Khamis, 14 Disember 2017

Ingatkan Kena Saman, Rupanya Notis Parking..


Awal bulan baru ni berkesempatan  melawat mak abah di kampung.. On the way balik kampung baru ni singgahlah kejap makan mee pok soh dekat jerteh ni.. Antara tempat favourite  jugak ni tau. Kalau nk tahu lebih detail, boleh check entry sebelum ni.. 

Tempat makan ni kalau ikutkan biasa-biasa jer, tapi Alhamdulillah memang menepati citarasa. Kalau masa kali pertama dtg sini dulu takdelah kata tempat ni best. Tapi lama- macam ketagih pulak.. Paling kurang sekali sebulan akan datang makan kt sini, ada kalanya lebih sekali sebulan pun ada. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lepas makan nk gerak balik kampung, nampak ade kertas dekat wiper, ingatkan dah kena saman rupanya kertas bayaran parking jer.. Masa perasan kertas tu kitorang dah gerak, jadi berhenti jap tepi jalan n ambik kertas tu, Terkejut tengok jumlah bayaran kt kertas tu.. 
Murah sangat2 n macam tak percaya pun ade. 


Bayaran yang dikenakan cuma Rm 0.30 jer.. macam tak percaya tau. Maklumlah Ini kali pertama dapat kertas parking masa g jalan kt jerteh ni. Ye lah kan, biasa datang waktu petang. Parking dah free sebab dah abis waktu pejabat, orang kerja parking pun dah balik.. ๐Ÿ˜Š

Disebabkan Masa tu dah dalam perjalanan balik kampung, tak sempat nk cari pondok bayaran parking.  Jadi beberapa hari lepas sempatlah luangkan masa gi bayar parking dekat Jerteh.. Kalau ikutkan dah lebih tempoh 7 hari dah, jadi bayaran parking dah jadi Rm 2.. 

Masa duk meronda cari pondok bayaran parking tu, ternampak pekerja Majlis Badaran Besut tengah edarkan kertas parking. Kat kertas tu ada tulis boleh bayar pada pekerja majlis bandaran. Jadi cepat2 pergi bayar pada diorang. 

Hulur kat diorang rm 2, tapi diorang just mintak 30sen jer.. Memang seronok tak terkata lah kan.. jimat dah 1.70.. boleh buat minum air teh o ais dah tu.. ๐Ÿ˜‚ Tapi ikutkan tak kisah pun bayar rm 2 sebab harga tu masih murah lagi kan.. 



Harga parking kt tempat korang pulak macam mana? Rasa berpatutan tak? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...