Khamis, 27 November 2014

LAMBORGINI DARI KAYU

Lelaki China bina Lamborghini kayu


Beijing: Seorang lelaki di Putian, wilayah Fujian mereka cipta dan membina kereta hodoh ini yang diilhamkan daripada kereta Lamborghini.

Menurut China Daily yang memetik laporan portal berita fjsen.com, tukang kayu Yu Jietao mengukir semua bahagian diperlukan untuk kereta itu sebelum menggabungkannya dan meraut corak untuk menghiasinya.

Mujur kereta itu mempunyai ciri lain untuk menjadikannya lebih menarik.

Ini termasuk tayar dan motor elektrik yang mampu menggerakkan kereta berkenaan pada kadar 30 kilometer sejam.

Yu mengambil masa hampir setahun dan berbelanja sebanyak lebih 100,000 yuan (RM55,000) untuk membina kereta ‘Lamborghini’ kayu berkenaan.

Khabarnya rekaannya itu sudah pun menarik beberapa pengumpul yang menawarkan sehingga 220,000 yuan (RM120,000) untuk memiliki kereta kayu itu. - Agensi

RAMPAS DADAH RM 7.1 JUTA

NOOR Rashid menunjukkan syabu yang disembunyikan di dalam peralatan elektrik.

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 35.2 kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta dalam dua operasi berasingan di Petaling Jaya, Selangor dan Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 dan 25 November lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, bertindak hasil maklumat satu syarikat kurier yang beroperasi di Petaling Jaya pada 19 November lalu, pihaknya segera membuat rampasan ke atas enam kotak yang baru tiba dari China dan menemui 2.3 kilogram syabu yang disembunyikan di dalam dapur pemanas elektrik, periuk dan cerek air.

"Sindiket dadah antarabangsa cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengisytihar barangan itu sebagai persendirian namun hasil maklumat syarikat kurier JSJN berjaya menemui syabu yang disorokkan di dalam peralatan elektrik berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Noor Rashid berkata, dalam serbuan kedua yang dijalankan di KLIA pada 25 November lalu, pihaknya merampas satu kotak besar dan menjumpai enam buah beg berwarna hitam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 32.9 kilogram syabu yang dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Nigeria ke Mesir sebelum tiba ke KLIA.

ROSAKKAN KERETA KEKASIH ISTERI


KUALA KURAU - Berang isteri berlaku curang, seorang lelaki memecahkan keseluruhan cermin kereta kekasih isterinya yang diletakkan di pekan Kuala Kurau, di sini, Ahad lalu.

Selain itu, Sinar Harian turut difahamkan keempat-empat tayar kereta jenis Proton Satria ditoreh dan dirosakkan suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Saksi  yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, ketika kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa yang meletakkan kenderaan di lokasi pasar malam Kuala Kurau dipercayai sedang menunggu isteri suspek untuk membawanya keluar.

“Suspek yang marah dengan perbuatan isterinya, bergelut dengan mangsa sebelum bertindak memecahkan keseluruhan cermin dan tayar kenderaan mangsa.

“Pergaduhan itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan orang ramai,” katanya semasa ditemui di lokasi kejadian di sini.

Seorang lagi saksi, Jun,30-an berkata, semasa suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan dengan menggunakan objek keras, mangsa terus melarikan diri.

“Bagaimanapun, kejadian itu berakhir apabila kedua-dua pihak didamaikan oleh ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan tiada laporan polis dibuat atas kehendak kedua-dua keluarga suspek dan mangsa terlibat.

EKZOS RM 1.84 JUTA



Sepang: Seorang suri rumah ditahan ketika menuntut satu bungkusan di syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya, Selangor, Khamis minggu lalu selepas didapati mengandungi dadah jenis Metamphetamine (syabu) seberat 9.694 kilogram (kg) bernilai RM1.841 juta.

Bungkusan mengandungi tujuh ekzos itu dikirim menerusi kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, dari Guan Dong, China.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, berdasarkan maklumat dan risikan pihaknya membuat pemantauan serta pemerhatian ke atas dua bungkusan yang tiba dari Guan Dong, China kerana disyaki mengandungi dadah.

“Dua bungkusan itu dikirim menerusi kargo udara KLIA dan diuruskan syarikat penghantaran cepat di Petaling Jaya, Selangor.

“Pada jam 8.30 pagi Khamis lalu, wanita berusia 34 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan itu pergi ke syarikat penghantaran cepat terbabit untuk menuntut satu daripada bungkusan dan dia ditahan pihak kami sebelum direman selama tujuh hari,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Chik Omar berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tujuh ekzos di dalam bungkusan itu dan selepas dipotong, pihaknya menemui 27 bungkusan plastik mengandungi serbuk putih yang disumbat dalam ekzos.

Katanya, selepas diuji ia positif dadah jenis Metamphetamine seberat 9.694 kg bernilai RM1.841 juta.

Menurutnya, pihaknya menemui suami wanita berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan siasatan mendapati lelaki itu tidak terbabit dalam kegiatan penyeludupan itu.

“Bagaimanapun satu lagi bungkusan yang dikirim pengirim sama belum dituntut menyebabkan kita terpaksa merampasnya pada Sabtu lalu selepas menunggu selama dua hari.

“Selepas diperiksa ia mengandungi sembilan ekzos kenderaan yang di dalamnya terdapat 36 bungkusan serbuk putih yang positif dadah jenis Metamphetamine seberat 12.4kg bernilai RM2.356 juta,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihaknya merampas satu bungkusan di kawasan perumahan Golden Villa, Selangor kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu.

Beliau juga berkata, bungkusan itu dihantar dari Nigeria untuk diserahkan kepada penerima oleh sebuah ejen penghantaran cepat di lokasi dijanjikan.

“Selepas tiba di lokasi dan masa yang dijanjikan, penerima gagal dihubungi, malah siasatan juga mendapati alamat tertera di bungkusan itu tidak wujud.

“Bungkusan itu, kemudian dirampas selepas kita menunggu hampir lima jam dan hasil pemeriksaan kami menemui satu unit kompresor peti sejuk serta dua unit penapis minyak yang mengandungi Metamphetamine seberat 2.116kg bernilai RM402,040,” katanya.

Chik Omar berkata, ketiga-tiga kes ini berjaya dipatahkan dalam tempoh lima hari dengan jumlah keseluruhan rampasan adalah 24.21kg bernilai RM4.6 juta.

Malah, katanya taktik menyembunyikan dadah dalam ekzos, penapis minyak dan kompresor peti sejuk adalah pertama kali dikesan pihaknya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan rayuan dan tawaran daripada sindiket dadah atau orang yang tidak dikenali supaya mengambil barang di mana-mana lokasi.

MAYAT DISANGKA SAMPAH

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian sementara menunggu mayat kanak-kanak itu diangkat polis untuk dibawa ke hospital. 
Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU - “Pada mulanya pakcik ingat sampah, tetapi pakcik tak tahu kenapa hati rasa tak sedap. Jadi, pakcik terus tenung objek tu dan terkejut apabila ternampak dua belah kaki manusia.”

Demikian kata Mustafa Ngah, 61, yang berasal dari Kampung Pantai, Kuala Ibai, di sini.

Dia merupakan individu pertama yang terjumpa mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun yang terdampar di pesisir pantai, dipercayai lemas di Pantai Kuala Ibai, di sini, petang semalam.

Menurutnya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain ke pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang untuk mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut boleh didapati di pantai tersebut.

“Semasa sampai di situ, kami anak-beranak terus berjalan di pesisir pantai sambil mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut terdapat di sini sejak belakangan ini.

“Ketika itu, dari jauh pakcik ternampak satu objek yang agak pelik sedang bergolek-golek di pesisir pantai akibat dihempas ombak.

"Mulanya pakcik fikir ia hanyalah sampah, tetapi hati mula rasa tak sedap," katanya.

Keinginan untuk tahu lebih lanjut, Mustafa mengamati objek itu agak lama sehingga dia ternampak dua kaki manusia.

"Pakcik sangat terkejut apabila mendapati objek bergolek itu manusia setelah melihat dua belah kakinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Jelasnya lagi, yakin objek yang disangka sampah itu adalah mayat manusia, dia terus menjerit memanggil ahli keluarga lain bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat tersebut.

Kembang menangis tengok mayat

Sementara itu, Kembang Ismail, 69, yang turut berada bersama Mustafa semasa mayat tersebut ditemui berkata, ketika Mustafa yang juga sepupunya itu terjumpa mayat berkenaan, dia berada tidak berapa jauh dari lokasi kejadian.

“Makcik memang ada ternampak dia (Mustafa) mengangkat sesuatu objek dan menyangka dia telah terjumpa seekor ikan besar, bagaimanapun selepas terdengar Mustafa menjerit bagi tahu jumpa mayat, makcik terus cepat-cepat hampirinya.

“Sebaik lihat mayat itu, makcik menangis kerana terbayangkan anak makcik, hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan makcik ketika itu,” katanya.

Belum dikenal pasti identiti

Dalam perkembangan sama, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, PgB Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang, sebelum enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Bagaimanapun katanya, mayat kanak-kanak yang masih belum dikenali identitinya itu berjaya ditemui orang awam di kuala sungai berkenaan kira-kira jam 4 petang.

“Kanak-kanak berkenaan yang masih belum dikenali identitinya itu dipercayai ke kuala sungai berkenaan untuk mandi bersama
beberapa rakannya sebelum kemudian dipercayai lemas.

"Mungkin panik dan takut, rakannya dipercayai lari meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak dan jangan sesekali membiarkan atau membenarkan anak mandi di pantai terutamanya pada musim yang tidak menentu kini.

PESERTA GUNA TEKTIK KOTOR SERTAI PERTANDINGAN "BERPOSING ALA FIZO DAN MAWAR"


                    

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya," ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu.

Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.

Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlah like terbanyak yang diterima untuk gambar Berposing Ala Mawar Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

"Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

"Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.

Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.

"Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

"Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda. - mStar

ZIANA ZAIN MUNCUL DENGAN GAYA TUDUNG YANG MEMPERSONA


Ziana Zain, nama yang sememangnya gah dengan nyanyain lagu-lagu yang memerlukan suara yang lantang dan vokal yang amat tinggi. Kini sejak mula berhijab ini Ziana sudah mula menggayakan pelbagai jenis hijab yang sememangnya cantik.


Beliau yang baru-baru dilihat begitu mempersonakan apabila menggayakan fesyen tundung terbaru rekaan pereka fesyen, Rizman Ruzaini. Beliau meggayakan tudung tersebut untuk memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita.

Beliau yang teah disolek oleh Epie Temerloh sungguh nampak berbeza dan cantik ditambah pula dengan menggayakann cara susun letak tudung yang menarik.

Dalam sisi fotografi ini beliau telah mengenakan perslinan peplum seba hitam yang ditaburi batu jemaki yang mengetengahkan ciri-ciri wanita muslimah moden. Ziana kelihatan cukup aggun dengan liuk lentuk manjanya.


Sebelum ini dia juga telah turut menjayakan satu lagi persalinan milik Rizman Ruzaini ketika menghadiri pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival 2014 baru-baru ini di Hotel JW Marriot-Siakapkeli.com.my

JANIN DITEMUI DI MACHANG BUBUK ADALAH JANIN KUCING



BUKIT MERTAJAM - Sebuah sekolah di Machang Bubok hari ini dikejutkan dengan insiden penemuan janin di dalam sebuah tandas di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, polis mengesahkan janin itu hanyalah janin kucing. Menurut jurucakapnya, perkara ini disahkan oleh pakar perunding forensik Hospital Pulau Pinang melalui bedah siasat.

Selain itu, pemeriksaan terhadap seorang pelajar yang disyaki tuan kepada janin berkenaan juga mendapati dia tidak mengandung. - Siakapkeli.com.my

KANAK-KANAK 3 TAHUN TERTEMBAK IBU HINGGA MATI




Oklahoma – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya secara tidak sengaja menyebabkan wanita itu, Christa Engles, 26, meninggal dunia selepas sejam kejadian menyedihkan itu berlaku.
Ketika kejadian, Engles sedang menukar lampin pakai buang anak perempuannya yang berusia setahun.
Pada masa sama, kanak-kanak lelaki berkenaan menemui sepucuk pistol di bawah kerusi, lalu melepaskan tembakan ke arah ibunya dan terkena kepalanya.
Bapanya, Brian Engles dan neneknya tiada di rumah itu ketika kejadian.
Menurut polis, terdapat beberapa pucuk senjata api di rumah tersebut, namun malangnya kanak-kanak tersebut menemui pistol yang berisi senjata.
“Kanak-kanak itu telah disoal oleh polis dan dia berulang kali memberitahu `ibu kena tembak’,’’kata jurucakap polis.
Dalam pada itu, Brian, yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui isterinya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, ketika dia berada di luar daerah.
“Saya kehilangan isteri dalam satu kemalangan semalam. Jangan lupa untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka. Anda tidak akan tahu bila kata-kata `saya sayang awak’ adalah yang terakhir untuk mereka,’’ demikian tulisnya dalam Facebook miliknya.

CEBISAN PESAWAT DIANGKUT GUNA TRAK

Takziah MH17

Kuala Lumpur: Beberapa bahagian serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terlalu besar untuk dibawa dengan kereta api, tiba di Kharkiv, Ukraine dengan trak pada Sabtu.

Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam kenyataan melalui laman webnya www.onderzoeksraad.nl berkata, serpihan lain yang dikeluarkan dari tapak nahas itu kini dalam perjalanan ke Kharkiv, Ukraine lebih 300 kilometer dari Torez dengan kereta api selepas berlepas dari Torez pada pagi Ahad.

"Apabila serpihan pesawat tiba di Kharkiv, pengangkutan ke Belanda akan disediakan," katanya.

Pada 17 Julai lalu, penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

DSB berkata, usaha mengeluarkan serpihan pesawat itu dimulakan pada 16 November lalu dan membawa keluar seberapa banyak serpihan dari tapak nahas untuk siasatan.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...