Jumaat, 21 Ogos 2015

Rezeki Masing-masing



Ayu percaya setiap insan yang hidup di dunia ni Allah dah tetapkan rezeki untuknya... Ayu juga pecaya Allah dah tetapkan rezeki untuk Ayu, Alhamdulillah selama hidup ni tak pernah lagi susah sampai tak makan berhari2... Alhamdulillah walaupun dapat makan makanan yang simple je...

Dalam perniagaan pun Ayu percaya rezeki kita dah ditetapkan... Kalau urusan jual beli tu memang untuk ayu, memang rasa syukur sangat, tapi kalau bukan untuk Ayu, berserah dan redha dengan ketentuan Allah... Tapi bila cakap pasal redha, tk bolehlah kita duduk saje tanpa berusaha... Sebb Allah pasti Akan bantu Hambanya yang rajin berusaha. Jadi yang perlu dibuat adalah usaha dan berdoa pada Allah agar dimurahkan rezeki...

Ayu perasan dalam senarai kawan2 fb ayu, kebnyakkan adalah perniaga online, dan mereka jual barangan yang sama dengan ayu... Ayu tkde masalah klau ade yg pm, tanya harga dan minta diskaun bagai, tapi hakikat diorng pun duk jual barang yag sama. Then bila ayu jual lebih murah dari diorang, terus nk cop barang ayu FAKE...

Alhamdulillah, selama ayu buat bisnes online, ayu belum pernah lagi dapat feedback yang tak elok dari pelanggan, takde pulak pelanggan komplain pasal barang diorng... Rata2 yang pernah shoping dengan ayu bagi feedback yang positif... cumanya ayu selalu terlupa nk simpan testimoni pelanggan, bnyak yang dah ilang dan dah delete...

Apa2 pun, ayu dah buat yang terbaik untuk semua Pelanggan ayu, jadi pada bakal pelanggan baru yang belum pernah berurusan ngn ayu, jangan risau sebb ayu trusted seller... Boleh ke page ayu untuk tengok senarai barangan yang ayu jual... Ataupun boleh terus je whatApps ayu untuk sebarang pertanyaan mengenai produk...

0169442459-Ayu

Tq pada yang sudi singgah kat blog ayu n baca entry ni...

Khamis, 20 Ogos 2015

Jom makan satay Di Pantai Irama


Alhamdulillah, hari selesai exam untuk paper ke 2 sem ni, so cuma tinggal 1 paper je lagi, lepas tu dah boleh rilekskan minda... 

Kebetulan lepas exam hari ni terasa lapar pulak time hujan2 camni... Jadi menu makan petang hari ni ialah satay n nasi ayam... Selera besar je hari ni...


Kalau kedai jual satay kat mana2 pun memang banyak, sekitar kota bharu ni pun banyak kedai jual satay... Tapi bagi ayu tempat yang paling best nk makan satay sambil bersantai adalah kat medan selera sekitar pantai irama bachok.

Kat medan selera ni pun ada bnyak pilihan kedai yang jual satay, tapi yang kena dengan selera ayu ade 1 je kedai. Dari tepi jalan dah boleh nampak kedai ni, sebab kedai ni adalah kedai yang paling depan sekali. Kedai no 1A di medan selera pantai irama, Bachok...

Kedai ni kalau tengok memang biasa2 je, tkde pelayan muda n cantik, yang ada kat kedai tu cuma 2 orang mak cik yang dah agak berusia, walaupun kadang2 service die agak lambat sikit, tapi boleh faham sebab keadaan mak cik tu yang dah agak berusia n diorang cuma kerja 2 orang je... Dan yang paling best sekali harga satay berpatutan dan besar...

Untuk harga 1 cucuk satay ayam atau daging cuma rm 0.70 sahaja... Satay yang dijual juga bersaiz agak besar. Jadi bila makan tu memang puas hati... Rasa satay yang dijual juga sedap dan kena dengan selera ayu. Sbb tu ayu booeh cakap kedai satay mak cik ni antara yang terbaik kat kawasan medan selera ni.

Berbanding kedai2 lain yang ayu sendiri dah pernah try, bnyak pekerja muda2, tapi service slow n adap tak berapa nk bagus sangat, memang tersangat annoying bila gi makan kt situ. kalau budak2 lelaki muda, mungkin suke pergi... Kalau dari segi harga pun agak mahal sedikit sekitar rm 0.80 ke rm 0.90 untuk 1 cucuk satay...

So bagi sesiapa yang berpeluang ke pantai irama bachok, kalau teringin nk makan satay, boleh cuba makan kat kedai no 1A medan selera bachok... Insya-Allah korang akan puas hati...



Selasa, 18 Ogos 2015

Ais Krim Malaysia



Kalau cakap pasal ais krim malaysia, budak2 bandar zaman sekrang mesti tk berapa kenal, bagi budak2 bandar, mereka lebih gemarkan ais moden yang datang dengan pelbagai perisa dan warna yang menarik disamping bekas yang cantik... 

Tapi bagi ayu sendiri Ais krim malaysia adalah yang paling best, zaman kecik2 dulu balik sekolah mesti akan singgah kedai runcit beli ais krim n makan sambil balik rumah. Waktu tu bukan tkde ais krim moden, tapi ais krim malaysia yang paling murah... 

Zaman kecik2 dulu ais krim malaysia cuma 10 sen je sebatang... tapi tu zaman 1990-an... zaman sekarang 2015 ada yang jual dengan harga 30sen sebatang. 

Bisnes ais krim ni boleh dikatakan mudah dan menguntungkan, sbb modal cuma air, perisa dan gula serta plastik ais krim... sejak ayu stay ngn kawan ayu, budak2 kat kawsan ni selalu tanya pasal ais krim malaysia... itu pun sebb dulu masa mak kawan ayu stay kat rumah ni die buat dan jual ais krim malaysia... tapi tu kisah hampir 3 ke 4 tahun dulu... 

Walaupun dah hampir 4 tahun berhenti jual ais krim kat rumah ni, tapi masih ramai lagi budak2 yang asyik bertanya tentang ais krim malaysia... jadi ayu n kawan decide untuk jual balik ais krim malaysia kat umah... 

Sambutan mula2 agak slow sikit sebb ramai yang tak thu... tapi bila dah ramai yang tahu pasal jualan ais krim dari rumah, jualan makin lama makin bagus, seronok pulak melayan kerenah budak2  ni, walaupun kadang2 penat berulang alik untuk angkut ais krim keluar.. 

Kebiasaanya budak2 hanya mula datang beliais krim bermula dari jam 6 petang sampai 9 malam... walaupun untung tk banyak, tapi seronok, boleh berniaga sambil bersedekah... 

Pada surirumah yang nak mula tambah pendapatan dengan modal yang rendah, boleh cuba buat bisnes ais krim malaysia... 

Ayu berniaga bukan niat nk kaya, tapi biarlah sekadar dapat menampung segala keperluan dalam zaman sekarang dimana semua barang dah mahal... dan sambil2 bersedekah dan boleh bantu orang lain yang lebih memerlukan... 

So sekarang dah jadi rutin harian kena topup perisa ais krim sebelum tido supaya dapat jual lagi untuk keesokkan harinya... 



Ahad, 9 Ogos 2015

Salam syawal di penghujung Syawal

Dalam tk sedar, dah lama rupanya dinding blog ini terbiar sepi.. 
lantaran kesibukan dengan rutin harian dan pelbagai hal lain.. kadang kala tak sempat pun nak jenggah blog ni.. 

Musim raya ni mesti ramai yang tak putus2 menghadiri jamuan rumah terbuka di rumah kawan2 dan sahabat handai kan.. 

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung blog saya yang seberapa ini... walaupun kita kini sudah berada di penghujung bulan syawal... 

Rayakan sebulan... 

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...