NOOR Rashid menunjukkan syabu yang disembunyikan di dalam peralatan elektrik.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, bertindak hasil maklumat satu syarikat kurier yang beroperasi di Petaling Jaya pada 19 November lalu, pihaknya segera membuat rampasan ke atas enam kotak yang baru tiba dari China dan menemui 2.3 kilogram syabu yang disembunyikan di dalam dapur pemanas elektrik, periuk dan cerek air.
"Sindiket dadah antarabangsa cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengisytihar barangan itu sebagai persendirian namun hasil maklumat syarikat kurier JSJN berjaya menemui syabu yang disorokkan di dalam peralatan elektrik berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Noor Rashid berkata, dalam serbuan kedua yang dijalankan di KLIA pada 25 November lalu, pihaknya merampas satu kotak besar dan menjumpai enam buah beg berwarna hitam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 32.9 kilogram syabu yang dihantar melalui penerbangan Egypt Air dari Nigeria ke Mesir sebelum tiba ke KLIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan