Selasa, 9 Disember 2014
'LELAKI HARAPAN DUNIA ' BERKEMUNGKINAN DI HARAMKAN???
KUALA LUMPUR: Filem Lelaki Harapan Dunia akan dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) ekoran kontroversi yang mengaitkan filem arahan Liew Seng Tat itu dengan sentimen bangsa Melayu dan agama Islam.
Dalam status terbaru pengarah itu di laman sosial Facebook, Seng Tat menulis filem itu berdepan dengan tindakan ditarik balik daripada tayangan di pawagam.
“Sekiranya filem itu diharamkan ia sesuatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan. Saya berharap akal yang waras akan diguna pakai dalam penilaian,” tulis Seng Tat.
Penerbit filem tersebut Sharon Gan berkata, pihak Lembaga Penapisan Filem memohon kepadanya agar filem itu dinilai semula.
“Saya menerima panggilan daripada wakil Lembaga Penapisan Filem pagi tadi. Wakil berkenaan menjelaskan yang filem itu mahu dinilai semula oleh pihak pengurusan tinggi badan tersebut berdasarkan berita-berita yang telah disiarkan menerusi media.
“Ia sesuatu yang mengejutkan kerana filem ini telah pun diluluskan oleh mereka sendiri dan diberikan klasifikasi P13. Saya yakin dengan penilaian awal yang telah dilakukan oleh mereka. Namun, wakil tersebut tidak menjelaskan secara terperinci apakah yang akan dinilai semula.” tambahnya lagi.
Setakat ini, pihak penerbit masih belum menghantar salinan filem tersebut kepada LPF dan waktu tayangan masih belum diberikan.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Datuk Abdul Halim Abdul Hamid sewaktu dihubungi Astro AWANI tidak membayangkan yang filem tersebut akan dinilai semula.
“Buat masa ini, filem Lelaki Harapan Dunia tidak akan dinilai semula. Tiada cadangan mahu pun permohonan yang diterima berkenaan filem tersebut. Setakat ini tiada apa-apa maklumat yang diterima berkenaan filem tersebut.”
Tambahnya lagi, sesebuah filem tidak mungkin akan dinilai semula.
“Ia tidak akan berlaku. Yang membuat permohonan untuk menilai semula adalah Jawatankuasa Rayuan Filem dan mereka boleh membuat keputusan yang berbeza.”
Terdahulu, Seng Tat membuat kenyataan terbuka terhadap pembikin filem yang menggesa penonton memboikot filem tersebut.
“Seseorang pembikin filem yang mencintai dunia filem tempatan tidak sewajarnya menggesa penonton memboikot atau tidak menggalakkan mana-mana penonton untuk pergi ke pawagam menyaksikan filem yang mereka tidak gemari. Itu bukannya sayang, tetapi ia adalah kebencian.” Seng Tat berkata.
Filem Lelaki Harapan Dunia mula ditayangkan kepada umum sejak 27 November lalu.
Lelaki Harapan Dunia berlatar sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat salah faham di antara penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang (Wan Hanafi Su) telah dihuni “hantu”.
Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak mempercayai perkara tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?
Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di festival filem antarabangsa antaranya di Locarno, Toronto, Nara, Vancouver, Busan, Kolkata, Taipei dan Singapura.
Filem itu dibintangi Wan Hanafi Su, Azhan Rani, Sofi Jikan, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan Hishamuddin Rais.
Untuk rekod, Lembaga Penapisan Filem pernah mengharamkan filem Fantasi arahan Aziz M. Osman yang kemudiannya dibenarkan untuk tayangan dengan tajuk baru Fantasia hanya selepas dua tahun diperap.
Pada tahun lalu, filem The New Village telah digantung daripada ditayangkan kepada umum.
Selain itu, LPF pernah mengarahkan filem Perempuan, Isteri dan Jalang arahan U-Wei Hajisaari ditukar tajuk kepada Perempuan, Isteri dan … dan membuat penilaian semula tajuk filem Pontianak Harum Sundal Malam arahan Shuhaimi Baba.
LPF turut terpalit kontroversi klasifikasi tontonan yang tidak konsisten sejak beberapa tahun ini antaranya PG-13 untuk KL Gangs
TAK JADI DITELAN ANACONDA
Los Angeles: Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya 'ditelan hidup-hidup' seekor ular untuk aksi lagak ngeri televisyen kini ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas sebahagian kepalanya dibaham.
Dalam rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan 10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.
Berpakaian sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.
Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu.
Namun, ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' akibat belitan itu, dia mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.-Agensi
GAMBAR dari atas menunjukkan Rosolie bersama anaconda berkenaan sebelum dia ‘ditelan.’ Gambar kecil, pakaian khas yang digunakannya untuk ditelan ular berkenaan.
Isnin, 8 Disember 2014
BAPA DIDENDA BIARKAN ANAK 9 TAHUN MEMANDU KE SEKOLAH
BAPA kepada seorang budak perempuan berusia sembilan tahun didenda sebanyak THB 2000 (RM212) oleh polis Surat Thani atas kesalahan membiarkan anaknya yang masih di bawah umur memandu kereta ke sekolah.
Video anak perempuannya memandu itu menjadi viral dan kemudiannya mendapat kecaman orang ramai selepas bapanya mengaku sudah dua tahun membiarkan anaknya memandu sendirian ke sekolah.
Yongyuth Kangkaprathum, 38, bagaimanapun memohon maaf kepada penduduk Thailand di atas perbuatannya itu.
Menurutnya, dia tahu perbuatannya itu adalah salah tetapi tidak pernah memikirkan mengenai perkara itu sebelum ini.
“Itu merupakan satu kesilapan, tetapi saya tidak pernah memikirkannya sebelum ini. Saya membiarkan dia (anak perempuan) memandu sejak dia berusia tujuh tahun. Anak perempuan saya suka semuanya yang berkaitan kereta sehingga meminta untuk memandu,” katanya.
Kangkaprathum juga mendedahkan anaknya pernah memandu dalam jarak perjalanan yang jauh sebelum ini namun tidak pernah terlibat dalam kemalangan sepanjang dua tahun memandu.
“Kebiasaannya dia akan memandu dari rumah ke sekolah yang jaraknya lapan kilometer perjalanan. Yang paling jauh dia pernah memandu adalah dari Surat Thani ke Phuket untuk percutian keluarga. Memang tak pernah kemalangan.
“Saya biarkan dia memandu berseorangan tetapi saya selalu memerhatikannya dari belakang. Keluarga kami mempunyai empat buah kereta,” katanya lagi.
Kangkaprathum berharap pengakuannya ini dapat menghentikan kecaman Netizen terhadap dirinya dan anak perempuanya itu berhubung video viral tersebut
ALVIN CABAR ZAHID BATALKAN PASPORT SEGERA
Selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa kerajaan akan membatalkan pasport antarabangsa Malaysia milik Alvin Tan secepat mungkin, Alvin tampil menjawab dengan angkuh di laman Facebooknya.
Alvin berkata menteri-menteri di Malaysia hanya berani mengugut tetapi tiada kredibiliti untuk melaksanakannya.
“Anda tiada keberanian untuk lakukan apa-apa pun, bila anda ugut dan kemudian gagal melaksanakannya, kredibiliti anda hilang dari masa ke semasa.
“Semua menteri memperlihatkan diri mereka bodoh, saya juga masih malu kerana secara teknikalnya saya masih seorang warganegara Malaysia,” katanya angkuh.Menurut Alvin, tindakan pembatalan pasport hanya akan memberikan tanggungjawab kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk memulangkan pasport miliknya ke Malaysia.
Sebaliknya, tindakan itu hanya akan mempercepatkan proses permohonan ‘suaka politik’ di Amerika Syarikat.
Menurutnya, kehilangan pasport bukan bermaksud kehilangan warganegara dan dia berkata akan mendapat dokumen perjalanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beratu (PBB) yang diberikan oleh Jabatan Imigresen Amerika Syarikat.
Alvin sebenarnya merupakan seorang tertuduh bersama pasangan kekasih seksnya, Vivian Lee di bawah Akta Hasutan.
Mereka berdua dituduh memuatnaik kandungan kontroversi di internet berkaitan memakan ‘Bak Kut Teh’ untuk berbuka puasa yang jelas menghina agama Islam.
Baru-baru ini, dia dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya.
Tan dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran daripada mana-mana pihak.
Status tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.
Zahid dalam kenyataannya berkata tindakan membatalkan pasport akan menyebabkan Alvin hilang kelayakan berada di mana-mana lokasi di luar negara kerana tidak lagi mempunyai keizinan atau kebenaran daripada negara asal.
“Kita boleh lakukannya secepat mungkin… malah boleh dilakukan pada hari Isnin nanti,” katanya.
Daripada kenyataan angkuh dan bongkak si Alvin, dan sudah malu mengaku sebagai rakyat Malaysia, elok batalkan sahaja lah taraf warganegaranya.
Ahad, 7 Disember 2014
BAYI BARU LAHIR DICAMPAK DARI TINGKAT 3
Kuala Lumpur: Panik selepas melahirkan bayi luar nikah menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mencampak bayinya itu dari tingkat tiga pangsapuri di Taman Sri Endah, Sri Petaling di sini.
Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, remaja itu dikatakan bertindak kejam membunuh bayi perempuan itu selepas bimbang perkara itu diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun mayat bayi itu ditemui seorang anggota Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam keadaan telentang di tepi sebuah kereta di pangsapuri itu.
Anggota SRC terbabit yang sedang menjalankan rondaan mulanya menyangka mayat bayi itu adalah bungkusan sampah sebelum menghampirinya dengan niat mahu mengutip dan membuang ke dalam tong sampah.
Bagaimanapun dia terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat dipercayai dicampak dari tingkat atas blok pangsapuri itu.
Susulan itu dia bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Pengerusi SRS pangsapuri itu, Dzulkarnain Ariffin berkata, mereka terkejut sejurus melihat bayi itu yang dipercayai mati akibat terhempas.
Menurutnya, mayat bayi itu yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disyaki terhempas di atas atap dapur rumah penduduk sebelum berguling terjatuh ke atas rumput.
“Soal siasat polis mendapati ibu bayi itu tinggal di tingkat tiga blok berkenaan. Suspek berusia 15 tahun dan baru datang dari Sabah untuk mencari pekerjaan di sini selepas berhenti sekolah.
“Kejadian itu bagaimanapun tidak diketahui keluarga berikutan remaja itu melahirkan bayi di dalam bilik tidurnya,” katanya.
Menurutnya, anggota polis menemui sehelai kain batik yang masih berdarah dipercayai dipakai oleh remaja itu ketika melahirkan anak.
Katanya, remaja itu disahkan mengandung selepas disyaki menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Indonesia yang tinggal berhampiran blok berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Remaja itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan akan ditahan untuk siasatan,” katanya.
Sumber : Metro OnlineBAYI BARU LA
JURUGAMBAR BEBAS RAKAM DETIK KEMATIAN SEORANG BOMBA DALAM OPERASI PEMBERDIHAN TUMPAHAN MINYAK..
Seorang Jurugambar Merakam Detik-Detik Kematian Bomba Dalam Operasi Pembersihan Tumpahan Minyak..
Kerana mempunyai sifat ingin tahu, seorang jurugambar bebas mengambil gambar kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di laut oleh dua orang ahli bomba Dalian iaitu Zhang Liang dan XiaoXiong. Namun pengalaman itu menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya apabila gambar-gambar yang diambil olehnya merupakan detik-detik kematian salah seorang daripada bomba tersebut.
Jiang He memberitahu dia tidak menyangka salah seorang daripada mereka akan terkorban. Jiang He mengambil gambar detik-detik Zhang Liang terkorban semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lautan. Kedua-dua mereka terperangkap dalam tumpahan minyak namun rakan kepada mereka hanya dapat menyelamatkan salah seorang daripada mereka apabila Zhang Liang tidak lagi kelihatan di permukaan air.

Sabtu, 6 Disember 2014
MAKAN TANGAN BAYI SENDIRI SEJURUS MELAHIRKAN...
KEJAM!! Ibu Muda Yang Baru Melahirkan Anak Makan Tangan Bayinya Sendiri di Hospital..
Seorang ibu muda yang baru melahirkan seorang bayi di China baru-baru ini mengejutkan ramai orang apabila cuba untuk memakan bayinya di hospital.
Li Zhenghua yang berusia 24 tahun dari Shenzhen, China telah ditemui oleh seorang jururawat sedang mengunyah pada lengan bayinya itu tidak lama selepas dia melahirkan bayi malang itu. Jururawat meminta tolong dan cuba untuk membebaskan bayi daripada ibu. Dia tidak dapat berbuat demikian dengan sendiri. Akhirnya Zhenghua telah diberi ubat penenang oleh seorang doktor dan bayi itu diselamatkan daripada menjadi mangsa perbuatan kejam ibunya sendiri. Ibu muda itu telah menyebabkan bayinya mengalami lebam yang teruk dilengan dengan kulit yang pecah dan berlumuran darah.
"Nasib baik, doktor berjaya memasukkan sesuatu untuk menghentikan dia menutup gigi dan mengunyah lengan bayinya," kata jurucakap hospital.
"Ia adalah benar-benar mengejutkan, lengan bayi malang itu telah mengalami kecederaan yang teruk dan menderita bukan sahaja lebam berat tetapi pendarahan akibat gigitan."
Tidak mengejutkan Zhenghua kini disyaki mengalami penyakit mental. Ibu muda yang kejam itu telah dipisahkan daripada bayi malang tersebut.

Kecantikan Kanak Kanak Ini Menimbulkan Kontroversi
Pada usia 9 tahun, Kritine Primanova telah mencapai apa yang wanita dewasa inginkan iaitu tercantik di dunia oleh satu majalah fesyen.
Bapanya ialah pemain bola Rusian Pimenov manakala ibunya supermodel Gilkeria Shirakova . Kritine sudah menjadi model sejak berumur 3 tahun dan diperkenalkan oleh ibunya sendiri. Kontroversi berkenaan apabila orang ramai memujanya sebagai wanita dewasa.
KUCING MASIH HIDUP LEPAS 36 HARI KENA POS
Kucing Masih Hidup Lepas 36 Hari Kena Pos
Seekor kucing ditemui masih hidup selepas tersilap masuk ke dalam salah satu kotak yang dipos dari Suffolk, Virginia dan mengambil masa selama sebulan sebelum tiba di Hawaii.
Sepanjang tempoh sebulan berkenaan, kucing yang diberi nama Mee Moowe oleh tuannya ini tidak makan mahu pun minum.
Menurut pemilik kucing ini, Ashley Barth menyatakan kucingnya itu didapati hilang September lalu ketika pihak yang diupah sibuk mengemas barangan milik keluarganya yang akan berpindah ke Hawaii.
Rupa-rupanya ketika itu Mee Moowe telah termasuk ke dalam salah satu kotak sebelum tiba di kediaman baru keluarga tersebut, 36 hari kemudian.
Barth berkata, dia membuka salah satu kotak yang dihantar ke rumahnya selepas sayup-sayup terdengar bunyi ‘meow’. Selepas kotak terbuka, kelihatan kucing kesayangannya yang kurus kering hingga tak mampu berjalan berada di dalamnya.
Mee Moowe segera dibawa kepada doktor haiwan yang mengesahkan kucing itu mengalami simpton kebuluran.
Menurut Barth, doktor haiwan memaklumkan bahawa amat suka untuk menerima hakikat kucing tersebut telah hidup tanpa makanan dan minuman selama 36 hari meskipun ia tidak mustahil.

PUNCA KEMUNCULAN KUCING BERBULU HIJAU TERBONGKAR
Kucing berbulu hijau gemparkan penduduk
Kucing berbulu hijau ditemui berkeliaran di sekitar bandar Laut Hitam di Varna, Bulgaria, baru-baru ini. – AGENSI
Advertisement
VARNA 5 Dis. – Penduduk tempatan gempar dengan kehadiran seekor kucing liar berwarna hijau terang yang ditemui berkeliaran di sekitar Varna, sebuah bandar pelancongan di Laut Hitam di Bulgaria, baru-baru ini.
Laman web, MailOnline melaporkan, pada mulanya, penduduk tempatan menganggap kucing berkenaan menjadi mangsa individu nakal.
Mereka turut menubuhkan satu halaman kumpulan dalam Facebook yang dipanggil ‘Hukuman kepada Pesalah Jenayah Ini’ bagi menangkap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut terhadap kucing berkenaan.
Namun, sebenarnya kucing itu mempunyai bulu berwarna hijau kerana haiwan tersebut tidur di atas longgokan cat hijau sintetik dalam sebuah garaj yang menyebabkan kucing itu kelihatan lebih hijau setiap hari.
Kini, kucing hijau itu menjadi semakin terkenal apabila satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman web, YouTube menunjukkan haiwan tersebut bermain dengan seekor kucing perang.
Persatuan Diraja Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) memberi amaran bahawa tindakan mengecat atau menukar warna bulu binatang atas tujuan kosmetik boleh menyebabkan kesan buruk kepada haiwan itu.
Varna yang merupakan bandar terbesar Bulgaria adalah sebuah destinasi popular di negara ini yang terletak di tepi pantai Laut Hitam.

Langgan:
Catatan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Entry kali ni nak cite pengalaman pertama aku ke Pulau Perhentian ahad lepas... Percutian ni merupakan percutian yang taj dirancang. Aku ng...
-
Keadaan pesakit yg terlantar dirumah Sebelum dibawa ke hospital dengan Bantuan bomba.. Obesiti dalam Malaysia merupakan salah 1 ...
.png)

.jpg)
.jpg)

.jpg)