Jumaat, 5 Disember 2014

RAKAN KEPADA TUNANG NUR SYAFIQA NAFI TERBABIT



Pasir Puteh: “Saya tidak terbabit dalam kejadian itu,” tegas Wan Muhd Apaf Shah Wan Ismail, 25, selepas gambarnya tersebar dalam laman sosial dan dikaitkan sebagai suspek kes samun dan toreh muka seorang wanita, Ahad lalu.

Menurutnya, dia hanya tahu gambarnya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApps selepas menerima panggilan daripada rakan di kampung.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di Kuala Lumpur kerana menjalani latihan industri.

“Selepas gambar itu tersebar, saya menerima puluhan panggilan daripada keluarga dan rakan memaklumkan perkara itu.

“Saya tidak pasti mengapa gambar saya disebarkan sama ada sekadar bergurau atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui berkawan rapat dengan tunang mangsa Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, kerana pernah bersekolah di sekolah sama sebelum ini selain turut mengenali mangsa.

“Saya akui mengenali mangsa, tetapi tidak rapat. Sebagai rakan, tidak mungkin saya sanggup buat perkara itu kepada tunangnya, malah saya sudah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan latihan industri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut.


Bapa Wan Muhd Apaf, Wan Ismail Wan Daud, 50, berharap polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar anaknya bagi membersihkan imej dia sekeluarga.




BAYI 16 BULAN LEMAS DALAM KOLAM


Serian: Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas sejam dilaporkan hilang di Kampung Bayor, Balai Ringin, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika bayi terbabit Matles Marselino berseorangan bermain di belakang rumah yang turut menempatkan sebuah kolam dengan kedalaman 0.3 meter.

Sumber polis berkata, kehilangan Matles disedari sejam kemudian selepas wanita itu tidak melihat kelibat bayi terbabit sebelum keluar mencari di sekitar belakang rumah.

"Ibu mangsa cuba memanggilnya, namun tiada sahutan sebelum mencari berhampiran kolam terbabit dan melihat anaknya dalam keadaan keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu.

"Wanita itu cuba menggerakkan tubuh anaknya, tapi tiada tindak balas lalu memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Bayi itu dikejarkan ke Klinik Desa Balai Ringin, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

KOLAM tempat Matles (gambar kecil) terjatuh.

Tumbuhan Liar Di Tepi Rumah Ini Sebenarnya Berkhasiat Tinggi



Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.

Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.


Pengalaman admin sendiri pernah menggunakan pokok ini semasa di zaman sekolah sewaktu di asrama. Biasalah di asrama semua benda kongsi-kongsi dan pelbagai benda la melekat kat badan ni. Terjadi sekali terkana jangkitan kayap dekat betol-betol mata nak sapu ubat kimia takut sebab racun kan. Datang la seorang hamba ALLAH ini bagi petua, dia cakap ambik pokok ketumpang tumbuk dan sapu dekat tempat kayap tersebut. Alhamdulillah dua hari sapu kering dan 5 hari lepas itu lega tinggal parut je.

Memang berkesan. Apa lagi habis semua kawan-kawan dekat hostel pakat cabut pokok tersebut untuk cuba. Untuk pengetahuan semua pokok ini juga sedap dibuat sayur goreng kerana tidak pahit dan sedap. Selain dimasak boleh juga direbus dan minum airnya.


Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.

Merawat Gout
penawar sakit sendi dan perut
jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
cirit-birit
batuk
Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Buasir
selsema
jangkitan pada pundi kencing
Kayap
Darah tinggi
Kencing manis

Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan. Jadi lepas ni kalau pokok ini tumbuh jangan cabut buang yer, cabut wat sayur goreng, jimat duit.- Siakapkeli.com.my

Khamis, 4 Disember 2014

15 Vending Machine Berteknologi Tinggi Yang Mungkin Belum Ada Di Malaysia Lagi



Vending machine wujud sejak tahun 1615 dengan membekalkan tabacco dengan menggunakan duit syiling oleh Hero of Alexandaria di England. Dari permulaan hingga kini, vending machine telah mengalami pelbagai evolusi dek penangan teknologi yang sentiasa berkembang.

Vending machine yang biasa kita lihat dan guna di Malaysia ialah vending machine yang membekalkan minuman dalam bentuk tin atau kotak. Manakala di tempat lain, vending machine telah digunakan untuk membekalkan rokok, tiket loteri, minyak wangi, produk pengguna dan juga emas dan permata. Ia beroperasi dengan menerima mata wang atau kad kredit.

Unik 15 Vending Machine Berteknologi Tinggi Yang Mungkin Belum Ada Di Malaysia Lagi.

1) BEST BUY EXPRESS – Vegas, US.




2) HI-TECH ACURE – Japan





3) VENDPOINT SIM CARDS – US


4) INSTYMEDS – US & Canada
– Dispense prescription drugs


5) IPOD – US


6) MOTOROLA – US


7) NEUTROGENA – US

8) THE CHEF’S FARM – Jepun


9) MEDICAL SUPPLY MACHINE


10) AUTOMATED STORES



11) OREO’S TRENDING VENDING MACHINE
– Custom Oreo cookies


12) GROCERY STORES


13) FRENCH FRIES VENDING MACHINE


14) NON STOP SHOP


15) BURGER – Rusia


Apakah vending machine yang hi-tech atau pelik yang pernah anda jumpa? Kongsikan dengan kami ya!

"TIPU ZALORA" Pasangan suami isteri dapat kejutan misteri

Skuad Zalora daripada Bahagian Talian Fesyen Asia, telah melawat Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah di Kuala Lumpur untuk memberi hadiah, semalam.

SHAH ALAM - “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu,” itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri setelah mendapat hadiah khas daripada syarikat membeli-belah atas talian Zalora.com.my, selepas si suami melarang si isteri daripada membeli-belah di syarikat berkenaan.

Posting suaminya di laman Facebook Zalora yang berbunyi  “Hai Zalora kalau ada ternampak isteri saya ‘shopping’ dekat  sini jangan layan ya… pura-pura kata ‘serve down’ ke komputer, rosak ke? Pandailah bagi alasan ye. Untuk makluman nama isteri saya Nuzaimah ingat tau… akhirnya membawa tuah kepada pasangan tersebut.

Mana tidaknya dek kerana ‘post’ tersebut lima skuad Zalora daripada Bahagian Talian Fesyen Asia, telah melawat pasangan tersebut semalam di kediaman mereka di Kuala Lumpur untuk memberi hadiah kepada pasangan suami isteri itu iaitu kepada, Muhamad Radzi Ali dan Nuzaimah Ideris.

Terdahulu post Radzi Ali dikomen balas oleh Zalora yang meminta maaf kepada Radzi kerana pihaknya tidak boleh berbuat sepertimana yang disuruh olehnya.

“Hai Radzi… hahahah maaf, kami tidak dapat mengesan setiap pelanggan kami yang melayari web kami dengan itu, web kami sentiasa berjalan lancar dan kami tidak dapat berpura-pura  untuk mengatakan server kami down. Jika anda mahu menjimatkan wang anda… anda boleh mendaftar Newsletter kami untuk dapat baucer dan maklumat terkini mengenai jualan atau diskaun kami sehingga 70 peratus,” tulis Zalora.

Post Radzi itu juga mendapat perhatian isterinya apabila, isterinya Nuzaimah berkata Zalora tidak boleh berbuat demikian kerana bakal mengecewakan pelanggannya.

“Hi zalora. I don’t  thinks it  is good for you ban potential client  like me. Don’t dispointed ur client zalora!,” tulis Nuzaimah.

Sementara itu, kedatangan skuad Zalora ke rumah pasangan tersebut semalam, ternyata membawa kejutan buat mereka.

"Kami tidak menyangka kejutan ini. Kami hanya bermain-main," kata Radzi.


Sementara isterinya, Nuzaimah pula berkata bahawa dia amat kagum kerana mendapat balasan yang interaktif daripada pihak perkhidmatan pelanggan Zalora.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Giulio Xiloyannis berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk melayan pelanggan seperti Radzi dan Nuzaimah di halaman Facebook mereka.

“Membeli-belah dalam talian adalah trend terkini yang  semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

“Kami percaya bahawa kenyataan suami, isteri dalam laman media sosial itu adalah satu refleksi dari masyarakat kita yang sekarang ini mengamalkan gaya hidup ‘digital’,” katanya.

