Kalau cakap pasal ais krim malaysia, budak2 bandar zaman sekrang mesti tk berapa kenal, bagi budak2 bandar, mereka lebih gemarkan ais moden yang datang dengan pelbagai perisa dan warna yang menarik disamping bekas yang cantik...
Tapi bagi ayu sendiri Ais krim malaysia adalah yang paling best, zaman kecik2 dulu balik sekolah mesti akan singgah kedai runcit beli ais krim n makan sambil balik rumah. Waktu tu bukan tkde ais krim moden, tapi ais krim malaysia yang paling murah...
Zaman kecik2 dulu ais krim malaysia cuma 10 sen je sebatang... tapi tu zaman 1990-an... zaman sekarang 2015 ada yang jual dengan harga 30sen sebatang.
Bisnes ais krim ni boleh dikatakan mudah dan menguntungkan, sbb modal cuma air, perisa dan gula serta plastik ais krim... sejak ayu stay ngn kawan ayu, budak2 kat kawsan ni selalu tanya pasal ais krim malaysia... itu pun sebb dulu masa mak kawan ayu stay kat rumah ni die buat dan jual ais krim malaysia... tapi tu kisah hampir 3 ke 4 tahun dulu...
Walaupun dah hampir 4 tahun berhenti jual ais krim kat rumah ni, tapi masih ramai lagi budak2 yang asyik bertanya tentang ais krim malaysia... jadi ayu n kawan decide untuk jual balik ais krim malaysia kat umah...
Sambutan mula2 agak slow sikit sebb ramai yang tak thu... tapi bila dah ramai yang tahu pasal jualan ais krim dari rumah, jualan makin lama makin bagus, seronok pulak melayan kerenah budak2 ni, walaupun kadang2 penat berulang alik untuk angkut ais krim keluar..
Kebiasaanya budak2 hanya mula datang beliais krim bermula dari jam 6 petang sampai 9 malam... walaupun untung tk banyak, tapi seronok, boleh berniaga sambil bersedekah...
Pada surirumah yang nak mula tambah pendapatan dengan modal yang rendah, boleh cuba buat bisnes ais krim malaysia...
Ayu berniaga bukan niat nk kaya, tapi biarlah sekadar dapat menampung segala keperluan dalam zaman sekarang dimana semua barang dah mahal... dan sambil2 bersedekah dan boleh bantu orang lain yang lebih memerlukan...
So sekarang dah jadi rutin harian kena topup perisa ais krim sebelum tido supaya dapat jual lagi untuk keesokkan harinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan