Rabu, 28 Januari 2015

Aiskrim Pasu Mula Jadi Kegilaan

Pelbagai ramuan dan perasa disediakan dengan hanya RM5 sebekas.

SUNGAI PETANI – Fenomena terbaharu mengubahsuai pasu bunga sebagai bekas aiskrim terbukti berkesan apabila sambutan terhadap produk itu mendapat permintaan tinggi.

Pengusaha Butik Gerobok Tuan Tanah, Rozlyanna Basharuddin, berkata, jualan hari pertama mencecah 100 unit melebihi jangkaan sasaran hanya 50 aiskrim.

“Kelainan rasanya membuatkan pelanggan datang semula untuk mendapatkan aiskrim pasu bagi kali kedua dan seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Usahawan muda berusia 26 tahun ini berkata, dia mula mendapat idea menyediakan aiskrim pasu ketika cuba merasai keenakannya di sebuah lokasi pelancongan.

“Sebelum itu, saya mula sediakan ruang untuk vendor mempromosikan barangan mereka di Butik Gerobok Tuan Tanah yang berkongsi bangunan dengan kilang baju Rokiah Garments di Taman Bandar Baru, Sungai Petani (terletak di belakang Institut Kemahiran Mara).

“Bagaimanapun, apabila memikirkan cara untuk tarik pelanggan ke butik vendor ini, kami cuba sediakan sesuatu yang berlainan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka sambutan begitu menggalakkan sehingga kini mencecah 500 aiskrim pasu berjaya dijual sehari.

Katanya, bagi melancarkan urusan, suami, Mohd Ridhaus Irffan, 26, dan adik lelaki, Rozaimy, 24, turut membantunya kerana tidak menang tangan dengan tempahan pelanggan.

Sumber

Selasa, 20 Januari 2015

AWAS!! Apa Yang Kita Tidak Tahu Mengenai Resdung?


               AWAS!! Apa Yang Kita Tidak Tahu Mengenai Resdung?

GEJALA RESDUNG  : 
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak 
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya. 
                                 

PUNCA RESDUNG :
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
KOMPLIKASI RESDUNG :

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Resdung bukan suatu penyakit yang biasa.Jangan anda bersikap acuh tak acuh tentang kesan bahaya dari penyakit ini.Adakah anda ingin jadi seperti dibawah baru ingin bertindak?Sudah terlambat,Jadi bertindaklah sekarang!!!
 



Jom Rawat Masalah Resdung Anda Dengan 

BELLA FORMULA SINUS CARE.

Diformulasi untuk rawatan resdung/sinus dalam masa 7 hari!
Dapatkan rawatan awal sebelum masalah menjadi lebih kronik, tanpa pembedahan,tanpa kesakitan..
100% selamat dan insyaallah berkesan tanpa kesan sampingan. 
No. Kelulusan KKM : MAL06121075T
ADAKAH ANDA ALAMI GEJALA BERIKUT??
1. Hidung Tersumbat ??
2. Lendir selalu keluar dari hidung dan tekak ??
3. Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata ??
4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang - ulang ??
5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala diatas ??
6. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya ??
7. Hidung berair ??
8. Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxilarry Sinus ?
9. Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan pada bahagian Frontal Sinus 
10. Sakit dibahgian belakang mata, diatas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahgian Sphenoid Sinus.
11. Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit Sinusitis.

SELESAIKAN masalah anda dgn SINUS CURE

kandungan :
[✔] LIGNUM COSCINIUM BLUMEANUM 15MG
[✔] TUBER DENDROCOLLA PARDALIS 30MG
[✔] LIGNUM CEASALPINIA SAPPAN LIMA 15MG
[✔] LIGNUM VITEX PUBESCENS 15MG
[✔] CHANNA STRIATUS 3MG
[✔] EXSLPIEN SAMPAI 450MG 

SOALAN YANG SERING DITANYA BERKAITAN PRODUK INI: 
1) Apakah fungsi Sinus Cure?~ Berfungsi untuk mengatasi masalah Resdung ( Sinusitis ) dan akan menampakkan kesan dalam masa 7 hari.

2) Berapa jumlah isi kandungan dan berapa lama penggunaan untuk setiap botol?~ Setiap botol mengandungi 30 kapsul dan penggunaan selama 15 hari.
3) Bagaimana cara penggunaan?
15 tahun dan ke atas - makan 1 biji pagi dan 1 biji malam selepas makan setiap hari
11 tahun - 14 tahun - makan 1 biji selepas makan setiap hari
7 tahun hingga 10 tahun - makan 1/2 (separuh) biji selepas makan setiap hari

4) Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam setiap kapsul?~ Sinus Cure adalah berasaskan herba semulajadi dan terpilih.Antaranya :

Flos Mognolia Biondi Pum
Flos Lonicera Japonica Thunb
Radix Glyoyrrhiza Glabra L
Fructus Xanthium Sibricum Pats
Fructus Forsythia Suspensa (Thunb)


5) Adakah selamat digunakan?~ Sinus cure selamat digunakan tanpa kesan sampingan

 6) Adakah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
~ Sinus cure mendapat kelulusan daripada KKM dan nombor kelulusan ialah MAL20032280T

7) Adakah ibu mengandung boleh gunakan Sinus Cure?
~ Ibu mengandung TIDAK DIBENARKAN guna Sinus Cure kerana bahan-bahan yang terkandung adalah berasaskan herba

8) Adakah ibu menyusu boleh gunakan Sinus Cure?
~ Ibu yang menyusu anak yang berumur 7 bulan ke atas SAHAJA yang DIBENARKAN guna Sinus Cure

9) Bolehkah di ambil/makan bersama ubat/supplement yang lain?
~ Boleh, TAPI sebaiknya jarakkan penggunaan 2-3 jam.


Berminat untuk dapakan produk Bella Formula Sinus Cure??? 
Sms/call/ WhatsApp 0169442459-Ayu 

Rabu, 7 Januari 2015

Kilang Bebola Ikan Jijik

PEGAWAI jabatan kesihatan negeri memeriksa kilang bebola ikan yang beroperasi dalam keadaan kotor di Jalan Paya Terubong.

Georgetown: Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam.

Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik.

Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang.

“Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna.

Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 7 January 2015


Sabtu, 3 Januari 2015

Hanya Enam Jam Bina Rumah Baru


SHAH ALAM – Melihat nasib mangsa-mangsa banjir yang kehilangan tempat berteduh, sebuah Syarikat pembinaan bumiputera, Gerbaru Jaya Sdn Bhd (GJSB) tampil dengan idea untuk membina rumah baharu atau sementara buat mereka.

Pemiliknya, Zaikhan Abdul Rahim berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu mangsa yang kehilangan rumah dalam tempoh yang singkat dengan binaan teknologi kabin terkini, ‘flat pack’.

Malah, pihaknya sedia menawarkan diskaun pemasangan sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan tenaga untuk pemasangan dan logistik.

“Mangsa-mangsa banjir boleh bantu sama-sama pasang. Saya akan latih sukarelawan yang mahir untuk pasangkan. Boleh jimat kos

“Kita bentuk kumpulan sukarelawan yang ada kemahiran untuk membantu cepatkan pemasangan ‘flat pack’ ini. Jika bergantung pada pekerja saya semata-mata memang lambat dan ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami juga.

“Malah lebih baik jika ada yang mahu menaja lori dan kren untuk mengangkut. Semua berganding bahu menjayakan ini, kalau mahu pasti boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Namun katanya, ramai yang keliru antara ‘flat pack’ dengan kontena yang memang direka untuk penyimpanan barang-barang itu.

“Pada pendapat saya, kontena itu sendiri tidak sesuai untuk didiami sebenarnya. Rekaan kontena ini untuk barang-barang. Jadi, bila kita nak ubahsuai untuk penginapan, ia memerlukan ‘detailing’ yang banyak.

“Maksudnya, dindingnya, penebatannya kena tambah, nak potong untuk tingkap dan pintunya... banyak benda. Ia melibatkan banyak isu keselamatan yang perlu dipantau oleh jurutera yang bertauliah ataupun konsultan yang dilantik,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata ‘flat pack’ boleh dipasang mengikut kesesuaian hingga ke taraf hotel.

“Ia seperti kotak datang dalam keadaan leper. Kemudian kita naikkan dinding di bahagian kiri, kanan, depan, belakang dan atapnya.

“Ketebalan dindingnya itu mencecah 100 milimeter (mm) dan material untuk dinding di bahagian dalam itu pula boleh dibuat daripada PU atau Rockwool.

“Kalau nak, kita boleh tambah dengan satu lagi lapisan di sebelah dalam dinding itu boleh sampai taraf hotel,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh soal bencana banjir yang melanda Pantai Timur, beliau mengesyorkan agar kerajaan menyediakan satu kawasan yang luas untuk diwujudkan pusat bencana dan membina rumah sementara dari ‘flat pack’.

“Sekiranya kerajaan menyediakan satu tapak yang luas seperti mana yang dibuat di Jepun dan sebagainya sebagai satu pusat bencana, kita boleh bina dengan cepat.

“Bila habis banjir, rumah-rumah ini akan ‘hilang’, kita simpan elok-elok di suatu kawasan lain,” katanya.

Jelasnya, binaan tersebut boleh disiapkan hanya dalam tempoh enam jam bagi setiap ukuran 20x8 kaki persegi yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas dalam rumah.

“Orang kata pada saya, harganya mahal sebab harga bagi 20x8 kaki persegi anggaran bajet yang wajar adalah RM25,000 hingga RM28,000 untuk sebuah ‘flat pack’.

“Secara kasarnya, saya tafsirkan 20 peratus hingga 25 peratus lebih tinggi daripada binaan batu bata. Tetapi kita kena tengok kesesuaian ekoran masalah banjir di Kelantan ini yang begitu mendesak.

“Kalau guna batu bata, berapa lama kita perlu tunggu untuk siapkan satu bangunan?,” katanya.











Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...