Khamis, 4 Disember 2014

Ketahui Siapakah Disebalik Potret Mona Lisa


Kepopularan lukisan paling terkenal di dunia ‘Mona Lisa’ tidak perlu disangkal lagi.

Lihatlah ajaibnya lukisan karya terbesar Leonardo Da Vinci ini sentiasa mencuri tumpuan gara-gara ramai yang mendakwa karya seni tersebut seolah-olah bernyawa.

Leonardo Da Vinci

Kemisterian lukisan ini sering kali menjadi tanda tanya hinggakan menjadi inspirasi ramai pihak dalam puisi, lagu dan sebagainya.

Rata-rata peminat seni lukisan tertanya-tanya sehingga kini siapakah insan sebenar disebalik ‘Mona Lisa’ ini hinggakan pelukis itu mampu memberi sentuhan terhebat menerusi karya tersebut.

Namun, muncul pula pelbagai pendapat yang kononnya Monalisa adalah wanita dari Itali iaitu Lisa del Giocondo dan ada juga yang berpendapat Monalisa adalah ibu kandung da Vinci sendiri.


Terbaru, muncul pula dakwaan berasaskan penyelidikan oleh sejarawan dan novelis Itali, Angelo Paratico yang memaklumkan ibu Leonardo Da Vinci adalah subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ dan  berkemungkinan adalah hamba dari China.
                     
Angelo Paratico
Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini akan digarapkan dalam buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Cendekiawan China Hilang Pada Zaman Renaissance Itali).

Buku yang dijangka akan diterbitkan tahun depan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.

Menurut Paratico, dia telah menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong dan yakin pelukis itu berasal dari Asia.

Dalam buku tersebut Paratico turut mendedahkan beberapa faktor yang menunjukkan pelukis terkenal itu, Leonardo da Vinci berketurunan Cina.

“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.

“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico

Sumber mynewshub.cc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...