Jika hanya seorang, mungkin boleh dianggap kemalangan yang tidak mampu dielakkan.

“Namun, apabila berlaku kepada enam nyawa, maka satu siasatan lengkap dan bertanggungjawab perlu dilakukan segera,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, DrMAZA.com, petang tadi.

Beliau berkata, mereka yang terkorban dan semua pasukan yang seumpama mereka adalah wira bangsa yang tidak ternilai khidmat dan budinya buat rakyat

“Semoga Allah memberikan ganjaran besar atas pengorbanan mereka dan ditempatkan di syurga yang mulia.

“Ya Allah! Tempatkan mereka di syurga yang indah!” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 6:25 PM

Sumber HMETRO 






Takziah Buat Keluarga 6 Bomba yang Terkoban Dalam Misi Menyelamat




Malaysia berduka lagi..  Semalam kita dikejutkan dengan insiden yang melibatkan 6 orang angota bomba yang telah terkorban dalam misi mencari dan menyelamat seorang remaja yang jatuh ke dalam lombong.

Seorang jurucakap jabatan bomba berkata, dalam kejadian pada pukul 9 malam Rabu, kesemua enam anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dibawa arus deras.

Pasukan itu mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong tersebut, pada kira-kira pukul 5.50 petang Rabu.

Difahamkan remaja berkenaan dan dua lagi memancing di lombong tersebut.

Dua rakan mangsa cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk berdekatan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, kesemua anggota bomba berjaya dinaikkan dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

"Bagaimanapun, kesemua mereka disahkan meninggal dunia.

"Dua daripada mereka dari balai bomba Shah Alam manakala empat lagi dari balai bomba Pelabuhan Klang.

"Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25

Sumber BERITA HARIAN

Salam takziah buat keluarga ke enam enam anggota penyelamat yang terkorban semasa operasi menyelamat.

Innalillahiwainnailaihirojiun

.ุฅِู†َّุง ู„ู„ู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆْู†َ

ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงٌู„ู„َّู‡ِ ุงٌู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงٌู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِِ 
ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠู†َ ۞ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ ۞ ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ ۞ ุฅูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆุฅูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ ۞ ุงِู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ ۞ ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠِู†َ... ุขู…ِّูŠْู†

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia,  ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama hambaNya yg beriman... insya ALLAH...

Rabu, 3 Oktober 2018

Tempahan Ais Krim Malaysia Sedap Dan Gebu Kota Bharu




Ais krim Malaysia,  boleh dikategorikan sebagai salah satu makanan penyejuk tekak yang lagend tapi masih lagi relevan. Teringat dulu zaman sekolah selalu juga beli ais krim ni masa balik dari sekolah... Kalau dulu masa tahun 90-an,  sebatang baru harga 10sen je... Tapi sekarang ni 2018, harga Ais Krim Malaysia pun dah naik berganda2.  Ada yg jual dalam lingkungan harga 50sen hingga rm 1 untuk sebatang...

Ayu pun pernah juga buat bisnes Ais krim Malaysia ni dulu, tapi dah berhenti atas sebab2 tertentu.. Lepas dah lama tk meniaga ais krim ni,  tetiba rasa macam nk jual ais krim semula. Ayu pun pernah share tips untuk dapatkan ais krim malaysia yang gebu kt sini dulu. . Kalau nk baca boleh baca jer kt SINI ..  Kalau korang nk buat sendiri boleh follow tips yg ayu dah kongsikan kt situ..

Disebabkan artikel yg berkaitan ais krim malaysia ni juga,  ayu telah dihubungi oleh beberapa orang yng berminat untuk menempah ais krim Malaysia untuk masjlis hari jadi dan kenduri.  Tapi masa tu ayu tak dapat nk tunaikan permintaan.. Mungkin tkde rezeki kan. .

Tapi sekarang rasa macam banyak sangat je masa terluang,  jadi ayu terfikir balik,  kenapa tk nak mulakan semula bisnes ais krim kalau ada permintaan.  Jadi lepas ambik masa untuk berfikir,  ayu rasa macam nk start jual ais krim balik... Harap dapat sambutanlah.. Kt bawah ni ayu sertakan sekali detail perisa dan harga ais krim.. Kalau ambik banyak mestilah lagi murah harganya...

Tempahan Ais Krim Malaysia

Lokasi : Sekitar Kota Bharu... Yang Jauh2 tu kalau berminat nk tempah pun boleh jugak, tapi cas c.o.d mahal sikit lah ..
C.O.D  -  rm 3 hingga 5 kalau jauh mahal sikitlah cas nya..

Masa tempahan : Seeloknya korang tempah awal sikitlah supaya senang sikit ayu nk sediakan perisa yang korang nk tu. .

3 minggu sebelum tarikh majlis..
Selewatnya  1 minggu sebelum. .

Tempahan mestilah berserta dengan deposit ye... Supaya tkde pembatalan di saat akhir.. Kesian pulak kt ayu nanti..

Perisa Ais krim Dan Harga

Perisa tanpa susu

Anggur
Sirap
Laici
Jambu batu
Oren
Sarsi
Kopi o
Teh o


Rm 0.30 1 - 100 btg
Rm 0.25 101 - 250 btg
Rm 0.20 251 btg keatas

Perisa Bersusu

Milo
Bandung
Jagung
Kopi susu
Teh susu

Rm 0.40 1 - 100 btg
Rm 0.35 101 - 250 btg
Rm 0.30 251 btg ke atas


Jus buah + cube buah

Honey dew
Nenas
Tembikai
Mangga

Rm 0.50 1 - 100 btg
Rm 0.45 101 - 250  btg
Rm 0.40 251 btg keatas


Ais krim bubur

Bubur kacang hijau
Bubur kacang merah

Rm 0.50 1 - 100 btg
Rm 0.45 101 - 250  btg
Rm 0.40 251 btg keatas

Dadih @ jelly 

Vanilla
Jagung
Mangga
Milo
Strawbery
Anggur
Kopi

Rm 0.50 1 - 100 btg
Rm 0.45 101 - 250  btg
Rm 0.40 251 btg keatas


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus whatsapp
0169442459 ayu




Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...