KOTA BHARU 2 Dis. – Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.
Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.
‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.
Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.
‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.
‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.
Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.
Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.
‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya. Utusan online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan