Isnin, 26 Februari 2018

Dari Dia kita datang, Pada Dia kita kembali kepada

Hari ni isnin, genap 11 hari tok pergi meninggalkan kami semua.
Khamis, 15 febuari, aku dikejutkan dengan berita kematian tok yang tinggal bersama keluargaku di kampung..

Berita yang di sebarkan oleh adik lelaki aku melalui aplikasi whatsapp agak mengejutkan aku dan adik yng kebetulan datang ke kelantan. Aku cuba menghubungi keluarga di kampung untuk mengesahkan berita yang di terima.

Puas mendail, tapi panggilan ku ke no telefon mak tk disambut. Call adik yg lain, tapi tk dapat.. Akhirnya kak long menjawab panggilanku. Suara kak long masih serak dan putus, kerana kak long belum betul2 sihat setelah mengalami demam dan batuk yg berpanjangan..

Kak long mengesahkan kejadian tersebut. Memang benar tok telah pergi menemui penciptanya.. Kak long bagithu, kak long nk percepatkan urusan pengebumian jenazah dan tidak dapat menunggu kepulangan aku dan adik. Aku tk membantah, kerana itu adalah yg terbaik buat tok.

Terkilan...
Tkde rasa terkilan sebab tak dapat tengok wajah tok buat kali terakhir, sebab aku sedar dan faham tak elok kalau kita menyeksa mayat tok kalau menangguhkan waktu pengebumian. Aku sebagai cucu dah laksanakan tanggungjawab sehabis baik setiap kali aku pulang ke kampung.

Aku akan menyediakan makanan nya dan melayani permintaan nya bila balik ke kampung. Biasa nya setiap kali tiba waktu solat, kami adik beradik akan beritahu tok. Tok dah tua, kadang tk dengar bunyi azan. Selagi tk diberitahu, selagi tu lah die tak solat. Kadang2 tok psang radio dalam bilik untuk dengar seruan azan.

Banyak kenangan dengan tok. Walaupun tok dah tkde, kenangan tu akan kekal dalam ingatan sampai bila2.. Alhamdulillah tok dikebumikan pada petang itu juga. Urusan pengebumian berjalan lancar walaupun ada anak dan cucu tok yg tk sempat sampai dan ada juga yg tak datang.

Aku gerak dari kota bharu lebih kurang jam 3.30 petang. Aku dapat berita tok dah selamat di kebumikan pada jam 6 petang. Kebetulan sangat, pada hari kejadian adik aku datang sini untuk teman aku balik kampung.. kebetulan hari tu jugak aku tk berapa sihat.

Semuanya bagai dah di susun dengan baik, aku mintak adik aku tia datang teman aku balik, sebab aku tk berani nk drive sorang2. Itu pun sbab abah yang tak sihat. Tapi orang lain pulak yg pergi dulu..

Pada yang terbaca post ayu ni.. ayu mohon sedekahkan Al fatihah untuk arwah tok ayu. Jaharah bt sat..

Selasa, 6 Februari 2018

Terusan Di Venice Kering Kontang Selepas Fenomena Super Moon



Bandar Venice yang terletak di Itali ini cukup terkenal dan sering dipanggil sebagai sebuah bandar romantik selepas Paris di Perancis dan Armsterdam di Belanda.


Mungkin disebabkan oleh kehadiran gondala-gondola yang bersimpang-siur di dalam terusan yang menghubungkan tempat-tempat lain di dalam bandar ini menjadikan bandar ini sering menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.


Akan tetapi, pernah tidak anda membayangkan bagaimanakah keadaan bandar Venice tanpa terusan-terusan mereka yang terkenal ini?


Gambar-gambar yang diambil sekitar 31 Januari sehingga 1 Februari ini memaparkan terusan di sekitar Venice yang kering kontang sehingga menyebabkan gondola-gondola itu tidak dapat beroperasi seperti biasa.


Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada penyurutan paras air, antaranya adalah cuaca yang sejuk, kekurangan jumlah hujan dan fenomena Supermoon pada 31 Januari baru-baru ini yang telah memberikan kesan kepada pasang surut air.


Tidak seperti dengan gambar-gambar Venice yang sering kita lihat sebelum ini, keadaan terkini di Venice adalah jauh berbeza sekalli dengan deretan bot dan gondola yang terkandas di dalam lumpur di lantai terusan yang sekaligus menjadikan bandar ini kelihatan begitu tidak romantik sekali.

Di sesetengah kawasan di Venice, paras air di terusan surut sehingga 2 kaki. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Venice dilanda fenomena kemarau yang luar biasa dan fenomema ini telah mengakibatkan banyak aktiviti pelancongan dan pekerjaan terjejas teruk.

Sumber TaikoTv

Isnin, 5 Februari 2018

Cabaran Tahfiz Cilik

Bukan mudah untuk menjadi seorang hafiz yang perlu menjaga tertib pelbagai perkara termasuk perilaku dan pemakanan.
Namun, disiplin sedemikian bukanlah sesuatu yang mudah diikuti oleh seorang anak yatim Kampung Sungai, Bachok yang sememangnya berminat untuk mendalami ilmu agama sejak di bangku sekolah rendah.

Masuk tahfiz usia 11 tahun.

Ahmad Arif Hanif Juhari,15, anak keempat daripada lima beradik ini tidak kekok untuk meninggalkan segala kelaziman hidup sebelum ini semata- mata untuk mendalami ilmu agama di Maahad Tahfiz Al- Hashimi, Kuala Krai.

Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perupuk ini meninggalkan alam persekolahan aliran biasa untuk mengejar cita- citanya belajar agama ke Timur Tengah.
Walaupun ujian untuk memasuki tahfiz itu agak ketat dengan tiga siri ujian, namun dia dapat melepasinya dan kini sudah hafaz 28 juzuk al- Quran.

“Semua perkara perlu dijaga termasuk pergaulan dan pemakanan. Saya tak boleh makan sesuka hati di luar kerana makanan yang menjadi darah daging akan mempengaruhi hati dan minda kita.
“Kalau balik ke kampung pun tak lama iaitu tiga empat kali sahaja setahun tidak termasuk waktu ‘outing’ dua minggu sekali. ‘outing’ pula hanya sehari.

Saya akan balik ke kampung ketika ‘outing’ kalau rasa rindu sangat dengan mak. Tambahan pula mak tinggal sendirian sekarang selepas adik saya, Ahmad Hakim,13, juga belajar di maahad ini,”katanya.
Sering jadi imam tarawih dan solat berjemaah.
Menjelang Ramadan setiap tahun, Ahmad Arif adalah salah seorang pelajar yang menjadi rebutan untuk dipinjamkan sebagai imam di masjid- masjid seluruh negeri termasuk di Terengganu.

Difahamkan baru- baru ini dia pernah ditawarkan untuk bertugas di salah sebuah masjid di Kuala Besut untuk menjadi imam tarawih namun permintaan itu terpaksa ditolak oleh ustaznya memandangkan dia mempunyai banyak aktiviti di mahad tahfiz berkenaan.

“Saya tak kisah ditawarkan menjadi imam di mana- mana sahaja tetapi perlu melalui ustaz di maahad tahfiz kerana jadual kami agak padat dengan pelbagai aktiviti.
“Saya mula menjadi imam solat berjemaah sejak di sekolah rendah lagi ketika kelas fardhu ain.

Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada masalah untuk kendalikan sebarang solat berjemaah. Kita perlu yakin dan tawakal kepada ALLAH S.W.T ketika menggalas tanggungjawab sebagai imam solat,”katanya yang kehilangan bapa sejak 11 tahun lalu.

Rebut peluang belajar ketika muda.
Berkongsi mengenai aktivitinya sebagai pengajar kelas al- Quran, Ahmad Arif berkata, usia muda sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk belajar al- Quran.
Katanya, apabila usia telah meningkat, keupayaan seseorang untuk mentelaah akan terbatas sama ada dari segi sebutan dan penglihatan.

“Alhamdulillah kini saya dah hafaz 28 juzuk. Di sini kami diajar pelbagai kemahiran berbeza. Jika saya azan, kawan- kawan lain akan iqamat, baca doa dan imamkan solat. Ia untuk membolehkan kami merasai sendiri pengalaman itu sebelum bersedia keluar menjadi imam solat.
“Selain itu, dalam kesibukan kami mentelaah pelajaran namun dalam masa yang sama kami juga terlibat dengan aktiviti lain seperti bersukan yang penting untuk kecergasan fizikal,”katanya.

Ibu sokong minat anak.

Manakala, ibunya, Aminah Mat,48, berkata, dia tidak pernah menyekat minat dua anaknya untuk mendalami ilmu agama dan meninggalkan sekolah aliran biasa.
Katanya, dia bertuah kerana di maahad tahfiz itu anaknya ditanggung sepenuhnya oleh pihak maahad termasuk pakaian, makanan dan keperluan pembelajaran.

“Adakalanya kalau saya rindukan anak- anak, saya akan naik kereta sewa untuk ke Kuala Krai. Walaupun kami bukan orang senang tetapi saya tak kisah berhabis RM100 untuk bayar tambang ke sana demi melihat anak di depan mata.
“Saya bersyukur kerana mereka meminati ilmu agama dan sentiasa berdoa agar mereka berjaya dunia akhirat dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air kelak,”katanya.

Untuk rekod, Ahmad Arif adalah rakan dan sekampung dengan pelajar tahfiz, Muhamad Rahman Rozali,17, yang meninggal dunia dalam trageri kemalangan tujuh tahfiz di Kuala Krai baru- baru ini. Beliau turut pulang mengiringi jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan Kampung Sungai.

Ahmad Arif juga pernah dinobatkan sebagai qari terbaik keseluruhan dalam Tilawah al-Quran dan Festival Nasyid peringkat kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia kali ke-41 yang diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak 2015.

Ahmad Arif (kanan) ketika dinobatkan sebagai qari terbaik keseluruhan dalam Tilawah al- Quran dan Festival Nasyid peringkat kebangsaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia kali ke-41 yang diadakan di UiTM Seri Iskandar, Perak.

Ahmad Arif (depan) ketika mengimamkan solat hajat sebuah program di Gunung.

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...