Sabtu, 3 Januari 2015
Hanya Enam Jam Bina Rumah Baru
SHAH ALAM – Melihat nasib mangsa-mangsa banjir yang kehilangan tempat berteduh, sebuah Syarikat pembinaan bumiputera, Gerbaru Jaya Sdn Bhd (GJSB) tampil dengan idea untuk membina rumah baharu atau sementara buat mereka.
Pemiliknya, Zaikhan Abdul Rahim berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu mangsa yang kehilangan rumah dalam tempoh yang singkat dengan binaan teknologi kabin terkini, ‘flat pack’.
Malah, pihaknya sedia menawarkan diskaun pemasangan sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan tenaga untuk pemasangan dan logistik.
“Mangsa-mangsa banjir boleh bantu sama-sama pasang. Saya akan latih sukarelawan yang mahir untuk pasangkan. Boleh jimat kos
“Kita bentuk kumpulan sukarelawan yang ada kemahiran untuk membantu cepatkan pemasangan ‘flat pack’ ini. Jika bergantung pada pekerja saya semata-mata memang lambat dan ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami juga.
“Malah lebih baik jika ada yang mahu menaja lori dan kren untuk mengangkut. Semua berganding bahu menjayakan ini, kalau mahu pasti boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Namun katanya, ramai yang keliru antara ‘flat pack’ dengan kontena yang memang direka untuk penyimpanan barang-barang itu.
“Pada pendapat saya, kontena itu sendiri tidak sesuai untuk didiami sebenarnya. Rekaan kontena ini untuk barang-barang. Jadi, bila kita nak ubahsuai untuk penginapan, ia memerlukan ‘detailing’ yang banyak.
“Maksudnya, dindingnya, penebatannya kena tambah, nak potong untuk tingkap dan pintunya... banyak benda. Ia melibatkan banyak isu keselamatan yang perlu dipantau oleh jurutera yang bertauliah ataupun konsultan yang dilantik,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata ‘flat pack’ boleh dipasang mengikut kesesuaian hingga ke taraf hotel.
“Ia seperti kotak datang dalam keadaan leper. Kemudian kita naikkan dinding di bahagian kiri, kanan, depan, belakang dan atapnya.
“Ketebalan dindingnya itu mencecah 100 milimeter (mm) dan material untuk dinding di bahagian dalam itu pula boleh dibuat daripada PU atau Rockwool.
“Kalau nak, kita boleh tambah dengan satu lagi lapisan di sebelah dalam dinding itu boleh sampai taraf hotel,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh soal bencana banjir yang melanda Pantai Timur, beliau mengesyorkan agar kerajaan menyediakan satu kawasan yang luas untuk diwujudkan pusat bencana dan membina rumah sementara dari ‘flat pack’.
“Sekiranya kerajaan menyediakan satu tapak yang luas seperti mana yang dibuat di Jepun dan sebagainya sebagai satu pusat bencana, kita boleh bina dengan cepat.
“Bila habis banjir, rumah-rumah ini akan ‘hilang’, kita simpan elok-elok di suatu kawasan lain,” katanya.
Jelasnya, binaan tersebut boleh disiapkan hanya dalam tempoh enam jam bagi setiap ukuran 20x8 kaki persegi yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas dalam rumah.
“Orang kata pada saya, harganya mahal sebab harga bagi 20x8 kaki persegi anggaran bajet yang wajar adalah RM25,000 hingga RM28,000 untuk sebuah ‘flat pack’.
“Secara kasarnya, saya tafsirkan 20 peratus hingga 25 peratus lebih tinggi daripada binaan batu bata. Tetapi kita kena tengok kesesuaian ekoran masalah banjir di Kelantan ini yang begitu mendesak.
“Kalau guna batu bata, berapa lama kita perlu tunggu untuk siapkan satu bangunan?,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan