Sabtu, 23 Mei 2015

Pantai Seri Tujuh Tumpat

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menikmati hidup diatas muka Bumi Allah yang Maha Esa...
lama tak merapu kat sini... nak kata buzy sangat tu takde lah sibuk mana pun, tapi tak berkesempatan nak menulis... Banyak yang belaku, tapi tak sempat nak kongsi ngn korang...

Hari ni jumaat, so kt kelantan ni memang cutilah... Tkde buat ape2 kat rumah, cam boring je kan, so aku ngn housemate aku ni decide nk kuar cari barang kt Kb Mall je lah hari... Perabis duit yang tak berapa nk ada ni...

Sebagai manusia ni kita hanya merancang, Tapi Allah yang menentukan segalanya... dah nk sampai kat Kb Mall tadi tiba2 mood berubah, haluan pun berubah sekali.. Jadi hari ni kitorang tukar angin.. Jom g Tumpat... kat sana ada Pantai Seri Tujuh... Hampir 2 tahun aku kat sini tak pernah sampai lagi kat situ..

Rezeki aku agaknya hari ni berpeluang jejak kaki ke sana pulak... Asyik2 pantai sekitar bachok je, so hari ni merasa angin pantai tumpat pulak.. Nak pergi memang Excited, maklumlah tak pernah sampai..

Tapi bila dah sampai sangat2 mengecewakan aku... pemandangan masa mula2 masuk tu ok, cantik nampak ramai orang buat aktiviti air kat situ, ada yang main air kt gigi air, ada juga permainan air cam basikal air disediakan kat situ... Tapi belum masuk kawasan pantai lagi, baru kawasan kuala...

Ni antara pic yang sempat ambik kat kawasan kuala tu, ada deretan kedai makan kat situ...  Kat sini bersih sikit dan terjaga... tak ambik banyak pun.. mana yang sempat je...



Tapi bila dah masuk kawasan pantai, then parking kereta, keluar dari kereta terus rasa hampa dan kecewa.. macam lagulah pulak... pantai jauh kedepan lagi, jadi gagahkan diri jalan kaki ke depan lagi nk tengok kawasan pantai... makin dekat dengan pantai, makin banyak sampah... time tu rasa cam tak berbaloi pulak spend masa dekat 30 minit untuk tengok SAMPAH

Ni antara pic yang aku sempat snap... tak semangat nk snap pic dengan keadaan camni... Apatah lagi nk berselfie kat sini... macam selfie ngn sampah je.. mana2 pandang pun ada sampah...





Kalau tengok live nampak lagi jelas... Sayang sangat, kawasan ni cantik dan redup sebab banyak pokok Rhu kat kawasan ni dan boleh buat tempat berteduh dan sesuai sangat untuk aktiviti berkhelah besama keluarga ataupun kawan2... 

Tapi kalau sampah dah bertimbun macam ni, selesa ke nak berkhelah kat sini agaknya??? 
Tak boleh nk salah majlis daerah sepenuhnya sebab pengunjung pun main peranan dalam menjaga kebersihan... Nampak ada tong sampah, tapi takde sapa pun yang guna tong sampah... 

Sedih pulak tengok orang tak hargai ape yang diorang ada... sesuai jadi kawasan untuk santai2 dan boleh tarik orang luar datang, tapi kalau sampah banyak camtu, ade ke orang nk bersantai kat situ dalam 10 tahun lagi... 

Harap sangat kalau diorang ni ada kesedaran nak jaga kebersihan kawasan pantai ni... Duk kat sana jap je, tapi sempat juga menjamu selera kat kawasan medan selera tepi kuala tu... Rasanya pun boleb tahan, sesuai dengan harganya... 
then terus gerak balik... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...