Tarikh pilihan raya dah di umumkan.. Maka penuhlah status pasal pilihan raya di media sosial.. Macam2 keluhan dan luahan dari rakyat malaysia di media sosial pasal hari mengundi. Tapi ape pun, bagi yang layak mengundi tu, bolehlah tunaikan kewajipan korang untuk negara ye..
Dan apa pun keputusannya nanti kenalah Redha.. Tapi harap keputusan yg terbaik untuk negara dan rakyat. Tak kisah siapa pun pemimpin yang bakal memimpin Malaysia, kita doakan Negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan selamat..
Eh.. panjang pulak cerita pasal mengundi ni kan.. Entry kali ni khas untuk peminat Sup GearBox pulak.. Kalau korang suka makan sup gearbox, pastu nk pulak yang harga murah, Korang memang patut cuba makan kt kedai ni..
Kedai Sup Gear Box Mokdah
Lokasi : Pasir Pekan, Tumpat..
-Berdekatan dengan Makam Tok Janggut.
- Buka setiap hari
- Harga sangat2 berpatutan
Kali pertama dtg makan kt sini..
Harga cuma Rm 22 untuk 2 orang.
Termasuk teh o beng + teh beng.
Dari pandangan sisi
Depan kedai.
Apa yang istimewa dengan kedai ni?Lokasinya agak tersorok dan berada dalam kawasan kampung. Sekali pandang, kedai ni macam kedai kopi dalam kampung yang biasa jer. Tapi siapa sangka, menu yang dihidangkan disini adalah menu kegemaran kebanyakkan orang Malaysia..
Cakap pasal Sup Gearbox mesti ramai yang terliur kan, tapi ramai jugak teragak-agak untuk mencubanya kerana kebiasaanya, bila makan sup gearbox harga nya agak tinggi. Tapi tidak di kedai sup gear box mokdah ni. Harga makanan kt sini memang mampu bayar.
Kalau nk makan hari² pun tkde masalah, Cuma takut cepat masuk hospital jelah kan. Hehehehe... Ye lah, sup gearbox ni kan tinggi kolestrol, kalau makan selalu, faham² je ape jadi nanti..
Bercakap pasal harga, setiap kali ayu datang makan dengan kak zack, harga untuk Makan 2 orang tk pernah sampai rm 30 tau.. Biasanya harga ayu makan untuk 2 orang kt sini lebih kurang Rm 22 hingga Rm 27 sahaja.
Set yang dihidangkan datang dengan sup gearbox + nasi putih bersama daging goreng. Kalau tak nak gearbox yang seketul ni, boleh jugak minta bahagian isi sahaja. Harga pun lagi murah dan masih sedap dan mengenyangkan..
Jom kita layan gambar sup gearbox perlbagai saiz yg ayu pernah makan kt sini..
Set ni termasuk air teh o beng +
Kopi o beng, Rm 25
Ha.. terliur tak?
Nasi daging goreng 2 + nasi tambah 1
Teh o ais + air suam = Rm 27
(tk habis, tapau untuk mkn malam)
Belanja view sup gearbox yang akan buat korang terus rasa lapar. .
Rm 23 utk 2 org
Rm 25
Rm 25
Ni antara gambar yg masih ada dalam simpanan ayu. Tapi banyak jugak yang dah dibuang.. Dan ade jugak datang makan, tk sempat nk ambik gambar terus makan.. Nak pulak time tengah lapar tu, makanan sampai je terus ngap sebab tk tahan aroma sup die yang best giler.. 😂😂
Tapi, defenisi sedap ni adalah berbeza bagi setiap orang.. Ada orang suka makanan yg lebih masin, manis, pedas dan sebagainya.. Tapi bagi ayu, biarlah makanan tu secukup rasa..
Sebab tu ayu kata tekak setiap orang tk sama. Jadi kalau ade yg kata tempat tu sedap, tapi bila ayu try, ayu rasa macam biasa² jer.. Dan ada juga tempat yang tekak ayu rasa sedap, tapi orang lain rasa biasa² jer..
Apa pun, kalau korang ada masa dan berkesempatan, bolehlah try makan kt sini.. Insyallah korang akan berpuashati dengan makanan kt sini..
Macam mana nk cari kedai ni?? Pakai google maps pun boleh tau..
Google je nama kedai n kalau nk tahu sup ade lagi ke tak, call je dulu sebelum datang. Kadang2 sup abis cepat, kesian pulak kalau korang datang, bila sampai sup dah abis.. hehehehe.. fon number semua ada kt gambar tu okey..
Share post ni biar lagi ramai tahu pasal kedai ni.. jadi peminat sup gearbox tk perlu risau lagi tentang harga.. 😊😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan