Jumaat, 23 November 2018

Garlic Chips Chruncy by Cik Ayu


Chruncy Garlic Chips by Cik Ayu 
😊😋😋

Assalamualaikum..
Rasa macam lama sangat tak kongsi cerita kt sini... Sejak kebelakangan ni agak sibuk sikit dengan macam2 hal...

Baru saja selesai menyiapkan dan menghantar tugasan untuk semester mei. . Lepas ni nk study untuk final exam pulak..

Dalam entry kali ni ayu nk share pasal garlic chips yg ayu jual... Sambil2 tu boleh lah konsi beberapa tips dgn korang yg nk cuba buat sendiri.

Garlic Chips ni merupakan salah satu snack sihat yang agak viral baru2 ni... Jadi ayu pun teringin jugak lah nk cuba. .

Garlic Chips ni sangat sesuai dimakan oleh ibu2 yang masih dalam pantang.  Berfungsi untuk membuang angin dalam badan dan juga menambah penghasilan susu ibu.

Kalau ikutkan banyak lagi khasiatnya, tapi yang tu ayu kongsikan pada entry yg akan datang okey...

Lagipun caranya tkdelah susah sangat pun,  cuma pembuatannya je lah yg agak renyah. .

Cara Penyediaan Kerepek Bawang Putih

Bahan
Bawang putih,  kupas kulit
Minyak masak
Sedikit garam.

Cara nya

Bawang putih yang dikupas dihiris nipis.. Mesti betul2 nipis tau, kalau boleh senipis kertas gitu.. Tebal sikit pun boleh,  tapi takut tak cukup masak atau terlebih masak pulak nanti.



Kemudian boleh gaul sikit dengan garam..  Bubuh sikit je garam tu,  jangan banyak sangat tau.  Tapi garlic chips ni kalau tk letak garam pun dah sedap tau.

Masa nk goreng pun penting jugak tau..  Minyak mesti betul2 panas,  make sure bila letak dalam kuali,  chips terua timbul. . Kalau tengelam tu minyak tk cukup panas.



Goreng pulak kena sentiasa kacau supaya masak sekata dan bila dah nampak warna bertukar kuning keemasan terus angkat dan toskan minyak tu.

Bila dah angkat jangan lupa lapik dengan tisu supaya dapat serap minyak pada chips tu. .

Tunggu sejuk dan dah boleh simpan dalam balang okey. .


Cara nk buat ni tkdelah susah sangat kan..  Tapi agak renyah dan makan masa jugaklah...

Pada korang yang nk cuba garlic chips ni,  tapi tkde masa nk buat sendiri, boleh lah order dengan ayu..  Harga InsyaAllah bepatutan. Yang paling penting kebersihan  terjamin..

Harga sebalang Rm 15.00 sahaja..
Berat 1 balang lebih kurang 150 - 180gm

Kalau nk order boleh whatsapp
0169442459 @ 0172728969





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...