Rabu, 26 November 2014

FREE GIFT DALAM TIN SARDIN

Pasti Ramai Yang Tidak Akan Makan Sardin Lepas Ni



Bagi sesetengah kita, kisah penemuan benda menjijikkan dalam sardin bukan perkara asing.
Malah beberapa tahun dulu tersebar kisah kononnya sesetengah sardin mengandungi lendir siput babi dan cacing. Ia kemudiannya senyap begitu sahaja dan diragui kesahihannya.
Bagaimana pun baru-baru ini isu sama kembali hangat diperkatakan apabila seorang pelanggan mendakwa terjumpa objek panjang dan lembik seperti cacing dalam tin sardin yang baru dibuka.


Sardin jenama tersebut dikatakan diproses sebuah kilang di Pulau Pinang.

Sejauh mana kebenarannya masih memerlukan siasatan.
Tapi tak kisahlah sama ada ini benar-benar cacing atau pun tidak yang pasti ia kelihatan jijik dan kotor.
Jadi pihak berkuasa berkaitan diharap dapat melakukan siasatan dari aspek kebersihan.
Apatah lagi antara komen pada status gambar ini membuatkan orang ramai tambah ragu-ragu sama ada produk yang dijual pada mereka betul-betul terjaga semasa proses pembuatannya.


Harus diingat, makanan bersih dan halal amat penting terutama buat orang Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...