Isnin, 1 Januari 2018

Baja Organik @ Plant Booster Instant

Alhamdulilah.. Hari dah Masuk Tahun Baru 2018.. Selamat Tahun Baru 😊🎆

Semalam berkesempatan turut serta dalam Program Pemprosesan Baja Organik Bagi Kelestarian Alam anjuran Jabatan Pertanian Bachok . Jadi sempatlah ayu belajar serba sedikit tentang cara buat baja organik sendiri @ plant booster sendiri.

Semalam ayu dah kongsikan kt facebook, tapi tk sempat nk share kt blog. Hari ni baru sempat menulis lagi. Untuk hari ni ayu share cara yang paling senang dulu ye.

1 lagi cara tu guna banyak bahan, dan banyak step, malas pulak nak menaip 😂😂 panjang. Jadi Ayu nk share dengan korang Cara buat baja organik yang paling mudah dengan kos yg rendah..

Hanya Guna 3 bahan jer dah boleh dapat baja organik yang lebih berkualiti dari baja kimia yg dibeli di luar.
Bahan
1kg gula merah
1.5 liter air seeloknya air bertapis atau air telaga. Kalau air mineral lagi bagus.
3 ketul Ragi, Hancurkan

Caranya campur semua bahan ni dalam bekas.. seeloknya bekas yang bertutup. Kemudian kacau sampai sebati. Kemudian tutup bekas tunggu seminggu baru boleh guna.
Sukatan masa nk guna.
5ml baja : 1 litter air.
Boleh campur dengan baja lain untuk kesan berganda. Plant booster ni juga membantu tanaman menyerap khasiat baja dengan lebih banyak dan memanjangkan usia tanaman.

Selamat mencuba.. 😊

#bajaorganik
#plantbooster
#demikelasterianalam

Next time ayu share cara yg lagi 1 pulak ye.. tapi yg ni guna 10 bahan.. memang sesuai sangat kalau korang ada kebun sendiri.

Nota: Jangan campur dengan racun perosak. Jarakkan seminggu kalau sembur racun perosak pada pokok.

Cara kat atas ni kalau korang nk cuba buat sikit dulu, pandai2lah bahagikan sukatan die tu tau..

Nanti kalau dah cuba jangan lupa kongsi ye..

Tq pada yg sudi membaca.. 🌹🙂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)

Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...