Tapi kalau tahun sebelum ni hanya beberapa tempat je yangn
Dari tk perasan, ayu pun makin alert tentang perubahan suhu ni. Baru2 ni sempat balik ke kampung untuk ziarah abah yang kurang sihat dan telah dimasukkan ke hospital dan menyebabkan ibu jarinya di potong kerana sakit kencing manis yg dihidapi nya..
Alhamdulillah abah dah beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital setelah beberapa hari berehat di HTAA ( Hospital Tengku Ampuan Afzan.. Tapi sepanjang berada di kuantan ayu memang perasan sangat, cuaca kali ni sangat berbeza, sejuk dan lembab je sepanjang hari. Tido malam pun berselimut litup, walhal ayu bukan jenis yng suke tido berselimut..
Disebabkan sekarang zaman dah makin canggih, kita boleh semak suhu semasa melalui smart phone je kan. Memang terasa sangat suhu sejuk masa tu. Bila check kat apps cuaca memang suhu agak rendah masa tu. Mencecah ke 23°c pada waktu malam.
Suhu khamis malam jumaat
Agak rendah kan.. kalau hari biasa suhu malam paling rendah pun sekitar 27 ke 28 °c jer. Tapi malam tu memang sejuk sampai tido pun tutup terus kipas waktu awal pagi sebab sejuk sangat. Mengigil rasanya walaupun dah berselimut.
Esok nya pun suhu masih rendah, kebetulan jumaat pagi tu ayu dah nk balik kelantan sbab dah lama duduk kt kuantan. Lagipun abah pun dah semakin sihat jadi hati pun makin senang nk balik tinggalkan abah.. Tapi sepanjang perjalanan pun hujan je dari kuantan sampai kelantan. Kejap² je hujan berhenti.
Naik bas pulak lupe nak bawak sweater, maka memang kesejukanlah sepanjang jalan. Harapkan tutup sembunyi tangan bawah tudung jer, nasib baik jugaklah tudung tu agak labuh, kira bonus lah tu kan.. tudung labuh, dapat tutup aurat dan kurangkan sejuk.
Alhamdulillah kali ni naik bas tkdelah lama sangat. Dalam 8 jam lebih je dah selamat sampai ke kota bharu dari kuantan. Kalau masa ayu balik kuantan hari tu, dekat 10 jam lebih, stress duduk dalam bas. Dengan sakit pinggangnya sebab lama sangat atas bas. Tak kira lagi sengsara menahan kencing.. kalau kerap naik bas, silap2 boleh dapat penyakit batu karang.. Harap² tkdelah kena penyakit kronik macam tu..
Hari sabtu, suhu masih lagi sejuk. Tapi pagi tadi tkdelah terasa sangat. Nak ke petang baru terasa sejuk sangat, tambah pulak dengan hujan. Jadi makin sejuklah jadinya.
Suhu petang sabtu
Suhu malam ni...
Disebabkan suhu sejuk, malam ni memang confirm tak payah pakai air cond.. kipas pun tk on malam ni sebab cuaca memang sejuk. Kalau sepanjang tahun macam ni, memang jimatlah elektrik kt umah ni kan.
Tapi kalau lembab sepanjang tahun, nk keringkan baju pun susah nanti kan.
Ape yg penting Allah dah aturkan yg terbaik untuk kita semua. Sekarang die bagi kita sejuk, nanti lagi 2 ke 3 bulan hadir pulak cuaca panas.. bertuahnya kita kerana berpeluang tunggal di Malaysia dengan iklim yamg owesome ni. Ada masa hujan, ada masanya panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan