Assalamualaikum.. Alhamdulillah kita dah sampai 9 Ramadhan hari ni. Rasa macam cepat sangat masa berlalu kan.. Macam kita baru je mula berpuasa, tapi sedar² je kita sebenarnya dah 9 hari menunaikan ibadah puasa.
Moga Allah menerima semua ibadah kita dan memakbulkan semua doa kita. Ustaz cakap bulan puasa ni semua pintu langit terbuka seluasnya, jadi InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan. Tapi bukan semua Allah makbulkan. Mana yang Allah rasa kita layak dapat, kita akan dapat.
Jadi masa bulan puasa ni jangan kita lalai dalam beribadah kerana pada masa ini peluang lebih tinggi untuk doa dimakbulkan. Dan bulan puasa ini juga dikenali sebagai bulan ibadah. Jadi kita kena tingkatkan ibadah kita agar ianya jadi luar biasa berbanding bulan puasa.
Ingat, puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata². Kita juga perlu mengawal perasaan amarah, jaga lidah dan tutur kata, dan belajar mengawal nafsu dalam berbelanja dan sebagainya..
Bab belanja ni, masa bulan puasa biasanya perbelanjaan akan bertambah, betul tak? Kalau pergi bazar Ramadhan, semua benda rasa nak makan, tapi bila berbuka nanti sikit je yang dijamah, Sudahnya jadilah pembaziran makanan dalam rumah kita.
Allah tak suka tau pada orang yg suka membazir. Agaknya Allah nk ke makbulkan doa kita kalau kita buat pekara yg Allah tak suka?? Sebab tu lah kalau boleh, elakkan pembaziran masa bulan puasa ni tau.
Dan antara amalan yg Allah suka pula ialah amalan bersedekah. Masa bulan puasa ni Allah akan gandakan pahala sedekah kita. Jangan takut duit abis kalau kita bersedekah, kerana setiap nilai yang kita sedekahkan itu akan kembali pada kita dalam jumlah yg lebih banyak.
Rezeki yang kita dapat tu pula tidak hanya diukur dari nilai wang ringgit yang kita dapat. Andai kita sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan harian kita pun sudah dikira sebagai rezeki yg tidak ternilai. Apalah gunanya wang ringgit yg banyak jika kita hanya terdampar di katil dan tk mempu berbuat apa2
Syukuri segala nikmat yg kita perolehi, itu akan jadi lebih indah dan manis. Jangan pertikaikan apa yg Allah dah takdirkan untuk kita, kerana Allah adalah sebaik perancang. Allah beri apa yg kita perlu, bukan segala yang kita mahu.
Rasanya macam banyak dah melalut ni kan.. tq pada yg sudi baca dan singgah kt blog ayu.. sesekali membebel kat blog yg dh bersawang ni, tk salah kan..
Sekali lagi Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak buat semua umat islam diseluruh dunia.. macam ramai sangat je yg baca blog ni kan.. 😂😂😂
Bulan puasa kali ni banyak pengalaman menanti.. Nanti ayu share kt next entri.. Nak cerita pengalaman berbuka puasa sambil berpiknik gitu...
#ayuerohayu
#sekalisekalabebel
#diariramadhan2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jalan- jalan ke Terengganu siri 2 (19 September 2019)
Assalamualaikum.. Terima kasih pada yang masih sudi menjengah ke blog ayu.. Lama sungguh rasanya ayu tak memuatk naik apa2 cerita dal...
-
Sambil layan drama Filipina dolce amor ni teringat pulak kenangan masa jual ais krim dulu.. Ais krim Malaysia, bisnes kecil-kecilan d...
-
Sekiranya anda seorang pengguna kereta, motosikal atau lain-lain pengangkutan berenjin, anda pasti tahu tayar adalah antara bahagian jen...
-
Cuti sekolah dah mula, mesti ramai mommy yg tengah pikir nak bawak anak jalan2 sempena cuti sekolah ni kan.. Kebanyakkan tempat percuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan