Ahad, 22 Oktober 2017

Persedian Untuk Travel Bersama Anak Bulus

Olivia n yente bersantai atas sangkar.. 

Alhamdulillah.. Minggu lepas sempat meluangkan masa untuk menjenguk mak dan abah di kampung.. Kebetulan masa raya haji baru ni tak dapat balik kampung, jadi dah ada masa ni kita terus je lah balik kampung. Nanti kalau tangguh lagi, tak tahu bila pulak boleh balik kan..

Disebabkan anak bulus kat rumah ni banyak, jadi ayu ngn kak Z, decide untuk bawak je anak bulus ni balik kampung dengan kitorang..  Jadinya kalau nk balik lama pun tkpe, tak risau dah pasal anak bulus kt rumah.. Nak hantar kt cat hotel, anak bulus banyak, sekor harga lebih kurang rm15 ke rm20.. kalau nk hantar 9 ekor kucing dah berapa pulak kan. N lagi 1 tak yakin sangat dgn cat hotel ni, lepas dengar cerita pasal service yg tk seberapa ni.. Jadi lebih selesa kalau kitorang bawak balik kampung je..

Anak bulus ayu ni jenis yg cerewet sikit, Pantang betul kalau toilet kotor.. Betulah org kata, kucing ni haiwan yg pembersih.. Sebab tu lah jalan terbaik bawak je sama2.. Tapi nk travel dengan kucing besar jugak cabaran nya.. Setakat 3 tahun ayu bawak kucing balik kampung, banyak pengalaman menarik yang kami dah lalui..

Untuk Travel bersama anak bulus ni, kenalah buat persediaan awal sebelum bertolak tau.. Antara persedian awal nk bawak kucing travel ni adalah kita kena kenal pasti beberapa faktor penting..
Mula2 kena ambik kira jumlah kucing yg kita nk bawak. Lepas tu tempat untuk letak kucing pula. Ye lah, sama ada nk letak dalam sangkar atau nk letak dalam  " cat carier " Kalau dalam sekor 2 je, n kucing korang dah biasa naik kereta n tk banyak ragam boleh je letak camtu je dalam kereta.

Diorang pun seronok tengok kereta lalu lalang..  Tapi kalau banyak better letak dalam sangkar atau "cat carier" Kalau dulu kucing ayu tak banyak sangat, cuma dalam 5 ekor camtu je.. Tapi kali ni ada "kitten" dalam 4 ekor pulak. Jadi sekarang total dalam 9 ekor anak bulus.. Agak mencabar jugak lah sebab takut susah nk duduk elok2 dalam sangkar sekali sebab ade separuh kucing indoor n separuh lagi kucing outdoor.. Outdoor ni bukan maksud bebas kt luar tau, Ayu simpan dalam sangkar jugak, tapi duduk luar rumah..

Kalau ayu, memang akan bawak 1 sangkar kecil n 1 carier.. Ada sekor kucing ayu, memang ala ala ratu, tak suke campur demgan kucing lain n akan marah kalau ada kucing lain dekat dengan die. Jadi yg ni letak dalam carier je.. yang selebihnya letak dalam sangkar je.. Anak kucing kecik2 tu takde masalah pun kalau campur dengan kucing lain. Mula2 je marah tapi lama2 semua ok lah..

Lupe nk cakap, ayu bawak balik 8 ekor je dari 9 ekor kucing ayu, sbb yg ibu kucing tu tengah "heat" (nk mengawan) jadi susah lah nk bawak balik kmpung. Yg ni memang lepas bebas kt luar, cuma stanby makanan n air secukupnya je untuk die. Jadi dalam sangkar ada sekor dewasa, sekor remaja, 5 anak kucing..
Lebih kurang 7 ekor je lah dalam sangkar tu..

Kucing ni biasanya kalau mula2 kereta gerak tu memang bising sikit, ye lah jarang naik kereta kan..  salah satu petua untuk bagi kucing rasa selesa n tak gayat adalah dengan cara, tutup sangkar kucing dengan kain n biarkan dalam keadaan gelap. Nanti diorang akan rasa lebih selesa n tak de buat bunyi bising2 lagi.. Tapi masa tengah jalan tu, ade pulak kucing ayu yg gaduh dalam sangkar, jadi keluarkan pulak lagi 2 ekor kucing dari dalam sangkar, mungkin diorang gayat dalam kereta yng bergegar tu bila langgar berlubang.. Yang 2 ekor ni duduk bebas dalam kereta je lah..

Eh.. Terlupa pulak TIPS PALING PENTING kalau bawak kucing Travel.. Make sure Anak bulus korang puasa sebelum mulakan perjalanan.. Kalau nk travel pagi esoknya, make sure kucing dah stop makan sebelum jam 8 atau 9 malam.. Jangan bagi makan lepas jam 9 malam kalau korang nk mulakan perjalanan waktu pagi. Air pun bagi sikit jer. Jangan risau kucing lapar, sebab diorang boleh tahan lapar, kucing boleh tahan hidup tanpa air dan makanan beberapa hari.

Kalau bagi makan jugak korang hadaplah bau perfume paling menyengat kalau anak bulus korang "membuang" dalam kereta nanti. Tapi ayu memang standby juga toilet untuk anak bulus ni dalam sangkar, manalah thu ada yg tk tahn nk "membuang" pulak nanti. Tapi alhamdulillah semua anak bulus ayu ok n tak pernah membuang dalam perjalanan selama 2 tahun ayu bawak diorng travel.

Tapi masa dalam perjalanan balik dari kuantan ke kota bharu, ada pengalaman yg kelakar pulak, Nasib baik ayu tergerak hati nk standby toilet untuk kucing yg bebas kt luar, kalau lah diorang lepas hajat atas kusyen kereta, memang haru lah kitorang hari tu. toilet kucing ni ayu lebih selesa guna surat khabar je.. lebih senang dari guna pasir, sbab kurang risiko bersepah n takut pasir tumpah.. Lagi 1 lebih senang nk urusankan sisa diorang ni kalau guna surat khabar..

Selama bawak kucing travel ni lah kali pertama anak bulus bagi hadiah perfume paling menyegat. Nasib baik ada masjid berdekatan, boleh lh kami berhenti untuk buang sisa diorang tu dan bersihkan toilet diorang n gantikan kertas yang baru. Rasa geram, lawak nk gelak pun ada bila kena macam tu.. Terus cepat2 cari tempat nk berhenti.. Sementara nk sampai tu memang kena bukak tingkaplah untuk dapatkan udara segar.. hehehe.. tapi memang nasib baik sangat..

N last sekali nk cakap, memang best tau travel ngn kucing ni.. hati pun terhibur dengan telatah anak anak bulus ni. Boleh jadi teman dan penghibur..  kt bawah ni antara gambar yg sempat snap masa balik kmpung hari tu..  Tapi ayu bukan bawak balik kampung je tau, kadang tu keluar g cod barang pun bawak ank bulus ni tau..










Sabtu, 21 Oktober 2017

Food Hunter - Terenganu: Mee Kuah Legend Jerteh


Setiap orang ni ada selera yang tersendiri dan kadang-kadang definisi sedap untuk sesuatu hidangan itu tidak sama antara satu sama lain. Macam ayu pulak, susah sangat nk cari makanan yang kena dengan selesa dan yang boleh buat ayu rasa nk repeat berulang kali..

Tapi kalau dah jumpe tempat makan yang sedap dan kena dengan selera, jauh pun sanggup redah demi memenuhi segala keinginan.. Kalau dekat, lagi lah kerap berulang, asal teringin jer terus pergi demi memenuhi kehendak anak tekak... 😂😂

Jarak antara rumah ayu dengan Tempat makan ni lebih kurang 56 kilometer, jarak perjalanan lebih kurang 1 jam setengah camtu. Tapi kalau tekak terasa nk makan, memang akan gagahkan jugak pergi ke sana.

Tempat makan yg ayu maksudkan ni adalah Di Jerteh.. Kedai Mee Kuah Haji Wan Jusuh.. Tempat makan legend ni tau.. Kalau tak silap kedai die dah lama beroperasi tapi baru berpindah ke tapak kedai baru dalam beberapa tahun ni.  Kalau nk pergi boleh google je.. Kedai Mee wan Jusuh..

Mee kuah kt sini nampak macam biasa jer, tapi kalau dah cuba, silap2 boleh ketagih tau.. mesti nk datang makan kt sini berkali2. Mee kuah kt sini ada rasa yg tersendiri dan buat kita rasa nk makan berulang kali. Bahan2 yang digunakan untuk buat mee kuah ni adalah bahan2 yg segar, sebab tu lah rasanya lebih sedap.

Untuk sepinggan Mee Kuah, harganya hanya Rm 6.00 sahaja. Kat kedai ni hanya jual Mee Kuah semata2.. jadi kalau terasa nk makan nasi kena cari kedai lain lah.. Tapi kalau untuk alas perut sebelum makan nasi pun memang sesuai makan mee kuah ni...

Kalau korang dah pernah sampai sini boleh lah share sikit korang punya pengalaman n review sikit pasal kedai ni..










Food Hunter - Kelantan : Restaurant Steamboat Pulau Nami


Dengar nama Pulau Nami ni mesti ade yg kate feelling-felling Korea je Ayu ni.. Tapi jangan tk tahu, kat Malaysia ada pun ad Pulau Nami hokey.. Kalau Orang Kelantan confirm tau kt mana Pulau Nami ni.. Pulau Nami ni Nama glamour untuk Pantai Senok. Keindahan Pepohon Rhu yg tersusun cantik mengamit perhatian para pengunjung yang datang berkunjung ke sini. Pulau Nami juga turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru untuk dijadikan lokasi bergambar Outdoor..

Kalau datang waktu siang, teruramanya waktu petang, memang kawasan ni sesak dengan kehadiran pengunjung yang mahu mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Kalau korang berkesempatan berkunjung ke kelantan, Pulau Nami adalah salah satu lokasi Wajib Kunjungnkalau korang suka bergambar dan inginkan pemandangan yang cantik..

Eh.. tapi ayu bukan nk cite pasal Pulau Nami semata-mata. Kali ni nk cite pasal Restaurant Steamboat yang teletak di Pulau Nami.. Restaurant ni dah lama dibuka, tapi baru berkesempatan datang sini. Beberapa hari lepas.  kalau suke makan steamboat, boleh lah cuba datang kt sini.. Harga ditawarkan agak berbaloi dengan hidangan yg di sajikan..

Harga adalah seperti berikut..
Dewasa Rm20 seorang
Kanak2 Rm12 umur 6-12tahun
Warga Emas Rm15
Harijadi Free kena tunjuk ic

Dengan harga macam ni, boleh makan sepuashati.. Tapi jangan ambil ikut nafsu ye.. Berpada-padalah untuk elakkan pembaziran.. Memabazir tu kan amalan Syaitonnn.. Kiranya ambik makanan tu sikit-sikit, nanti abis boleh tambah lagi, jangan risau makanan abis sebab diorang sentiasa topup makanan bila makanan tu mula berkurangan..

Ada pelbagai jenis makanan yg korang boleh makan kalau datang sini.. memang berbaloi dengan harga yg dbayar tau.. kalau cerita panjang2 pun nanti korang bosan pulak. So, korang boleh layan je lah gambar2 yg ayu sempat snap.. tapi ade lagi menu yg ayu tk sempat snap tau.. ye lah, tengok makanan boleh jadi lupe diri tau... hehehehehe... nak pulak time tu tengah lapar kan..
















Rabu, 18 Oktober 2017

Food Hunter - Kelantan : Mee Pak San

Ni gambar depan kedai.. signboard 
Mee Pak San tu tk clear sangat, takut tk perasan pulak nanti. 

Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera.. Esok cuti umum, jadi malam ni kita layan cerita The Impossible kt channel 102 dulu.. Sambil tu ayu nk share salah satu tempat makan kt kelantan yang ayu dah pernah pergi.. Mana tahu akan berguna untuk korang nanti kan.. N supaya Ayu tk lupa ayu pernah datang sini..

Tempat yg Ayu Maksudkan ni Adalah Restoran Mee Pak San.. Kalau korang suke makan mee sesuai sangat datang kt tempat ni.. Ada pelbagai variasi masakan mee kt sini.. Tapi hari ni Ayu cuma pesan Mee Udang dan Mee Sup je.. Ye lah, sekadar untuk 2 orang makan je kan, order banyak2 nanti tk abis makan membazir pulak.

Rasa mee pun boleh tahan sedap n berbaloi dengan harga yg dibayar.. Memang puas hati makan kt sini..  Nak cari kedai ni pun tk susah, boleh cari kt google maps je.. Gerenti terus sampai depan kedai.. Sekarang ni dah tk macam dulu kalau nk cari tempat. Semuanya dihujung jari je, tinggal klick jer, terus sampai kan..

Ok, kt bawah ni ayu nk share pulak gambar Makanan yg ayu sempat snap tadi. Tak sempat nk snap banyak sebab dah tk sabar nk makan.. hehehhe
Sambil makan boleh tengok kereta lalu lalang, sebab kami ambik meja dekat luar..


Mee Sup 

Mee Udang

Menu

View depan kedai



Isnin, 9 Oktober 2017

Persinggahan singkat di Masjid Ulul Albab

Assalamualaikum...
Malam ni terasa macam nk menulis pulak di blog yg dah bersarang ni.. Tetiba duk belek gambar2 dalam galery ni terpandang pulak gambar2 yang sempat di ambil masa singgah solat di Masjid Ulul Albab masa nk ke Jerteh dalam minggu lepas..

Masjid Ulul Albab merupakan Masjid Kayu Chengal yang  terletak di Seberang Jerteh, Jerteh Terengganu.. Masjid ni adalah antara masjid yang ayu suka singgah untuk solat kalau ayu nk balik kampung atau nk ke Jerteh... Seni bina Masjid ni memang cantik sangat, mengikut rekaan seni bina Melayu silam dan bercirikan Islam..


Rekaan seni bina masjid ni juga memainkan peranan penting dan menyajikan suana yang tenang dan mendamaikan... Paling best view die akan buat kita rasa tenang dan damai je. Walaupun tkde air cond, suasana dalam masjid ni tetap sejuk dan tk terasa panas..

Disebabkan seni bina die yg unik ni lah, masjid jadi tempat kegemaran untk singgah solat dan berehat sebelum teruskan perjalanan.. Nak cerita panjang2 nanti korang bosan pulak, jadi kalau korang nk tahu pasal masjid ni dengan lebih detail, boleh baca kt SINI ...

Kt bawah ni, antara gambar yg ayu sempat snap..

Tangga tu terus ke ruangan
Solat wanita..

Tandas perempuan

Ruang wuduk

Ruang solat dan tempat 
Simpan telekung

Ruang solat
Tangga nk turun ke 
Ruangan wuduk

Selfie atas tangga 
Sebelum balik 😂😂

Isnin, 25 September 2017

PENYAMUN KENALKAN DIRI SEBELUM MENYAMUN



Keratan akhbar berhubung kejadian tersebut, semalam.

RANTAU PANJANG – “Tiap kali terserempak atau disapa orang tidak dikenali terutama lelaki, saya pasti anggap mereka jahat,” kata mangsa samun di puncak Bukit Keluang, Besut, Terengganu, petang kelmarin.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai kak Jah, 55, berkata, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan itu kerana masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya.

“Saya pelik juga, kerana masa disamun, saya tak adalah rasa takut sangat, cuma ketika itu saya hanya fikirkan keselamatan anak dan dua lagi rakannya.

“Tapi dua hari selepas kejadian, timbul perasaan tidak selesa dan menganggap semua orang yang mendekati saya, adalah orang jahat,” katanya.

Kak Jah berkata, bagi mengatasi perkara itu, dia cuba memujuk hati dan bermuhasabah diri agar tidak terlalu mengikut emosi.

Disebabkan kejadian ini juga dia berkata, selepas ini dia tidak mungkin akan mendaki bukit apatah lagi gunung sampai bila-bila.

Menurutnya, dia tidak menyangka perbualan biasa dengan dua lelaki ketika mendaki puncak Bukit Keluang, berakhir dengan kejadian samun.

Menceritakan detik cemas itu, katanya, lelaki itu pada mulanya memuji keberanian mereka, mendaki sehingga ke puncak ketika hari Jumaat.

Malah katanya, lelaki itu juga memuji keberanian mereka mendaki tanpa ditemani lelaki.

Lama selepas itu katanya, barulah lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai penyamun dan menggesa mereka serahkan semua barang berharga.

"Bagi mengelak kejadian tidak diingini, kami semua akur kehendak penjenayah itu," katanya.

Sementara itu, anak mangsa yang mahu dikenali Min, 21, berkata, dia dan keluarganya kini berasa tidak selamat lagi bila berada di luar apabila maklumat peribadi mereka tersebar di laman sosial

"Saya terkejut apabila mendapati maklumat peribadi ibu termasuk laporan polis tersebar dalam aplikasi WhatsApp.

"Bukan sahaja nama penuh, Min berkata, alamat rumah, nombor telefon dan nombor kad pengenalan disebarkan tanpa sebarang tapisan," katanya.

Menurutnya, laporan berkenaan tidak sepatutnya bocor kerana ia menjejaskan keselamatan mangsa yang terlibat.

“Jika penyamun itu baca, bagaimana, adakah kami akan jadi mangsa lagi tapi kali ini, kejadiannya di rumah pula.

“Sekarang saya tak rasa selamat lagi, nak keluar rumah pun risau, sebab penjenayah kenal kita, tapi kita belum tentu kenal mereka,” katanya.

Disebabkan kejadian ini juga, Min berkata, dia tidak berani untuk mendaki bukit atau beriadah di tempat awam.

Ketika kejadian katanya, dia tidak mampu melawan kerana lelaki tersebut mempunyai senjata dan mungkin bertindak agresif.

Malah Min berkata, dia juga risau dengan ibu dan dua rakannya yang turut menjadi mangsa.

Kelmarin Sinar Harian  melaporkan empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut rogol dan bunuh sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas bersama seorang anak perempuannya berusia 21 dan dua rakan perempuan anaknya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.

Sumber
SinarHarian

NOOR AZLIDA ALIMIN
25 SEPTEMBER 2017

Diugut Rogol Sebelum Disamun Di Bukit Keluang


Gambar Hiasan

BESUT - Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan dibunuh dan dirogol sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira -kira jam 2.30 petang  itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama seorang anak perempuannya berusia 31 dan dua rakan perempuan anaknya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mendaki melalui jalan belakang Bukit Keluang dan sebaik sampai di puncak bukit tiba-tiba muncul dua lelaki menutup muka dengan kain.
Menurutnya, kedua -dua suspek yang memakai seluar pendek tiga suku dan baju tanpa lengan yang masing masing bersenjatakan sebilah pisau dan kayu telah  mengacukan kepada mangsa.
“Suspek telah mengugut akan merogol dan membunuh jika mangsa tidak menyerahkan barang berharga milik mangsa.
“Kerana ketakutan mangsa telah menyerahkan tiga utas rantai tangan emas, seutas rantai leher emas, sebentuk cincin berlian emas, wang tunai RM200 dan tiga unit telefon bimbit,” katanya.
Mohd Zamri berkata, selepas merampas barangan mangsa, suspek telah melarikan diri turun dari puncak Bukit Keluang ke arah pantai peranginan pantai Bukit Keluang.
Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut.
“Polis memandang serius kejadian itu kerana ia berlaku di tempat rekreasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya pada hujung minggu dan musim cuti.
“Sehubungan itu polis menasihatkan pendaki terutama di kalangan wanita agar berhati-hati dan sebaiknya ditemani kenalan lelaki serta naik  secara berkumpulan,” katanya.
Mohd Zamri berkata, polis juga akan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut selepas ini bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.

Sumber
SinarHarian

Selasa, 7 Februari 2017

Rahsia Personaliti Dari Tarikh Lahir

Tiba- tiba terasa nk belajar serba sedikit tentang ilmu Metafizik ni. Jadi dapatlah serba sedikit ilmu macam mana nk kira nombor asas kita berdasarkan tarikh lahir. Pic kt bawah ni Ayu buat kiraan bedasarkan tarikh lahir ayu sendiri. Sedar diri dah tua, tapi jiwa ni sentiasa remaja okey.. ( mohon jangan muntah)
Korang boleh kira macam yg ayu ajar kt bawah ni. Dah dapat no asas bolehlah baca huraian nya

Contoh : 02 08 19 87


0 + 2 = 2

0 + 8 = 8

2 + 8 = 10 . Jadi kecilkan  lagi. 1 + 0 = 1



1 + 9 = 10 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 0 = 1

8 + 7 = 15 . Jadi kecilkan lagi. 1 + 5 = 6

1 + 6 = 7

Last,

1 + 7  = 8


Jadi, KOD ASAS SAYA adalah 8



Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
KETULENAN (ELEMENT - METAL

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda adalah seorang “leader”. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu perkara.
Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi dan suka bebas.
Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.
Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
PENDAMAI (ELEMENT - WATER

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat keputusan salah satu daripadanya.
Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri sendiri. Anda adalah ’follower’, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah teman yang sempurna.
Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang memberikan anda halatuju dan arahan.
Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda dikaitkan dengan karektor “serba boleh (all-rounder)”. Nombor tiga adalah nombor segitiga, iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.
Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.
Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.
Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Analisa Umum:
Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Nombor ini juga menggambarkan “Perancangan”. Tidak suka membuat sesuatu dengan sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.
Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.
Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.
Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.
Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang dalam sesuatu perkara itu.


Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5
PERINTIS (ELEMENT - EARTH)

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari kebiasaan.
Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.
Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang diterima.
Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi “centre of attraction”. Tak suka berangan-angan.
Tetapi, anda juga adalah yang suka “boasting” atau “jual minyak”. Anda juga seorang yang degil, keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan sesuatu.
Individu nombor “5″ ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
“Penyesuaian Diri” adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda “terror” untuk adjust dalam setiap perkara.
Anda selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.
Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif, berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-beradik dan saudara mara.
Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat sesuatu secara lewa.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7
INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah ”Pencari” . Seorang yang terlampau suka berfikir dan cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.
Ada kekuatan “6th Sense”. Sukakan “originality”. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.
Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.
Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang “sensitif”, “berangin” dan suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8(SAYA)
PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan, perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah semestinya anda pandai menguruskan keluarga.
Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik. Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan kuat bekerja.
Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga seorang yang materialistik.
Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.

Individu dengan Kod Asas 9
GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:
Anda mempunyai kebolehan sebagai “penghibur”. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.
Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Macam mana? hehehe. Korang kod asas yang ke berapa?
Selamat mencuba dan mengira

Khamis, 12 Januari 2017

Jom Cari Pendapatan Ke dua


2017 penuh dengan cabaran dan dugaan. Walaupun kita masih baru lebih kurang 2 minggu melangkah masuk ke tahun 2017 tapi banyak perubahan dah terasa. Terutamanya dari segi nilai kejatuhan ringgit dan harga barang keperluan harian.

Untuk orang yg berduit, harga barang naik bukan 1 beban, tapi bagi orang yg kurang berkemampuan, ianya sangat membebankan rakyat. Lebih-lebih lagi bila kebanyakkan barang yang naik harga adalah melibatkan barangan keperluan harian. Seperti barang mentah dan keperluan masakkan. Walaupun harga agak tinggi, terpaksa juga beli demi meneruskan kelansungan hidup.

Baru2 ni saya sendiri terkejut dengan harga barang di sebuah pasaraya yang telah dikunjungi. Harga barang mentah naik mendadak dan saya rasa agak tinggi juga utk rakyat yg kurang berkemampuan. Tapi apakan daya, terpaksa juga beli sebab nak makan. Ada pilihan lain dengan beli barang dari pasar segar. Tapi harga barang kt pasar pun dah lebih kurang sama sebab harga yng perniaga dapat pun agak tinggi sekarang ni. Salah 1 faktor adalah faktor cuaca dimana kita baru saja melalui bencana banjir yang telah banyak menjejaskan petani dan penternak.

Petang tadi saya juga sempat pergi ke pasar malam yg berdekatan dengan rumah. Harga barangan yang dijual juga telah dinaikkan kepada 30 ke 50sen. Ini harga yng sya perasan, kalau yg tkde letak harga tu memang tak perasanlah kan. Tapi tk boleh nk salahkan peniaga semata2. Sebab mereka juga adalah pembeli. Kos yg mereka terpaksa keluarkan jugak adalah agak tinggi. Jadi tk boleh nk harapkan diorang jual barang pada harga yg sama seperti dulu.

Zaman sekarang ni kalau hanya bergantung dengan gaji bulanan semata2 memang tk cukup atau cukup2 makan je lah. Sebab tu kita kena usahakan untuk cari pendapatan ke 2 bagi menstabilkan ekonomi diri dan keluarga yg sedang nazak tu.
Antara pilihan yang ada adalah dengan berniaga secara sambilan sama ada online atau ofline.

Berniaga tak semestinya kena keluarkan modal. Pernah dengar tetang dropship? Kalau tiada modal bolehlah mulakan dengan dropship.
- Tak perlu keluar modal
- Tak perlu pos barang
- Tak perlu simpan stok
♡ Hanya ambik untung $$  sahaja

Tapi jadi dropship ni kena rajin. Kena study pasal produk yang korang pilih untuk jual. Seeloknya korang cuba dulu produk tu sebelum jual dan jadikan diri sendiri sebagai testimoni. Barulah orang lebih percaya nk membeli. Biasanya bila korang sertai mana2 group dropship admin akan bantu dan bimbing sampai korang berjaya.

Jangan jadikan tak pandai sebagai alasan. Kerana semua orang bermula dengan Kosong.. Dulu masa mak korang lahirkan korang pun bukan korang terus boleh berjalan dan berlari kan. Hidup adalah 1 proses. Korang sendiri kena tentukan dan lalui setiap proses dari berguling - meniarap - merangkak - berdiri dan berjalan. Ha.. kan dah keluar pasal perkembangan fizikal pulak dah ni.

Kalau korang pening n tak tahu nk pilih produk ape yg korang nk jual tu, boleh contact saya. Saya jual sabun kecantikkan jenama Yuyu Beauty Soap.
Kalau korang nk info boleh check entry pasal Yuyu Beauty Soap ni kat blog ok. Atau terus je whatsApp 016 9442459 -ayu. Nanti kita boleh sembang panjang2 kat whatsApp tau.




Rabu, 23 November 2016

Santai Petang Di Pantai Tok Bali

Lama dah tk jenguk blog ni.. bersawang dah pun ni.. Kadang tu tak thu nk cerita ape kt sini.. tapi malam ni terasa nk menulis pulak..

Ni dah nk masuk musim cuti sekolah dah kan.  Mesti ibu bapa dap planing macam2 untuk bawak anak2 g bercuti atau jalan2 untuk hilangkan bosan..

Kalau kt kelantan ini kebanyakkan orang datang bercuti untuk g shopping jer.. Antara tempat shoping yg terkenal adalah di Rantau Panjang, Bukit Bunga, Pengkalan Kubu, Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh.. Tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat yg best nk shopping..

Untuk entri kali ni tk nak cerita pasal tempat shopping.. tapi Ayu nk cerita pasal pantai.  Kat kelantan ni banyak pantai yang best, Antaranya pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak, dan pantai Tok bali, Pantai bisikan Bayu, Pantai tujuh dan macam2 pantai lagi.. Petang tadi berkesempatan ke Pantai Tok Bali.. Jadi ayu share sikit pasal Pantai Tok Bali untuk Entri kali ni.. Next time ayu Share pasal Pantai lain pulak ok..

Pantai tok bali ni terletak  berdekatan dengan Pasar tok bali, kalau dari arah kota bharu sebelum jambatan tok bali okey.. Kalau datang dari arah pasir putih selepas jambatan.. Kalau korang nk datang sini, bukak je waze.. insyaAllah sampai.. kalau dulu pantai ini tk boleh mandi sebab tkde pantai.. tapi lepas usaha kerajaan bina groind atau benteng batu di persisir pantai.  Alhamdulillah sekarang pantai tok bali dah dapat balik pantai..

Pantai tok balik ni dekat dengan muara. Kalau petang2 syok tengok bot keluar masuk ke muara. Ada yg bawak balik ikan. Ade juga yg baru nk keluar tangkap ikan.. kalau korang nk bawak anak2 datang bersantai tepi pantai pun sesuai sangat.  Boleh juga mandi manda tapi mesti dibawah pengawasan ibu bapa..

Kalau nk bermalam kt sini pun boleh jugak.  Terdapat banyak hotel dan chalet bajet di kawasan sekitar.. kalau untuk chalet yg betul2 dekat pantai, boleh menginap di DMUARA CHALET TOK BALI...  Kalau tk nk bermalam pun ok je..Tapi petang tadi cuma datang jalan sambil santai cuci mata jer..

Ini antara pic yg sempat snap.. tk cadang nk buat entri ni, jadi tk ingat nk snap pic banyak2..




Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...