Awal bulan November 2015 lalu aku dah tinjau- tinjau dalam internet tentang beberapa jenama ‘air purifier’ atau penapis udara ni. Berkenan dengan jenama Sharp tetapi di sini tak banyak pilihan yang ada. Sudahnya aku ke kedai barangan elektrik milik bumiputera di Kubang Kerian.
Sebelum ni dan banyak beli kedai yang berjenama tu, jadi apa salahnya kali ni beli di kedai milik bumiputera pula. Bukan rasis tetapi jihad ekonomi nak sokong ekonomi orang Islam kerana ALLAH S.W.T.
Di kedai tu memang hanya jual barangan elektrik jenama Panasonic sahaja. Jadi, tak kisah sangatlah sebab jenama tu pun boleh tahan juga. Tangga harga yang aku nak beli bawah RM1,000 sahaja. Kalau dapat yang lebih rendah pun ok.
Tengok punya tengok, aku berkenan pada yang harganya RM700 tu, model Panasonic Nanoe FPXF35A. Ia boleh cover keluasan hingga 26 meter persegi. Cukuplah tu untuk bilik aku yang kecik tu. Harga rasmi tulis RM799, tapi mereka berikan diskaun dapatlah RM700.
Fungsinya untuk bersihkan udara dan bau yang kurang menyenangkan dalam bilik aku tu. Alhamdulillah lepas pakai menda alah ni dah takde bau yang tak best tu. Sebelum ini aku letak macam- macam. Dah pakai exhause fan, dah letak lampu garam bukit tapi haremm tak ada kesan apa pun eh.
Aku pun bawa la balik menda ni dan terus nak pasang la kan. Sekali aku tengok apesal lak menda ni ada tempat letak air lak ni. Pikir- pikir aku pun terus letak air dalam bekas menda alah tu. Aik..dah jadi macam humidfier lak. Aku tau fungsinya pun bagi lembab udara cam tu je. Aku rasa mungkin salesman tu tadi lupa nak ‘explain’ tentang fungsi menda ni kot.
Apa lagi aku terus tanya incik gugel.. sekali lagi aiikk...aku tengok model kat resit dan kotak tu FVXF35A. Harganya RM1,000 lebih juga tu. Heran tak kan banyak tu sekali aku dapat diskaun kan..
Aku abaikan saja dan anggap memang kedai tu nak bagi ofer kaw2 punya..duduk tak lama lepas Isyak tu, henpon personal aku berbunyi. Sapa lak duk col aku mlm2 neh...
Aku pn jwb ler..skali orang kedai elektrik tu yang col. Dia minta maaf byk2 sebab tersalah bagi model air purifier tu kat aku. Dia kata yang dia bagi tu yang murah, naya la kat aku bayar mahal tp dapat yang murah.. aleh..macam aku ni bodoh sangat kan...padahal dia nak pujuk aku hantar balik barang tu yang memang mahal.. erk..agak2 kalau aku tak hantar balik dia bleh saman tak..hehe...
Tp mengenangkan aku ni bukan nak idup lama, satni jenuh aku nak menjawab..aku pun dengan rela hati pergi pulangkan balik menda tu yang memang ada fungsi humidfier sedangkan yang aku beli tu tak ada pun fungsi macam tu. Tak nak aku humidfier tu, orang cakap menda alah tu parah makan bil api...huhu..
Lepas bawa balik air purifier aku yang sebenarnya, aku masih berpuas hati dengan fungsinya sehingga hari ini. Alhamdulillah syukur di atas nikmat rezeki pinjaman ALLAH S.W.T...
Ok lain kali kita cite tentang air purifier coway Lombok II kat ruang tamu lak...ini spesel sebab untuk anak bulus aku si Dencio yang selalu menggelupur kat luar tu kan...