Ahad, 30 November 2014

KEEPER SINGAPURA JADI BAHAN LAWAK


Kini, sesiapa sahaja yang mahu jadi ahli sukan perlu beringat bahawa sebaik sahaja mereka memilih memasuki bidang ini maka bersedialah untuk dihentam jika prestasi merosot atau melakukan kesilapan hingga jadi penyebab kekalahan pasukan.

Terbaharu, penjaga gol Singapura,  Hassan Abdullah Sunny yang melakukan kesilapan hingga menjadi antara punca kemenangan Malaysia ketika menentang negaranya bagi menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 , malam tadi, kini jadi bahan kutukan dan modal lawak di kalangan netizens.

Imbas kembali kejadian semalam, penjaga gol Singapura dipercayai terlalu bersemangat mahu membantu pasukannya menjaring gol penyamaan kerana wisel penamat dah hampir sangat ditiup hingga dia tidak berada di gawang gol pada minit terakhir perlawanan.

Padahnya, gawang Singapura dibolosi bola hasil tendangan Indra Putra sekaligus mencatat kemenangan Malaysia 3-1.

Sebaik tamat perlawanan mendebarkan ini, maka bertebaranlah status-status dan gambar beserta kapsyen mempersendakan tindakan penjaga gol Singapura tersebut di laman-laman sosial.






Paling hangat, lagu dendangan Taufik Batisah “Awak Kat Maner?” paling banyak dijadikan modal mengutuk.




Buat penyokong Singapura diharapkan jangan ambil hati sangat sebab perbuatan netizens ini sebenarnya tak mengenal rumpun dan negara.

Buktinya, penyerang JDT  Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo turut tak terkecuali jadi bahan ‘lawak kasar’ dalam kalangan netizens selepas gol tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang dalam  perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, awal bulan lalu.


Sumber mynewshub.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...