Selasa, 24 November 2015

Yuyu Beauty Soap


Adoi, tiap kali tengok cermin mesti ada jerawat yang baru tumbuh. MAKIN hari MAKIN Bertambah jerawat kat muka...
KaLaU dibiarkaN JERAWAT BolEh OvEr ShadoW muka lepaS ni...
SAMPAI bila nk biarkan muka macam ni???
Esok2 Orang gelar Cik Kiah Jerawat Batu mula nk SentaP pulak !!! Masa tu baru nk cari penyelesaian ke??

Jom tengok ape penguna produk kami cakap tentang produk kami...
==================================================
As salam kak.

Kita nak share ni,
Bau sabun akak ni wangi lah.
Pastu nak gosok kat tpak tgan bg ad buih pun xperlu lex air,gosok2 pastu sapu2 kat tpt kawasn T y akak bg cra cuci muka dgan btl tu pun senang.pas bilas muka ase segar kak.1 Blik air bau sbun pncuci muka ni.

πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
10Bintang bg..
==================================================


Siap bagi bintang lagi untuk SABUN kite..
Korang2 yang ada masalah kulit tu, tak kan nk tengok dan baca je...

BERKESAN SELESAIKAN MASALAH

🌟 JERAWAT
🌟 JERAGAT
🌟 PARUT
🌟 KULIT BERMINYAK
🌟 TONA KULIT TIDAK SEKATA
🌟 GARIS HALUS DIWAJAH
🌟 KULIT KERING

Betul ni, Bukan Cakap KOSONG... HanyA GuNA SAbuN JeR... SEMua MASaLaH Di AtAS AkAN SeLeSai DaLaM TEMPoH SingGkaT...

✔ Dari Bahan SEMULAJADI
✔ Tanpa bahan KIMIA BERBAHAYA
✔ Lulus KKM
✔ Produk keluaran BUMIPUTERA

πŸ’₯ KaMI TaK JaNJIKaN BULaN DAN BINTaNG SUPaYA AKaK2 GunA PRODuK NI... TaPI KaMI YaKIN KALaU AKaK2 SeMUa IKuT TiPS YaNG KaMi BaGI, INSYA-ALLAH AKaK2 SeMUA AKaN PUaS HaTI DeNGAn HaSiLnyA....

1 MinGGu DaH BoLeH NaMpAk Kesan taU...

Harga Biasa : RM 39SM / 45SS EXCLUDE POS
Tapi sekarang kita buat promosi

JIMAT BANYAK TAU KALAU REBUT PELUANG NI...

KITA JUGA ADA FREE GIFT UNTUK 100 YANG TERAWAL...

Ambil peluang ni sekarang !!!!
hapuskan jerawat dalam masa seminggu!!!


SMS / WHATSAPP / TELEGRAM
KAMI BEBAS JERAWAT
KE 60169442459

ATAU WHATSAPP 0169442459-AYU

Rabu, 18 November 2015

YUYU BEAUTY SOAP


Tengok cermin terus hilang mood nak melaram... Mana tidaknya, JERAWAT DAH OVER SHADOW MUKA...
Dah pakai MAKE UP TEBAL2, pun MASIH nampak lagi kesan jerawat dan parut tu... kalau TAK MAKE UP pulak, terus SEGAN nak kuar rumah...
TAPI Sekarang dah tak perlu risau lagi...

Ini hanya ganbar hiasan, yang diambil dari video Seorang gadis yang melakukan demontrasi make up bagi menutup kesan jerawat diwajah. Wlaubagaimana pun jika dioerhatikan dengan baik, masih dapat lihat kesan jerawat tersebut... Adakah anda nak tunggu masalah jerawat anda jadi seserius ini baru nak bertindak ???

 YUYU BEAUTY SOAP

πŸ”† Mengawal Jerawat
πŸ”† Mengurangkan Jeragat
πŸ”† Melembabkan kulit
πŸ”† Mengatasi masalah Kulit berminyak
πŸ”† Memudarkan Parut
πŸ”† Anti Penuaan
πŸ”† Meratakan Tona Kulit



✔ Dihasilkan dari bahan semula jadi
✔ Mendapat Kelulusan KKM ( Not 151002414K )
✔ Formulasi unik tidak mengeringkan wajah
✔ sesuai untuk semua jenis kulit

 πŸ’₯Gabungan ektrak kayu manis dan propolis bagi
✳Membantu mengawal dan mengurangkan jerawat
✳Kulit berminyak serta mempercepat rawatan kulit bermasalah
✳Mengurangkan kesan tompok jeragat dan pigmentasi
 πŸ’₯Gabungan Minyak Argan dan Madu bagi
✳Mengekalkan kelembapan kulit wajah
✳Mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan
πŸ’₯ Ektrak sengkuang Membantu mencerahkan tona wajah yang tidak sekata dan merawat kulit wajah kusam

πŸ‘‰Kami tak janjikan bulan dan bintang supaya anda beli produk kami, tetapi Insya-ALLAH anda akan berpuas hati selepas mengunakan produk kami...
πŸ‘‰Agent dan dropship dialu-alukan

↪Pm / WhatsApp 0169442459-Ayu
Untuk keterangan lanjut dan cara membuat tempahan

Sabtu, 3 Oktober 2015

Jom Jalan jalan Lumut

Alhamdulillah.... hajat nk ke Lumut tercapai juga,
Macam biasa, perjalanan kami kali ini, juga merupakan perjalanan yang tk dirancang, dan lari dari apa yang kami rancang... berdasarkan perancangan awal, kami akan ke Lumut pada 26 ogos 2015... tapi disebabkan kitorang terlalu excited nak g bercuti, kitorang terus tukar plan untuk gerak ke lumut pada 25 ogos 2015 iaitu hari selasa.

Disebabkan kereta dah siap servis hari isnin tu, n malam tu kami terus kemas beg untuk percutian kami nanti... Jadi pada pagi selasa itu, selepas solat subuh, hati mula berbelah bagi pulak sama ada nak teruskan perjalan hari selasa atau rabu... Disebabkan mata ni tiba2 rasa mengantuk yang teramat sangat, jadi kami ubah rancangan untuk gerak ke Lumut pada hari rabu n terus sambung tido...

Tapi bila dah bangun tido, kisahnya lain pulak, tiba2 rasa macam bosan pulak nk duduk kat umah lagi sehari... Jadi sekali lagi kami tukar plan untuk percutian kali ni, Beg semua dah siap kemas, jadi terus angkat masuk dalam kereta, then terus gerak, tapi sebelum tu, sempat lagi kitorang singgah makan di kedai nasi kak wook...

Nasi kak wook ni agak terkenal di kelantan, nasi + ayam goreng garing + gulai dalca + sambal... Hidangan simple macam ni pun dah cukup menyelerakan kami berdua... 1.30 petang kami selesai makan. Selepas makan, barulah kami teruskan perjalanan ke Lumut.


Perjalanan kali ini kami memilih untuk melalui jalan grik... walaupun agak sunyi tapi berdasarkan carian dalam waze, jalan ini antara yang terbaik. Kami juga sempat singah di petronas jeli lebih kurang jam 2.30 petang untuk solat zohor.. selepas itu barulah kami teruskan perjalanan lagi...

Alhamdulillah kami sampai di Lumut pada jam 8.30 malam... Disebabkan dah berjanji dengan kawan ayu, kitorang singgah ke rumah kawan ayu sebelum check in hotel.. Ikutkan kawan ayu memang ajak bermalam kat rumah die, tapi tak nak susahkan die, sebb diorang pun keje, tak selesa pulak nanti.. Jadi kami memilih untuk check in kat mana2 hotel bajet di sekitar pekan lumut....

Untuk bermalam dipekan lumut, ianya bukan masalah bagi para pelancong, sbb banyak hotel sekitar pekan lumut, dari yang mahal hinggakan yang murah... untuk malam pertama di Lumut, kami memilih hotel indah yang terletak berhadapan dengan Lumut Waterfront... Hotel bajet, tapi masih selesa jika sekadar untuk bermalam dan berehat... Harga bilik kami untuk malam pertama d hotel indah hanya Rm 70 semalam..

Ini antara pic yang sempat snap...
Bilik die simple je, oklah untuk tido malm.....



Tapi kitorang tak terus tido lepas check in... sempat juga keluar jalan2 sekitar Marina island...
Kat sini pun ada jety juga kalau nk ke pulau pangkor, boleh juga naik ferry ke pulau pangkor melalui jetty Marina Island... kalau tak silap kawan ayu cakap masa perjalanan ke pulau pangkor lebih cepat melalui jetty Marina Island jika berbanding dari jetty pekan Lumut...

Lepas santai2 di Marina Island, kitorang terus gerak menghala ke pekan lumut semula, tapi singgah dulu untuk Karaoke, Tapi ayu tak karaoke pun, sekadar layankan kawan ayu yang beriya2 nak karaoke malam tu... jadi kami berdua hanya sekadar pendengar je lah untuk malam tu...

Selesai karaoke, lepas hantar kawan ayu balik umah, sebb esok diorang nk keje pulak, terasa mcam nk minum air pulak.. jadi kami berdua singgah kat mamak yang berdekatan hotel... kalau kat pekan lumut ni, malam2 nak makan tak perlu risau, bnyak kedai mamak kat situ dan fastfood pun ada. Kalau nk makan KFC pun ada yng bukak 24 jam... jadi memang takde masalah kalau lapar tengah malam pun...

Lepas siap makan kitorang terus naik ke bilik hotel n segarkan badan n tido, maklumlah seharian dah atas jalanraya... badan memang agak penat jugaklah... Alhamdulillah lena tido malam tu, suasana kat situ pun tkdelah bising sangat, dan bilik hotel pun agak selesa..

Hari 2

Disebabkan masih kepenatan, lepas solat subuh kitorang sambung tido blik n bangun lebih kurang jam 10 lebih... Bila badan dah terasa segar balik barulah boleh sambung jalan2 lagi... lepas siap2 kemas barang, kitorang terus check out, walaupun pada asalnya nk check in semalam lagi kat situ.. tapi disebabkan time g karaoke malam sebelum tu kami ada jumpa iklan hotel lain yng lebih menarik, jadi kami decide untuk tido kat tempat lain pulak malam ke 2 di lumut.

Lepas check out, pekara pertama yang kitorang cari adalah makanan... lepas makan jalan2 sekitar pekan lumut..  Dah terlanjur kat lumut, kita cari ikan bilis mata biru dan ikan masin sikit dan serba sedikit hasil makanan laut. Walaupum kat kelantan pun banyak makanan tu, tapi nk felling pelancong pulak... jadi beli juga serba sedkkit mana yang berkenan dihati.

Lepas jalan2 dah terasa dahaga pulak... sementara nak tunggu pukul 2 untuk check in hotel lain, kitorang singgah minum Abc di kedai sekitar pekan lumut yang terletak behadapan jetty lumut sambil tengok orang keluar masuk jetty...



Bila tengok jam dah lebih 2 petang, kami pun cepat2 habiskan Abc sebab nak g check ke hotel lain pulak... Hotel untuk malam ke 2 kami di lumut adalah Orchard inn... Untuk malam ke dua kami dilumut, harga yang kami dapat adalah Rm 50.00 semlam termasuk breakfast untuk pagi esoknya sebelum check out... Memang betul2 menarik promosi yang ditawarkan di Orchard Inn... Harga yng di luar jangkaan dan bilik yang ditawarkan agak selesa sesuai dengan harga yng dibayar...
Parking luas depan hotel

Katil yang bersih da kemas

Ruang menyimpan pakaian
Dan barangan peribadi

Tandas yang bersih 

Disebabkan takde plan nak g mana2 petang tu, kami pun decide untuk berehat kat bilik je petang tu lepas solat zohor, masing-masing terus terlena. Nasib baik tersedar sebelum masuk waktu Asar, selesai solat asar kami terasa macam nk g jalan ke teluk batik pulak... walaupun kat sini pun selalu dah g pantai, tapi nk try angin Pantai Teluk Batik pulak kali ni...

Kerusi yang kat tepi pantai ni boleh 
disewa dengan harga Rm 2 sahaja




Bila duduk kat tepi pantai ni, terasa pulak nk makan ikan bakar, jadi kami pun google lah tempat untuk makan ikan bakar di sekitar lumut.. tertarik dengan satu kedai ikan bakar ni, tapi sayangnya masa kitorang pergi kedai tu tak bukak... Tapi view tempat tu memang cantik, boleh tengok matahari terbenam sekli kalau datang waktu senja...


Mungkin bukan rezeki kami hari tu... jadi kami pun jalan2 lagi dan sekali lagi jalan2 sekitar Marina Island... Disebabkan masa datang sebelum ni hari dah gelap, jadi tak dapat tengok view kawasan tu dengan jelas... jadi kitorang g sekli lagi waktu siang pulak...


Dalam perjalanan balik bilik hotel nampak 1 kedai ikan bakar ni, jadi kitorang terus singgah kat situ... menu kt kedai tu pun agak menarik. Jadi tercapailah hajat nk makan ikan bakar kat lumut...




Lepas makan kitorangterus balik ke hotel untuk solat maghrib dan isyak dan berehat dahulu sebelum keluar semula dngan kawan ayu...
Malam terakhir kat lumut kawan just bawak jalan kat tokong budha yang turut menjadi salah satu tarikan pelancong kat sini.. Tempat ni terletak di sekitar pasir panjang, manjung...

Disebabkan time pergi tempat ni dah malam jadi tak dapatlah nak jalan2 sangt malam tu..
N time kitorang sampai tu pulak hari dah hujan... jadi sempat snap gmbar sikit je lah....




Jadi lepas jalan2 sikit n snap sekeping 2 gambar kat situ, kitorang terus balik n sebelum balik kitorang sempat jugak singgah kat kfc n makan dulu sebelum balik hotel... malam tak banyak sangat aktiviti yang boleh buat, jadi kami cuma rehatkan diri kat hotel je untuk malam terakhir kami di lumut



Nota kaki...
Trip ke lumut ni dibuat pada bulan 8 2015....
Tak sempat nk update sebb terlalu buzy n tk sempat nk masukkan gambar dalam Tablet...











Jumaat, 21 Ogos 2015

Rezeki Masing-masing



Ayu percaya setiap insan yang hidup di dunia ni Allah dah tetapkan rezeki untuknya... Ayu juga pecaya Allah dah tetapkan rezeki untuk Ayu, Alhamdulillah selama hidup ni tak pernah lagi susah sampai tak makan berhari2... Alhamdulillah walaupun dapat makan makanan yang simple je...

Dalam perniagaan pun Ayu percaya rezeki kita dah ditetapkan... Kalau urusan jual beli tu memang untuk ayu, memang rasa syukur sangat, tapi kalau bukan untuk Ayu, berserah dan redha dengan ketentuan Allah... Tapi bila cakap pasal redha, tk bolehlah kita duduk saje tanpa berusaha... Sebb Allah pasti Akan bantu Hambanya yang rajin berusaha. Jadi yang perlu dibuat adalah usaha dan berdoa pada Allah agar dimurahkan rezeki...

Ayu perasan dalam senarai kawan2 fb ayu, kebnyakkan adalah perniaga online, dan mereka jual barangan yang sama dengan ayu... Ayu tkde masalah klau ade yg pm, tanya harga dan minta diskaun bagai, tapi hakikat diorng pun duk jual barang yag sama. Then bila ayu jual lebih murah dari diorang, terus nk cop barang ayu FAKE...

Alhamdulillah, selama ayu buat bisnes online, ayu belum pernah lagi dapat feedback yang tak elok dari pelanggan, takde pulak pelanggan komplain pasal barang diorng... Rata2 yang pernah shoping dengan ayu bagi feedback yang positif... cumanya ayu selalu terlupa nk simpan testimoni pelanggan, bnyak yang dah ilang dan dah delete...

Apa2 pun, ayu dah buat yang terbaik untuk semua Pelanggan ayu, jadi pada bakal pelanggan baru yang belum pernah berurusan ngn ayu, jangan risau sebb ayu trusted seller... Boleh ke page ayu untuk tengok senarai barangan yang ayu jual... Ataupun boleh terus je whatApps ayu untuk sebarang pertanyaan mengenai produk...

0169442459-Ayu

Tq pada yang sudi singgah kat blog ayu n baca entry ni...

Khamis, 20 Ogos 2015

Jom makan satay Di Pantai Irama


Alhamdulillah, hari selesai exam untuk paper ke 2 sem ni, so cuma tinggal 1 paper je lagi, lepas tu dah boleh rilekskan minda... 

Kebetulan lepas exam hari ni terasa lapar pulak time hujan2 camni... Jadi menu makan petang hari ni ialah satay n nasi ayam... Selera besar je hari ni...


Kalau kedai jual satay kat mana2 pun memang banyak, sekitar kota bharu ni pun banyak kedai jual satay... Tapi bagi ayu tempat yang paling best nk makan satay sambil bersantai adalah kat medan selera sekitar pantai irama bachok.

Kat medan selera ni pun ada bnyak pilihan kedai yang jual satay, tapi yang kena dengan selera ayu ade 1 je kedai. Dari tepi jalan dah boleh nampak kedai ni, sebab kedai ni adalah kedai yang paling depan sekali. Kedai no 1A di medan selera pantai irama, Bachok...

Kedai ni kalau tengok memang biasa2 je, tkde pelayan muda n cantik, yang ada kat kedai tu cuma 2 orang mak cik yang dah agak berusia, walaupun kadang2 service die agak lambat sikit, tapi boleh faham sebab keadaan mak cik tu yang dah agak berusia n diorang cuma kerja 2 orang je... Dan yang paling best sekali harga satay berpatutan dan besar...

Untuk harga 1 cucuk satay ayam atau daging cuma rm 0.70 sahaja... Satay yang dijual juga bersaiz agak besar. Jadi bila makan tu memang puas hati... Rasa satay yang dijual juga sedap dan kena dengan selera ayu. Sbb tu ayu booeh cakap kedai satay mak cik ni antara yang terbaik kat kawasan medan selera ni.

Berbanding kedai2 lain yang ayu sendiri dah pernah try, bnyak pekerja muda2, tapi service slow n adap tak berapa nk bagus sangat, memang tersangat annoying bila gi makan kt situ. kalau budak2 lelaki muda, mungkin suke pergi... Kalau dari segi harga pun agak mahal sedikit sekitar rm 0.80 ke rm 0.90 untuk 1 cucuk satay...

So bagi sesiapa yang berpeluang ke pantai irama bachok, kalau teringin nk makan satay, boleh cuba makan kat kedai no 1A medan selera bachok... Insya-Allah korang akan puas hati...



Selasa, 18 Ogos 2015

Ais Krim Malaysia



Kalau cakap pasal ais krim malaysia, budak2 bandar zaman sekrang mesti tk berapa kenal, bagi budak2 bandar, mereka lebih gemarkan ais moden yang datang dengan pelbagai perisa dan warna yang menarik disamping bekas yang cantik... 

Tapi bagi ayu sendiri Ais krim malaysia adalah yang paling best, zaman kecik2 dulu balik sekolah mesti akan singgah kedai runcit beli ais krim n makan sambil balik rumah. Waktu tu bukan tkde ais krim moden, tapi ais krim malaysia yang paling murah... 

Zaman kecik2 dulu ais krim malaysia cuma 10 sen je sebatang... tapi tu zaman 1990-an... zaman sekarang 2015 ada yang jual dengan harga 30sen sebatang. 

Bisnes ais krim ni boleh dikatakan mudah dan menguntungkan, sbb modal cuma air, perisa dan gula serta plastik ais krim... sejak ayu stay ngn kawan ayu, budak2 kat kawsan ni selalu tanya pasal ais krim malaysia... itu pun sebb dulu masa mak kawan ayu stay kat rumah ni die buat dan jual ais krim malaysia... tapi tu kisah hampir 3 ke 4 tahun dulu... 

Walaupun dah hampir 4 tahun berhenti jual ais krim kat rumah ni, tapi masih ramai lagi budak2 yang asyik bertanya tentang ais krim malaysia... jadi ayu n kawan decide untuk jual balik ais krim malaysia kat umah... 

Sambutan mula2 agak slow sikit sebb ramai yang tak thu... tapi bila dah ramai yang tahu pasal jualan ais krim dari rumah, jualan makin lama makin bagus, seronok pulak melayan kerenah budak2  ni, walaupun kadang2 penat berulang alik untuk angkut ais krim keluar.. 

Kebiasaanya budak2 hanya mula datang beliais krim bermula dari jam 6 petang sampai 9 malam... walaupun untung tk banyak, tapi seronok, boleh berniaga sambil bersedekah... 

Pada surirumah yang nak mula tambah pendapatan dengan modal yang rendah, boleh cuba buat bisnes ais krim malaysia... 

Ayu berniaga bukan niat nk kaya, tapi biarlah sekadar dapat menampung segala keperluan dalam zaman sekarang dimana semua barang dah mahal... dan sambil2 bersedekah dan boleh bantu orang lain yang lebih memerlukan... 

So sekarang dah jadi rutin harian kena topup perisa ais krim sebelum tido supaya dapat jual lagi untuk keesokkan harinya... 



Ahad, 9 Ogos 2015

Salam syawal di penghujung Syawal

Dalam tk sedar, dah lama rupanya dinding blog ini terbiar sepi.. 
lantaran kesibukan dengan rutin harian dan pelbagai hal lain.. kadang kala tak sempat pun nak jenggah blog ni.. 

Musim raya ni mesti ramai yang tak putus2 menghadiri jamuan rumah terbuka di rumah kawan2 dan sahabat handai kan.. 

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung blog saya yang seberapa ini... walaupun kita kini sudah berada di penghujung bulan syawal... 

Rayakan sebulan... 

Selasa, 7 Julai 2015

Ayam Lemon Cik Ayu



Assalamualaikum... 
lama juga rasanya tak jengah blog ni disebabkan kesibukan yang melanda diri ni... 
dah masuk malam ke 10 terahir Ramadhan pun kita rupanya... Waktu macam ini lah, kita patut beramal banyak2 sbb nak kejar pahala... 

Oleh kerana ada masa sikit ni, jadi ayu nk kongsi resepi Ayam lemon yang senang tapi mudah... Resepi ni pun dapat dari blog jugak, tapi tk ingat blog yang mana, n ayu dah olah sikit ikut citarasa ayu sendiri...

Ayam Lemon 

Bahan untuk ayam
- ayam, ambik bahagian dada dan bahagian yang banyak isi.. potong macam nak buat fillet tu, atau nk potong dadu pun boleh... 
- Telur ayam sebiji je
- Lada sulah secukup rasa
- Parutan Kulit lemon, ambik sebji lemon dan parut kulitnya. 
- Tepung jagung 1 cawan
- Minyak masak untuk mengoreng

Cara penyediaan ayam
* Pukul telur sampai kembang guna sudu, kemudian masukkan lada sulah secukup rasa, kalau suka pedas boleh letak lebih sikit, 
* Masukkan parutan Lemon dan tepung jagung lebih kurang 1 susu, dan gaul hingga sebati.
* Kemudian perapkan ayam dalam bancuhan telur dan tepung tadi lebih kurang 20 minit. 
* kemudian boleh goreng denagan mengunakan minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. 
Kemudian boleh angkat dan toskan mjnyaknya.

 

Bahan-bahan untuk sos lemon

- 1 atau 2 biji lemon, diperah airnya
- 2 sudu kordial oern atau mangga
- 3 hingga 4 sudu madu
- sedikit air 

Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak berberapa minit hingga medidih. 


~》 Dah boleh susun ayam dalam pinggan, kalau besar bolehbpotong sikit. Kemudian tuangkan sos di atas ayam tadi... 
sedia untuk dimakan... 






Selasa, 30 Jun 2015

DUNIA TERIMA BONUS 1 SAAT ESOK

KUALA LUMPUR: Esok, waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat. Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari esok akan menjadi 24 jam satu saat. Beliau menarik perhatian bonus satu saat' ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan. Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca. "Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini. Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperoleh di penghujung hari esok. Dalam hal ini, beliau berkata International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar. "Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi, katanya. Setakat ini, menurut Zamri, UTC telah ditambah satu saat sebanyak 25 kali sejak tahun 1972 dengan kali terakhir pada 1 Julai 2012. Sementara itu, Pengetua Kanan Metrologi, Makmal Metrologi Kebangsaan, Sirim Berhad, Dr Mohd Nasir Zainal Abidin, ketika ditanya sama ada masa, antara lain, di telefon bimbit perlu diselaraskan secara manual, beliau berkata semua alat elektronik akan disegerakan secara automatik ke masa rangkaian pelayan protokol. Begitu juga dengan komputer saling berkaitan atau rangkaian, katanya sambil menambah bahawa isu kemasukan saat lompat hanya kritikal pada pelayan. Ditanya kemungkinan pelayan gagal berfungsi dengan baik esok, beliau menjelaskan apa yang berlaku pada fenomena yang sama pada Jun 2012 berlaku pada hujung minggu. "Walaupun begitu, 10 peratus masa protokol rangkaian pelayan di seluruh dunia melakukan kesilapan. Kebanyakan pelayan dapat ditetapkan dalam masa sejam tetapi beberapa pihak lain mengambil masa sehari," katanya, sambil menambah di Australia, sistem daftar masuk penerbangan ekoran saat tambahan telah menjejaskan laman web popular. Oleh itu, bagi hari kerja biasa esok, beliau menasihatkan langkah berjaga-jaga dalam perniagaan dalam talian, sistem rangkaian, pembekal perkhidmatan internet, perkhidmatan notari masa digital dan aplikasi seperti MySQL, Hadoop dan Cassandra. "Beberapa pembekal perkhidmatan sedang mengambil langkah untuk menggantung atau menghentikan operasi untuk beberapa jam sebelum dan selepas perubahan masa. Adalah sukar untuk menyatakan dengan tepat kerana ini tidak banyak dilaporkan. "Walau bagaimanapun, masalah ini tidak boleh diabaikan kerana jumlah besar transaksi perniagaan boleh berlaku dalam masa sesaat. Tambahan pula, transaksi tidak terhad kepada zon masa tunggal," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64419?m=1

Selasa, 23 Jun 2015

Salam Ramadhan


Dalam tak sedar, hari merupakan hari ke 6 kita menempuhi bulan Ramadhan... sekejap betul masa berlalu pejam celik, dah 6 hari kita semua menjalani ibadah berpuasa... 

Semoga Ramadhan tahun ini membawa kebaikan dan memberi manfaat kepada kita semua... Bulan terbaik diantara kebanyakkan bulan. 

Sempena bulan Ramadhan ni sama-samalah kita beramal dan menunaikan ibadah puasa dengan Istiqomah..

Salam Ramadhan 

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...