Macam biasa, perjalanan kami kali ini, juga merupakan perjalanan yang tk dirancang, dan lari dari apa yang kami rancang... berdasarkan perancangan awal, kami akan ke Lumut pada 26 ogos 2015... tapi disebabkan kitorang terlalu excited nak g bercuti, kitorang terus tukar plan untuk gerak ke lumut pada 25 ogos 2015 iaitu hari selasa.
Disebabkan kereta dah siap servis hari isnin tu, n malam tu kami terus kemas beg untuk percutian kami nanti... Jadi pada pagi selasa itu, selepas solat subuh, hati mula berbelah bagi pulak sama ada nak teruskan perjalan hari selasa atau rabu... Disebabkan mata ni tiba2 rasa mengantuk yang teramat sangat, jadi kami ubah rancangan untuk gerak ke Lumut pada hari rabu n terus sambung tido...
Tapi bila dah bangun tido, kisahnya lain pulak, tiba2 rasa macam bosan pulak nk duduk kat umah lagi sehari... Jadi sekali lagi kami tukar plan untuk percutian kali ni, Beg semua dah siap kemas, jadi terus angkat masuk dalam kereta, then terus gerak, tapi sebelum tu, sempat lagi kitorang singgah makan di kedai nasi kak wook...
Nasi kak wook ni agak terkenal di kelantan, nasi + ayam goreng garing + gulai dalca + sambal... Hidangan simple macam ni pun dah cukup menyelerakan kami berdua... 1.30 petang kami selesai makan. Selepas makan, barulah kami teruskan perjalanan ke Lumut.
Perjalanan kali ini kami memilih untuk melalui jalan grik... walaupun agak sunyi tapi berdasarkan carian dalam waze, jalan ini antara yang terbaik. Kami juga sempat singah di petronas jeli lebih kurang jam 2.30 petang untuk solat zohor.. selepas itu barulah kami teruskan perjalanan lagi...
Alhamdulillah kami sampai di Lumut pada jam 8.30 malam... Disebabkan dah berjanji dengan kawan ayu, kitorang singgah ke rumah kawan ayu sebelum check in hotel.. Ikutkan kawan ayu memang ajak bermalam kat rumah die, tapi tak nak susahkan die, sebb diorang pun keje, tak selesa pulak nanti.. Jadi kami memilih untuk check in kat mana2 hotel bajet di sekitar pekan lumut....
Untuk bermalam dipekan lumut, ianya bukan masalah bagi para pelancong, sbb banyak hotel sekitar pekan lumut, dari yang mahal hinggakan yang murah... untuk malam pertama di Lumut, kami memilih hotel indah yang terletak berhadapan dengan Lumut Waterfront... Hotel bajet, tapi masih selesa jika sekadar untuk bermalam dan berehat... Harga bilik kami untuk malam pertama d hotel indah hanya Rm 70 semalam..
Ini antara pic yang sempat snap...
Bilik die simple je, oklah untuk tido malm.....
Tapi kitorang tak terus tido lepas check in... sempat juga keluar jalan2 sekitar Marina island...
Kat sini pun ada jety juga kalau nk ke pulau pangkor, boleh juga naik ferry ke pulau pangkor melalui jetty Marina Island... kalau tak silap kawan ayu cakap masa perjalanan ke pulau pangkor lebih cepat melalui jetty Marina Island jika berbanding dari jetty pekan Lumut...
Lepas santai2 di Marina Island, kitorang terus gerak menghala ke pekan lumut semula, tapi singgah dulu untuk Karaoke, Tapi ayu tak karaoke pun, sekadar layankan kawan ayu yang beriya2 nak karaoke malam tu... jadi kami berdua hanya sekadar pendengar je lah untuk malam tu...
Selesai karaoke, lepas hantar kawan ayu balik umah, sebb esok diorang nk keje pulak, terasa mcam nk minum air pulak.. jadi kami berdua singgah kat mamak yang berdekatan hotel... kalau kat pekan lumut ni, malam2 nak makan tak perlu risau, bnyak kedai mamak kat situ dan fastfood pun ada. Kalau nk makan KFC pun ada yng bukak 24 jam... jadi memang takde masalah kalau lapar tengah malam pun...
Lepas siap makan kitorang terus naik ke bilik hotel n segarkan badan n tido, maklumlah seharian dah atas jalanraya... badan memang agak penat jugaklah... Alhamdulillah lena tido malam tu, suasana kat situ pun tkdelah bising sangat, dan bilik hotel pun agak selesa..
Hari 2
Disebabkan masih kepenatan, lepas solat subuh kitorang sambung tido blik n bangun lebih kurang jam 10 lebih... Bila badan dah terasa segar balik barulah boleh sambung jalan2 lagi... lepas siap2 kemas barang, kitorang terus check out, walaupun pada asalnya nk check in semalam lagi kat situ.. tapi disebabkan time g karaoke malam sebelum tu kami ada jumpa iklan hotel lain yng lebih menarik, jadi kami decide untuk tido kat tempat lain pulak malam ke 2 di lumut.
Lepas check out, pekara pertama yang kitorang cari adalah makanan... lepas makan jalan2 sekitar pekan lumut.. Dah terlanjur kat lumut, kita cari ikan bilis mata biru dan ikan masin sikit dan serba sedikit hasil makanan laut. Walaupum kat kelantan pun banyak makanan tu, tapi nk felling pelancong pulak... jadi beli juga serba sedkkit mana yang berkenan dihati.
Lepas jalan2 dah terasa dahaga pulak... sementara nak tunggu pukul 2 untuk check in hotel lain, kitorang singgah minum Abc di kedai sekitar pekan lumut yang terletak behadapan jetty lumut sambil tengok orang keluar masuk jetty...
Bila tengok jam dah lebih 2 petang, kami pun cepat2 habiskan Abc sebab nak g check ke hotel lain pulak... Hotel untuk malam ke 2 kami di lumut adalah Orchard inn... Untuk malam ke dua kami dilumut, harga yang kami dapat adalah Rm 50.00 semlam termasuk breakfast untuk pagi esoknya sebelum check out... Memang betul2 menarik promosi yang ditawarkan di Orchard Inn... Harga yng di luar jangkaan dan bilik yang ditawarkan agak selesa sesuai dengan harga yng dibayar...
Parking luas depan hotel
Katil yang bersih da kemas
Ruang menyimpan pakaian
Dan barangan peribadi
Tandas yang bersih
Disebabkan takde plan nak g mana2 petang tu, kami pun decide untuk berehat kat bilik je petang tu lepas solat zohor, masing-masing terus terlena. Nasib baik tersedar sebelum masuk waktu Asar, selesai solat asar kami terasa macam nk g jalan ke teluk batik pulak... walaupun kat sini pun selalu dah g pantai, tapi nk try angin Pantai Teluk Batik pulak kali ni...
Kerusi yang kat tepi pantai ni boleh
disewa dengan harga Rm 2 sahaja
Bila duduk kat tepi pantai ni, terasa pulak nk makan ikan bakar, jadi kami pun google lah tempat untuk makan ikan bakar di sekitar lumut.. tertarik dengan satu kedai ikan bakar ni, tapi sayangnya masa kitorang pergi kedai tu tak bukak... Tapi view tempat tu memang cantik, boleh tengok matahari terbenam sekli kalau datang waktu senja...
Mungkin bukan rezeki kami hari tu... jadi kami pun jalan2 lagi dan sekali lagi jalan2 sekitar Marina Island... Disebabkan masa datang sebelum ni hari dah gelap, jadi tak dapat tengok view kawasan tu dengan jelas... jadi kitorang g sekli lagi waktu siang pulak...
Dalam perjalanan balik bilik hotel nampak 1 kedai ikan bakar ni, jadi kitorang terus singgah kat situ... menu kt kedai tu pun agak menarik. Jadi tercapailah hajat nk makan ikan bakar kat lumut...
Lepas makan kitorangterus balik ke hotel untuk solat maghrib dan isyak dan berehat dahulu sebelum keluar semula dngan kawan ayu...
Malam terakhir kat lumut kawan just bawak jalan kat tokong budha yang turut menjadi salah satu tarikan pelancong kat sini.. Tempat ni terletak di sekitar pasir panjang, manjung...
Disebabkan time pergi tempat ni dah malam jadi tak dapatlah nak jalan2 sangt malam tu..
N time kitorang sampai tu pulak hari dah hujan... jadi sempat snap gmbar sikit je lah....
Jadi lepas jalan2 sikit n snap sekeping 2 gambar kat situ, kitorang terus balik n sebelum balik kitorang sempat jugak singgah kat kfc n makan dulu sebelum balik hotel... malam tak banyak sangat aktiviti yang boleh buat, jadi kami cuma rehatkan diri kat hotel je untuk malam terakhir kami di lumut
Nota kaki...
Trip ke lumut ni dibuat pada bulan 8 2015....
Tak sempat nk update sebb terlalu buzy n tk sempat nk masukkan gambar dalam Tablet...