Assalamualaikum...
lama juga rasanya tak jengah blog ni disebabkan kesibukan yang melanda diri ni...
dah masuk malam ke 10 terahir Ramadhan pun kita rupanya... Waktu macam ini lah, kita patut beramal banyak2 sbb nak kejar pahala...
Oleh kerana ada masa sikit ni, jadi ayu nk kongsi resepi Ayam lemon yang senang tapi mudah... Resepi ni pun dapat dari blog jugak, tapi tk ingat blog yang mana, n ayu dah olah sikit ikut citarasa ayu sendiri...
Ayam Lemon
Bahan untuk ayam
- ayam, ambik bahagian dada dan bahagian yang banyak isi.. potong macam nak buat fillet tu, atau nk potong dadu pun boleh...
- Telur ayam sebiji je
- Lada sulah secukup rasa
- Parutan Kulit lemon, ambik sebji lemon dan parut kulitnya.
- Tepung jagung 1 cawan
- Minyak masak untuk mengoreng
Cara penyediaan ayam
* Pukul telur sampai kembang guna sudu, kemudian masukkan lada sulah secukup rasa, kalau suka pedas boleh letak lebih sikit,
* Masukkan parutan Lemon dan tepung jagung lebih kurang 1 susu, dan gaul hingga sebati.
* Kemudian perapkan ayam dalam bancuhan telur dan tepung tadi lebih kurang 20 minit.
* kemudian boleh goreng denagan mengunakan minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.
Kemudian boleh angkat dan toskan mjnyaknya.
Bahan-bahan untuk sos lemon
- 1 atau 2 biji lemon, diperah airnya
- 2 sudu kordial oern atau mangga
- 3 hingga 4 sudu madu
- sedikit air
Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak berberapa minit hingga medidih.
~》 Dah boleh susun ayam dalam pinggan, kalau besar bolehbpotong sikit. Kemudian tuangkan sos di atas ayam tadi...
sedia untuk dimakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan