Khamis, 4 Oktober 2018

Takziah Buat Keluarga 6 Bomba yang Terkoban Dalam Misi Menyelamat




Malaysia berduka lagi..  Semalam kita dikejutkan dengan insiden yang melibatkan 6 orang angota bomba yang telah terkorban dalam misi mencari dan menyelamat seorang remaja yang jatuh ke dalam lombong.

Seorang jurucakap jabatan bomba berkata, dalam kejadian pada pukul 9 malam Rabu, kesemua enam anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dibawa arus deras.

Pasukan itu mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong tersebut, pada kira-kira pukul 5.50 petang Rabu.

Difahamkan remaja berkenaan dan dua lagi memancing di lombong tersebut.

Dua rakan mangsa cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk berdekatan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, kesemua anggota bomba berjaya dinaikkan dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

"Bagaimanapun, kesemua mereka disahkan meninggal dunia.

"Dua daripada mereka dari balai bomba Shah Alam manakala empat lagi dari balai bomba Pelabuhan Klang.

"Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25

Sumber BERITA HARIAN

Salam takziah buat keluarga ke enam enam anggota penyelamat yang terkorban semasa operasi menyelamat.

Innalillahiwainnailaihirojiun

.إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ... آمِّيْن

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia,  ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama hambaNya yg beriman... insya ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...