Khamis, 11 Disember 2014

PAEDOPHILIA. What is paedophilia?



Paedophilia atau paedophile,
adalah satu spesis manusia yang rare.
Diorang ni kalau tengok budak-budak,
akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Scary kan?
Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini.
Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis.
Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.
-______-

Most of us tak aware pasal ni.
Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak,
kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik,
kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard,
kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal,
kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM.
Tak faham how can all this happen.
Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids.
Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids,
tak macam orang-orang normal yang lain.
Tengok gambar-gambar contoh di bawah.




Photo credits: Google images

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu.
That's it.

So apa yang kita boleh buat?
Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING.
Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile.
Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile.
-______-

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya.
Tapi apa yang kita boleh buat ialah,
MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita.
Contoh paling mudah,
SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum publish apa-apa gambar anak di social media.
Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel.
Semua anak pun comel.
Kan?

Tapi jaga privasi mereka.
Anak lelaki mahupun anak perempuan.
Jaga.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak,
those photos are high-risk photos.
Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu.
Lagi comel lagi geram.
You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh.
Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!!
Comel kott gambar anak aku tengah mandi.
Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind,
pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR,
boleh jadi SESIAPA SAJE
termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell.
But to pedophiles.
They get SEXUALLY AROUSED.
Beza kan, comel dengan sexually attractive?
Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan,
ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu,
and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan?
Tapi possible. Sumpah possible.
Dan ingat,
walau se-private mana pun social media kita,
it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek!
Selama ni aku publish gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu,
kena culik dulu,
kena bunuh dulu,
 baru nak stop publish la?
Hmm?
Act now.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Kan?


These are 11 safety rules
yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate.
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc.
Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam,
"Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

 NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje.
Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua.
But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.
Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID.
Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu.
Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan.
There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa).
Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum.
Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy.
Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.


Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier.
Langsung takde sekatan.
Bila takde barrier takde sekatan,
hence takde keselamatan.
Pandai-pandai jaga diri.
Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere.
Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do.
Dan RAMAI sebenarnya.
Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka.
Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles.
Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia.
Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang.
And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat.
Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.
Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu.
Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk,
DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi.
Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi,
ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal,
tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.

p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak.
Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya.

Sumber dari  Adlil Rajiah

Johnny Depp Sanggup Habis Duit Demi Gambar Bogel Kate Middleton




Aktor kacak, Johnny Depp sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk memiliki potret Kate Middleton tanpa pakaian ketika sedang hamil. Potret tersebut dijual ketika pembukaan studio milik pelukis terkenal, Pegasus di Islington, London.

Depp dikhabarkan membelanjakan hampir RM125,000 untuk sebuah potret Kate Middleton dengan posisi sedang memegang perutnya yang sedang hamil dengan tajuk lukisan bertulis ‘Game of Thrones’ selain sebuah potret Ratu Elizabeth.
Menurut pengurus peribadi Pegasus, Leonard Villa, Johnny Depp semenangnya mengagumi hasil kerja Pegasus dan sedia mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan lukisan potret Kate Middleton.
“Dia sangat meminati hasil kerja Pegasus. Setibanya di studio, tanpa fikir panjang Depp terus ingin memiliki potret Kate,” jelas Leonard Villa.
Pegasus sebelum  ini mula mencipta nama menerusi hasil kerjanya yang banyak terpampang di permukaan dinding sekitar utara London.


BAYI DALAM PEMBETUNG NAJIS


Suide: Seorang bayi berjaya diselamatkan selepas dia dibuang menerusi sebuah tandas oleh ibunya sebaik dilahirkan di barat laut China.

Seorang pejalan kaki mendengar tangisan bayi berkenaan dari pembetung najis di daerah Suide di wilayah Shaanxi sebelum menelefon pihak berkuasa kecemasan yang kemudian mengesan bayi itu terendam dalam air kotor dalam pembetung itu.

Bayi yang dinamakan Xiaoxiao atau 'si kecil' itu hanya calar di beberapa bahagian tubuhnya dan kini dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha menjejaki ibunya.

"Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas," kata ketua skuad jabatan bomba daerah Suide, Li Zhi.

Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar.

Keadaan bayi dalam pembetung 

CUCU CILIK 'PENCURI' KERETA


Kota Bharu: Seorang warga emas berusia 60 tahun tidak menyangka cucunya yang berusia 10 tahun adalah dalang kepada kehilangan keretanya sehinggalah kanak-kanak itu ditahan polis, 4 pagi kelmarin.

Kanak-kanak lelaki itu ditahan di rumahnya di Taman Seri Wangi, Hutan Pasir, di sini.

Turut ditahan rakannya berusia 23 tahun yang dipercayai perancang kegiatan curi itu.

Wanita itu berkata, kereta Perodua Kancil miliknya hilang pada 20 November lalu ketika diletakkan di pekarangan rumah, namun dia langsung tidak menyangka ia angkara cucunya.

"Saya tak tahu langsung, dia juga tidak memaklumkan apa-apa kepada saya sepanjang kehilangan kereta itu hingga ia dijumpai polis di Taman Uda Pengkalan Chepa 30 November lalu dengan bateri, radio dan pembesar suara yang hilang.
Suspek dibawa ke mahkamah

Lelaki Bawa Simen Dan Anjing Atas Kepala Dengan Motosikal



China – Selepas berdepan dengan masalah untuk membawa 18kg simen dan anjingnya dengan motosikal, seorang lelaki mendapat idea bagaimana untuk membawa kedua-duanya.
Cai Tangmei, 41, menjadikan kepalanya sebagai tempat untuk membawa simen dan anjing, ketika dia menunggang motosikal ke tempat kerja.Gara-gara keunikan itu, Cai kini menjadi terkenal kerana kelibatnya membawa 18kg simen dan binatang peliharaannya itu di atas kepala, sering kelihatan di bandar Zhejiang itu.
Dia mempelajari teknik untuk mengimbangkan kepalanya itu ketika bekerja di sarkas dan selepas menemui anjing liar, Cai kemudiannya mengajar anjing itu untuk mengimbangkan badan ketika motosikal bergerak.

Cara-Cara Mudah Untuk Mengesan Kedai Yang Menggunakan Pelaris Yang Tidak Sepatutnya



“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).



“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99)...

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)....

Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini....

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini....

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia....

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak....

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam....

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar)....

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut....

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )....

Wallahualam...

sumber : islammy.com

Rabu, 10 Disember 2014

KKM NASIHATKAN ORANG AWAM ELAK TERSENTUH RUMPUT MEXICO



KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai miang Mexico' atau 'partheniumhysterophorus' kerana boleh menyebabkan alahan, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.


"Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan danberulang kali.

"Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada istem pernafasan seperti selsema dan asma," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, mengenai kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan dalam kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam, Kedah dipercayai berkaitan dengan rumpai miang Mexico.

Rumpai miang Mexico adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapanegara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi, sektorpertanian dan ternakan selain kesihatan manusia. Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu setakat ini, masih tiada peningkatan trend pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan daripada fasiliti kesihatan di negeri terbabit seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Dr Noor Hisham juga menasihatkan mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah kepada rumpai itu untuk segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berhampiran.

Mereka juga diminta memaklumkan kepada pengamal perubatan mengenai pendedahan terhadap rumpai itu, kerana KKM akan meminta kementerian atau agensi berkaitan untuk mengambil tindakan bagi mengawal atau memusnahkan tumbuhan itu.

- BERNAMA

'KEKASIH GELAP' WARISI KWSP


Tamil Selvee membuat aduan di pejabat Pembela BN Melaka ekoran kecewa wang KWSP yang ditinggalkan suami selepas kematiannya diwarisi oleh individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suaminya


AYER KEROH - Hampa dan kecewa. Itulah yang dirasa seorang ibu tunggal apabila mendapat tahu dia tidak layak menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suami selepas kematian lelaki itu.

Sebaliknya nama waris yang tertera adalah individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suami.

M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu dan pegawai terbabit menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.

Selvee yang hanya meraih pendapatan sebanyak RM322 sebulan sebagai tukang sapu di sebuah kuil, mengenali wanita terbabit dan tahu hubungannya dengan suami selama ini.

“Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.

“Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, di sini, semalam.

Menurut Tamil Selvee, suaminya, Mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia pada Julai lalu selepas  mendapat kemalangan di tempat kerja.

Katanya, mendiang suaminya pernah mengeluarkan wang berkenaan sebelum kematiannya beberapa bulan lalu sebaik usianya genap 50 tahun.

Ibu tunggal itu bercadang untuk mengeluarkan baki wang berkenaan yang jumlahnya lebih kurang RM31,000.

“Saya mempunyai tiga anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit. Kini tinggal anak perempuan saya berusia 26 tahun tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Harapan saya, wang berkenaan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.

“Saya ingin nasihatkan isteri-isteri di luar sana supaya semak penama KWSP suami supaya apa yang menimpa saya tidak terjadi kepada wanita-wanita lain yang kematian suami.

Begitu juga buat suami, jangan tergamak perlakukan isteri seperti ini, hanya kerana terpengaruh dengan teman wanita sampai letak penama KWSP kepada nama kekasih,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun.

“Saya mencadangkan agar perkara ini diambil perhatian serius dengan meletakkan nama waris kepada mereka yang benar-benar berhak seperti anak dan isteri,” katanya.

PASANGAN SUAMI ISTERI DIANGGAP BERZINA SEPANJANG PERKAHWINAN MEREKA JIKA...


Sekadar gambar hiasan


TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL... BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA. HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat...

Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam...

USTAZ ROSLI AL HAFIZ

Selasa, 9 Disember 2014

MAUT 3 JAM LEPAS AJAK ANAK BERSIAR-SIAR

Sayu kenang pelawaan ayah

MAALON maut dirempuh kereta ketika melintas jalan.

Langkawi: Seorang anak perempuan tidak menyangka panggilan telefon oleh bapanya mengajak keluar bersiar-siar di Pekan Kuah menjadi perbualan terakhir apabila mangsa maut ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Persiaran Putra, di sini, kelmarin.,

Kejadian berlaku jam 5.40 petang menyebabkan mangsa, Maalon Ismail, 55, yang menetap di Kampung Lubuk Etok, Pulau Tuba, di sini, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, mangsa yang juga nelayan dipercayai dirempuh kereta Proton Perdana ketika melintas jalan dari Kompleks Pekan Rabu, di sini, untuk ke kedai berhampiran bagi membeli barangan keperluan.

Anak tunggal mangsa, Norazwani, 17, berkata, tiga jam sebelum kemalangan, arwah bapanya menghubungi menerusi telefon bimbit untuk bertanya khabar sebelum mengajaknya keluar bersiar-siar sekitar Pekan Kuah.

“Dia bertanya sama ada saya mahu mengikutnya balik ke (rumah) Pulau Tuba.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat bersama arwah bapa untuk berjalan-jalan dan tidak menyangka ia percakapan terakhir saya dengan arwah bapa apabila arwah kini sudah pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Langkawi (HL), di sini.

Norazwani yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, di sini, berkata, dia menerima berita kemalangan menimpa bapanya pada jam 6 petang menerusi bapa saudaranya.

Adik mangsa, Dahari, 39, berkata arwah anak sulung daripada empat beradik dan sangat rajin serta suka menolong orang sejak daripada kecil.

“Kalau ada kenduri di kampung, arwah antara orang bertungkus-lumus daripada pagi hingga petang dan selepas ini kami pasti akan merasai kehilangannya buat selama-lamanya.

“Kali terakhir saya bertemu dan bercakap dengan arwah abang adalah dua hari lalu dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Harrith Kam Abdullah, ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Perdana V6 dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Mangsa dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kereta itu yang datang dari arah jeti menuju ke Pekan Kuah dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Mayat mangsa dibawa ke HL untuk bedah siasat, sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung halaman di Pulau Tuba jam 10.40 malam (kelmarin),” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta berasal dari Sarawak berkenaan untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...