Mengulas lanut,   Xiloyannis berkata, tujuan pemberian hadiah tersebut adalah untuk meraikan pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Oleh itu pihak kami, berasa amat gembira untuk menghadiahkan Radzi dan Nuzaimah dengan hadiah-hadiah yang dipilih khas untuk mereka. Dengan pemberian Zalora dan Zalia kami harap Nuzaimah mengalami pengalaman indah sepanjang kehamilan dia,” tambah Xiloyannis.

Nuzaimah telah menerima bekalan pakaian dan kasut selama setahun dari Zalora serta baucar bernilai RM400.

Pasangan ini mendapat perhatian apabila ‘post’ yang ditulis Radzi di laman Facebook Zalora yang melarang isterinya dari membeli-belah dalam laman web berkenaan pada hari Isnin lepas.

Ketahui Siapakah Disebalik Potret Mona Lisa


Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia ‘Mona Lisa’ tidak perlu disangkal lagi.

Lihatlah ajaibnya lukisan karya terbesar Leonardo Da Vinci ini sentiasa mencuri tumpuan gara-gara ramai yang mendakwa karya seni tersebut seolah-olah bernyawa.

Leonardo Da Vinci

Kemisterian lukisan ini sering kali menjadi tanda tanya hinggakan menjadi inspirasi ramai pihak dalam puisi, lagu dan sebagainya.

Rata-rata peminat seni lukisan tertanya-tanya sehingga kini siapakah insan sebenar disebalik ‘Mona Lisa’ ini hinggakan pelukis itu mampu memberi sentuhan terhebat menerusi karya tersebut.

Namun, muncul pula pelbagai pendapat yang kononnya Monalisa adalah wanita dari Itali iaitu Lisa del Giocondo dan ada juga yang berpendapat Monalisa adalah ibu kandung da Vinci sendiri.


Terbaru, muncul pula dakwaan berasaskan penyelidikan oleh sejarawan dan novelis Itali, Angelo Paratico yang memaklumkan ibu Leonardo Da Vinci adalah subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ dan  berkemungkinan adalah hamba dari China.
                     
Angelo Paratico
Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini akan digarapkan dalam buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Cendekiawan China Hilang Pada Zaman Renaissance Itali).

Buku yang dijangka akan diterbitkan tahun depan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.

Menurut Paratico, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong dan yakin pelukis itu berasal dari Asia.

Dalam buku tersebut Paratico turut mendedahkan beberapa faktor yang menunjukkan pelukis terkenal itu, Leonardo da Vinci berketurunan Cina.

“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.

“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico

Sumber mynewshub.cc

PENYAKIT 'BUBBLE BOY' BUKAN LAGI MISTERI


David membesar dalam gelembung plastik dengan menghirup udara yang ditapis, makanan dan minuman bebas kuman, pakaian yang disteril dan tidak boleh bersentuhan tanpa berlapik. - Foto Agensi

Tiga puluh tahun lalu, dunia dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak yang menghabiskan sepanjang usianya selama 12 tahun dalam gelembung plastik akibat penyakit yang dikenali sebagai penyakit Kekurangan Ketahanan Primer (PID).

David Vetter, yang turut dikenali sebagai 'Bubble Boy' mengalami penyakit genetik, menyebabkan beliau terpaksa membesar dalam gelembung plastik dengan menghirup udara yang ditapis, makanan dan minuman yang dipastikan bebas kuman, pakaian yang disterilkan serta tidak boleh bersentuhan dengan keluarga atau doktor tanpa berlapik.

Tanpa menjalani kehidupan kanak-kanak normal seperti bermain basikal dan berlari di atas padang, David terpaksa menunggu bertahun-tahun bagi membolehkan rawatan terhadapnya ditemui.

Bubble boy meninggal selepas koma

Pada 1984, dia dikeluarkan daripada gelembung plastik itu tanpa sebarang perlindungan ketika sepasukan doktor mahu merawatnya selepas kesihatannya bertambah teruk akibat demam panas selepas menerima sum-sum kakaknya. Keadaannya semakin teruk dan dia koma. Dua minggu selepas itu dia menghembuskan nafas terakhir. Bedah siasat mendapati sum sum daripada kakaknya itu mengandungi virus doman yang mengakibatkan sel kanser merebak.

