Jules diambil sempena nama salah sorang Pemilik restoran yang bernama Juliana.. Juliana merupakan pakar dalam pembuatan premium kek di kota bharu. Dan nama kuchen pulak diambil dari bahasa Jerman dan di sebut sebagai Koo Hen yang bermaksud kek dihidang bersama kopi...
Unik kan asal usul nama cafe ni, tapi klau owner tk bagitahu ayu pun tak tahu jugak.. Cafe ini dimiliki oleh 2 orang pemilik yang mempunyai kepakaran masing2.
Seorang pakar dlam pembuatan kek, dan seorang lagi mahir menguruskan perniagaan dan mempunyai latar belakang menguruskan perniagaan yang cukup lama.
Pada awal pembukaan cafe ni ayu berpendapat cafe ala hipster ini pasti dimiliki oleh orang bukan islam, jadi agak was2 untuk singgah ke sini... Bukan sebab racist ye, tapi kita sebagai orang islam harus menitikberatkan makanan yang kita makan kerana ianya akan jadi darah daging kita.
Tapi sangkaan ayu rupanya salah dan ayu sangat berbangga bila ada anak melayu yang mampu mengusahakan cafe ala hipster yang mempnyai konsep yang sangat unik.
Cafe ini turut menyajikan pelbagai jenis makanan lain selain kek dan cofee. Terdapat menu masakan panas dan menu western yang unik.
Kek yang disajikan juga sngat istimewa dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Ianya dihasilkan dari bahan premium dan berkualiti dan mempunyai rasa dan rupa yang sangat mengoda tau...
Nk cerita panjang2 tak reti sangat, tapi ayu nk share gambar juadah makanan yang ayu sempat snap masa berkunjung ke sini baru2 ni2..
Tapi korang yang suka santai2 tu memang wajib singgah ke cafe ni. .. Tempat ni memang best dan akan meninggalkan kenangan...
Kat bawah ni ayu belanja korang gambar yang ayu sempat snap masa singgah ke sini.. Tapi kalau nk pias hati lagi, korang kena datang dan try hidangan kt sini..
Korang juga boleh jamu mata kt ig kedai ni ye. .
Screen shot je lah ye. . So nanti senang korang nk cari. . Ape2 pun terima kasih kerana sudi singgah ye. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan