Jumaat, 24 Oktober 2014

Hukum Sengaja Tak Nak Bayar Hutang



Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Sekadar Renungan..
pada 28hb Oktober 2011 pukul 8.50 pagi

Soalan:-

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,
Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?



Jawapan :-
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.  
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.  
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.  
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...