Jumaat, 1 Mei 2015

Selamat Hari Buruh


Alhamdulillah... Hari ni 1 mei 2015... masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup diatas muka Bumi Allah yang Maha Esa.

Bersempena cuti panjang yang bermula hari ini sehingga isnin iaitu cuti ganti untuk hari wesak yang jatuh pada Ahad 3 mei, pasti ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti, termasuklah aku dan bff aku ni.

Jadi bile dah musim cuti ni, mesti jalan pun akan jamed dan banyak kereta atas jalan raya, bagi yang ingin memandu ke dstinasi pilihan, pastikan korang semua dah membuat persediaan awal...
1. Make sure kenderaan dalam keadaan baik, check semua yang berkaitan, terutama tayar, minyak itam, brek, dan enjin dalam keadaan baik.
2. Pastikan korang dah cukup rehat sebelum memulakan perjalanan, dan berhenti ditempat yang selamat jika penat.
3. Rancang perjalanan dengan memilih waktu yang bukan waktu puncak untuk memulakan perjalanan, jika anda memilih waktu puncak, terpaksalah berhadapan dengan kesesakan jalan raya nanti.
4. Sekiranya terperangkap dalam kesesakan jalan raya, cuba bertenang dan bertimbangrasa terhadap pemandu lain.
Bagi orang Islam, anda boleh berzikir ketika memandu dalam kesesakan supaya hati menjadi tenang dan Insya-ALLAH perjalanan anda dilindungi. Eh, terlupa pulak... yang paling mula2 tadi, sepatutnya baca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Semoga perjalanan korang semua selamat dan gunakan waktu cuti ni bersama keluarga dan jadikannya masa yang berkualiti.

Pandu Cermat, Jiwa Selamat
Biar Lambat Asal selamat...
Ingat Orang Yang Tersayang...
Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab bersama...

HAPPY HOLIDAY...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...