29 April 2015...
Hari ni pagi pagi lagi aku dah keluar ngn kawan aku ni, Dah terlanjur ada kerja pagi ni, kitorang singgah dulu makan roti canai kat gerai roti canai favourite kitorang di area pantai irama bachok..
Rasanya dah lama tak makan roti canai sebab tak kuar pagi, kat sini kalau datang lambat tak merasalah nk makan roti canai die...
Hari ni kitorang makan 1 roti canai sardin, dan lagi 1 roti canai kahwin, (roti kosong + roti telur) banyak tak kitorang makan?? Al maklumlah tangki besar... Dah siap makan terus ke destinasi seterusnya iaitu ke Sekolah Menengah Kandis Sebab kawan aku ada urusan sikit kat situ..
Disebabkan hujung minggu ni nk g KL, jadi kitorang pun teruslah rancang nak g ke pasar Siti Khatijah nak mencari dodol...
Dalam perjalanan nk g kota bharu dari kandis sekitar Kampung Hujung Repek, ternampak sebuah kereta Produa Alza yang bergerak pelahan dan dihadapan kereta tu pulak ada seorang lelaki tengah berlari.
Disebabkan dah terlepas, jadi kitorang berhenti kat depan sikit dan tunggu diorang sampai. Perasaan ingin tahu ape yang sedang diorang buat. Jadi kitorang pun decide untuk tunggu dan tanya tujuan larian yang dibuat. Macam buzy body je kan, tapi kalau tak tanya, tak tahu...
Sebaik dia sampai, kawan aku ni terus ambik gambar dia, dan dia juga mula memperlahankan langkah, mulanya segan jugak nk tegur dan tanya, takut mengangu perjalanan dia. Tapi cuba juga beranika diri n dia juga seorang yang ramah dan banyak cakap.
Dari perbualan kami,aku dapat juga maklumat pasal diri dia. Azlan Ali merupakan anak kelahiranKuala Lumpur yang berusia 33 tahun bersama sahabatnya Muhammad Ridzuan Rosli yang berusia 22 tahun telah membuat projek larian amal ke seluruh semenanjung bermula 1 January lalu bagi mengutip derma untuk disalurkan kepada 12 Mahad Tahfiz.
Serius memang aku Kagum dengan semangat dan sikapnya yang tabah belari dibawah panas terik matahari demi mencapai matlamatnya yang ingin menjelajah ke seluruh semenanjung dari masjid ke masjid dan ke setiap negeri bagi disalurkan kepada Mahad Tahfiz dan anak yatim disetiap negeri yang dijelajahinya...
Prinsip penjelajahan Azlan adalah mereka wajib singgah ke masjid Negeri di setiap negeri yang dilewati, bermula dari negeri johor,
Sultan Abu Bakar (Johor), Masjid Sultan Ahmad Shah (Pahang) dan Masjid Abidin/ Masjid Putih (Terengganu). Dan hari ini akan tiba ke Masjid Sultan Ismail Petra (kelantan)
Zaman sekarang ni rasanya tak ramai anak muda yang ada semangat macam ni.. Buat sesuatu untuk orang lain dan bukan pentingkan diri sendiri. Semangat macam ni bukan senang kita nk jumpa.
Berdasarkan ceritanya, Die pernah jual t shirt untuk cari modal bagi memulakan perjalanan jelajah amal bagi kutipan derma ini. Alhamdulillah kawan bnyak menyokongnya dengan membeli t shirt yang dijual dan ketika itu dia dapat mengumpul rm 850.
Dengan bermodalkan hasil jualan t shirt, Azlan telah memulakan jelajah bagi mengutip derma untuk Mahad Tahfiz. Azlan juga mengalami pelbagai halangan dan kesukaran untuk dapatkan permit bagi mengutip derma, serta pernah terlibat dengan kemalangan dan memaksanya menanguhkan perjalan lebih kurang sebulan.
Namun begitu, semua itu tidak pernah mematahkan semangat Azlan bagi meneruskan misi penjelajahan beliau. Sokongan moral dari penduduk kampung dan imam masjid yang dilewatinya juga menjadi salah satu pendorong untuknya meneruskan misi.
Memang teruja sangat dengar cerita Azlan ni tadi, kagum dengan semangat beliau yang tak ada pada semua orang. Bukan mudah nak hidup berkelanan dan berjalan kaki dibawah panas terik camni. Tapi demi matlamat dan niat untuk membantu orang lain, beliau tetap tabah..
Aku ni tak berapa pandai sangat nak mengarang cerita ni, tapi kalau korang berminat nak follow perjalanan Azlan ni, boleh follow fb dia.
Facebook
Facebook.com/irunmynation
dan juga boleh like page Azlan: Irunmynation
Instagram / Twiter
Irunmynation
Dia banyak update pasal aktiviti dan lokasi dia kat Ig, jadi korang boleh like dan follow dia dan kalau ada rezeki lebih mungkin boleh juga beri sumbangan pada Azlan bagi merealisasikan matlamatnya menjelajah Semenanjung Malaysia dan menbantu Mahad Tahfiz yang kurang mendapat perhatian dan Anak yatim..
Semoga Azlan terus Istiqomah dalam meneruskan perjalananya bagi meneruskan misi dan matlamatnya..
sempat je aku bergambar ngn die
Tiada ulasan:
Catat Ulasan