Isnin, 1 Disember 2014

RAHSIA DI SEBALIK DINDING AYAH


Florida: Sejak ‘hilang’ empat tahun lalu, tiada sesiapa menyangka seorang remaja sebenarnya hidup terkurung di dalam ruang sempit di sebalik dinding palsu pada almari kain di rumah ayahnya.

Remaja yang namanya dirahsiakan itu diselamatkan selepas berjaya memuat turun aplikasi telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada ibunya di Florida.

Melalui pesanan itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan memaklumkan dia dikurung dan didera di rumah ayahnya sendiri di daerah Clayton, Georgia.

Polis yang dihubungi kemudian menyiasat rumah terbabit sebelum menemui mangsa disorokkan di bilik khas di dalam garaj bangunan itu.

Sumber berkata, mangsa begitu bersyukur diselamatkan dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada polis.

Ketika dia dipertemukan dengan ibunya, detik itu ternyata amat menyayat hati apabila remaja terbabit dilihat enggan melepaskan pelu ke atas wanita berkenaan.

Pada masa sama, lima penghuni rumah itu - ayah mangsa, ibu tirinya dan tiga juvana - ditahan dan didakwa atas tuduhan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan.

Kehilangan remaja itu diadukan ibunya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak pada 2010.

Ketika itu budak terbabit melawat bapanya dan tidak dibenarkan pulang ke rumah ibunya.

Bagaimanapun, ibunya tidak pernah menghubungi polis kerana dia pendatang asing dan tidak memahami undang-undang dengan jelas.

Namun, sebaik mendapat pesanan ringkas anaknya itu dia terus menelefon talian kecemasan 911.

Polis membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada jam 2 pagi semalam dan menyoal penghuninya sebelum mencari dan menemui mangsa.

Keadaan kesihatan remaja itu tidak diketahui.

Jurucakap Polis Daerah Clayton, Sarjan Joanne Southerland berkata, apabila tiba di rumah itu, penghuninya menafikan mangsa berada di situ.

“Selepas beberapa minit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan termasuk mendera mangsa, kami berjaya menemuinya di dalam almari kain itu,” katanya. - Agensi


Rumah yang menjadi tempat remaja dikurung selama 4 tahun.

                     
Remaja berusia 13 tahun disatukan semula dengan ibunya.

BINA KOLAM RENANG SENDIRI

Lelaki ini membina kolam renangnya sendiri.
Projek membina sendiri kolam renang yang begitu menarik.. Walaupun tidaklah begitu canggih seperti kolam renang yang dibina dengan teknologi terkini namun DIY kolam renang ni nampak menarik dan sesuai utnuk bersantai bersama keluarga.. Sesiapa yang ada tanah yang luas boleh cuba dirumah. Jom tengok gambar langkah demi langkah kolam ini disiapkan.
















WANITA CEDERA DI DAHI DAN BIBIR AKIBAT DITOREH PENYAMUN



Pasir Puteh, 1 Dis : Seorang wanita berusia 22 tahun berdepan detik-detik cemas apabila rumahnya di Wakaf Berangan telah di pecah masuk oleh 2 penyamun dipecayai warga tempatan. Wanita terbabit telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita terbabit, Nur Shafiqa berada di bilik air dan ibunya sedang berehat di dapur rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata dua orang lelaki warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang bervisor.

"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.

"Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Suspek dilaporkan cuba merogol mangsa dengan menanggalkan seluarnya namun terpaksa membatalkan niatnya kerana rakannya memanggil dari luar bilik.

"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Antara barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tagan emas dan iPhone 5s berwarna putih yang dianggar RM 10,000.

Marilah bersama-sama mendoakan agar Nur Shafiqah cepat sembuh - Siakapkeli.com.my

Nur Shafiqa


15 MAKANAN PALING PELIK DI DUNIA

15 Makanan Paling Pelik Di Dunia


Makanan adalah perkara asas kepada kehidupan tidak kira manusia atau haiwan. Pebagai bangsa di dunia ini maka wujudlah pelbagai variasi makanan dan ada makanan yang sememangnya tersangat pelik.


Kalau kita di Malaysia sebut banda pelik-pelik pun sudah rasa loya contoh lipas goreng, inikan pula jenis-jenis makanan yang sememangnya teramat pelik dan hanya dikawasan tertentu ada.

Mari kita saksikan

1. BooDog



Lokasi; Monggolia
Info: Daging kambing yang dimasak didalam perut

2. Escamoles


Lokasi; Mexico
Info: Telur semut goreng

3. Tuna Eyeball


Lokasi: Jepun
Info: Masakan yang berasaskan mata ikan tuna

4.Cock’s Combs



Lokasi: China
Info: Masakan berasaskan balung ayam jantan

5. Balot



Lokasi: Filipina
Info: Telur ayam atau itik yang dieramkan dahuu selama 2 minggu sehingga jadi janin dan di masak

6. Century Egg

Lokasi: China
Info: Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan.

7. Fruit Bat Soup

Lokasi: Micronesia
Info: Sup yang berasaskan kelawar pemakan buah

8. Rocky Mountain Oysters


Lokasi: Amerika Syarikat dan Kanada
Info: Testis lembu yang di goreng rangup dengan tepung

9. Smoked Rat

Lokasi : Vietnam
Info : Hidangan tikus BBQ terkenal di Canh Nau.

10. Burger Cindil

Lokasi: China
Info: Anak tikus yang baru lahir dijadikan burger untuk menambah stamina badan

11. Blodplättar



Lokasi: Finland dan Sweden
Info: Pancake yang menggunakan darah haiwan

12. CasuMarzu


Lokasi: Perancis dan Croatia
Info: Susu kambing yang disimpan sehingga menjadi Cheese dan diperam lebih lama sehingga berulat

13. Cod Fish Sperm


Lokasi: Asia Timur
Info: Sperma ikan kod yang dijadikan hidangan pelbagai

14. Otak monyet

Lokasi: China dan Jepun
Info: Otak monyet dimakan secara segar. Dimana monyet tersebut dipotong kepala hidup-hidup dengan kepala dipasung di meja. Tepurung kepala akan dipotong menampakkan otak dan dicampur sedikit sos dan terus dimakan.

15. Kerabu bronok


Lokasi: Kedah, Malaysia
Info: bronok sejenis lintah laut yang terdapat banyak di daerah kuala muda dan Langkawi
- Siakapkeli.com.my

Ahad, 30 November 2014

JANJI POTONG 'ANU' KALAU MALAYSIA MENANG

Biar Betul Lelaki Janji Potong ‘Anu’ Kalau Malaysia Menang ????


Tak pasti hendak klasifikasikan tindakan individu ini sebagai berani atau secara mutlaknya, bodoh! Mungkin pembaca ada jawapan dalam benak sendiri.

Walaupun kes seperti ini bukan yang pertama dilaporkan, namun ternyata masih ada individu terlalu semberono membuat pertaruhan yang dilihat cetek mental, dungu serta kurang bijak.

Melalui akaun Facebook, seorang individu telah memuat naik satu pertaruhan ekstrim, iaitu sanggup memotong testis sendiri andai pasukan Harimau Malaya menang dalam pertemuan menentang Singapura, malam tadi.

‘Today; United vs Hull & Mas vs Sin. United win, i’ll shave my hair. Malaysia win, i’ll cut my balls off!’

Ya, nampaknya pertaruhan tersebut langsung tak menyebelahi individu ini kerana, pasukan Malaysia berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan pasukan negara seberang itu, 3-1.


Ruang komen individu ini kemudiannya dilimpahi komen-komen pengikutnya yang memberi respon terhadap pertaruhan tersebut.

Salah satu komen yang ditinggalkan menulis, ‘That’s a bold statement dude (Itu merupakan kenyataan yang berani). Ada kut yang tak ada bola malam nanti.’

Kalau nak imbas kembali, tindakan pertaruhan untuk membuang anu ini atau melakukan sesuatu yang luar biasa dah menjadi semacam satu trend dalam kalangan belia, tambah-tambah bila melibatkan perlawanan bola sepak.





Kalau difikirkan kembali, kenyataan-kenyataan tersebut boleh digeneralisasikan sebagai taktik untuk menarik perhatian dan bersifat kebudak-budakkan.

Semua sedia maklum, dalam Islam sekalipun, tak ada suruhan yang menggalakkan perbuatan sedemikian. Maka buat adik-adik di luar sana, fikirlah masak-masak sebelum bertindak melulu.

Bak kata orang sekarang, ‘kalau bodoh sekalipun, simpanlah untuk diri sendiri’, tak perlu nak tunjuk dekat orang luar ya!

sumber mynewshub.cc

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...