Akhbar The Mirror melaporkan cerita dan kehidupannya. Kanak-kanak yang dilahirkan pada 1971 dan dibesarkan dalam gelembung plastik itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum bagi melindungi kehidupannya dan keluarganya sehinggalah kematiannya. Malah penyakit itu turut dikenali sebagai 'Bubble Boy Disease' bersempena dengan kisah kehidupan David.

Tanpa sebarang kekuatan antibodi yang lazimnya ada pada setiap manusia, penghidap penyakit PID mudah jatuh sakit jika terdedah kepada sebarang kuman dan virus.

Ramai yang masih tidak mengetahui mengenai penyakit ini, malah mungkin tidak pernah mendengarnya. Bukan saja masyarakat, tetapi juga dalam kalangan doktor mungkin ada yang tidak mengetahui mengenai kewujudan penyakit ini kerana dulu ia dianggap sangat jarang berlaku.

Ini dibuktikan hanya ada kurang lima saja pakar di Malaysia dalam bidang ini, itu pun membabitkan pesakit kanak-kanak dan belum ada lagi pakar perubatan bagi penyakit PID dewasa.

Gelembung plastik yang memberi 'kehidupan' David selama 12 tahun.

Di Malaysia sendiri, kali pertama penyakit ini dilaporkan dalam jurnal perubatan adalah pada 1977 dan kali pertama rawatan suntikan antibodi, Intravenous Immunoglobin (IVIG) diberikan kepada pesakit di Malaysia adalah pada 1985.

Pada persidangan antarabangsa Immunologi di Universiti Oxford pada tahun 1990, hanya dua mutasi genetik saja yang diketahui ketika itu yang menyebabkan penyakit PID. Namun, selepas 24 tahun, pada Mesyuarat Dwitahunan kali ke-16 Persatuan Kekurangan Daya Tahan Eropah (ESID) di Prague, Republik Czech yang berlangsung Oktober lalu, sebanyak 300 mutasi genetik dikesan yang boleh menyebabkan gejala PID.

PID kini bukan lagi satu penyakit yang sangat jarang berlaku dan tidak boleh lagi dianggap sebagai terpencil. Di Malaysia sendiri, kira-kira lebih 300 kes sudah dikesan membabitkan bayi yang baru lahir dan kanak-kanak.

Kurang daya tahan semula jadi

Pakar Pediatrik dan Pensyarah Klinikal dalam bidang Imunologi dan Penyakit Berjangkit Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Adli Ali berkata jika disebut AIDS, ramai yang tahu bahaya dan kesan serta simptomnya, tetapi tidak bagi PID, sedangkan keduanya adalah penyakit yang disebabkan kurang daya ketahanan badan.

"Perbezaannya adalah pesakit AIDS mengalami daya kurang ketahanan penyakit akibat virus HIV, sebaliknya bagi pesakit PID, mereka sememangnya dilahirkan secara semula jadi tanpa mempunyai sistem imun atau sistem imun mereka gagal berfungsi disebabkan oleh kecacatan genetik yang diwarisi.

"Jika banyak usaha dan kempen dilakukan untuk memberi kesedaran terhadap bahayanya HIV dan AIDS, bagi penyakit PID pula, ia masih dianggap penyakit yang sangat jarang wujud, sedangkan realitinya kes PID ini tidak dikesan sehingga menyebabkan kematian tanpa diagnosis sebenar diketahui".

"Bukan hanya kesedaran masyarakat yang kurang mengenai penyakit ini, ada juga dalam kalangan pengamal perubatan pun tidak sedar mengenai penyakit ini sehingga kadangkala terlepas pandang dan rawatan tidak dapat dijalankan segera.

"Bayi atau kanak-kanak PID secara fizikal nampak normal, tetapi sebenarnya mereka sangat 'fragile' (lemah). Tanpa sebarang antibodi dan sistem pertahanan dalam badan, sukar untuk mereka melawan penyakit walaupun sekecil kecil jangkitan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Di Amerika Syarikat, hampir semua negeri sudah melaksanakan saringan bagi bayi yang baru lahir untuk mengesan PID bagi membolehkan rawatan dibuat seawal mungkin termasuk pemindahan sum sum dan pemindahan sel stem.

"Jika keluarga sudah ada sejarah penyakit ini yang dikesan menerusi anak yang lebih tua, misalnya, kebarangkalian adik beradik lain menerima nasib yang sama juga tinggi.

"Lazimnya, di PPUKM sendiri, jika ada ahli keluarga yang ada penyakit PID, kami akan turut membuat saringan terhadap ahli keluarga yang lain. Saringan darah untuk sel imun dan genetik boleh mengesan penyakit itu dari peringkat awal ," katanya.

Saringan makmal kesan penyakit

Di negara ini, ada beberapa makmal yang melakukan saringan terhadap pengesanan penyakit PID termasuk di PPUKM, Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR), Hospital Serdang dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malaysia.

Pada Ogos lalu, buat julung kalinya pemindahan sel stem haematopoietic dijalankan terhadap seorang bayi yang dikesan menghidap penyakit Severe Combined Immunodeficiency (SCID), iaitu satu cabang daripada penyakit PID.

Pemindahan yang itu dijalankan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama pakar immunologi PPUKM dan Jabatan Pediatrik, Universiti Putra Malaysia dan ia membuahkan kejayaan. Bayi berkenaan memberikan tindakan yang positif dan semakin sembuh.

"Dengan pemindahan sel stem daripada ibunya, bayi ini boleh hidup dengan lebih sempurna dan penyakitnya beransur sembuh kerana badannya sudah mampu mengeluarkan antibodi sendiri," katanya.

Bagi kes yang dikesan dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa , selain daripada rawatan pemindahan sel stem, rawatan yang boleh diberikan adalah dengan menyuntik antibodi IVIG setiap tiga hingga empat minggu sepanjang hidupnya. Bagaimanapun, kos suntikan yang terlalu tinggi terutama bagi pesakit dewasa menyebabkan pesakit sukar untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya merana akibat diserang pelbagai penyakit.

BH Online

Kerana Makan Majun Ajaib Kemaluan Terpaksa Dibedah



Seorang lelaki berusia 25 tahun telah terpengaruh dengan kehebatan kapsul ajaib yang dijual kawannya konon boleh membuatkan dia hebat di ranjang tetapi akhirnya memakan diri apabila terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu dibedah kerana saluran darah telah tersumbat.


Menurutnya nama yang dirahsiakan, dia telah meperoleh majun tersebut dari kawannya dan telah menggunakan produk tersebut. Majun tersebut memang berkesan dan kadang sampai 4 5 kali dia boleh beraksi satu malam.

Keadaan ini membuatkan dia mula percaya kepada majun tersebut dan selalu menggunakannya. Jika habis beliau akan membeli baru sekotak 50 biji dengan harga RM200.

Tapi selepas dua tahun menggunakan majun tersebut kemaluannya mula 'jatuh' dan tidak mengeras lagi. Beliau membuat pemeriksaan doktor dan doktor mengesahkan urat-urat kemaluannya sudah tersumbat dan memerlukan pembedahan jika ingin pulih.

Menurutnya hampir lima buan dia terlantar di hospital dan sudah serik untuk menggunakan sebarang ubat kuat lagi.-Siakapkeli.com.my

Datuk Bandar London alami detik cemas dalam pesawat MAS


Anak-anak kapal MAS berjaya menghalang penumpang yang berada di dalam keadaan mabuk. Gambar: Twitter/Eileen Burbidge
KUALA LUMPUR: Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.


Johnson menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara. Lapor The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.

“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.


Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan berusia 43 tahun dari Britain. Penumpang berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan ditangkap ketika pesawat mendarat di lapangan terbang Heathrow. Akhbar itu turut melaporkan bahawa penumpang itu ditahan di sebuah balai polis di London.

Sementara itu, duta teknikal Eileen Burbidge memuat naik gambar situasi berkenaan dan memuji kru MAS yang bertindak dengan pantas.


Johnson berada di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta untuk lawatan rasmi ke Asia Tenggara.

Astro Awani



AWAS !!! Tolong Berhati-Hati Jika Ingin Membeli Ketam

Berhati-hati ketika anda membeli ketam pada sekarang ini kerana dipercayai terdapat laporan yang mengatakan terdapat lubang jarum di abdomen ketam.








Ketam tersebut di khuatiri telah disuntik dan dicucuk dengan air untuk mengekalkan kesegaran dan meningkatkan berat ketam. Hai macam-macam teknik nak menipu sekarang ini ye...!!!

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...