Selasa, 2 Disember 2014

MAUT TERCAMPAK DARI KERETA


Petaling Jaya: Seorang pemandu kereta mewah Aston Martin DB9 maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 18 Lebuhraya Pantai Baru (NPE), awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta dipandunya terputus dua.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta mewah berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang menentang arus di laluan itu.

"Pemandu dipercayai cuba mengelak lalu terbabas dan merempuh tiang jejambat menyebabkan bahagian depan kereta itu hancur berkecai manakala pemandu tercampak di atas jalan raya.

"Serpihan kereta itu kemudiannya terpelanting ke arah sebuah kereta lain jenis Proton Pesona yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, wanita itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa culik ditemui mati



Kuala Lumpur: Mayat seorang peniaga kecil berusia 30 tahun ditemui berhampiran sebuah kilang pasir di Bidor, Perak selepas mangsa dikatakan diculik oleh sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang pada 12 November lalu.



Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mayat lelaki berketurunan campuran India dan Myanmar ditemui selepas polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di Hospital Banting, Selangor pada 20 November lalu.


"Mangsa diculik dihadapan isteri dan anaknya pada jam 6.10 petang di Pusat Bandar Utara, Sentul oleh empat suspek ketika mangsa berada di dalam warung kopi yang juga dijadikan tempat kediamannya.


"Siasatan awal mendapati isteri mangsa ada menerima panggilan telefon yang meminta bayaran wang tunai berjumlah RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun bank sebelum mayat mangsa ditemui hari ini," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.



Beliau berkata, kerja mengeluarkan mayat kini sedang dijalankan pegawai dan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan pasukan patologis Hospital Ipoh, Perak.

GAMBAR Nabila Huda Jual Hotdog Jadi Mangsa Ejekan Lucah


Ramai yang menyangka menjadi insan bergelar artis adalah paling seronok dan menguntungkan.
Tiada siapa yang mengetahui sebenarnya pelbagai pengorbanan terpaksa dilalui lebih-lebih lagi apabila segala tindakan, gerak-geri dan percakapan sentiasa menjadi perhatian.
Sayangnya, perhatian yang diberikan oleh segelintir masyarakat kadangg-kala terlalu melampau hingga boleh menjatuhkan aib seseorang lebih-lebih lagi kepada artis.
Terbaru, perihal foto anak rockers terkenal, Nabila Huda menjual sosej menjadi perbualan hingga disalah erti oleh peminatnya yang berfikiran ‘kuning’.

Pelbagai komen lucah diterima hingga kita yang membacanya rasa bengang pula.
Mana tidaknya, sampai ada yang menulis kononnya Nabila sudah biasa memegang ‘hotdog’ Pak Hitam.

Aik…ini dah jatuh kategori fitnah yang melampau-lampau nih!
Ada pulak sampai dengan berani buat-buat bunyi dan mendakwa kononnya Nabila Huda tengah syok pegang ‘hotdog’.
Agak-agak la weh..sudahlah buat dosa mengata orang, ditambah pula dengan kata-kata yang mengaitkan makanan dengan dengan lucah.
Memang tak boleh terimalah!

Sepatutnya sokongla artis-artis tempatan kita yang rajin mencari wang lebih untuk hidup, bukannya mengcondemn tak habis-habis.
Kesian, Nabila Huda yang terpaksa mendengar benda-benda yang tidak elok dan dikaitkan dengannya.

Isnin, 1 Disember 2014

RAHSIA DI SEBALIK DINDING AYAH


Florida: Sejak ‘hilang’ empat tahun lalu, tiada sesiapa menyangka seorang remaja sebenarnya hidup terkurung di dalam ruang sempit di sebalik dinding palsu pada almari kain di rumah ayahnya.

Remaja yang namanya dirahsiakan itu diselamatkan selepas berjaya memuat turun aplikasi telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada ibunya di Florida.

Melalui pesanan itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan memaklumkan dia dikurung dan didera di rumah ayahnya sendiri di daerah Clayton, Georgia.

Polis yang dihubungi kemudian menyiasat rumah terbabit sebelum menemui mangsa disorokkan di bilik khas di dalam garaj bangunan itu.

Sumber berkata, mangsa begitu bersyukur diselamatkan dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada polis.

Ketika dia dipertemukan dengan ibunya, detik itu ternyata amat menyayat hati apabila remaja terbabit dilihat enggan melepaskan pelu ke atas wanita berkenaan.

Pada masa sama, lima penghuni rumah itu - ayah mangsa, ibu tirinya dan tiga juvana - ditahan dan didakwa atas tuduhan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan.

Kehilangan remaja itu diadukan ibunya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak pada 2010.

Ketika itu budak terbabit melawat bapanya dan tidak dibenarkan pulang ke rumah ibunya.

Bagaimanapun, ibunya tidak pernah menghubungi polis kerana dia pendatang asing dan tidak memahami undang-undang dengan jelas.

Namun, sebaik mendapat pesanan ringkas anaknya itu dia terus menelefon talian kecemasan 911.

Polis membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada jam 2 pagi semalam dan menyoal penghuninya sebelum mencari dan menemui mangsa.

Keadaan kesihatan remaja itu tidak diketahui.

Jurucakap Polis Daerah Clayton, Sarjan Joanne Southerland berkata, apabila tiba di rumah itu, penghuninya menafikan mangsa berada di situ.

“Selepas beberapa minit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan termasuk mendera mangsa, kami berjaya menemuinya di dalam almari kain itu,” katanya. - Agensi


Rumah yang menjadi tempat remaja dikurung selama 4 tahun.

                     
Remaja berusia 13 tahun disatukan semula dengan ibunya.

BINA KOLAM RENANG SENDIRI

Lelaki ini membina kolam renangnya sendiri.
Projek membina sendiri kolam renang yang begitu menarik.. Walaupun tidaklah begitu canggih seperti kolam renang yang dibina dengan teknologi terkini namun DIY kolam renang ni nampak menarik dan sesuai utnuk bersantai bersama keluarga.. Sesiapa yang ada tanah yang luas boleh cuba dirumah. Jom tengok gambar langkah demi langkah kolam ini disiapkan.
















WANITA CEDERA DI DAHI DAN BIBIR AKIBAT DITOREH PENYAMUN



Pasir Puteh, 1 Dis : Seorang wanita berusia 22 tahun berdepan detik-detik cemas apabila rumahnya di Wakaf Berangan telah di pecah masuk oleh 2 penyamun dipecayai warga tempatan. Wanita terbabit telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita terbabit, Nur Shafiqa berada di bilik air dan ibunya sedang berehat di dapur rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata dua orang lelaki warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang bervisor.

"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.

"Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Suspek dilaporkan cuba merogol mangsa dengan menanggalkan seluarnya namun terpaksa membatalkan niatnya kerana rakannya memanggil dari luar bilik.

"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Antara barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tagan emas dan iPhone 5s berwarna putih yang dianggar RM 10,000.

Marilah bersama-sama mendoakan agar Nur Shafiqah cepat sembuh - Siakapkeli.com.my

Nur Shafiqa


15 MAKANAN PALING PELIK DI DUNIA

15 Makanan Paling Pelik Di Dunia


Makanan adalah perkara asas kepada kehidupan tidak kira manusia atau haiwan. Pebagai bangsa di dunia ini maka wujudlah pelbagai variasi makanan dan ada makanan yang sememangnya tersangat pelik.


Kalau kita di Malaysia sebut banda pelik-pelik pun sudah rasa loya contoh lipas goreng, inikan pula jenis-jenis makanan yang sememangnya teramat pelik dan hanya dikawasan tertentu ada.

Mari kita saksikan

1. BooDog



Lokasi; Monggolia
Info: Daging kambing yang dimasak didalam perut

2. Escamoles


Lokasi; Mexico
Info: Telur semut goreng

3. Tuna Eyeball


Lokasi: Jepun
Info: Masakan yang berasaskan mata ikan tuna

4.Cock’s Combs



Lokasi: China
Info: Masakan berasaskan balung ayam jantan

5. Balot



Lokasi: Filipina
Info: Telur ayam atau itik yang dieramkan dahuu selama 2 minggu sehingga jadi janin dan di masak

6. Century Egg

Lokasi: China
Info: Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.

7. Fruit Bat Soup

Lokasi: Micronesia
Info: Sup yang berasaskan kelawar pemakan buah

8. Rocky Mountain Oysters


Lokasi: Amerika Syarikat dan Kanada
Info: Testis lembu yang di goreng rangup dengan tepung

9. Smoked Rat

Lokasi : Vietnam
Info : Hidangan tikus BBQ terkenal di Canh Nau.

10. Burger Cindil

Lokasi: China
Info: Anak tikus yang baru lahir dijadikan burger untuk menambah stamina badan

11. Blodplättar



Lokasi: Finland dan Sweden
Info: Pancake yang menggunakan darah haiwan

12. CasuMarzu


Lokasi: Perancis dan Croatia
Info: Susu kambing yang disimpan sehingga menjadi Cheese dan diperam lebih lama sehingga berulat

13. Cod Fish Sperm


Lokasi: Asia Timur
Info: Sperma ikan kod yang dijadikan hidangan pelbagai

14. Otak monyet

Lokasi: China dan Jepun
Info: Otak monyet dimakan secara segar. Dimana monyet tersebut dipotong kepala hidup-hidup dengan kepala dipasung di meja. Tepurung kepala akan dipotong menampakkan otak dan dicampur sedikit sos dan terus dimakan.

15. Kerabu bronok


Lokasi: Kedah, Malaysia
Info: bronok sejenis lintah laut yang terdapat banyak di daerah kuala muda dan Langkawi
- Siakapkeli.com.my

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...