Khamis, 4 Oktober 2018
Siasat Tragedi Meragut Nyawa 6 Angota Bomba
Tragedi yang meragut nyawa 6 angota bomba dalam misi menyelamat masih lagi menjadi bualan hangat dikalangan nitizen. Terbaru, Dr Maza turut memuat naik status berkenaan tragedi ini dan menuntut pihak bertangung jawab untuk memberi penjelasan berhubung kejadian ini...
Siasatan menyeluruh kematian 6 anggota bomba
KERAJAAN perlu menjelaskan dan bertanggungjawab terhadap insiden yang meragut nyawa enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akibat lemas, semalam.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, satu siasatan lengkap perlu dilakukan segera dan kerajaan perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apakah yang sebenarnya terjadi supaya tidak diulangi kelemahan yang lepas.
“Kes ini tidak boleh dianggap remeh. Jika hanya seorang, mungkin boleh dianggap kemalangan yang tidak mampu dielakkan.
“Namun, apabila berlaku kepada enam nyawa, maka satu siasatan lengkap dan bertanggungjawab perlu dilakukan segera,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, DrMAZA.com, petang tadi.
Beliau berkata, mereka yang terkorban dan semua pasukan yang seumpama mereka adalah wira bangsa yang tidak ternilai khidmat dan budinya buat rakyat
“Semoga Allah memberikan ganjaran besar atas pengorbanan mereka dan ditempatkan di syurga yang mulia.
“Ya Allah! Tempatkan mereka di syurga yang indah!” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 6:25 PM
Sumber HMETRO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan