Jumaat, 26 Julai 2019

Pecah Rekod Pesakit Paling Berat - 309kg Tk Muat Katil

Keadaan pesakit yg terlantar dirumah
Sebelum dibawa ke hospital dengan 
Bantuan bomba..  

Obesiti dalam Malaysia merupakan salah 1 pekara yang tidak asing lagi.  Ianya adalah pekara biasa dalam masyarakat kita tapi perlu diambil serius.

Kegemukan selalunya berpunca daripada cara pengambilan makanan, yang tidak sihat secara berterusan.  jika tidak dijaga memang boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit yang berbahaya.

Antara risikonya adalah obesiti, Malaysia mencatat antara salah satu negara mempunyai jumlah paling ramai mengalami masalah obesiti.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang doktor telah menceritakan pengalamannya merawat seorang pesakit yang menghadapi masalah obesiti.

Dia antara pesakit yang paling berat
Menurutnya, dia terkejut dengan berat pesakit itu dan menyifatkan bahawa ia adalah antara rekod tertinggi yang penah diterimanya.


Gambar hiasan

Terpaksa minta bantuan bomba nak bawa ke hospital
Disebabkan terlalu besar dan berat, maka terpaksalah meminta bantuan daripada pasukan bomba dan penyelamat untuk membawa pesakit tersebut ke hospital.

Gambar Hiasan

Berat 309 kg! Tengkuk pun tak nampak
Badan pesakit yang memiliki berat sebanyak 309 kg terlalu besar sehingga katil di wad ICU tidak mampu menampungnya, dan terpaksa menggunakan meja kecil untuk meletakkan tangan kerana tidak muat katil.


Gambar Hiasan

Bagaimana jika berlaku kematian?
Bukanlah niat mahu menghina golongan berbadan besar, tetapi realitinya masalah obesiti bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Justeru, jagalah pemakanan dari awal dan amalkan diet yang sihat.

Sumber : Medical Mythbusters Malaysia

Servis Gosok Baju Raya

Assalamualaikum.. Terima kasih pada pembaca yg sudi singgah dan membaca tulisan ayu di blog ini..

Rasa nya agak lama juga kt menulis kt sini,  Sebulan 2 ni keadaan kesihatan agak kurang memuaskan.. Jadi banyak hbiskan masa dengan benda lain.

Kalau perasan, sekarang ni masa cepat sangat berlalu,  pejam celik dah nk sampai ke hari raya korban dah kita ni kan..  Rasanya lebih kurang 2 minggu je lagi nk raya kan..

Orang kata Raya Korban @ Raya Haji di kelantan ni meriah.. Mana tk meriah, Raya haji ni ramai yang lakukan ibadah korban... Mewah dengan daginglah bila raya kan..

Sungguhpun begitu amalan ziarah menziarahi masih dikekalkan.. Menu di pagi raya pun tk jauh beza dengan hari raya Aidilfitri, cuma biasa nya menu lebih kepada masakan berasaskan daging.  Ye lah,  kan ramai yg jalankan ibadah korban.

Dulu2 selalu jugak daging korban dari jiran2.  Masing2 mengejar pahala kan..  Tapi hari ni bukan nk cerita pasal daging tau..  Tapi nk cerita pasal baju raya.  Ada yg kata Raya Haji tk beli baju raya,  tapi kenalah pakai baju yang cantik dan kemas kan..

Sempena Raya Aidilfitri baru2 ni, ayu dah start dengan perkhidmatan gosok baju raya.  Harga tk jauh beza pun sama je dengan harga gosok hari biasa,  cuma klau customer nk baju nampak lebih kemas dan tk nak bethabuk boleh tambah plastik..

Plastik ni untuk lindungi baju dari habuk kalau disimpan lama sebelum pakai.  Benda ni ikut kehendak pelangan.. Masa hari raya Aidilfitri baru ni ramai jugak yg memlilih untuk letakkan pakaian dalam plastik.


Kalau korang berminat nk guna servis boleh direct wasap

0172827969 ayu

Selepas Paus Orca dan Pak Belang Awang Besul Kini Paus Pilot Sirip Pendek Pula Singgah Di Terengganu..




Selepas kemunculan paus pembunuh diikuti kejutan harimau belang ‘jinak’ masuk kampung, sekumpulan paus pilot sirip pendek atau Short Finned Pilot Whale pula dikesan muncul buat pertama kali di perairan Terengganu kelmarin.
Sinar Harian melaporkan, Episod hidupan hampir pupus memunculkan diri di depan manusia di negeri ini masih belum berakhir apabila kumpulan ikan paus pilot sirip pendek itu atau nama saintifiknya Globicephala Macrorhynchus dikesan berenang berhampiran Pulau Perhentian di perairan Besut.
Kehadiran kumpulan mamalia marin berkenaan disedari beberapa orang nelayan yang sedang memancing sebelum mereka sempat merakam kejadian itu menerusi video berdurasi 40 saat.
Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad mengesahkan kumpulan ikan itu adalah paus pilot sirip pendek yang kini hampir pupus selepas meneliti rakaman video yang diterima dan dari keterangan yang diberikan nelayan terbabit.
Katanya, kumpulan paus pilot sirip pendek tersebut dilihat berenang kira-kira 30 kilometer dari pantai dengan kedalaman air antara 30 hingga 35 meter.
“Paus pilot sirip pendek ini tidak pernah melalui perairan negeri ini berdasarkan rekod yang terdapat di FRI Rantau Abang yang berada di bawah Jabatan Perikanan.
“Jadi tarikh 24 Julai 2019 merupakan rekod pertama paus ini muncul di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Tamimi berkata, pihaknya percaya kumpulan mamalia marin tersebut menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi mereka.
Katanya, nelayan yang melihat kejadian itu memaklumkan saiz mamalia marin itu sangat besar dan jumlahnya banyak.
“Kebiasaannya spesies ini memang sentiasa bergerak dalam kumpulan populasi mereka dalam bilangan antara 10 hingga 50 ekor.

“SAIZ YANG DIANGGARKAN BAGI KUMPULAN INI ADALAH ANTARA TIGA HINGGA TUJUH METER DENGAN ANGGARAN BERAT 1,000 HINGGA 3,000 KILOGRAM (KG) BAGI DEWASA DAN SATU HINGGA TIGA METER DENGAN ANGGARAN BERAT 60 HINGGA 500KG BAGI ANAK,” KATANYA.

Tambahnya, jangka hayat paus pilot sirip pendek antara 40 hingga 45 tahun dan umur kematangannya adalah antara 10 hingga 20 tahun.
Jelasnya, kandungan untuk menghasilkan generasi baharu mengambil masa antara 15 bulan dengan saiz anak baru lahir mempunyai antara 1 hingga 1.9 meter panjang dengan berat 60 kg dan anak akan berpisah dengan ibu sehingga mencapai umur dua tahun.
Paus pilot sirip pendek biasanya hidup bergerak dan memburu dalam kumpulan populasinya antara 10 ekor sehingga mencapai 50 ekor ada juga sesetengah populasi boleh mencapai sehingga 200 ekor.
Mohd Tamimi memberitahu, kali terakhir paus pilot sirip pendek pernah direkodkan dan terdampar mati adalah di Sarawak pada 2013 dan di Labuan pada 2015.
“Paus pilot sirip pendek adalah tersenarai dalam jadual mamalia marin iaitu antara salah satu spesies marin terancam di Malaysia.
“Jabatan Perikanan melindungi spesies-spesies ikan marin terancam ini melalui penguatkuasaan Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 mengenai Mamalia Akuatik atau Penyu di Perairan Perikanan Malaysia dalam Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 (Pindaan) 2019,” tegasnya.
Katanya lagi, spesies paus pilot sirip pendek mula menjadi terancam dan hampir pupus kerana kebanyakan nelayan di negara seperti Jepun, Amerika, Filipina, China, Taiwan, Vietnam dan lain-lain lagi menjadikan spesies berkenaan sebahagian diet mereka.
“Ia kerana dagingnya mempunyai protein yang tinggi dan tekstur yang lembut. Sesetengah bahagian badan yang lain juga dibuat ubatan dan lain-lain produk,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, di peringkat antarabangsa, paus pilot sirip pendek dilindungi di bawah ‘International Union for Conservation of Nature’ (IUCN) kerana menjadi antara spesies marin terancam di dunia.
Menurut beliau, paus pilot sirip pendek merupakan pemangsa dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dan ia merupakan haiwan karnivor yang biasanya memburu dan memakan ikan, sotong, penyu, burung laut dan lain-lain.
“Adakalanya paus ini juga memakan sampah sarap dan plastik yang bertebaran di lautan kerana terdapat beberapa kes kedamparan sakit dan mati di luar negara.
“Populasi paus ini hidup di serata lautan di dunia, habitat yang digemari adalah di kawasan laut yang tidak terlalu cetek, jauh dari pesisir pantai, laut yang sedikit panas, mempunyai kepadatan makanan seperti sotong yang banyak, mungkin oleh kerana perairan Terengganu mempunyai banyak sotong sebab itulah spesies ini menjadikan Laut China Selatan sebagai sebahagian laluan migrasi mereka.
“Contoh seperti di perairan Carlifornia, Amerika ketika musim sotong populasi paus pilot sirip pendek sangat banyak akan tetapi setelah sotong mula berkurangan paus ini tidak kelihatan dan bermigrasi mencari tempat baru,” katanya.
Mohd Tamimi menjelaskan, paus pilot sirip pendek menjadi perhatian umum dan dibela dalam kurungan bermula tahun 1960-an sehingga hari ini.


Sekumpulan paus pilot sirip pendek dikesan berenang di berhampiran Pulau Perhentian di perairan Besut kelmarin. 

Katanya, setengah negara yang mempunyai taman tema akuarium laut seperti di The Marineland Antibes Theme Park Perancis, SeaWorld San Diego Carlifornia Amerika dan Seaworld Kamogawa Chiba Jepun, melatih paus pilot sirip pendek tersebut supaya lebih mesra dengan masyarakat dengan tujuan konservasi, pendidikan awam dan pertunjukan di akuarium.
Berikutan itu, Mohd Tamimi meminta agar mana-mana orang awam yang menemui spesies marin terancam sama ada masih hidup atau telah mati, segera menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan Daerah atau Pejabat Perikanan Negeri atau FRI terdekat.
“Tindakan pantas anda boleh menyelamatkan nyawa spesies marin terancam sama ada masih hidup ia boleh dilepaskan segera ke laut lepas, atau jika telah mati ia perlu diuruskan dengan prosedur-prosedur tertentu.
“Kami di FRI Rantau Abang dan Jabatan Perikanan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku kedamparan (hidupan marin) sama ada hidup atau mati di mana sahaja,” katanya.
Sebelum ini sepasang paus pembunuh atau Paus Orca muncul buat pertama kali di perairan Terengganu dengan kehadirannya dikesan berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada 16 Julai lalu.
Selang dua hari kemudian negara dikejutkan pula dengan dua ekor harimau belang yang nampak agak jinak berkeliaran di Kampung Besol Lama di Bukit Besi, Dungun sebelum salah seekor harimau yang ditangkap dan dinamakan ‘Awang Besol’ mati pada Selasa lalu.

Selasa, 14 Mei 2019

Lokasi Buffet Ramadhan Di Kota Bharu

Berbuka dimana hari ni?  Nk makan ape iftar nanti?  Ini antara soalan yg sering bermain difikan saban hari kan.
Alhamdulillah dalam tk sedar kita dah sampai ke hari 8 mengerjakan ibadah puasa dibulan Ramadhan pada tahun ini 2019.. Pasti ramai yang masih tercari2 lokasi berbuka puasa secara buffet bersama keluarga mahupun rakan2..

Bulan puasa macam ni banyak hotel mahupun restoran yang akan mengambil peluang untuk menyajikan pelbagai jenis buffet berbuka  puasa dengan harga yang pelbagai.  Sebelum bulan puasa menjelma dan pada awal bulan puasa baru2 ni ayu sendiri sempat menghadiri beberapa sesi food preview untuk buffet ramadhan..

Jadi ayu akan kongsi sikit kt korang antara tempat yang ayu dah pergi ye..  Lepas tu korang boleh decide sendiri nak pilih yang mana..


Hotel Grand Riverview

Grand riverview menawarkan buffet pelbagai jenis lauk pauk dan turut menyajikan sajian makanan arab terutamanya Nasi Arab dan pelbagai jenis makanan dari timur tengah..

Selain itu turut menyajikan nasi kerabu tua yng istimewa serta nasi berlauk dengan pelbagai pilihan lauk pauk.

Promosi Jom Iftar di Grand Riverview Hotel Kota Bharu!

Hanya RM72 Dewasa | RM36 Kanak-Kanak

Untuk tempahan, hubungi 09-743 9988 atau 011-2606 8388

#iftar #ramadhan #grvhotel #grandriverviewhotel #thisiskotabharu #kelantandihati #experiencingisbelieving
















Kalau korang nk stay kt sini dan ambik pakej bersahur pun boleh tau.
Check detail kt sini ye...


Hotel Grand Renai

Grand renai ni pulak terletak berhampiran dengan pasaraya Billion Kota Seri Mutiara... Sebelah2 je u ollz. Diorang pun tawarkan sajian buffet yg menarik kt sini tau... So korang boleh layan dulu maklumat kat bawah ni. . Ade jugak sikit2 detail yang dapat kongsikan untuk korang. .

Kalau nk lagi detail boleh check oficial page diorang ye. .

KEMBARA RAMADAN BUFFET!

Berbuka puasa dengan pelbagai hidangan menyelerakan di The Grand Renai Hotel

KEMBARA RAMADAN BUFFET!

Bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, The Grand Renai Hotel akan menyediakan hidangan bufet Ramadan yang bertemakan “Kembara Ramadan”.

The Grand Renai amat mengalu-alukan para tetamu untuk bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh chef yang diketuai oleh Chef Rajali Punong di Palm Terrace CafΓ©. Hanya pada harga RM69 nett setiap seorang.

Untuk tempahan berbuka puasa di Palm Terrace CafΓ©, sila hubungi talian terus 09.746.2233 atau menghubungi pengurus restoran kami di talian 011.31373186 (Izhar).

#thegrandrenai #iftar #buffet #ramadan #berbuka #puasa












Kalau nk menginap sekali pun boleh jugak kt sini tau. . Boleh check detail kt gambar k..



Hotel Al Ansar

Bagi Hotel Al Ansar pula mereka memilih konsep Sajian Nusantara yang menyajikan makanan selera kampung.  Korang yang suka makanan kampung wajib try kat sini.   Difahamkan diorang ada buat gulai kawah rias pisang yang merupakan menu istimewa untuk anda yg berkunjung ke sini..

Macam biasa,  detail ada kt bawah dan korang boleh check page diorang untuk lebih info. .
















Hotel Perdana

Antara lokasi yang menarik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. .

Lepas makan boleh join solat terawih kt sini terus..

SOUQ RAMADAN 2019Hotel Perdana Kota Bharu.....
Dewasa RM85 nett, kanak kanak bawah 12 tahun RM42.50. Utk tempahan 09 745 8888




















Masa kt sini tk sempat nk snap pic banyak2. . Maklumlah tengah lapar wei... Sbb food preview hotel perdana ni buat hari ke 2 puasa... Sel otak lambat sikit nk berhubung kalau puasa kan. . Jadi ni je lah gambar yang sempat ambik. .




Sam Sweet Garden Jalan Bayam

Ok yg ni bukan hotel ye. . Tapi ni lebih kurang macam tempat yang korang boleh pilih kalau nk buat ape2 event atau nk makan berbuka ramai2 dengan kawan2 pejabat atau nk reunion.  Siap ade pentas lagi dalam khemah berhawa dingin yang diorang sediakan kan. .

Ayu tk berapa pasti sangat tentang konsep die..  Tapi yang pasti tempatnya selesa jugak..


Ni serba sedikit maklumat yang ayu cedok dari page diorang..


❗️πŸ”œ 60 JENIS MAKANAN BUFFET RAMADHAN❗️ Alhamdulillah #Ramadhan bakal menjelang tiba lagi! 😱😍πŸ₯° Bila Ramadhan kenalah #iftar kan? 😁 .

Anda pening ingin makan apa untuk berbuka puasa?
Makanan di bazaar ramadhan sama? Tidak ada variasi? Nak cuba bermacam2 makanan tapi takut melebihi bajet? 😰 Kini tidak lagi!
.

Adik, kakok, abe, meh try BUFFET RAMADHAN sebanyak 60 JENIS MAKANAN dengan harga RM25 SAHAJA❗️ (harga PROMOSI- TERHAD!! ⚠️) 😱 Beli 10 PERCUMA 1❗️ Harga biasa RM 35, masih murah tuu tapi cepat GRAB promosi ni adik kakok weh! 😱Voucher valid 8-12 Mei 2019.
.

Katering kali ini sama dalam pakej kahwin #Dahlia kolaborasi @samsweetgarden & @catering_komatra ☺️ jadi bagi pasangan yang ingin mengambil pakej ini bolehla try buffet di sini dulu bersama family dan pasangan masing2! ☺️ Tag keluarga/kawan/pasangan korang tuu πŸ‘€
.

Tempat 5 stars ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ berhawa dingin, boleh cuba garden themed lagi untuk outdoor! Cantiknyaa admin pulak tak sabar! πŸ₯°πŸ™ˆ Cepat hubungi kami di:
☎️ Kak Sam: 018-9087747
atau pihak katering seperti dalam gambar 😊
πŸ—Ί Waze/Google: Sam Sweet Garden
.





















Ok. . Setakat ni dulu yang ayu dapat kongsi dengan korang. . Tempat lain tk sempat nk g lagi.. Sehari 2 ni terasa nk makan masakan rumah. . Jadi kita spend masa untuk masak sendiri dan berbuka  dirumah..

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...